Tuesday, May 5, 2009

CERITA Mr X - LUPA

Sekarang aku cepat lupa...apa yg berlaku semalam aku lupa...ni mmg menjadi masalah aku sekarang...kadang kala aku terpikir jugak..cepat lupa ni satu penyakit jugak...alzheimer...nauzubillah....Bila Mr X bukak telinga keluhan ku...MrX dah start ceramah la pulak...

Jangan susah hati..banyak2 doa pada Allah...dijauhi dari penyakit2 bahaya...lupa biasa la tuh..

Ada org “Ala, lupa la nama dia,” Mr X kata ..“Tak apa. Bersyukurlah. Itulah manusia normal. Kita boleh lupa” Kenapa sikap lupa seringkali dilihat sebagai satu kekurangan?

Tetapi bayangkan jika kita tidak lupa, otak menyimpan secara kekal maklumat terperinci berhubung setiap peristiwa berlaku sepanjang hayat.Seorang lelaki di Amerika Syarikat mempunyai ‘kelebihan’ itu. Dia tidak boleh lupa. Malah dalam satu demonstrasi, dia mampu mengingat dan menyebut setiap patah perkataan dalam buku pernah dibaca. Pakar mengesahkan otaknya tidak normal, cacat.Jika ‘kelebihan’ itu dimiliki semua, pasti dari beberapa sudut, kehidupan manusia menjadi hura-hara.

Hakikatnya, kita semua pernah berdepan pelbagai peristiwa getir. Saat ditinggalkan insan tersayang, saat berhadapan kemalangan, saat ‘dilukakan’, saat sentiasa menghantui pemikiran, cuba kita lupakan tetapi terpahat kekal di fikiran.

Di kalangan wanita barangkali terdengar rungutan berhubung kejadian lampau.

“Aku dah 10 tahun kahwin dengan suami, dia boyfriend ke dua aku. But the problem is aku masih tak boleh lupa malam tu, malam boyfriend pertama pujuk sampai aku serahkankan kegadisan kepada dia, lelaki tak guna. Jiwa tersiksa, ingatkan dia nak kahwin, jadi suami, akhirnya baru tahu dia tipu aku hidup-hidup. Dia ada perempuan lain. Habis manis sepah dibuang. Dia buang aku macam sampah pulak tu. Aaaargh! Tension! Tension!”

Di satu sudut lain ..

“Aku sedih sangat. Tak boleh lupa masa aku accident moto dilanggar lori dengan tunang aku 15 tahun lepas. Aku cedera sikit, boleh berdiri. Dia tercampak jauh. Cedera parah, pinggang, rusuk patah, buah pinggang dia hancur. Banyak sangat darah. Kulit muka dia tersiat kena batu jalan. Aku sempat pangku dia, peluk dia, renung mata dia, airmata dia mengalir tahan sakit tapi suara tak boleh keluar, masa tu dia dah nyawa-nyawa ikan, menggigil. Lepas tu perlahan mata dia terpejam, dia tinggalkan aku,” mengalir airmata si pengucap.

Ini perbualan antara dua sahabat berusia 50 tahun.“Aduh! Sakit gila ni!,” keluh lelaki gagal memadamkan ingatan sewaktu dikhatankan 43 tahun lalu.“Aku pun sama, takut, pedih, ngilu, sentiasa rasa macam masa mata pisau tu tengah potong hujung ‘anu’, terasa sakit ni,” balas rakannya dengan dahi berkerut.Antara seksa terpaksa dilalui sekiranya manusia tidak mampu untuk lupa.Hikhikhik...

Oleh itu jangan terlalu pikirkan lupa itu satu masalah yg besar...cuba bykkan baca Quran...Quran hari2 baca tak?....aku jawap dengan menelan air liur aje...senyum aje Mr X...jangan tunggu time org mati aje nak bacanya.....Mr X bangun dan 'bongkau'.

*'bongkau*- bahasa org melaka bermaksud pergi,blah...

Ciaow..

No comments: