Salam..Hari jumaat yang berbahagia ni, aku nak baca yang elok2 je..hindarkan mata dan telinga dari membaca atau mendengar kata2 yang tak baik..terutamanya dalam pesbuk tu..hihihi..sebab tu i dont like pesbuk..org tak cukup akal je yang suka luah mende2 kurang cerdik dalam pesbuk tu sehingga boleh menimbulkan spekulasi atau tanda tanya kepada sesiapa sahaja yang membacanya sehingga berlakunya fitnah..isshh...kurang cerdik tu...kalau belajar tinggi2 pun, dalam negara,luar negara,dalam laut,atas laut, angkasa lepas tapi kalau akal tak pakai pun tak guna juga,ceredik tak dapat diajar...baik berenti skolah lepas darjah 6 je dolu2..kadang2 org tak belajar tinggi, lebih menggunakan akal dan matang dalam mengeluarkan kata2 dan segala hal..so ahli tetap fb,twitter, dan lain2 yang sewaktu dengannya..sila lah rendahkan diri sikit..orang lain dah tahu dah anda hebat, tak yah nak bagi status yang lebih2 sangat ok..riak sangat walaupun hanya 1 ayat dan 1 gambar(nasihat kepada diri sendiri jugak kalau pernah ter-over run tanpa sengaja)...ok kita baca sesama artikel aku nak tepek ni yep..aku baru cedok, panas lg ni..
DULU fitnah tersebar oleh perbualan yang kemudian disampaikan, cerita sengaja direka kemudian dihebahkan atau melalui surat layang yang tiada tandatangan pengirimnya. Kini, fitnah disebar melalui teknologi canggih iaitu internet hingga payah untuk menepisnya. Betul atau tidak, itu bukan cerita pokok tetapi secepat mana fitnah itu tersebar yang menimbulkan kerisauan kerana masyarakat tidak punya masa untuk menilai satu persatu sebaliknya, persepsi awal ialah 'jika tiada angin masakan pokok bergoyang'.
Bahaya fitnah ibarat mata pedang yang boleh membunuh sayangnya kesan fitnah tidak pernah diberi perhatian sama ada oleh pihak yang menaburnya atau yang suka-suka menjadi penyampai walaupun tidak pernah di suruh. Saya bangkitkan isu fitnah kerana bersetuju dengan pandangan betapa sekarang mudah sungguh untuk menjatuhkan orang lain melalui cerita tidak benar, ditambah pula cara penyebaran semakin canggih dan sukar untuk mengesan pihak melakukannya.
Ironinya, lebih kuat semangat seseorang itu berdepan dengan fitnah dilemparkan terhadapnya, lebih sengit pula serangan datang bertubi-tubi selepas itu terpaksa dihadapi. Ada kala, iblis tidak kacau orang itu tetapi menghasut mereka di sekelilingnya yang suka mencari kelemahan. Ini yang kita tidak perasan. Oleh itu, kita perlu sentiasa berhati-hati kerana dalam yang menyokong, tidak semua suka apa yang kita perjuangkan.
Begitu juga dalam dunia hiburan, fitnah atau bahasa manisnya 'gosip' ada memberi kebaikan tetapi kebanyakan masa mendatangkan kerosakan selain memberi aib kepada artis. Apa punca fitnah disebarkan, hanya pihak berkenaan yang tahu. Untuk bercerita adalah perkara biasa yang kita lakukan. Apabila berjumpa rakan dan berkumpul ramai-ramai, ada saja hendak diceritakan hingga ada kala terceritalah kisah orang lain. Maka timbul cerita tidak sepatutnya boleh merosakkan maruah pihak lain.
Pembabitan saya dalam bidang perubatan Islam tidak lepas daripada cerita tidak enak yang didengar. Masih ada suara yang terus mempertikaikan kemampuan serta kelayakan saya untuk merawat pesakit yang tidak putus-putus datang ke Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah. Saya hanya mampu berserah kepada Allah. Biarpun hati kecewa dengan tanggapan negatif, itu tidak melunturkan semangat saya untuk membantu mereka yang memerlukan dan saya dengan semangat yang ada, berusaha mempertingkatkan pengetahuan mendalami mukjizat al-Quran. Hasrat saya, supaya ilmu itu dapat digunakan untuk dimanfaatkan umat Islam.
Siapa saya untuk mengaku kelebihan yang ada tetapi menjadi tanggungjawab saya untuk berkongsi ilmu diperoleh supaya orang lain turut merasakan nikmat mendekatkan diri dengan kitab Allah dan menjadikan wahyu-Nya santapan harian kepada jasmani serta rohani. Semoga berbekalkan semangat serta hasrat untuk melihat wahyu Allah dan mukjizat al-Quran terus dijadikan pedoman umat Islam, perjuangan ini akan diteruskan. Diharap niat murni saya turut dikongsi mereka yang mendapat petunjuk dan hidayah daripada keazaman mendekatkan diri dengan ilmu al-Quran yang menyimpan banyak rahsia.
Bagi yang dimakbulkan Allah doa mereka supaya disembuhkan daripada penyakit dihidapi, janganlah usaha mendekatkan diri kepada Allah berakhir di situ. Ujian Allah sebenarnya untuk mengingatkan kita supaya bermuhasabah serta menilai kembali perjalanan hidup yang kita lalui. Ia juga tanda kasih sayang Allah kepada hamba-Nya dan tidak mahu hamba-Nya tersasar daripada syariat agama. Usaha kita berbuat baik akan ada halangannya kerana musuh Allah tidak mahu hamba-Nya mendekatkan diri dengan Penciptanya maka dilakukan apa saja supaya hamba-Nya itu berdepan pelbagai cabaran. Yang pasti, mereka yang kuat dengan izin Allah akan berjaya. Oleh itu, jangan berputus asa dan sentiasa bertawakal kepada Allah.
Bersama kita hayati sabda Baginda Rasulullah SAW. Daripada Abu Hurairah katanya, bersabda Rasulullah SAW:
"Janganlah kamu saling dengki mendengki, janganlah kamu saling tipu menipu, janganlah kamu saling belakang membelakangi dan janganlah kamu menjual di atas jualan setengah daripada kamu dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang Islam adalah saudara kepada orang Islam yang lain, tidak boleh ia menganiayai dan tidak boleh membiarkannya (dalam kehinaan) serta tidak boleh mendustai dan tidak boleh menghinanya. (Nabi berkata sambil menunjukkan ke arah dadanya tiga kali). Sudah cukup banyak kejahatan seseorang itu bahawa ia merendahkan saudara seIslamnya. Sekalian orang Islam atas orang Islam yang lain adalah haram darahnya, hartanya dan kehormatannya." (Hadis riwayat Muslim)
- Salah satu entry terbaik bagi aku dari AlHidayah-Medic.com- Link
*tengah carik artikel kat sokkabar yang kata "org suka amik gambo makanan tu ada lah mental"..hik hik hik..ada kat fb tp malas nak bukak pulak..
Friday, May 17, 2013
Wednesday, May 15, 2013
CITA-CITA
Salam, buat apa tu??? dah lunch?..aku tghr ni tak makan la..kenyang lagi..pagi td dah makan cukup la..
Td terbaca status Ustaz kazim..buat aku senyum sorang2..nakal ustaz ni..babab kang! status ni dah 2-3 hari lepas tapi aku baru terbaca..saje ler tu ustaz post status nak bagi org ceria...sukses ustaz..aku dah gelak pun...
Bila baca status ni aku teringat gak dulu..first2 cita2 aku..nak jadi nurse...konon la..tapi bila dah besar sikit cancel nak jadi nurse sebab kena cocok org..huh no way!! lepas SPM mak aku kata tak yah g memana la..gi belajo jadi nurse...ooooo tidakkkkk...terus tak minat okkk....
Dalam byk2 komen dlm status ni, ada anak dia cita2 nak jadi komunis bintang 3...hahahaha..tergolek aku gelak...mana lah datang nak jadi komunis dek oiiii....macam2 budak2 pikir kan..kalau zaman aku kecik2 dulu..askar, polis, bomba,nurse,doktor,akitek,peguam,cikgu tu biasa la..kalau zaman skang mcm2..nak jd otomen,saintis,angkasawan, manager mcm2 lagi byk yang tak disebut masa zaman aku..skang budak2 lagi advance..
Ada jugak budak nak jadi mat rempit, minah kilang, cashier(dia igt duit tu dapat kat cashier gamaknya), petani moden dan macam2 lagi la..mungkin kita pun tak terpikir..hehehe..korang dulu2 nak jadi apa?
Aduh..hari ni lenguh tulang belakang la...1..2..3..4..5..6..7..8..8 lagi...
Tuesday, May 14, 2013
IKAN STIM + TERUNG BAKAR
Salam..apakabar semua hari ni...terima kasih datang bertandang kesini..hari ni tak de apa issue yang nak dibangkitkan pon..dan hari ni tak de resepi yang istimewa sangat tau..tajuk je gempak..hehe..aku memang suka main acah2 ngan org ni..kalau yang cepat melatah tu nasib la, sentap...
Hari ni mmg aku tak de selera nak makan..tapi disebabkan aku tak makan apa2 dari pagi..bila nak malam perut ni pandai pulak mintak diisi..
Aku bukannya malas nak masak..tp tak tau apa nak makan..kalau dah tepu sgt nak pikir aku beli je beger joe kat depan umah aku ni..tp tetiba aku rasa nak makan ikan rebus2 je..ekhhh takan nak masak singgang lagi..tak leh la..tetiba terasa plak nak makan ikan stim..ikan apa ada lam esbok tu ekh...bukak esbok errmmmm....ada kurang la barang2 nya..tp yang penting yang asas tu wajib ada..aku tak kisah..stim ikan ngan garam halia bwg putih pun ok je..pernah gak buat dulu...senang dan ringkas..bukan agong pun nak makan..tekak aku ni je yang nak makan...hihihi...
Jadi apa lagi..ketungtang2 jap..so siap la menu malam ni yang sangat ntah apa2 tp sangat membuka selera aku dengan baunya yang tak menahan...hihihi
Ikan cencaru tu aku mandikan dengan kicap manis + sos ikan + lada sulah + garam..
Yang sampah sarap tu bawang putih + bawah merah + halia + daun limau purut..
Haaa...korang penah dengar ke org buat stim mcm tu punya gaya?..hahahaha...tak penah aku dengo org buat masak stim taruk daunlimau purut..hihh aku je kut..maklum lah kat luar dalam pasu tu pokok limau purut aku kemain subur...daun mengimbun..sayang kalau tak guna..amik ko..masak stim pun taruk..hihi..
Ni apa pulak yang itam tebako ni? arangkah?...hihi...ni la terung bako..memang bako sungguh lah..nak buat cicah ngan budu tu..terung bako ni mmg peberet aku semenjak menapak ke negeri melaka ni..dulu2 aku kurang sikit makan terung ni..maklum la kakak aku duk goreng sambal je..jadi tak makan sangat..tp bila dah diperkenalkan dengan cara bako hangus ni..aku jatuh cinta plak..tp yang penting kena ada lawannya..budu ke..cencaluk ke..sambal belacan ke..tempoyak ke..perggggghhhh walllaaaa..hihi...gimik je lebih..kena lak ngan nasik panas..huh berpeluh!! Aku penah makan ikan kembung goreng + terung bako + budu..kuah tak de tau..nasik kosong aje..mesti makan time panas2 tu..boleh pinsan makkkk dekkk....hahaha..chow dulu la..
Jemput makan sume...bismillah....
Monday, May 13, 2013
IKAN SINGGANG
Salam..dah dinner semua? semoga korang enjoy apa jua yang dah terhidang depan mata..syukur kita masih cukup makan kan...
Aku ok je apa lauk pun..kecuali paceri nenas..aku memang sukar sikit nak makan nenas..pernah try la makan buah nenas tu..tp 2-3 kali gigit je..kalau paceri nenas pun aku tak reti tak set lam otak bahawasanya lauk tu best(dr kata2 org lain la) mmg nenas aku tak makan tp kalau paceri nenas ngan kuah2nya skali aku tak makan..dulu aku igt aku makan sume jenis makanan atas donia ni..rupanya tidak pada yang satu ni..tp aku rasa 1 hari nanti aku berjaya jugak nak menyukainya..hehehe...tak kenal maka tak chenta...
Kalau sebut pasal lauk pauk ni..ada 1 lauk jugak yang aku pantang (bkn paceri nenas td je), iaitu Ikan Singgang...aku pantang sungguh..Pantang Jumpa la..aku tak tahu nape aku suka sangat lauk ni..dr kecik duk makan lauk ni ngan nasik..masa kecik2 (4-12 thn) dulu aku ni tersangat la kurus kering kurang bitamin..kalau mak suh makan nasik..pasti tgk lauk dulu..kalau tak de ikan singgang jawapan nya TAK MKN NASIK la..
Jadinya, kalau mak nak suro aku makan nasik..mak akan singgang ikan setiap hari..hehehe..menu aku hanya..nasi putih + singgang (kuah aje..ikan tak mo) + ikan goreng-sayur lain tawon aku makan heheh...siang n malam tiap2 hari lauk yang sama pun ok..aku langsung tak kisah dan tak jemu..kakak n abg2 aku sume makan lauk2 lain..aku sorang je hadap lauk ni..tp bila dah bertahun2 dari kecik itu je menu aku, aku tetap kurus kering jugak..maknanya zat tak la banyak sangat dr ikan singgang ni kan..errmm..mak aku plak tak de la nak pikir lebih2 nape anaknya yang satu ni tak cukup zat, "janji budak ni makan nasik sudoh la"..hihihi..
Bila dah masuk Form 1..aku tinggal di hostel tanpa rela..masa tu baru padan muka aku..tak de lagi ikan singgang dalam kamus hidup aku..asyik duk hadap ayam masak merah..daging masak kicap..kari ikan..telo dadar..sayur toge..sayur bayam..sayur sawi..sayur kobis..cencaru goreng keras..fed up betul aku..kekadang makanan aku tu bahagi dua ngan cemong..buh lam plastik bagi cemong "cik ungga" yg aku bela kat hostel dulu tu makan..suka sgt cik ungga...aku terpaksa makan jugak walaupun x de selera sebab lapo..nak belajar pun tak masuk kalau lapo nih..kalau nak merasa singgang, kena tunggu hujung bulan-time outing sure balik umah hadap singgang mak..hehehhh
5 tahun duk hostel..lidah singgang aku makin lama makin hilang...berat badan bertambah selepas aku tinggalkan lauk singgang.."singgang addict"...baru la aku membesar sebagai remaja normal..aku rasa kalau aku masih singgang addict sure aku masih kurus kering tak de figure perempuan..agaknya la..
Selepas SPM aku kembali ke rumah..masa tu aku tak kisah dah mak masak apa..aku telan je..tapi kalau ada singgang..sure itu yang pertama aku cedok...hihi..sempat la 2-3 bulan mengubat rindu..lepas tu aku kembali puasa singgang beberapa tahun pulok..huhu..time tu tak sedih dah sebab aku dah boleh terima apa2 pun kecuali paceri nenas hahaha...
Bila dah tinggal sendiri jauh dari keluarga, aku hairan pulak, bertahun2 masak sendiri..aku jarang masak ikan singgang..memang jarang sangat la..boleh katakan tak de..hihi..kalau makan pun bila aku balik kampung..kakak aku yg masak..pelik ni..aku duk sibuk masak mende2 yang susah..tu pasal la badan kemain lagi sehatt nya..aku rasalah kalau aku masak singgang sure tak best walaupun cara membuatnya sangat la senang...tak sampai 10 min dah siap..
Tapi tadi aku buat hehehhhhhh...teringin jugak nak makan kekadang tu..dah lama sangat tak makan..tp mlm ni singgang ni simple aje..tak berapa kuning sangat sebab stok kunyit idop tak cukup makan lam esbok..tak suka letak kunyit serbuk,rasanya mcm lain macam je...tp ok lah tu..
Masak lauk ni tanpa plan..mulanya nak goreng aje ikan tu..pastu terpandang pulak bahan2nya cukup..so tak yah pening2..singgang la ikan tu plus ikan goreng plus kangkung goreng sambal..huh lepas ni tak leh buat lagi menu ni..makan nasik banyak dol!!!
Bye- kenyang menyando...

MUHASABAH
Salam...sudah selesai solat subuh? Alhamdullillah..aku nak ucapkan selamat pagi, selamat hari Isnin, selamat menjalankan tugas...jom siap gi keje!! sebelum tu kita doa dulu..
"Allahumaftah lana abwabal khairi wa abwabal barakati wabwabash shihhati wa abwabas salamati wa abwabal afiyati wa abwabal jannati"
Ertinya : "Ya Allah, bukakanlah bagi kami pintu kebaikan, pintu keberkatan, pintu nikmat, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu kesihatan, pintu keselamatan, pintu kesegaran, pintu syurga"(HR. Tirmidzi). Amiin..
Kita aminkan doa ini bersama agar Allah membukakan sembilan pintu kebaikan untuk kita hari ini.
Bye!!

Subscribe to:
Posts (Atom)