Tuesday, September 29, 2009

CERITA ORANG..

Tadi aku ada terbaca berita di 1 blog wartawan nih...cerita ni aku tak tau nak kategori kan samada unsur kelako..jenayah..cemas..sedey..atau apa2 aje...ceritanya berkisah..

"Wook Kundur berusia 106 tahun manakala suaminya Mohd Nor Che Musa, 38. Wook bukan orang berharta, dia hanya tinggal di pondok buruk di Kg. Bukit Tok Bat, Kuala Berang, Terengganu.
Kenyataan Wook sebelum ini …
"Layan tempat tidurnya. Yang itu tak payahlah cakap dalam-dalam. Faham sendirilah apa maknanya. Biar saya cakap, yang itupun tak saya abaikan. Berdosa abaikan suami dari segi itu” Hebat Wook, pada usia emas masih 'bertenaga'.
Sebelum mengahwini Mohd Nor, dipanggilnya ‘Non’, Wook mendakwa pernah bersuami 22 lelaki. Pada usia muda, kata Wook, setiap pemuda dikenali pasti mengajaknya berkahwin.
Malangnya, awal Julai lalu Mohd Nor diberkas penguatkuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan berikutan positif dadah jenis heroin dan dimasukkan ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik di Sg. Besi, Kuala Lumpur.
''Saya harap dia berubah dan bertaubat. Dulu memang dia kerap keluar malam jumpa kawan-kawan. Dia juga jual kereta dan cincin saya, tapi saya tak syak apa-apa”
Kini, Wook sudah mengetahui hakikat sebenar namun masih menyanjungi suaminya. Hairan bukan? Jam 10 pagi semalam, Wook dengan bantuan ahli perniagaan, Adela Zulfakar dan dua rakannya, Azlina Resad serta suami Mohd Azril Ahmad mempertemukan Wook dan suaminya di Sg. Besi.

Lihat gambar dirakam Kosmo, bagaimana dia gembira memeluk suaminya.Sikap dan keputusan perempuan kekadang sukar difahami samada mereka muda atau sudah dimamah usia. Apapun, jelasnya perempuan tetap memerlukan kasih sayang lelaki tanpa mengira usia. "

Aku termenung kejap memikirkan apa perasaan aku bila dah abih baca citer orang ini..emmm..apa perasaan aku masa ni yep...macam lain macam jek...

Ciaow..

Monday, September 28, 2009

FUSILLI GORENG


500 g Fusilli } direbus sehingga lembut dan toskan kemudian digaul dengan sedikit minyak
1 cawan daging/isi ayam dipotong dadu atau dicincang
1 labu bawang besar } dipotong dadu
3 ulas bawang putih } dicincang halus
minyak masak untuk menumis
1 tin cendawan butang } dibelah dua
1/2 biji capsicum hijau } dipotong dadu
1/2 biji capsicum merah } dipotong dadu
4 sudu besar tomato sos
4 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
garam secukup rasa
Cara membuat:Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga wangi Masukkan daging/ayam , goreng sebentar sehingga masak.Masukkan sos tomato, sos tiram , sos cili , kicap cair, lada sulah dan semua sayur di atas dan gaul rata.Masukkan fusilli, gaul sebati serta rasakan garamnya dan bolehlah dihidangkan.
Nota tapak kaki: kalau nak lagi pedas masa tumis boleh juga masukkan cili kisar sesudu dua terpulang kpd selera masing2..resepi ni sesuai utk kanak2 sbb tak pedas sgt..lagi pun kanak2 pasti suka sbb bentuk fusilli cantikk..sesekali boring makan nasi tukar selera kpd pasta sedap juga kan..
Kali ni aku bagi resepi skali...nanti tak bg ada yg tertanya2 pulaksss..bunyi tipon..fax..emel..ym..skype..msn..mirc...tak sanggup mokcik kena seranah...poyo je bunyi....
Ciaow...

Friday, September 25, 2009

RAYA DAH ABIH KE??

Sepanjang cuti raya di kampung haku yang tercinta...hanya bukak lappy aku 1-2 kali aje..tak de mood nak update apa2...nak baca apa2...nak tengok apa2...bukan apa....rasa malas melanda...lappy terbukak sampai berabuk...semalam dalam perjalanan pulang ke Melaka macam2 hal berlaku di sepanjang jalan...bukan aku buat hal..tapi pengguna jalan raya yang lain yg buat hal...aku bersabo aje...sebagai pemandu yang 'berhemah' aku mesti kuatkan iman walau apa pun yang berlaku...nak tau citer?..aku citer sikit..
Dipendekkan citer aku berselisih dengan 1 kereta wira berplat TAB 5*** dari area umh aku hingga la ke Dungun aku ber'sumaker' dengan dia ni....pemandunya lelaki dan penumpang2 ada lah bini(agaknya la) kat belakang aweks 2 org....dan aku rasa aku tak perasan sorg2 bersumaker dengan dia ni..sebab setiap kali sampai di traffic light dia membako ekzos ketenya itu. sambil pandang senyum2 lembu kat aku...aku sikit pun tak heran...aku selalu nasihat kan diri aku yg ala ala ni supaya bersabo...

Sebelum melintasi politeknik Dungun keadaan jalan agak canggih seperti litar Sepang..apa lagi wira ini telah memecut dan melenggok depan kete aku yg kecik molek yg ala2 ini..hanya keta aku berdua aje dengan dia...aku tekan dia tekan aku tekan dia tekan....bukan laju sangat pun aku bawak tp wira tu aje terkinja2..terjolok jolok...lepas tu aku malas nak layan lagi sebab aku tau depan sana ada selekoh tajam lalu aku perlahan kan sikecik aku ni dari 130 yg bersederhana ringan kepada 80 sahaja mengikut arahan kerajaan....utk tidak terus melayan dia yg tak sado diri itu..aku pun berhenti ditepi jalan dan singgah kedai runcit utk beli sekotak air oren..sebab haus semacam aje rasanya...dan aku sambung perjalanan...sesampai aku di selekoh tajam di Bukit Bauk(kalau tak silap aku la namanya) aku nampak ramai org dan 2-3 kete berenti...rupanya ada kete telah terjunam dalam semak sebelah kiri...bukan semak tapi anak gaung la..tapi bontot bonet leh nampak lagi la...aku perlahan kan kecik molek...skali aku nampak TAB 5*** yang telah tertonggeng di dalam anak gaung ituh!!!!!....subhanallah....aku igt dah sampai kat tempat dia nak beraya..kat situ rupanya pegi..nak buat canner kan..dah nasib dia...lepas terperanjat beruk dan mengucap 2,3,4,5 kali..aku pun meneruskan perjalanan aku ke Melaka dengan lebih berhemah dan bersopan...jadikan TAB sebagai 1 teladan....aku pun tak tau apa keadaan diaorg..yg aku nampak selepas aku menyambung perjalanan..ada 2 ambulan tengah bersumaker pulak..mesti nak ambik brader TAB dan aweks nyer...sadis...

Kepada korang yang masih beraya sakan..berhati2 dijalan raya...jangan jadi hantu raya...
1 pesanan dari aku "HIDUP BIAR BERAKAL..MATI JANGAN JADI HANTU"
Ciaow....

Sunday, September 20, 2009

UCAPAN UTK MU...

Sebelum aku terlambat...aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAHIR DAN BATIN...kepada semua follower aku dan silent reader yang aku sayangi...sekiranya selama perkenalan kita..aku ada terkasar bahasa dan tersalah laku...
Sambut la Syawal ini dengan gembira dan penuh kesyukuran dan kepada sesiapa yg kurang bernasib baik dan mengalami duka pada tahun ini..aku harap korang lebih tabah dalam apa jua cabaran dan rintangan kehidupan...dan ingat la Allah s.w.t disetiap nafas kamu...
Dan kepada follower / blogger yang singgah...sila la ambik kad ucapan aku yang tak seberapa canggih manggih kat atas tu....dan tepek la kat blog korang yg canggih itu...kalau sudi...huhuhu

Monday, September 14, 2009

JOM KE BAZAR!!

SELAMAT DATANG KE DOUBLE SUE COLLECTION!!


Buat pengetahuan semua kengkawan, gerai kerongsang blink2 aku masih jua ditapak lama iaitu di BAZAR RAMADHAN SRI PANDAN dan hanya handbag yang cantik2 ditempatkan di bazar ramadhan Taman Cempaka...jom kunjungi ke gerai kami!!!!

*Ruangan iklan sepanjang Ramadhan...entry terbaru dibawah...

AKU LETIH

Hari ni masuk kerja dengan semangat yg begitu tipis dan nipis....aura utk bekerja dah kureng...keletihan melanda....nak berjalan pun tak larat....apatah lagi nak kuar umh pegi keje pagi ni....so aku memaksa diri aku membuka pintu...
Ciaow...

Thursday, September 10, 2009

1ST BERBUKA

Semalam fisrt time kami (aku n shireen) berbuka puasa bersama utk tahun ini...hajat yg awal2 tu nak makan stimbot je..tetapi disebabkan ada sponsor dari Jabatan Kewangan Cawangan Tampoi...so kami ubah la hajat..
SPONSOR

Menu lain tak sempat di snap kerana keadaan tak mengizinkan...biasa la bila dah sampai waktu berbuka keadaan agak huru hara....

AKU N SHIREEN

Monday, September 7, 2009

PENAMBAH SERI MAJLIS

Kalau teringin nak makan..buat la...aku nak bagi pun jauh...


Air tak mo banyak2 setempayan...nanti banjir...

Bantai 2-2 tuh...


Nak masukkan kismis,badam,choc chip,strawberi dan sewaktu dengannya pun boleh..



SIAP!!!

Saturday, September 5, 2009

SMS HARI NI..

Tiba tiba hari ni aku dapat 1 SMS dr kawan tersayang dr Kuantan berbunyi...

"PERJUMPAAN EX SMSS SPM 199* PADA HARI RAYA KE 2 DI HOTEL SERI MALAYSIA MARANG. SILA SAHKAN KEHADIRAN ANDA PADA PUAN YUSMIZA 019984707*."

Emm patut ke aku pegi...walaupun SMS tu aku dah reply tapi.....

ASMA ALLAH...

Raheem, Kareemun, 'Adheem, 'Aleemun, Haleem, Hakeemun, Mateen

(Merciful, Generous, Incomparably Great, All-KnowingForbearing, Wise, Firm)

Mannaan, Rahmaanun, Fattaah, GhaffaarunTawwaab, Razzaaqun, Shaheed

(Bestower of blessings, Most Compassionate, Opener, ForgiverAccepter of Repentance, Provider, Witness)
Allahumma salli 'ala Muhammad, wa aali MuhammadYa Muslimeen sallou 'alayh

(O my Lord send salutations upon MuhammadAnd upon the Family of MuhammadO Muslims, send salutations upon him)

Allahumma salli 'ala Muhammad, wa sahbi MuhammadYa Mu'mineen sallou 'alayh

(O my Lord send salutations upon MuhammadAnd upon the Companions of MuhammadO believers, send salutations upon him)
Lateef, Khabeerun, Samee', BaseerunJaleel, Raqeebun, Mujeeb

(Gentle, All-Aware, All-Hearing, All-SeeingMajestic, Watchful, Responsive)

Ghafur, Shakourun, Wadud, Qayyumun Ra'uf, Saburun, Majeed

(Forgiving, Appreciative, Loving, Self-Existing by Whom all subsistMost Kind, Patient, Most Glorious)

Allahumma salli 'ala Muhammad, wa aali MuhammadYa Muslimeen sallou 'alayh

(O my Lord send salutations upon MuhammadAnd upon the Family of MuhammadO Muslims, send salutations upon him)

Allahumma salli 'ala Muhammad, wa sahbi MuhammadYa Mu'mineen sallou 'alayh

(O my Lord send salutations upon MuhammadAnd upon the Companions of MuhammadO believers, send salutations upon him)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,La Ilaaha Illahu, Al Malikul Quddoos

(God is Greater, God is GreaterThere is no god but Him, the King, the Most Holy)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,Ya Rahmanu irham dha'fana

(O Most Compassionate! Have compassion on our weakness)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,Ya Ghaffaaru ighfir thunoubana

(O Forgiver! Forgive our sins)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,Ya Sattaaru ostour 'ouyoubana

(O Concealer! Conceal our defects)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,Ya Mu'izzu a'izza ummatana

(O Bestower of honour! Bestow honour on our Ummah)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,Ya Mujeebu ajib du’aa'ana

(O Responsive One! Answer our prayers)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,Ya Lateefu oltof binaa

(O Gentle One! Show gentleness to us)

Oltof binaa(Show gentleness to us)

Wednesday, September 2, 2009

SAPU SAWANG

Huh dah lama tak sapu sawang tebas lalang nih!!!!Tuan rumah bercuti update bukan kerana H1N1 okay!!!!dah lama tak bertenggek kat umh sendiri..umh kengkawan pun tak sempat jenguk...korang buka pose makan apa hari ni???? Petang td aku teringin buat mende nih...


Jeng jeng!!!!sama tak macam kat Pizza Hut???!!!!

CHEEZYY CRUNCHY MEAT SPAGETTI

Tapi ni aku buat sendiri jek kat umh.....meh jemput makan....

nak resepi??...hayati la gambar2 diatas...cara2nya sangat simple..