Wednesday, February 27, 2013

CINTA HARUS MEMILIKI



Alo daling..bila nak kuar DVD Konsert 3 Dekad tu????!!!marah nih!!!!

RINDU BERTAMU DI ABU DHABI

Selamat Petang!!!...Hari ni aku cuti..tak kelije lo...walaupun tak keje tapi busy je dari pagi tadi sampai petang..pagi ada appointment dengan bank..tengahari kat hospital pulak..petang gi sopink bahan mentah lauk pauk sikit..nanti entry malam ni aku tepekkan sikit apa aku masak tadi..
Skang aku dah siap mandi tepek bedak sume., get ready nak hadap tv nak tengok RBDAD pulak...amik ko, sapa tak tahu nasib ler...best jugak kalau hari2 macam ni.hahaha..
 
ok, nak amik mood RBDAD skit..
Ni pehal ciom pokwe org dikhalayak umum ni..heheh...sian kat nenek...uwaaa...bila la producer pilem/derama nak ofer aku berlakon watak nenek macam ni..tapi harus la ada adegan sedey medey macam ni..
Kalau dalam RBDAD skrip masa scene ni :
Nenek : pidaus kena buktikan semua ini pitnah...huhuuuuwaaa...(sambil ciom dahi pokwe ku)
Pidaus : nek...huhuhu...nek doakan pidaus nek...
 
TAPI kalau AKU dapat watak nenek tu :
Nenek(aku ler) : pidaus sayang buah hati intan payung nenek, sayang kena buktikan semua ini pitnah sayang..nenek sangat sayangkan pidaus sepenuh hati nenek..uuwaaaaa....tuhan tolong, lembutkan hati dia...untuk terimaku seadanya...(dalam sendu aku nanges..sambil ciom dahu..pipi..dagu..ulang 3 kali)
 
Pidaus : nek..pidaus pun sama macam nenek..pidaus nak sedey macam ni tiap2 hari..huhu..agugugu...
CUT!!!
Nape pulak cut nih!!!penat nanges!!-pengarah cakap ...Ulang balik..pahrin tak leh nanges cakap agugugu !!
 
Nenek --> YAHOOO!!!!
 
 

 HAPPY ENDING...dah!

Tuesday, February 26, 2013

MASAK LEMAK TELUR ITIK

Salam...dah dinner semua?..aku tengah mengah tahap gaban menyerang malaya dah ni...selamat makan nasi memalam ni..dari pagi tadi jamah bihun goreng aje..balik keje dah tahap kebulur..terus buat masak lemak telur itik..sebenarnya dah plan dr pagi nak makan masak lemak telur itik ni..tu pasal tak makan tengahari dah..bahan2 semua ada dah..apa lagi sinsing lengan baju la tadi..bersilat dalam 1 jam..masak lemak telur itik+sayur kobis+buduyak dah siap!...apa tu buduyak??hahahha budu + tempoyak..
Resipi masak lemak telur itik ni akan keudara pada post2 akan datang..sebab aku nak nonton Running Man ni..

 
Dah masak semua, kena relax jap..nak ngadap tv jap..
Kerana mu, perut ku yang berkeroncong jadi sebu...tetiba teringat perbualan yang hampir mencetuskan rusuhan kat opis tadi..
 
Bro A : tulang kering ni sakit dari semalam lagi..(sambil urut2 kaki dia)..nak sinsing kaki suar ni kan si sue ni plak ada sebelah..(muka sengih2 mintak lempang)
 
Aku : ellleh...tak kose saya nak pandang tau...kalau bukak suar pun saya tak heran tau!(gelak Bro A ada anak 5 tu)..kalau Pahrin sinsing suar depan saya ni baru saya toleh 5-6-7 kali tau (saja nak cetuskan rusuhan)
 
Bro B : wey sue..ko tak tau Pahrin tu kat betis penuh kudis tau! itu yang ko minat..tengok muka memang la...belum tgk betis lagi..ntah apa dia bela (ni saja la ni nak sikit ati aku ni sampai sanggup buat pitnah ni)
 
Awek C : wey abg!! mana ada kudis kat betis pahrin! memandai je..
 
Bro B : tu la korang duk puja beno artis2 ni..tgk lam tv boleh ler,,..ko dah tengok ke betis dia..
 
Awek C : eeyyy jeles ke?..nape dulu tak jadi artis...berlakon je citer tanah kubo tu...jadi rg kena panah petir ke..
 
Bro B : bukan jeles la..pompuan ni kalau artis tu lawa hensem sikit mula la..siap kopipes gambo kat gugel masuk la pesbuk..duk gilerkan sangat kpop la..pahrin la. (saja nak bako lebih2)
 
Awek C : wey abg..kalau pesbuk saya penuh ngan kpop pun..abg susah ati apasal..meh sini gambo abg saya taruk lam pesbuk saya..tapi saya letak 2 minit je la..
 
Bro B : bla bla bla..
 
Awek C : bla bla bla..
 
Aku ngan Bro A tak masuk campur lagi...cuma kami gelak disebalik monitor pc sambil makan kopok..ada lagi rupanya org lebih teruk gilerkan pahrin selain aku...aku tak giler tau..cuma aku jatuh chenta je...
SEKIAN... (pinsan!)

Monday, February 25, 2013

LEE KWANG SOO-RUNNING MAN


Haaaa...ni signage apa pulok nih!!! Aku tgh marathon Running Man(RM) nih..ketepi-ketepi!!!hehe..apa sesiapa disini minat Running Man?....jom join aku!!!! aku ni kategori peminat setia Running Man..tiap2 hari mesti 1 episod aku tengok...bukan apa untuk ceriakan hari aku..kekadang balik kerja dengan keadaan tension..sampai umah tgk RM 1 episod dah boleh tergolek-golek gelak..hidup kembali ceria..yeay!!
Ini lah dia orang2 yang buat aku selalu tergelak..kekadang jiran aku tanya aku "wey sue you ok ke tak?" bukan apa..dia dengar aku gelak bagaikan tak ingat dunia...setakat ni dari episod pertama sampai la sekarang 130 episod yang aku tgk..tak pernah lagi aku tak gelak..giler kelako...bol;eh semput dibuatnya.

Favorite aku dlm RM ni ada LEE KWANG SOO...yang bercermin mata itam belang rimau ni..tengok muka aje dah boleh buat aku gelak..kalau dia tak ada dalam RM,aku rasa tak ceria kehilangan..hahah..bagi aku dia tak perlu cakap banyak untuk buat lawak..hanya buat muka weirdo dia aje dah cukup...tapi yang lain2 tu best jugak..

Kekadang tgk muka dia kesian pulak..selalu kena buli..tapi dalam keadaan naif dia suka kenakan orang!! i like!!!..kebanyakkan team RM lain tak nak duk 1 kumpulan dengan dia,disebabkan kesengalan dia yang tahap cipan tu la..dan dia jugak seorang yang lemah..bila kalah dia selalu kena belasah @ bantai..
 
Kadang2 dia macam terencat spastik pun ada..oleh kerana dia paling tinggi dalam ramai2 tu..maka dia lah paling fail kalau main nyorok2...kalau nyorok bawah meja pasti kaki terjulur keluar..bila kena tangkap, dia boleh tanya.."apa salah aku?"....

Kalau tgk muka dia memang la tak hensem mcm k-pop lain...dia memang weird-o

Tapi ni ok tak??hehehhhhh...kwang sooo kadang2 ko ni hensem jugak...mata aku memang jarang salah!!
 
huhu...boley tahan!! selain dari Running Man..boleh tgk jugak dia di Good Sunday..dan di jugak seorang actor..ada beberapa filem dan drama yang dia berlakon..dan dia jugak seorang model!!
ok off dulu nak tido!! harap2 tak mimpi kwang soo..ngeri!

Wednesday, February 20, 2013

SELAMAT TINGGAL MoF!!

Assalamualaikum...wartawan Sue-AB melaporkan dari tempat kejadian, CTRMAC Melaka..


Pemilikan 96.87 peratus pegangan babit kos RM298.30 jutaDRB-HICOM Bhd akan membeli 96.87 peratus ekuiti dalam Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM) daripada Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc), sekali gus mengembangkan kegiatannya ke dalam industri aeroangkasa.
Pembelian tunai pada harga RM298.30 juta itu akan dibuat oleh konglomerat itu menerusi anak syarikat milik penuhnya yang terbabit dalam industri ketenteraan, DRB-Hicom Defence Technologies Sdn Bhd (Deftech).
MoF Inc kini menguasai 96.87 peratus dalam CTRM manakala baki 3.2 peratus lagi oleh PETRONAS.

DRB-Hicom dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia semalam berkata, pembelian yang membabitkan 466.778 juta saham dalam CTRM itu diputuskan selepas ia menerima tawaran daripada MoF Inc.

Nilai saham RM1 seunit

“Kami ingin mengumumkan bahawa Deftech pada 19 Februari 2013 menerima tawaran daripada MoF Inc bagi membeli 466.778 juta saham biasa bernilai RM1 seunit dalam CTRM.
“Ia mewakili 96.87 peratus pegangan ekuiti dalam CTRM yang dimiliki MoF Inc pada harga tunai RM298.30 juta,” katanya.

CTRM, pengeluar komponen komposit untuk pesawat Airbus dan Boeing yang ditubuhkan pada 1990 di Melaka adalah syarikat perintis dalam industri aeroangkasa.

Ia terbabit dalam pembangunan dan pengeluaran komponen komposit pesawat, manakala anak syarikatnya pula menjalankan aktiviti reka bentuk, membangun dan membuat komponen komposit aeroangkasa serta aplikasi bukan aeroangkasa, merangkumi aplikasi untuk industri pertahanan dan automotif.

Bina pesawat ringan

CTRM juga mengeluarkan pesawat ringan dua tempat duduk, Eagle 150B serta pesawat tanpa juruterbang (UAV).

Syarikat itu turut membangunkan teknologi komposit untuk memenuhi keperluan ketenteraan dan pertahanan tempatan serta luar negara.

Ia termasuk agensi penguat kuasa seperti polis dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM).

Pembelian tertakluk audit

DRB-Hicom dalam kenyataannya itu berkata, urus niaga bagi memuktamadkan pembelian ekuiti milik MoF Inc dalam CTRM berkenaan tertakluk kepada audit kajian daya maju dan syarat perjanjian jual beli (SPA) yang akan dirundingkan antara MoF dan Deftech.

“Apabila kumpulan berpuas hati dengan perkara di atas, Deftech akan memuktamadkan pemeteraian SPA dengan MOF,” katanya.

Justeru, DRB-Hicom berkata, pengumuman lanjut berhubung pembelian itu akan dibuatnya kepada Bursa Malaysia apabila tiba masanya selaras keperluan penyenaraian Pasaran Utama Bursa Securities.

Difahamkan, langkah MoF Inc melupuskan pegangan mereka dalam CTRM itu dibuat sejajar dengan strategi kerajaan.

Ia beransur-ansur bagi mengurangkan pembabitannya dalam aktiviti perniagaan yang membabitkan persaingan secara langsung dengan sektor swasta.

Kredit to BH Online 20.02.2013

Tak puas hati lagi lapor kisah kat atas tu..aku lapor melalui Utusan pulak..

KUALA LUMPUR 19 Feb. - DRB-Hicom Defence Technologies Sdn. Bhd. (Deftech) bersetuju untuk menerima tawaran daripada Menteri Kewangan (MoF) untuk memiliki kepentingan dalam Composites Technology Research Malaysia Sdn. Bhd. (CTRM) dengan nilai RM298.3 juta.
Menurut kenyataan DRB-Hicom Bhd. (DRB-Hicom) kepada Bursa Malaysia, tawaran tersebut melibatkan pemilikan keseluruhan 466,778,067 saham biasa CTRM dengan harga RM1 sesaham.
Pemilikan keseluruhan saham itu akan membolehkan Deftech menguasai 96.87 kepentingan CTRM.
Bagaimanapun menurut DRB-Hicom, nilai pemilikan sebanyak RM298.3 juta itu akan dibayar kepada MoF tertakluk kepada keputusan penilaian yang akan dilakukan oleh pihak CTRM.
Deftech merupakan anak syarikat milik penuh DRB-Hicom.
Selain itu, pembelian tersebut masih bergantung kepada terma dan syarat di dalam perjanjian jualan dan belian (SPA) yang akan dibincangkan antara Deftech bersama kementerian.

Monday, February 18, 2013

GILER SEDAP!

 Salam...apa kabar semua hari ni?? hari ni aku terasa sakit2 sendi sikit..adakah ini alarm utntuk demam nak mai?? alahai..tak mo rasanya demam ni..tak larat..tapi kalau dia nak datang nak buat macamanakan..doa aje la semoga tak melarat lama2..
Sampai aje umah petang tadi, perut bergendang2...nak masak langsung tak de mood..nak beli nasi goreng kat restoran depan ni rasa macam malas giler nak kuar umah..tekak tak terasa nak makan nasik...mi? huh tak nak jugak..kueytiaw? errmm tak mo la rasa mcm tak best..roti canai?minyak, tekak tak best..bakso?tak teringin plak..penampo?gulp!
Tekak memang tak terasa nak makan tapi aku perlu makan sebab nak makan ubat demam(alasan terbaek)..last skali bubur daging jadi pilihan..sori gambo tak snap sebab lupa hikhikhik..aku kalau tak sihat mmg pelupa dan pelahap(aku ni manusia terbalik)..bubur daging ni aku buat sendirinya..senang aje..
1. Rebus beras macam masak nasi tu, air kasi lebih2 taruk...masukkan daging...rebus la sampai beras kembang dan daging empuk..
2. Masukkan 1 inci halia (hiris)
3. Bubur dah betul2 masak dan daging empuk..masukkan garam..
4. Hidangkan dengan curahan kicap,daun bawang/bawang goreng dan ikan bilis goreng rangup..
Menu sengal cenggitu je orang sakit macam ku bleh habiskan 2 mangkuk tau..hahaha...alhamdulillah kenyang...makan ubat..nanti pening dan sakit2 badan bleh hilang...jangan lupa segelas air halia muda..rebus pekat2..walla...
Masa terasa nak makan td tetiba aku teringat masakan masam2...
 
Kerabu mangga...menu ni aku makan masa berada di Chiang Mai Thailand tahun lepas..
 
 Bila dibalik2kan mangga tu..ada pulak kerak2 rangup..aku pun tak tahu apakah bende rangup tu, yang aku tahu hanya la sedap yang tak terkira..rangup-rangup masam mangga..gilerrr lahhhh...slurrpppp...
 
Ni pulak Kerabu Telur...pun sangat sedap makan ngan nasik putih panas2...rasa telurnya yang masam2 limau dan pedas..kat sini (mesia) tak penah lagi aku jumpa cara masak telur dadar macam ni..giler sedap jugak!!!!
 
Ni pulak, biasalah Tomyam Goong!!..boleh giler gak makan ni..mau taknya makan tomyam kat kampung tomyam, mau tak realnya..pedasnya rasa macam nak tomoi chef yang masak tu..
 
Ada lagi menu2 best yang aku makan di Thailand yang best..nanti lain kali kalau aku terasa nak makan bende2 ni aku tepek lagi kasi korang terliur...hihihihi
 
 


Sunday, February 17, 2013

TEMERLOH BANDAR IKAN PATIN

Salam..apa kabar semua..wah aku bersiaran seminggu skali je skang ni kan..motif sesangat..masa memang tak izinkan aku duk ngadap pc lama2 buat masa sekarang ni..manyak kelije ma...tapi dalam bizi2 kenkonon aku ni..ada la jugak aku luangkan masa untuk cuci mata..asik tengok org melaka je..apa kata tengok orang pahang pulakkk..pagi tadi tetiba terasa nak gi makan masak tempoyak ikan patin..terus berdesup aku ke Temerloh Pahang jap..Bila dah sampai ke"Temerloh Bandar Ikan Patin" aku update la sikit gambonya..kepada sesiapa yang tak pernah ke sana, pegi la sekali..kalau yang tak suka makan hasil2 kampung @ hutan ni, tak yah pegi nanti muka jadi muka itik pulak, korang pegi la beli bahan mentah kat giant tesco sana..tapi kepada sesiapa yang sangat suka made in kampung atau hutan2 macam aku..pasar sehari temerloh ni ada salah satu pasar the best in mesia...
Sesudah subuh aku dah bergerak ke temerloh ditemani oleh seorang bodigad..bodigad ni tugasnya untuk mengawasi tindak tanduk aku yang liar ketika atas boat nak seberang sungai nanti dan juga memerangkap pemandu sebab kali ni tak menggunakan kereta aku yang comey lote tu..boleh la aku save duit minyak dan tenaga..
Kali ni ntah yang ke berapa kali nya aku kesini..dah tak terkira..dulu rasa macam jauh jugak tapi sekarang dah rasa macam kejap je sampai..aku sampai kesini lebih kurang jam 8am..orang pun tak ramai lagi-maksud tak ramai ni adalah bila jalan bahu belum bersentuhan..kalau dah ramai bukan saja bahu yang bersentuh..belakang..lengan..bontot..kepala..lutut..tumit kaki..ehem..dan pelbagai lagi la..tak nak aku melucah kat sini pulak...so untuk mengelakkan perkara2 yang tak diingini berlaku, baik la aku kesana awal2..semua fresh2 dan banyak pilihan..
Aku arahkan bodigad aku cari parking yang terbaik supaya nanti kami tak stuck masa nak balik disebabkan "macet"...alhamdullillah segalanya berjalan lancar..Sebelum melangkah, istigfar dulu 3-4 kali...jauhi diri dari sifat tamak dan membazir..jom tengok gambar..quality gambar mungkin tak menarik sangat sebab guna hp ciken aku je..
 
 Belum apa2 aku dah lepak jap kat tepi ni sambil makan apam balik rangup..2 ringgit selamat ditelan oleh aku..kalau aku kesini memang aku tak mis apam balik rangup yang dijual oleh cik adik manis sorang tu..ada 2-3 org gak yang jual apam balik kat stu tapi cik adik manis tu jugak yg best!

 Masa ni tak la ramai sangat orang..

 Cili ni salah satu bahan belian wajip aku..dia macam cili merah + cili api..pedas jugak ni..buat sambal belacan walla rasanya..yang sebelah tu ikan salai..tak penah beli..sebab tak tau nak masak apa..masak lemak cili padi?-failed.

 Ikan lampam..masak tempoyak pun best ni..masak lemak pun best jugak..pernah makan sekali je..tp bukan aku yang masak..makan kat kedai je..sedap jugak isinya..meleleh airliur..

 Jam 9am..makcik ni punya barang jualan dah terang dah..masa aku sampai kemain banyak lagi..

 Selonggok 2 hinggit..


 Hari ni plan nak naik boat ni dari seberang sana..tak jadi memandangkan arus agak laju aku jadi seram..so terpaksa la aku parking kete sebelah sini jugak..next time la naik boat ni..tambang hanya rm1.50 dr seberang sana..



 Dekat makcik ni aku rembat seketul jantung pisang..murah je..rm2 seketul..dah biasa ngan makcik ni dia bagi diskaun..hik hik hik..



 Teringin nak beli pokok cili ni..tp aku dah 2 kali pengalaman tanam pokok cili..2-2 failed..tangan tak sesuai.
 Tu dia target seterusnya cendawan kukur tu..kali ni beli lebih sikit sebab bleh simpan lama dalam esbok..no worries..
 Hamek ko..potai...1 ikat besar tu rm10..lepas guling2 kat jalan tu aku mintak kurang..hakak baju merah tu bagi la aku rm8..kesian katanya penat duk guling2..dengan jayanya aku bawak balik melaka..


Lepas dah rembat 3 eko patin, baung dan lampam yang banyak2 tadi..aku pun pegi la ke medan selera patin nak makan nasik..kol 10.30 dah makan tengahari ko..
Biasanya kalau aku ke mana2 pasti cooler box ada je dalam bonet..senang kalau nampak ikan atau apa2 bahan mentah yang menarik boleh beli..taruk ais..habis cerita..
 
Balik ler...bye!!

Monday, February 11, 2013

NASI LEMAK TELUR PUYUH

Assalamualaikum!!! Sangat-sangat lama aku hanyut dilautan sepi..chewahhh!!!! Hari ni ada jugak jodoh aku nak berkunjung ke blog sendiri hahahaha..saudara dan kawan2 ku apa khabar semua? sayangku sihat tak..chewah..blueekk!! harap-harap semuanya sihat sejahtera...panjang umur dan dimurahkan rezeki..Selamat Tahun Baru Cina pada Kak Ang sekeluarga...(jiran aku ni)..harap-harap anak you tak main mercun panjang merah tu lagi petang ni..nak pecah gegendang telinga aku tau..tak pe aku bagi muka kat anak2 ko sebab korang raya sakan kan tahun ni...pagi bako mercun..tghri bako lagi..petang bako lagi...skang dah hari kedua korang duk bako mercun..tak pe teruskan..aku bagi ko masa 3 hari je..hehhee...samseng tul bunyikan..ko nak bako duit ko banyak mana pun aku tak kisah tapi yang aku kisah..tu cebisan kertas merah dari mercun tu sapa nak sapu??dah terbang masuk berkepuk kepuk kat kawasan umah aku tu, jangan ko wat dono plak..hehe..tolong sapu yer..kebersihan amalan mulia...
Pagi td Kak Ang bagi aku biskut raya tart blueberry..errmm sedap..sedap..sedap..tampo muka sendiri kang, kalau free mesti la sedap..halal ke tak??halal la..org melayu yang buat..FYI, Kak Ang ni baba nyonya..so dia byk campur ngan org melayu..hari2 pakai kain batik..kaftan..kain batik..kaftan..aku ni yang melayu panasia kain batik pun ada sehelai je..itu pun boleh kira berapa kali je pakai setahun..Hari ni Kak Ang buat open house kat umah dia..aku pegi pepagi buta tadi..sebabnya aku tolong dia goreng kopok..gorengnya kat umah aku..aku hantar yang dah siap la..menu lain aku tgk ada macam2 gak..bihun goreng..satey..ayam goreng..cendol..pau pun ada..kuey bakul..ada lagi la..semuanya ditanggung halal sebab dia tempah dr orang melayu..tetamu dia pun ramai gak melayu aku tengok tadi...tp aku tak makan banyak la..sebab hari ni aku dah masak sendiri kat umah..so aku lepak 5 minit umah dia then aku cabut balik nak makan juadah aku plak (sebenarnya aku lupa hari ni Kak Ang buat open house..kalau aku tau tak de la aku gigih masak pepagi heheh)..masa nak balik Ayen(anak kak ang yang bongsu) ajak aku main mercun merah dia tu..aku cakap..tak mo nanti taik telinga hakak cair nanti..
 
 Menu pagi ni...Nasi Lemak buah bidara + sambal telur puyuh...walaupun semalam aku tido hampir jam 4 pagi..tapi mata otomatik plak terbuka luas kol 6.30am tadi..so apa lagi perut dah keroncong, aku pun teringin nak makan nasik lemak..bersilat jap kat dapo terus jadi nasik lemak aku dalam masa sejam..

Masa tengah menikmati hidangan aku yang tak terkata ini..tetiba Ayen datang bawak bihoon goreng sepinggan..hakak kan dah makan td sayang Ayen..ni hakak tengah gigih lagi makan nasi lemak ni..mak ko ni mmg nak suro aku jadi tong drum kan..Ayen telan air iur nampak nasik lemak bintik ijau aku ni..aku offer dia makan dia angguk laju macam biasa...apalagi aku berkelah la nasik lemak bintik hijau ngan Ayen depan tv sambil tengok citer korea KBS..aku angkat je camera nak snap pipi kembung Ayen penuh nasik lemak tu..Ayen cakap no-no-no...no picture please..rasa aku nak hempuk je dahi Ayen ngan camera..tak spoting langsung..hahaha..kekadang Ayen ni lawak jugak..muka dia bulat mata separuh sepet..rambut tegak2..chubby...baru darjah 2..datang umah selalu pakai singlet ben-10..raya pun pakai singlet..bila nak amik gambo mula la malu nampak ketiak...Ayen..Ayen...