Sunday, May 26, 2013

SEDIH SOKMO


Huhuhu..salam...petang ni jiwa tacing jap...walaupun hati tgh happy ni..happy kenapa?tungguuuuuu....tapi dalam happy2 pun apa salahnya sedey skitkan...
Tetiba teringat Aju...
Tetiba teringat Anik...
Tetiba aku imagine dia 2 'org' macam ni...huuwaaaaaaa!!!!!!!

"Oh moributho balkuthkaji da sarangsurowo Oh
Niga naui yojaranun ge jarangsurowo
Gidarimi julgobgo ijen gonggimajo dalkomhe
Irohge norul saranghe..." tetiba henpun ciken brand aku bunyik-alamak nape call lak nih..tak leh whatsapp keee...

X : hello yang..buat apa tu?
Aku : elo..tgh nanges..(ssrottttt-tarik ingus)
X : doh bakpe pulok nanges ni..tingat ke bi kite ke?
Aku : dok lah..tingat ke aju anik
X : huh kecik ati lah!!

Hihihi...sengal lah...

Sunday, May 19, 2013

MENU : MI MEGI SUP


MI MEGI SUP
 
Bahan-bahan:
 
 
Mi segera kosong(pic gugel) - 1-2 keping (bajet la berapa org makan) - kemudian aku rebus mi tu 1-2 minit (masukkan mi dlm air mendidih)..kemudian toskan..lalukan mi bawah air bersih dan selawat ..buang air rebusan tu..kurang baik utk kesihatan.
Ayam potong kiub
Sayur sawi atau sayur2 lain yang disukai..aku suka sawi jee...
Tomato buah
Cendawan kering/tiram..(aku tak letak kali ni,malas nak rendam..hihi)
Carrot (pun tak letak..malas)
Serbuk lada hitam/lada sulah setengah sudu
bawang putih 2-3 ulas (cincang halus)
Bawang merah 2 ulas (mayang)
Bawang kisar sesudu
Minyak zaitun/minyak masak biasa untuk tumis
Cili padi potong kalau suka..
 
Caranya :
 
1. Panaskan minyak zaitun..tumiskan bawang putih..jangan sampai ada hitam2 hangus tu..
2. Masukkan bawang kisar..kacau..masukkan lada hitam..masukkan isi ayam..
3. Masukkan bawang mayang dan cili padi..kacau..pastikan ayam tu dah separuh masak..
4. Masukkan air (ikut suka..aku suka air lebih..)
5.Pastikan ayam tu masak betul
6. Masukkan garam dan serbuk perasa kalau nak la..
7. Masukkan carrot, cendawan dan sawi..atau apa2 la jenis sayur nak masuk..tunggu seminit dua..dah mendidih masukkan mi..tunggu seminit dua lagi..mendidih je..angkat...
 
Yeay dah boleh makan..bismillah..
Pantang menu ni : tak leh simpan..kalau sekali masak tu ada terlebih..harus bagi jiran..kalau simpan...dia akan jadi mi kembang sepiok..nanti buang membazir..amalan setan tu..
 
Chow dulu..


MEE MEGI SUP PUN OK!

Salam..selamat berhujung minggu..minggu ni sama seperti hujung minggu lepas, aku tak kemana2..memandangkan selsema dan batuk masih bermaharajalela lagi..tp ok la..rest kat umah..suka!! rumah ku syurga ku la katakan..dalam duk sok-sek hidung ku ini..sempat jugak betul2 kan pasu kat luar tu..berpeluh la jugak pepagi ni..tak pe..itu kiranya exercise jugak..
Kol 10 lebih matahari memancar terik..harus masuk lam umah kalau panas2 gini..kang dia datang demam lagi kang..naye aku..
Tetiba perut keroncong..aku plan nak masak nasi aje..tetiba plak selera kat nasi kureng..nak makan roti dah jemu pulak..errrmmm..tetiba terpandang megi..ni bukan maggi yg biasa tu..ni mee megi yang kosong..aku selalu buat stok mee megi ni..yang biasa berperisa tu aku tak makan sangat..yang kosong ni macam2 boleh buat..nak goreng boleh..nak buat sup boleh...nak buat murtabak bleh..hihi..mcm2 la..
Hari ni aku terasa nak buat sup megi ni je la..hari ni tgk gambar je boleh tak...resepi aku bagi esok-esok je la..sebab aku rasa ngantuk plak..tp ni senang je nak buat..dalam masa 15min dah siap..
 

Friday, May 17, 2013

MUHASABAH - FITNAH!

Salam..Hari jumaat yang berbahagia ni, aku nak baca yang elok2 je..hindarkan mata dan telinga dari membaca atau mendengar kata2 yang tak baik..terutamanya dalam pesbuk tu..hihihi..sebab tu i dont like pesbuk..org tak cukup akal je yang suka luah mende2 kurang cerdik dalam pesbuk tu sehingga boleh menimbulkan spekulasi atau tanda tanya kepada sesiapa sahaja yang membacanya sehingga berlakunya fitnah..isshh...kurang cerdik tu...kalau belajar tinggi2 pun, dalam negara,luar negara,dalam laut,atas laut, angkasa lepas tapi kalau akal tak pakai pun tak guna juga,ceredik tak dapat diajar...baik berenti skolah lepas darjah 6 je dolu2..kadang2 org tak belajar tinggi, lebih menggunakan akal dan matang dalam mengeluarkan kata2 dan segala hal..so ahli tetap fb,twitter, dan lain2 yang sewaktu dengannya..sila lah rendahkan diri sikit..orang lain dah tahu dah anda hebat, tak yah nak bagi status yang lebih2 sangat ok..riak sangat walaupun hanya 1 ayat dan 1 gambar(nasihat kepada diri sendiri jugak kalau pernah ter-over run tanpa sengaja)...ok kita baca sesama artikel aku nak tepek ni yep..aku baru cedok, panas lg ni..

DULU fitnah tersebar oleh perbualan yang kemudian disampaikan, cerita sengaja direka kemudian dihebahkan atau melalui surat layang yang tiada tandatangan pengirimnya. Kini, fitnah disebar melalui teknologi canggih iaitu internet hingga payah untuk menepisnya. Betul atau tidak, itu bukan cerita pokok tetapi secepat mana fitnah itu tersebar yang menimbulkan kerisauan kerana masyarakat tidak punya masa untuk menilai satu persatu sebaliknya, persepsi awal ialah 'jika tiada angin masakan pokok bergoyang'.

Bahaya fitnah ibarat mata pedang yang boleh membunuh sayangnya kesan fitnah tidak pernah diberi perhatian sama ada oleh pihak yang menaburnya atau yang suka-suka menjadi penyampai walaupun tidak pernah di suruh. Saya bangkitkan isu fitnah kerana bersetuju dengan pandangan betapa sekarang mudah sungguh untuk menjatuhkan orang lain melalui cerita tidak benar, ditambah pula cara penyebaran semakin canggih dan sukar untuk mengesan pihak melakukannya.

Ironinya, lebih kuat semangat seseorang itu berdepan dengan fitnah dilemparkan terhadapnya, lebih sengit pula serangan datang bertubi-tubi selepas itu terpaksa dihadapi. Ada kala, iblis tidak kacau orang itu tetapi menghasut mereka di sekelilingnya yang suka mencari kelemahan. Ini yang kita tidak perasan. Oleh itu, kita perlu sentiasa berhati-hati kerana dalam yang menyokong, tidak semua suka apa yang kita perjuangkan.

Begitu juga dalam dunia hiburan, fitnah atau bahasa manisnya 'gosip' ada memberi kebaikan tetapi kebanyakan masa mendatangkan kerosakan selain memberi aib kepada artis. Apa punca fitnah disebarkan, hanya pihak berkenaan yang tahu. Untuk bercerita adalah perkara biasa yang kita lakukan. Apabila berjumpa rakan dan berkumpul ramai-ramai, ada saja hendak diceritakan hingga ada kala terceritalah kisah orang lain. Maka timbul cerita tidak sepatutnya boleh merosakkan maruah pihak lain.

Pembabitan saya dalam bidang perubatan Islam tidak lepas daripada cerita tidak enak yang didengar. Masih ada suara yang terus mempertikaikan kemampuan serta kelayakan saya untuk merawat pesakit yang tidak putus-putus datang ke Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah. Saya hanya mampu berserah kepada Allah. Biarpun hati kecewa dengan tanggapan negatif, itu tidak melunturkan semangat saya untuk membantu mereka yang memerlukan dan saya dengan semangat yang ada, berusaha mempertingkatkan pengetahuan mendalami mukjizat al-Quran. Hasrat saya, supaya ilmu itu dapat digunakan untuk dimanfaatkan umat Islam.

Siapa saya untuk mengaku kelebihan yang ada tetapi menjadi tanggungjawab saya untuk berkongsi ilmu diperoleh supaya orang lain turut merasakan nikmat mendekatkan diri dengan kitab Allah dan menjadikan wahyu-Nya santapan harian kepada jasmani serta rohani. Semoga berbekalkan semangat serta hasrat untuk melihat wahyu Allah dan mukjizat al-Quran terus dijadikan pedoman umat Islam, perjuangan ini akan diteruskan. Diharap niat murni saya turut dikongsi mereka yang mendapat petunjuk dan hidayah daripada keazaman mendekatkan diri dengan ilmu al-Quran yang menyimpan banyak rahsia.

Bagi yang dimakbulkan Allah doa mereka supaya disembuhkan daripada penyakit dihidapi, janganlah usaha mendekatkan diri kepada Allah berakhir di situ. Ujian Allah sebenarnya untuk mengingatkan kita supaya bermuhasabah serta menilai kembali perjalanan hidup yang kita lalui. Ia juga tanda kasih sayang Allah kepada hamba-Nya dan tidak mahu hamba-Nya tersasar daripada syariat agama. Usaha kita berbuat baik akan ada halangannya kerana musuh Allah tidak mahu hamba-Nya mendekatkan diri dengan Penciptanya maka dilakukan apa saja supaya hamba-Nya itu berdepan pelbagai cabaran. Yang pasti, mereka yang kuat dengan izin Allah akan berjaya. Oleh itu, jangan berputus asa dan sentiasa bertawakal kepada Allah.

Bersama kita hayati sabda Baginda Rasulullah SAW. Daripada Abu Hurairah katanya, bersabda Rasulullah SAW:
"Janganlah kamu saling dengki mendengki, janganlah kamu saling tipu menipu, janganlah kamu saling belakang membelakangi dan janganlah kamu menjual di atas jualan setengah daripada kamu dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang Islam adalah saudara kepada orang Islam yang lain, tidak boleh ia menganiayai dan tidak boleh membiarkannya (dalam kehinaan) serta tidak boleh mendustai dan tidak boleh menghinanya. (Nabi berkata sambil menunjukkan ke arah dadanya tiga kali). Sudah cukup banyak kejahatan seseorang itu bahawa ia merendahkan saudara seIslamnya. Sekalian orang Islam atas orang Islam yang lain adalah haram darahnya, hartanya dan kehormatannya." (Hadis riwayat Muslim)

- Salah satu entry terbaik bagi aku dari AlHidayah-Medic.com- Link 

*tengah carik artikel kat sokkabar yang kata "org suka amik gambo makanan tu ada lah mental"..hik hik hik..ada kat fb tp malas nak bukak pulak..

Wednesday, May 15, 2013

CITA-CITA

Salam, buat apa tu??? dah lunch?..aku tghr ni tak makan la..kenyang lagi..pagi td dah makan cukup la..
Td terbaca status Ustaz kazim..buat aku senyum sorang2..nakal ustaz ni..babab kang! status ni dah 2-3 hari lepas tapi aku baru terbaca..saje ler tu ustaz post status nak bagi org ceria...sukses ustaz..aku dah gelak pun...
Bila baca status ni aku teringat gak dulu..first2 cita2 aku..nak jadi nurse...konon la..tapi bila dah besar sikit cancel nak jadi nurse sebab kena cocok org..huh no way!! lepas SPM mak aku kata tak yah g memana la..gi belajo jadi nurse...ooooo tidakkkkk...terus tak minat okkk....
Dalam byk2 komen dlm status ni, ada anak dia cita2 nak jadi komunis bintang 3...hahahaha..tergolek aku gelak...mana lah datang nak jadi komunis dek oiiii....macam2 budak2 pikir kan..kalau zaman aku kecik2 dulu..askar, polis, bomba,nurse,doktor,akitek,peguam,cikgu tu biasa la..kalau zaman skang mcm2..nak jd otomen,saintis,angkasawan, manager mcm2 lagi byk yang tak disebut masa zaman aku..skang budak2 lagi advance..
Ada jugak budak nak jadi mat rempit, minah kilang, cashier(dia igt duit tu dapat kat cashier gamaknya), petani moden dan macam2 lagi la..mungkin kita pun tak terpikir..hehehe..korang dulu2 nak jadi apa?
 
 

Aduh..hari ni lenguh tulang belakang la...1..2..3..4..5..6..7..8..8 lagi...

MUHASABAH

“Ya Tuhanku, masukkanlah aku ke tempat masuk yang benar dan keluarkanlah (pula) aku dari tempat keluar yang benar, dan datangkanlah kepadaku dari sisi-MU kekuasaan yang menolong (ku)”. [Al-Israa’ (17) : 80]

Amiin..

Tuesday, May 14, 2013

IKAN STIM + TERUNG BAKAR

Salam..apakabar semua hari ni...terima kasih datang bertandang kesini..hari ni tak de apa issue yang nak dibangkitkan pon..dan hari ni tak de resepi yang istimewa sangat tau..tajuk je gempak..hehe..aku memang suka main acah2 ngan org ni..kalau yang cepat melatah tu nasib la, sentap...
Hari ni mmg aku tak de selera nak makan..tapi disebabkan aku tak makan apa2 dari pagi..bila nak malam perut ni pandai pulak mintak diisi..
Aku bukannya malas nak masak..tp tak tau apa nak makan..kalau dah tepu sgt nak pikir aku beli je beger joe kat depan umah aku ni..tp tetiba aku rasa nak makan ikan rebus2 je..ekhhh takan nak masak singgang lagi..tak leh la..tetiba terasa plak nak makan ikan stim..ikan apa ada lam esbok tu ekh...bukak esbok errmmmm....ada kurang la barang2 nya..tp yang penting yang asas tu wajib ada..aku tak kisah..stim ikan ngan garam halia bwg putih pun ok je..pernah gak buat dulu...senang dan ringkas..bukan agong pun nak makan..tekak aku ni je yang nak makan...hihihi...
Jadi apa lagi..ketungtang2 jap..so siap la menu malam ni yang sangat ntah apa2 tp sangat membuka selera aku dengan baunya yang tak menahan...hihihi
 
 
Ikan cencaru tu aku mandikan dengan kicap manis + sos ikan + lada sulah + garam..
Yang sampah sarap tu bawang putih + bawah merah + halia + daun limau purut..
Haaa...korang penah dengar ke org buat stim mcm tu punya gaya?..hahahaha...tak penah aku dengo org buat masak stim taruk daunlimau purut..hihh aku je kut..maklum lah kat luar dalam pasu tu pokok limau purut aku kemain subur...daun mengimbun..sayang kalau tak guna..amik ko..masak stim pun taruk..hihi..

Ni apa pulak yang itam tebako ni? arangkah?...hihi...ni la terung bako..memang bako sungguh lah..nak buat cicah ngan budu tu..terung bako ni mmg peberet aku semenjak menapak ke negeri melaka ni..dulu2 aku kurang sikit makan terung ni..maklum la kakak aku duk goreng sambal je..jadi tak makan sangat..tp bila dah diperkenalkan dengan cara bako hangus ni..aku jatuh cinta plak..tp yang penting kena ada lawannya..budu ke..cencaluk ke..sambal belacan ke..tempoyak ke..perggggghhhh walllaaaa..hihi...gimik je lebih..kena lak ngan nasik panas..huh berpeluh!! Aku penah makan ikan kembung goreng + terung bako + budu..kuah tak de tau..nasik kosong aje..mesti makan time panas2 tu..boleh pinsan makkkk dekkk....hahaha..chow dulu la..
Jemput makan sume...bismillah....

MUHASABAH

“Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan kukuhkanlah pendirian (langkah) kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir”. [Al-Baqarah (2) : 250]

Amiin..
 


Monday, May 13, 2013

IKAN SINGGANG

Salam..dah dinner semua? semoga korang enjoy apa jua yang dah terhidang depan mata..syukur kita masih cukup makan kan...

Aku ok je apa lauk pun..kecuali paceri nenas..aku memang sukar sikit nak makan nenas..pernah try la makan buah nenas tu..tp 2-3 kali gigit je..kalau paceri nenas pun aku tak reti tak set lam otak bahawasanya lauk tu best(dr kata2 org lain la) mmg nenas aku tak makan tp kalau paceri nenas ngan kuah2nya skali aku tak makan..dulu aku igt aku makan sume jenis makanan atas donia ni..rupanya tidak pada yang satu ni..tp aku rasa 1 hari nanti aku berjaya jugak nak menyukainya..hehehe...tak kenal maka tak chenta...

Kalau sebut pasal lauk pauk ni..ada 1 lauk jugak yang aku pantang (bkn paceri nenas td je), iaitu Ikan Singgang...aku pantang sungguh..Pantang Jumpa la..aku tak tahu nape aku suka sangat lauk ni..dr kecik duk makan lauk ni ngan nasik..masa kecik2 (4-12 thn) dulu aku ni tersangat la kurus kering kurang bitamin..kalau mak suh makan nasik..pasti tgk lauk dulu..kalau tak de ikan singgang jawapan nya TAK MKN NASIK la..

Jadinya, kalau mak nak suro aku makan nasik..mak akan singgang ikan setiap hari..hehehe..menu aku hanya..nasi putih + singgang (kuah aje..ikan tak mo) + ikan goreng-sayur lain tawon aku makan heheh...siang n malam tiap2 hari lauk yang sama pun ok..aku langsung tak kisah dan tak jemu..kakak n abg2 aku sume makan lauk2 lain..aku sorang je hadap lauk ni..tp bila dah bertahun2 dari kecik itu je menu aku, aku tetap kurus kering jugak..maknanya zat tak la banyak sangat dr ikan singgang ni kan..errmm..mak aku plak tak de la nak pikir lebih2 nape anaknya yang satu ni tak cukup zat, "janji budak ni makan nasik sudoh la"..hihihi..

Bila dah masuk Form 1..aku tinggal di hostel tanpa rela..masa tu baru padan muka aku..tak de lagi ikan singgang dalam kamus hidup aku..asyik duk hadap ayam masak merah..daging masak kicap..kari ikan..telo dadar..sayur toge..sayur bayam..sayur sawi..sayur kobis..cencaru goreng keras..fed up betul aku..kekadang makanan aku tu bahagi dua ngan cemong..buh lam plastik bagi cemong "cik ungga" yg aku bela kat hostel dulu tu makan..suka sgt cik ungga...aku terpaksa makan jugak walaupun x de selera sebab lapo..nak belajar pun tak masuk kalau lapo nih..kalau nak merasa singgang, kena tunggu hujung bulan-time outing sure balik umah hadap singgang mak..hehehhh

5 tahun duk hostel..lidah singgang aku makin lama makin hilang...berat badan bertambah selepas aku tinggalkan lauk singgang.."singgang addict"...baru la aku membesar sebagai remaja normal..aku rasa kalau aku masih singgang addict sure aku masih kurus kering tak de figure perempuan..agaknya la..

Selepas SPM aku kembali ke rumah..masa tu aku tak kisah dah mak masak apa..aku telan je..tapi kalau ada singgang..sure itu yang pertama aku cedok...hihi..sempat la 2-3 bulan mengubat rindu..lepas tu aku kembali puasa singgang beberapa tahun pulok..huhu..time tu tak sedih dah sebab aku dah boleh terima apa2 pun kecuali paceri nenas hahaha...

Bila dah tinggal sendiri jauh dari keluarga, aku hairan pulak, bertahun2 masak sendiri..aku jarang masak ikan singgang..memang jarang sangat la..boleh katakan tak de..hihi..kalau makan pun bila aku balik kampung..kakak aku yg masak..pelik ni..aku duk sibuk masak mende2 yang susah..tu pasal la badan kemain lagi sehatt nya..aku rasalah kalau aku masak singgang sure tak best walaupun cara membuatnya sangat la senang...tak sampai 10 min dah siap..

Tapi tadi aku buat hehehhhhhh...teringin jugak nak makan kekadang tu..dah lama sangat tak makan..tp mlm ni singgang ni simple aje..tak berapa kuning sangat sebab stok kunyit idop tak cukup makan lam esbok..tak suka letak kunyit serbuk,rasanya mcm lain macam je...tp ok lah tu..


Masak lauk ni tanpa plan..mulanya nak goreng aje ikan tu..pastu terpandang pulak bahan2nya cukup..so tak yah pening2..singgang la ikan tu plus ikan goreng plus kangkung goreng sambal..huh lepas ni tak leh buat lagi menu ni..makan nasik banyak dol!!!
Bye- kenyang menyando...

MUHASABAH

Salam...sudah selesai solat subuh? Alhamdullillah..aku nak ucapkan selamat pagi, selamat hari Isnin, selamat menjalankan tugas...jom siap gi keje!! sebelum tu kita doa dulu..


"Allahumaftah lana abwabal khairi wa abwabal barakati wabwabash shihhati wa abwabas salamati wa abwabal afiyati wa abwabal jannati"

Ertinya : "Ya Allah, bukakanlah bagi kami pintu kebaikan, pintu keberkatan, pintu nikmat, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu kesihatan, pintu keselamatan, pintu kesegaran, pintu syurga"(HR. Tirmidzi). Amiin..

Kita aminkan doa ini bersama agar Allah membukakan sembilan pintu kebaikan untuk kita hari ini.
Bye!!

Sunday, May 12, 2013

MUHASABAH

Firman Allah swt, Ertinya;
 "Dan orang-orang yang ,menyakiti orang-orang mukmin tanpa sesalan yang mereka lakukan, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata".

"And those who annoy believing men and women undeservedly, bear (on themselves) a calumny and a glaring sin "

- (Al-Ahzab:58)


Ya Allah jauhi lah aku dr sifat2 yang keji...amiin...

Good night!!
 
بِاسْÙ…ِÙƒَ اللّÙ‡ُÙ…َّ Ø£َØ­ْÙŠَاوَØ£َÙ…ُوتُ
Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati

CINTA JANGAN PERGI

 


 


Selepas Cinta Bertamu Di Abu Dhabi..aku tak follow mana2 drama lagi selepas tu..bukan tak de drama siri yang best..cuma aku rasa byk drama sekarang mcm sama je jalan ceritanya..tak habis2 dengan kawin paksa je..busan aku..tp lately ni aku follow citer ni..tapi selalu mis je kat tv..jadi aku marathon kat tonton.com je la..kalau siar waktu weekend ni payah sikit aku nak igt..maklum la weekend kan byk program..

Jalan citer CJP ni lain sikit..malam ni epi11 dah..byk rahsia dah terbongkar..jeng jeng jeng..awal2 siri ni pun dah buat aku nak tau sgt akhirnya mcmana..digabung lak ngan lagu judika jd macam magnet la aku ngan CJP ni..hihi..judikaaaaa...nak dengar lagi live kamu!!!

Aku baru je tengok epi10 jap td..sedey kat kalil..kesian kat soraya..simpati pada hud..huhuhuhu..jap lagi epi11 pulok..bye dulu lah!

MENU : KUIH GUNTING

Salam hari Ahad!!..apa projek korang hari ni?..jalan2?..makan2?..tido2?..hihi..aku hari ni ada janji ngan kawan nak gi meninjau bandar melaka..ukur jalan, nak check la mana tau dah makin panjang jalan2 kat melaka ni ke..kawan aku ni nak gi cari suar jin katanya..harap2 jumpa la..mana tau hari ni jin ada basuh suar dia..
Memandangkan masa aku ada lagi 2 jam..aku tepek sikit la menu hentam aku..kali ni namanya Kuih Gunting..aku memang suka kuih ni..kalau makan sentiasa igt raya..arwah mak aku suka buat kalau time nak raya..tp mesti abih sebelum raya..maklum la adik beradik ramai pastu pailang plak..mak sembunyikan balang pun tetap jugak tinggal seredak..sian mak..tp mak tak marah sebab kuih dia laku..sedap sebab tu abih cepat..tapi bila hari raya, kuih dah kurang atas meja..mak aku kalau buat kuih raya tak de siaran ulangan punya..padan la muka kan...
Dulu masa mak buat aku duk goyang kaki tgk tv..bila mak suruh aku gunting laju je aku buat tp hasil guntingan aku tak cantik..mak suruh gi tengok tv balik..abih nak buat mcmana aku ni mmg tak kreatif..
Sekarang bila mak dah tak de..aku rindu nak makan kuih gunting...yg jual kat kedai tak sedap!..so aku pun belajar la wat sendiri..sampai la skang dah hampir sploh kali aku buat masih tak sama macam mak punya..mak buat potongan tu sama aje..tangan mcm mesin walaupun gunting pegang tangan kiri..rasa tu lemak2 masin manis..gebu dan rangup..mak buat simple aje..tak de la nak letak rempah ratus ni..mak punya kosong aje..tapi sedap..aku suka yang kosong bukan yg mak dah tabur gula..aku tak suka manis2..aku suka masin..so bahagian aku mesti yg tabur garam..padahal tak tabur pun ok dah..
Masa first time buat aku mintak resipi kuih ni dr kakak aku..bila buat..keras!..tp rasa ok gak..kakak kata tu la resipi dan cara macam mak buat..kali kedua aku buat lg..lembut rapuh sikit la...pastu aku gugel kat belog2 resipi..aku campur aduk mcm2..tp tetap tak memuaskan hati..dr bahan2 yang mabeles hingga la yg paling simple..tetap tak jadi eksperimen aku nak buat kuih gunting macam mak buat..akhirnya aku buat gaya aku je lah..memandangkan dah sploh kali buat pasti balang tinggal seredak gak..hihihi..makan habih jugak walaupun tak puas hati..bila aku bagi kat jiran dia kata ok, cuma kalau taruk rempah kari, jintan2 sumer tu rasanya lagi ok..
Sini aku tepekkan resipi kuih gunting yang aku hentam tu..jgn korang gelak plak..dah tu cakap "org tak buat gini la..sengal ppuan ni"..tak pe la bhai..resipi ni aku yang hentam..suka suki hati aku la nak campak apa kan..mesti la tak sama mcm org lain buat..hihi..
 
Bahan-bahan :
Tepung gandum
Marjerin
Serbuk cili
Rempah kari
Garam
Minyak masak semangkuk
4-5 pelepah daun kari..gunting halus2..
-sukatan berapa banyak tu aku sukar sikit nak bg..sebab aku agak2 je..tengok berapa byk tepung aku guna..kiranya main rasa2 ngan tangan je la..pro tak aku??hahahah..dem..
 
Cara :
1. Minyak tu aku panaskan dan biar dia sejuk skit..
2. Masukkan garam, serbuk cili dan serbuk kari dalam tepung..kemudian gaulkan sebati..aku guna tak banyak pun serbuk cili n kari ni..aku ikut selera aku je..
 
 
3. Kemudian masukkan daun kari..

 
4. Masukkan marjerin..gaul hingga tepung tu jadi ala2 breadcrumbs gitu..lobangkan tengah2 tepung tu kemudian tuang minyak yg dah suam td sedikit demi sedikit..dan uli hingga jadi doh..pastikan adunan tu tak lembik tak keras..mcmana nak cakap ekh..errmm macam tu la, rasa ngan tangan sendiri..aku tak suka masukkan santan..tak tau nape..tak menepati citarasa lidah aku kut..

 

5. Pastu aku mula la menggelek adunan tu hingga nipis ikut suka hati aku..tabur skit ngan tepung supaya adunan tak melekat..dan secara oldskool nya aku akan lapik plastik atas doh baru aku canai/gelek..hihi..kemudian aku potong memanjang dan gunting ikut suka hati aku, hasilnya kecik-besar, nipis-tebal sume ada..tu sebab la mak aku reject hasil kerja aku tu..jenis nak cepat siap..

 
6. Masa aku buat kuih kali ni(yang gambar kat atas tu)..adunan tepung tu nampak kering sikit..ini disebabkan tengah2 bernafsu menggunting tetiba ada tetamu datang..kena la layan tetamu dulu..nasib baik tetamu lepak kejap je (setengah jam hokay!)..tp tak sempat la merasa kuih gunting hentam aku ni..lom siap lagi..
 
7. Kemudian dah selesai main gunting2..panaskan minyak dengan api sederhana besar..goreng potongan adunan td..dah nampak macam kekuningan tu..aku masukkan daun kari..goreng sekejap kemudian angkat..seperti biasa aku akan tabur garam halus sikit dan gaul, walaupun aku dah letak garam masa mula2 tu, it's okay la..tak la masin beno..juri sebelah umah makan kata ok..kalau masin dia mesti komen punya..pasti hasil nya gebu dan rapuh macam biasa..sesuai untuk org yang sangat menjaga quality gigi..

8. Masukkan dalam balang..aku biasanya taruk dalam balang kecik2 (senang nak kelek kulu kilir) dan susun atas kabinet buat menambah selera mengunyah ketika hadap pc or tv.. hihihi...

Total hrs utk siap : 1jam lebih sikit..tengok byk mana adunan..kojo sonang!!

Kuih gunting memang sesuai di makan ketika tengok tv..kalau ada aksi ganas tembak2 atau kuar hantu kubur..lagi laju kunyahan nya..dah gaya macam makan nasik..stakat balang kecik tu sekejap je hilang..
Kepada ibu2..ajar la anak2 makan kuih2 tradisi ni..drpada duk simpan stok cheezel,twisties atau jajan lain sewaktu dengannya byk2 dalam kabinet...buat tersumbat saluran jantung budak2 je..
Ok. Aku chow dulu..masa dah tamat..bye.

Saturday, May 11, 2013

MUHASABAH

Betul lah kata Rasulullah..Hasad dengki itu mencukur agama..muhasabah dan duduklah bincang elok2..berbuatlah baik pada yg sentiasa bg sokongan,berpada2lah pada yg tak pernah tahu membalas jasa dan menghargai..janganlah membenci membenci sampai hilang semua yg kita ada..marilah lupakan sengketa,kalau dah takde tempat berpijak hilang segala suara dan kuasa,apa lagi nak buat?Mana lagi tempat yg boleh terima kita..kuatkan kasih sayang,satukan hati dan matlamat letakkan Islam sbg asas..pengajaran dan iktibar utk kita tp hanya yg keras hati yg tak nampak bala besar menanti jika tiada kesatuan dihati....
*Kredit to Ustaz Mohd Kazim Elias*

SENDIRI PUNYA - PUDINA

Salam..pagi td dah post opening utk hari ni kan..sebelum buat opening tu dah telan sebijik pil selsema..lepas tu terus tido..opening tak sempat nak citer panjang..ok kita tinggalkan cerita 4 jam yang lepas..
Sebenarnya td tak la mengantuk sangat pun..memang aku mintak ngan Doc Nazim yg spesel punya ubat supaya aku tak la tido 24jam..hehehhh..cuma aku rasa aku perlu rest..baring2 pemalas gitu..on tv..cucuk hd..layan RM..gelak2..then terlelap..hihi..pastu RM tgk aku pulok...osem!!
Tersedar aje td bila jiran tetangga yg memang dah lama nak kena penampar ngan aku duk main hon kete..bini ko tu pekak badak ok..tak yah la ko duk test2 hon..ish..maroh beno bunyi kan..hihih..tak la maroh sangat pownnn...nasib baik jugak aku terjaga..boleh la aku update belog aku yg hangat2 taik kuba ni..hah?tak tahu kuba tu apa?..kuba adalah sejenis serangga yang boleh memberikan aroma lavender..serangga ni la yang terkandung dalam Shieldtox tin warna pepel tu..huhu..terbaikkk!! - (kesan pil)
Tetiba pulak hari ni aku ada mood nak berada dialam maya kan..biasanya kalau weekend gini aku buat keje2 yang lebih berpekdah dan mendatangkan hasil...aku tak bermaksud menulis belog ni tak berpekdah, jgn sentap ok..maksud aku, untuk diri aku aje..dr aku ngadap pc dr pagi sampai petang baik aku uruskan hal aku yg lain..hihi..hari ni badan agak lemau so aktiviti berlari di Taman Botanikal tergendala..tgk keadaan petang ini atau esok pagi aje - takan lari beruk dikejar...
Memandangkan saat ini aku belom makan apa2 yg mabeles selain butterscotch sekeping cicah anlene coklat secawe selepas subuh td, perut duk main gendang dgn jayanya..apa nak masak yer..nasi?tak nak la..no mood..lain tawon mkn nasik..nanti akan dipikirkan kemudian lah..kita minum quakeroats dulu!!!
 
Entry kali ni aku nak citer la sikit pasal hasil tanaman aku..tanaman aku ada banyak jenis jugak, sume yang simple2 aje..tp tak de la aku lorat nak citer satu2 kat sini semuakan..ok aku "petik" pudina dulu la..
Kenapa aku tanam pudina?..sebab utama- sebelum ni aku sangat rajin beli daun pudina..boleh katakan setiap kali gi pasar mesti cekau bawak balik seikat..nak rondam dlm teh la..sirap la..barli la..guna buat nasik beriani la..mcm2 akal la..tak masuk akal pun ada..kat pasar muroh je daun pudina seikat ni..singgit kalau tak silap..walaupun kat pasar bersepah dan murah tapi aku nak tanam jugok..degil pailang la katakan..1 day tu aku beli seikat..pakai sekali je sebab nak buat nasi beryani gam uhu..kemudian campak dalam esbok 3-4 hari..bila tiba hari minggu-hari 5S sedonia- aku masuk acara gali dan menang n jumpa la seikat yang dah nak itam2 tu..ting!!!-lampu otak nya..
Aku rendam yang batang masih ijau2 dalam gelas berisi air bersih..parking dia tepi tingkap sinki..duduk ko seminggu kat situ..dengan harapan menggunung dia akan kuar akar..
Dengan pencahayaan yang baik kat tepi tingkap dapur aku..udara pusat bandar melaka yang segar giler..angin sepoi2..maka akar halus2 tumbuh dalam masa 3 hari..tak snap-lorat bebeno rasanya..activity yg tak sengaja ni membuahkan hasil selepas seminggu..
Aku pun pindahkan batang pudina ni ke tanah organik dlm pasu kecik..dalam bahasa pertanian-tuai dalam keratan vatang..kakak aku cakap nak tuai terus batang pudina tanpa akar kat tanah organik pun boleh..pasu tu aku letak kan ditempat yang teduh..hari2 nak gi keje aku siram ram suriram..dari hari ke hari pudina aku menunjukkan percambahan dan terus membesar bagai johan melalui tunas yang baru..masa tengah dia duk rancak membesar, aku tak petik pun, bukan apa nak bagi dia betul2 kuat-so tahap gelojoh harus dihilangkan ok..
Sekarang pudina aku dah memasukki alam dewasa..dan dari pasu kecik dah kena pindah pasu besar..dan aku pindah dia ketempat lain yang ada lebih sinaran cahaya matahari tp masih terlindung..kalau korang nak cuba tanam jugak, jgn pulak bawah matahari terik korang parking dia..mampos kawan tu gaknya.. setiap 2 minggu aku tabur baja organik tahi ayam(pallet punya bukan real tau) dan juga baja untuk tumbuhan hijau..tak la tabur byk sangat..padan2 patut la ngan pudina aku tu..nanti obesiti plak..huhuhu..air mesti cukup..siram pagi dan petang..
 

So inilah dia pudina hasil tangan aku..gemok2 sume..pokok pudina ni agak menjalar meleret..so aku kena taruk dia tinggi sikit..walaupun dah category dewasa tp dia masih dalam proses nak merimbun jadi hutan pudina kalau aku tak petik makan sendiri or bagi kat orang..
Tp bila dah ada pokok pudina sendiri ni..tak de la pulak aku lorat nak buat teh pudina bagai - teh kena hindarkan buat sementara waktu sekarang ni...celop dalam air sirap pun tak de..errmmm...buat nasi beriani pun tak aaa...errmmm...taruk lam nasik putih pun tak aaaa jugak...so?
POKOK PUDINA AKU BAKAL MENJADI HUTAN SIMPAN DIRUMAH AKU..HAK HAK HAK..
Kepada jiran2 aku, aku dah pesan roger aku kalau korang nak, aku boleh tolong sembelihkan utk korang..or kalau aku out stesen pun datang la amik sendiri tapi jangan lupa tolong siram tanaman2 ku iteww..hahahaha...
Out-azan zohor berkumandang..

REST!

 
NOT FEELING WELL..

Tuesday, May 7, 2013

ISH..ISH..ISH...


KALAU HAMSTER-HAMSTER TAK SEDAR JUGAK..TAK TAU LER...HAMSTER2 DUK SIBUK BEGADO..PITENAH..HASUT..GILER RM.. NANTI MESIA AKAN JADI MCM SPORE DITERAJUI OLEH PARA ANGKA-SAWAN...ANGKSAWAN CAKAP.."KITA HALUS SABAR..NANTI LAMA2 KITE LAMAI MEHHHH..HO LIAWWWW...WALLAWEHHH."
SEKIAN.

Monday, May 6, 2013

RINDU PART 2

 
 
AJU..
 
 
ANIK..
 
 
AJUANIK...
 

RINDU..