Tuesday, July 14, 2009

KISAH JIN

MADINAH - Sebuah keluarga di Arab Saudi mengheret seekor jin ke mahkamah dengan mendakwa makhluk halus itu mencuri dan mengganggu mereka, lapor sebuah akhbar semalam.
Dalam kes pertama seumpamanya di Arab Saudi, akhbar Al-Watan melaporkan jin tersebut didakwa mengugut, membaling batu dan mencuri telefon bimbit milik mereka.

"Kami terdengar bunyi dan suara pelik. Pada mulanya kami tidak mengendahkan perkara itu. Namun, anak-anak kami ketakutan selepas jin itu mula membaling batu," kata keluarga tersebut dari bandar Mahd Al Dahab, dekat sini.

"Kemudian, seorang wanita berkata-kata kepada saya diikuti oleh seorang lelaki. Mereka mahu saya berpindah keluar dari rumah kami," tambahnya.

Menurut lelaki berkenaan, semua gangguan itu berlaku pada waktu malam hari sejak dua tahun lalu.

Ekoran tidak tahan diganggu makhluk halus tersebut, keluarga berkenaan telah berpindah dari kediaman yang dihuni mereka selama 15 tahun yang terletak dekat bandar Madinah itu.

Menurut Al-Watan, sebuah mahkamah tempatan memberitahu pihak berkuasa sedang menyiasat kesahihan dakwaan mereka walaupun menyedari ia sukar dilakukan.

"Apa yang lebih menarik berhubung kes ini ialah aduan itu dibuat oleh setiap ahli keluarga berkenaan," kata ketua mahkamah itu, Sheikh Amr Al Salmi.

heheh....tak sangka...jin pun leh kena dakwa...teringat aku cerita CEPLOSSS!!!!...ciaow...

p/s : Oleh sebab ramai yg bertanya tu gambo apa...tu la gambo...JIN TONCET MATA SATU...hahaha

12 comments:

ninie said...

lawak antarabangsa ni..hehehehehe...

ibu_Arifa said...

terkejut tgk gambao tu..ape kebenda tuh?

nita said...

erk!
ko kansss..
agak2 lerr nak letak gambar pon..
terkezutt aku lerr..

farish izaryl @izreez said...

selisih tgk gmba tu haha

Hezesuze said...

ishhh amit2 org jawa kate...ngeri beb tgok gambo camgitu...mata beso...

Anonymous said...

eee
tkutnya tgok benda tu

azlina said...

SALAM SUE...
PERTAMA TGK GAMBAR TU GERUN JGK GAMBAR APA TU...
KEDUA...BILA BACA PERENGGAN AKHIR RASA NAK PECAH PERUT KETAWA NAK2 PLK WORD CEPLOS TU....

Mr.J said...

anak kucing xcukup bulan kot..



Regards & Salam Perkenalan
Feel free to visit my Site

Nl said...

mmg zaman sekarang nih... saman menyaman... jin pun tak terlepas hehehehee

kalau kena saman, ada duit ker jin tu nak bayar heheheheeh

peridot sepi said...

ni citer lawak ker sue?

uSu iJamm said...

kalau belaku kat m'sia, kena rujuk kat jins samsudin..

sue-ab said...

apa lak citer lawak..betul tu...ada lam paper semalam...