Friday, April 24, 2009

CERITA Mr X - RM 300 SEKILO & HIV

Kali ni Mr X bercerita lagi pasal dia dah pegi ke Sarawak...ensen la tu...dia bercerita tentang lawatan dia ke Pasar Satok, Kuching, Sarawak...dia membeli 2 ikan terubok masin.Dia sembang dgn tukang jual ikan tu...
“Saya jual satu sepuluh ringgit saja ” ujar penjual, ramah.Di kertas tanda harga tertulis ‘RM17 seekor’. “Kalau nak makan sendiri beli jenis besar, Malaysia punya. Nak bagi kepada orang, beli jenis kecil, sepuluh ringgit tiga, boleh dapat banyak, Burma punya,” jelasnya.
“Telor ikan terubok, nak? Tiga ratus ringgit sekilo,” soalnya.
“Sebab apa mahal?”Mr X terperanjat...
“Dalam seratus ekor, lebih kurang lima belas saja bertelur, susah nak dapat sebab itu mahal," pantas dia menjawab.

Aku : Sedap ke telur terubok masin, sesiapa pernah mencuba? aku Sarawak pun tak penah jejak..

Mr X termenung seketika...dan meminta pendapat..
Dia kata...dia percaya mesti ramai pembaca blog aku ni masih bujang malah sedang hangat bercinta. Cinta, perasaan yg terindah dipupuk menjadi pemangkin pasangan merancang menuju gerbang perkahwinan.
Perkongsian hidup antara dua insan.Pasangan serius berhasrat hidup bersama bertahun-tahun berusaha sedaya upaya mengumpul wang memastikan niat menjadi realiti. Cukup wang perbelanjaan, tarikh perkahwinan ditetapkan. Kad jemputan diedar kepada rakan taulan maupun saudara mara.
Kata la sewaktu si 'dara' bersama si'teruna' menyertai kursus perkahwinan, berita buruk tiba-tiba menyapa ..“Maaf, pasangan awak positif HIV!,” ujar pegawai perubatan.Ketika itu pasti sidara berada di persimpangan dilema. Mr X tidak mendoakan senario di atas berlaku kepada sesiapa.
Tetapi jika terjadi pada anda, sanggupkah anda berpisah, berkorban demi cinta? Atau mencari alternatif lain bernikah di luar negara? Bermula tahun ini setiap pasangan bakal berkahwin di seluruh negara WAJIB menjalani ujian saringan HIV, antara syarat kursus perkahwinan bertujuan mengekang jangkitan AIDS di negara kita.

Dan apa pendapat kengkawan...tak kira la yg dara..yg teruna...yg bekas dara...yg bekas teruna dengan hal sebegini..

Pada pendapat aku...aku hai hai bye bye je la...

Ciaow..

3 comments:

sis_nita said...

agak sedap lerr kot.. sampai rm300 sekilo.. aduiii.. mahal bebenor.. ni baru pes time dengar..

apis + toyol said...

pertama gua kompius..

kisah telur tu ada kaitan ke dengan kisah HIV..

di kelantan, dari 180 pasangan yang menjalani ujian darah, 10 daripadanya disahkan positif..

4 meneruskan perkahwinan..

yang 4 itu..

semua perempuan..

yang 6 itu..

semua lelaki..

ironi kan??

Dee said...

sedap..sebab tulah mahal..hehehe..

psl hiv tu kalo dee pun hi..hi..bye..bye..je..sedih mmg sedih tp future tu lagi penting..