Ada ke patut Mr X kuarkan persoalan ni...lepas baca aku terpikir2 jugak...betul jugak apa yg ditanya...tp aku dgn egonya tak menyebelahi sangat Mr X...dia lelaki..apa tau..
Mr X berkata kata...
Bukan semua perempuan pandai memasak. Sebilangan mereka pula langsung tidak berminat menyediakan makanan untuk diri sendiri dan keluarga, khususnya perempuan bujang.“Kedai mamak banyak, apa susah-susah masak?,” soal mereka angkuh.Bagaimanapun, hairan, mereka sering memuji dan menyanjung masakan wanita generasi lebih tua apabila bersembang dengan teman lelaki.
"You tak cuba masakan mak I lagi. Masak apa pun semua sedap. Kira air tangan dia memang perfect. Jauh sangat berbanding dengan I ni, masak tak berapa nak menjadi,” ujar mereka.Persoalannya, bagaimana ‘nak menjadi’ jika jarang ke dapur?
Bagaimanapun, hemat saya, majoriti wanita berkahwin sedaya upaya cuba memahirkan diri memasak. Mereka masak untuk anak-anak, suami dan saudara mara datang berkunjung ke rumah. Malangnya akibat sebilangan isteri jarang ke dapur, bukan semua masakan mereka sedap, biarpun ‘sedap’ itu agak subjektif.Justeru, segelintir suami cuma menjamah sedikit lauk-pauk dimasak, isteri berkecil hati.“Kita ni penat, balik kerja, masak untuk awak tapi makan sejemput,” keluh isteri.
“Saya nak makan banyak macam mana? Awak masak tak sedap!”Jika kenyataan berterus-terang itu diungkap suami, tersilap langkah, pinggan, piring dan cawan melayang di udara seminggu dapur tak berasap. Justeru, jarang suami berkata begitu, majoriti masih beradab. Kalau tak sedap pun terpaksa la kata "boleh la"..tu maknanya kureng sedap...emm...
Betul ke apa yg dikatakan Mr X?
Ciaow..
2 comments:
betullah tu..kehkehkeh..kdg2 kenalah terima hakikat dan kenyataan..
pasal masak2 ni pon kire mcm subjektif jgk, nak nak lagi kalo perempuan kerja... dia lah perkerja staff, dia lah ibu, dia lah isteri, dia lah juga chef.. mmg ssh nak 100% perfect. Lelaki mcm Mr.X sepatut nye tak boleh complain bcoz mereka juger not 100% perfect. tugas memasak jgn serah bulat-bulat pada perempuan, kena la tolong, sbb perempuan pon cari nafkah rezeki bersama suami...
kesimpulan: sdp atau tak sdp jgn complain....
(heheheh.. emo pulak aku)
Post a Comment