Semalam hampir migrain mokcik pikir apa nak makan masa berbuka pose....kalau ikut tekak mokcik ni...mokcik nak makan roti iran atau nasi telongkop kaum badwi buat...terliur mokcik tengok kat tv...rancangan spice route tu...
Tp aku masih dalam sedar diri ...aku ni ada kat melaka je..so aku plan nak buat sayur lobak putih lada itam...baik utk kesihatan...khasiatnya lagi baik dr lobak merah yg arnab dan tuan2 puan2 makan itu...walaupun rasanya agak pahit payau dan tak berapa best tp aku telan jua....tanpa nasi aku telan semangkuk dan pencuci molotnya ada lah kuih raya yg ditapau oleh tuan punya kebunpokleh blogspot...hanya itu yg mampu aku sediakan juadah berbuka utk perut aku...nasi2 ni aku tinggalkan dulu..bg can beras tu beranak dulu dalam tong.... KHASIAT LOBAK PUTIH
Ni bukan muka lepas makan lobak putih...ni muka lepas makan ikan celup tepung + sotong celup tepung + kopok lekor di Pantai Rhu Sepuluh Penarik Terengganu......
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
PETUA DI DAPUR...
1. KUPAS BAWANG
untuk elakkan mata berair semasa kupas bawang,rendam bawang didalam bekas berair.
2. MEMILIH IKAN SEGAR
Pastikan mata yang jernih,tidak berbau,warna kulit yg bersinar,insang berwarna merah jambu, isi yang kejal.
3. ATASI MASAKAN TERLALU MASIN.
Masukan Ubi kentang yang dipotong dadu atau buah pisang mudah yang di hiris.
4. MENGHILANG BAU HANYIR IKAN PATIN
Basuh denga air beras yang telah dicampur dengan asam jawan kemudian di bilas dengan air mengalir.
5. MEMUTIHKAN NASI
Masukan satu sudu kecil air limau nipis semasa masak nasi.
6. ELAK PEMBIAKAN KUTU BERAS
letakkan cili kering didalam bekas beras dan gaul.
7. MAKANAN SIHAT LAGI BERKAT
Sebelum mula memasak pasti niat yang ikhlas berserta doa yang baik-baik , kemudian setiap bahan-bahan mestilah di basuh dengan air yang mengalir dan selawat, selepas siap semua masakan mestilah ditutup .
Sekadar berkongsi...
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Mengurangkan makan itu menyihat badan dan menolakan segala penyakit. Kebanyakan penyakit adalah berpunca daripada makanan. Antara penyakit akibat daripada pemakanan ialah menegah daripada berbuat ibadat,menyusahkan hati,mencegah memperbanyakkan zikir dan mencegah fikir untuk makrifat dengan Allah ( jalan akhirat )
Resipi menu sihat:
IKAN KUKUS HALIA
1 ekor Ikan Siakap - di bersih
2 sudu makan Halia - di hiris halus
1 sudu makan Bawang merah - di hiris halus
1 sudu kecil Bawang putih - di hiris halus
4 biji Cili Padi - di titik
1 sudu makan Daun ketumbar
2 sudu makan Lobak merah - di hiris halus
2 sudu makan Cendawan shitake - di hiris halus
1 biji Air limau nipis
2 sudu besar Sos Tiram
1 sudu besar Kicap Cair
1 sudu kecil Gula
4 sudu makan Air
Cara:
1. Bersihkan ikan dan letak ikan di atas pingan bujur.
2. Masukan semua bahan lain mangkuk dan gaul hingga rata.
3. Tuang di atas permukaan ikan dan kukus selama 20-25 minit.
4. Siap untuk di hidang hias dengan daun bawang dan cili merah.
Aku ciaow dulu...
6 comments:
weh banyak resepi last-last masak lobak putih ajer
thanks for the petua.. sungguh berguna..
alah...tak mkn lobak..tu sbb mata rabun
bagus gak..dpt kongsi maklumat slps raya ni kan....
ehehehhe
lobak putih ni bagus tu org2 yg ade batu karan.....erkkk cam akak...uwaaaaa.....
gud info beb...twoskan perjuangan ...ekekeke
sy suka mkn lobak putih.
erm..best btol baca tentg kesihatan.
Post a Comment