Thursday, March 5, 2009

BERITA SENSASI

Pagi ini aku terperanjat bila membaca pelbagai kisah masyarakat Malaysia Hari Ini...kerana perkara2 macam ni la yg membuatkan aku malas nak baca akhbar..surat kabo...macam2 cerita dikaborkan..sume yg tak masuk akal aku yg sihat dan yg kurang tercemar ini...heh heh heh..

Berita 1 :
GURU kaunseling didapati bersalah meraba payu dara dan kemaluan GURU pelatih, 24 tahun di Kuala Muda, Butterworth, Pulau Pinang pada 22 Mei 2005 lalu. GURU pelatih dikata terkena sihir, lalu GURU kaunselor kononnya cuba mengeluarkan katak daripada rahim mangsa.Kejadian pelik tetapi benar.
Mahkamah Majistret Butterworth menjatuhkan hukuman penjara 2 tahun dan satu sebatan kepada GURU kaunseling terbabit.


Apa la matlamat cikgu bodo ini??

Berita 2:
1 April 2007, anak jalanan, Amin, 8 tahun ditemui merayau tanpa arah bersama rakan di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Ibunya, pelacur menjual diri diratah pelanggan di lorong gelap. Amin tidak bersekolah kerana ibu tidak mendaftarkan kelahirannya sedang ayah menghilang entah ke mana.Terbaru, Amin dilapor menjual ibunya sendiri dengan kerelaan di kawasan sama.“Tiga puluh ringgit! Lima puluh ringgit!’Itu laungannya setiap hari.

Aku baca kisah ni...aku jadi hiba...Siapa yg harus dipersalahkan...adakah aku?aku la...pasala apa aku pegi baca kisah2 gini...syukur alhamdullillah kehidupan ku begitu memuaskan..

Berita 3:
Dahulu …
“Jangan keluar tengahari ni. Nanti kena sorok dek hantu t*t*k, baru kamu tahu. T*t*k dia tu besar sangat, dikepitnya dekat celah tu, menangislah kamu, sampai esok pun tak akan boleh keluar!”Tegur ibu enggan membenarkan anaknya berusia 6 tahun merayau keluar rumah.
Kini …
”Jangan keluar umh tengahari ni. Sharlinie tu dah lebih setahun hilang sampai sekarang polis tak jumpa lagi. Bahaya, nanti kamu kena culik dek orang jahat baru tau!”Ujar ibu melarang anaknya berusia 9 tahun yg memohon ingin bermain di luar rumah.

Bukan budak aje yg takut kalu zaman skang...aku pun takut...dah la tak berharta..kena culik lagi..kalau culik aje tak pe..kalau kena bunuh...tak best la mati cam tu...

Ciaow

7 comments:

attyfir said...

macam2 kes..hah..

LayarLara said...

aku sebagai emak pun takut gak ngan kes culik2 ni...

Wehhh kalo ko tak best baca sot kabo.. meh le baca blog...

salam kenal!

ilLa said...

menakutkan...

Anonymous said...

MAcam2 cerita sekarang ni kan..

Butik Remaja & Wanita said...

Sebab tulah nurul malas nak baca paper sakrang ni merepek-repek je

Erna said...

hmm.. saya pun mmg jarang baca paper.....usahkan baca paper....tgk berita pun malas...entahla......... asyik cerita x besh je keluar...

LayarLara said...

SALAM CIK SAB,
KAT MANA NAK CLICK UNTUK JADI FOLLOWER KO NI?? TAK NAMPAK PUN DEN.. KO DAH AKTIFKAN KE??