Thursday, January 19, 2012

MERAPU LAGI

Salam..salam tengahari..hari ni hari last utk minggu ni aku bekerja..heheh..esok aku dah cuti..yeay!bukan cuti pasal nak raya fatt choiii sakan tapi cuti sbb nak balik kampung ku...hehhe..aku pompuan kampungan mesti la balik kampung..kali ni balik kampung byk plan agenda ni..heheh(tanduk byk keluar ini pompuan-gamfang!)..
Aku nak merapu sikit ni pasal slot Akasia- Gemersik Kalbu...aku baru tgk 3-4 episod terkemudian ni..ok la citer ni..masa aku tgk 1st epi langsung tak de nafsu lagi aku nak tgk disebabkan hero n heroin nye...aku tak minat sangat ngan aqsha n ayu rodah ni...tp bila aku tgk balik part skang2 ni..macam best plak..buang rasa tak minat kat diaorg berdua...aku jadi tersuka pulak lakonan aqasha...real!!real bermuka buaya...heheh...thumbs up!!tapi semlm aku baru tgk part yang si zain saidin tu..nape la penerbit/pengarah pilih dia...bukan kerana lakonannya tapi muka dia tu tak sesuai jadi anak kepada mak bapak nya tuh...bapaknya totally java tok tok and maknya mmg macam orang melayu makan belacan punya muka..tup tup anak bujangnya bermuka mat saleh berhidung merah jambu dan berambut perang...maknya berselingkuh ke?kuikuikui..kalau terjadi betul2 kat dunia realiti pasti dah lama cik cik kiah dah dapat dosa kering memfitnah...
Huh igt nak sambung lagi citer slot Akasia td..tetiba tipun bunyi dah potong setim..hilang terbang apa nak carut tadi...nasib baik...kalau tak byk lagi nak buat dosa tadi..aku terpandang pulak jam dinding yang memang sengaja dicepatkan ni..dah 2.25pm..mampus..lunch break dah abis lama tapi aku masih duk ngadap "new post" ni..ucapan utk bos aku :..."bos kalau bos baca entry saya kali ni sori yep..terlebih sudah"-bos tak yah komen...bos bleh follow saya je..kalau sudi..saya tahu bos pun kaki blog jugekkkk hehehhh....
Cina sebelah umah aku 2-3 hari ni kemain sibuk kemas umah(shilake je..tetiba kuar citer cina sebelah umah-mabuk kah aku?)...betul ler..diaorang nak raya..siap bagi aku testing kuih semperit dia...aku makan je..hishh!!halal lah!!boleh makan...dia tak makan babi...dia vegetarian..1 family dia vege..mak hapak dia pun baba nyonya..vege jugak, tak makan vavi hanjing sumer tu..heheh tu pasal aku makan kuey raya dia...
Kepada sumer kengkawan berbangsa tiong hua ku yang masih hidup mahupun yang dah jadi mendiang-leslie cheung,andy lau,gillian chung,edison cheng,cecilia cheung,chow yun fatt,takuya kimura(cis ni bukan cina),aaron ajis ekh salah aaron kwok dan ramai lagi kawan2 aku tu...selamat hari raya cina aku ucapkan...semoga tahun naga korang ni boleh membawa kebahagiaan kat korang...kalau korang makin kaya jangan lupa kawan korang yang sorang ni masih sesak kat melaka ni...
Sempena nak bercuti kat kampung halaman ni..so entry aku pun cuti gak..kalau bersiaran pun dari kampung la kut sekali sekala kalau ada...
Selamat bercuti semua...berhati hati dijalan raya...don't drive and dream bebeh...mati lu nanti..

Nota kaki makcik : kepada ORG2 trg(benornya nak tulis "pakwe2 ensem trg" tadi) sila datang beramai2 berlari dengan aku secara live di Pusat Rekreasi Pantai Batu Buruk setiap pagi dari jam 7am ~ 9am, 21hb hingga 24hb...macamana nak kenal aku?..kalau ternampak wanita berwajah dan berbodi sebijik iras dengan karina kapur barus..itu lah AKU...tegur je..heheh..

2 comments:

gadisBunga said...

komen pasal pelakon lakon tu~

malaysia dah kekurangan pelakon melayu berwajah hensem gamaknye.....

Rumah Kuning said...

selamat menjamu selera makanan sedap2 kat kg. hehehe betul le...mak masak mesti sedap.