Thursday, August 25, 2011

25 RAMADHAN 1432H - LAST WITH BUNCIS 3 MINIT

Salam 25 Ramadhan...hari ni merupakan hari terakhir makcik bersiaran dari ofis(hari last mengular) utk page makcik..malam ni makcik dah start packing dan pepagi selepas subuh besok makcik akan balik ke pangkal jalan la...lepas ni kalau ada bersiaran lagi, mungkin dari kampung yg permai dan tercinta sanun...tp tidak la setiap hari kerana memandangkan belum sampai lagi ke tanah tumpah darah sudah siap tersenarai dalam SMS keje2 buruh @ hamba abdi(keji sikit ayat ni) yang wajib makcik lakukan sebaik sahaja lepas berbuka esok..sungguh kijam..tp makcik redha sebab makcik sahaja yg menjalankan tugas2 tersebut semenjak 24 tahun yang lepas..
Dan lastly nak say yeay!!esok makcik start berbuka pose secara melantak hehe...25 hari berpuasa dan berbuka cara berhemah...bila balik kepangkal jalan tak de makna lagi aku nak berhemah lagi walaupun hanya berlauk singgang!! I missed singgang so much!!..kat melaka aku tak buat singgang ikan...ada sebabnya..hehehe...


SAYUR BUNCIS 3 MINIT


Kacang Buncis

Cendawan (tak tahu nama dlm ICnya apa)..cendawan jenis lain pun boleh

Soo Hoon (rendam dulu bagi lembut)

Bawang merah - hiris

Bawang putih - hiris

Cili Merah - hiris

Garam

EVOO atau minyak biasa pun ok


Cara2 pembikinan :

1) Tumis bawang putih & merah sehingga cantik macam rupa paras korang..

2)Masukkan kacang & cendawan & ah soo hoon..godak 3-4 kali

3) Perasakan garam

4) Masukkan cili merah godak 2 kali..then angkat..

Memang tak lebih dari 3 minit engko!!


Biasanya makcik buat sayur ni sekiranya makcik diberi masa 15 min utk menyediakan lauk pauk utk dimakan...ataupun penambah selera anak tekak...


Nota kaki makcik : kepada kengkawan di Melaka..makcik pulang dulu yep..kepada sesiapa yang masih wajib dan gigih kena pegi keje besok pagi..kalau kita selisih kat jalan..makcik akan pon pon oren makcik dengan alunan lagu...

Indah nya sungguh diraya

Ramainya orang bersuka ria

Adikku manis cantik bergaya

Boleh kah abang ikut bersama...

Jangan korang calar oren makcik pulak yep...dah takdir korang kena keja lagi sebab kampung korang memang kat MELAKA...hahahaha...

5 comments:

Jiejah @ Iza said...

selamat bercuti ..balik mana ?

sue-ab said...

to jiejah : cuba teka...negeri yang ada penyu beranak..ada banyak nasi dagang..ada byk G..ada pulau cantik..dan ada aku!!!

JIJI YU said...

selama ni ko berbuka tak melantak lagi ke

sue-ab said...

to jiji yu : tak pong!

rumah kuning said...

perjlnn jauh tu. hati2 di jlnraya.