Wednesday, August 10, 2011

10 RAMADHAN 1432H

Makin hari makin malas pulak nak masak..hehe..ayat2 sengal tu..tapi wajib jugak kena makan kan..tapi bila dah berbuka sorang2 ni..simple2 pun ok..tak de orang komplen..sedap ke..tak sedap ke..kena masuk mulut jugak..bro mamai cakap 30 hari pose 30 menu ada..ko tengok la nanti lepas sploh hari pose ada la repeat menu..hehe..
Balik keje semalam makcik dapat semangkuk bubur lambuk..igtkan nak buka dengan tu je..tp rasa macam makcik ni tahap pemalas nak mampos pulak kan...so makcik goreng la sekuali mee goreng..ok la tu dr tak de...

Nak cara2 nya?.. Mee Goreng Makcik Sengal tajuknya :

1) Tumis bawang putih(yg dihentak separuh hancur-suka hati nak hentak ngan apa). Masukkan bawang merah kisar + cili bohsia...ekh boh..bukan teh boh yer..tumis sampai wangi baunya(tahap wangi bergantung pada individu-ada org bila dah hangit tu wangi lagi bg dia..lantak la)..makcik tumiskan sekali cilipadi tumbuk dlm 10 bijik..

2)Masukkan secawan air(tgk keadaan byk mana mee nak goreng tu dan jugak kadar kebasahan mee yg diinginkan)...bila dah mendidih..masukkan sotong/udang/ayam/daging-makcik smlm masuk sotong je..masukkan kicap pekat(sukahati nak taruk banyak mana) + sedikit sos tiram + sedikit cuka + 2 sudu EV Olive oil(tak letak pun tak pe). Bila dah mendidih kali ke-2 masukkan sebijik telur ayam...gaul perlahan2 sampai la telur tersebut masak(smlm aku terlupa taruk telur sebab sebok duk main sms). Jangan lupa taruk garam n Pak aji selepas telur masak..

3) Bila dah animal2 yg diletakkan td agak2 dah masak cun..masukkan mee kuning yg dah siap di cuci(jgn korang tak cuci plak-pedau rasanya)..gaul sebatikan dia..biar mesra2 alam gitu...

4) Masukkan sayur2an - sawi ataupun lain2 sayur yg korang suker la..ada orang masukkan terus tomato..tp aku lebih suka makan tomato mentah..

5) Gaul rata(makcik kebiasaannya bila dah masuk sayur tak biar lama2..makcik tak minat sayur yg terlalu masak)..kalau tak pose..time ni korang rasa tahap masinnya..kalau dah ok..angkat la..taruk lam mangkuk hayun..hiaskan dengan daun bawang..timun ke..cili merah/cili api..limau buat penambah semangat...sekian..hidangan ini boleh siap dalam masa 15-20min(tgk pada kuantiti dan tahap ketangkasan dan kelembapan tukang masak itu)

Bila makan dengan kadar sederhana ni perut makcik agak tenang suasananya...harus diamalkan selalu...
Semalam makcik off pegi tarawih..ada orang datang nak betulkan lighting(mcm konsert siol) kat umah makcik..bayangkan selama ni makcik biarkan aje lampu2 tu mampos tanpa maintenance..semalam aje..5-6 butir lampu kena tukar..makcik boleh buat sendiri..tapi bab nak panjat tangga tu yg tak berapa minat...boleh beralih tali pusat makcik sebabkan gayat..hehe..so kena call helper la..terima kasih brader Sheh..i lap u..(nasib baik brader Sheh tolong perabiskan mee goreng sekuali tu)..gaya brader sheh mkn macam tak bukak pose lagi walaupun dah kol 9 mlm(nasib baik brader sheh tak tau blog makcik).

Pagi td makcik sahur hanya dengan segelas susu rendah lemak + bun kentang jenama Giant 2 ketul..itu sudah mencukupi...

So hari ni dah masuk hari ke-10..mudah mudahan segalanya perfect!!

Nota kakimakcik : makcik masak ringkas2 pasal tak mo ambik masa yg lama kat dapur..makcik nak bersantai bersama Tot dibalkoni..Tot suka dengar nyanyian makcik(silap haribulan boleh buat ribut petir) bersama alunan tali gitar kapok makcik(makcik tau Tot suka dengar..bila makcik start nyanyi je..Tot terus TIDO...)

No comments: