Thursday, December 17, 2009

SALAM MAAL HIJRAH

SELAMAT TAHUN BARU KEPADA SEMUA BLOGGERS..FOLLOWERS..SILENT READER..DAN UMAT ISLAM SELURUH DUNIA...

Maknanya :

Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari keslahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, ya Karim, ya Zaljalali wal ikram.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam…

BACA LAH DOA AKHIR TAHUN INI SETELAH SOLAT ASAR SEBANYAK 3 KALI KAWAN2...

Sesiapa yang membaca doa ini dalam waktu tersebut, maka setan berkata: “kesusahanlah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam (manusia) pada tahun ini”. Maka dibinasakanlah dengan satu saat saja, sebab membaca doa ini. Dan dosa-dosanya diampuni oleh Allah Ta’ala dalam setahun ini.

Maknanya :

Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Alllah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agung dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungandari nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam…

BACALAH DOA AWAL TAHUN INI SELEPAS SOLAT MAGHRIB HARI INI SEBANYAK 3 x DAN ULANG LAGI PADA ESOK HARI 1 MUHARAM...

Barangsiapa membaca doa ini, maka setan berkata: “telah amanlah anak Adam daripadaku pada sisa umurnya pada tahun ini kerana Allah Ta’ala telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnahku.”
Kerana entry aku pepagi butes ini hari ni aku lambat masuk kerja pulak dah kena tulis nama kat pak gad..macam budak sekolah pulak rasanya.....mana tak nya dah la lambat kuar umh...signal minyak pulak kelip2..pegi ler isi minyak pulak..skali pakcik pam minyak pulak salah dengar..aku cakap 20 hinggit..dia sudah bantai 40hinggit...tp aku tetap sabar dan senyum pada pakcik yg telah menyebabkan aku over bajet minggu ini....aku anggap aje pakcik tu tak korek telinga sebulan tak pun dia tergamam pasal J LO datang isi minyak dgn keadaan kelam kabut...

9 comments:

myQza said...

Salam Maal Hijrah!

Unknown said...

salam maal hijrah! :)

♥cybermummy♥ said...

Selamat menyambut Ma'al Hijrah untuk su juga ;)

Unknown said...

Salam Maal Hijrah Su..
Jaga diri leklok ek

pak long said...

salam..
moga ada hikmahnya..

adiwarnatasya said...

Salam Maal Hijrah juga Akak:)...

Syima Syaz said...

salam maal hijrah sue...

ibu wawa said...

salam maal hijrah dari kak wa sekeluarga.

semoga tahun baru ini lebih mematangkan kita daripada tahun sebelumnya...

hajarus said...

salam Maal Hijrah sue...