PUTRAJAYA: Kembali tergoda melihat kecantikan bekas isteri yang sudah diceraikan dengan talak tiga menyebabkan seorang lelaki angau sehingga sanggup menghabiskan ribuan ringgit bagi mendapatkan semula wanita itu dengan mencari lelaki jujur yang sanggup berkahwin dan kemudian menceraikan semula wanita berkenaan sebelum dapat bernikah semula dengan bekas isterinya.
Bukan itu saja, lelaki lingkungan 40-an itu dikatakan sanggup ‘bertenggek’ berhampiran kawasan perumahan bekas isterinya itu bagi memastikan wanita terbabit tidak melarikan diri atau menerima sebarang lamaran daripada lelaki yang mahu memperisterikannya.
Sebelum ini, lelaki hidung belang terbabit sudah dua kali menceraikan wanita lingkungan 30-an itu, sebelum mereka rujuk kembali, tetapi kemudian nekad menceraikan isteri yang menjadi mangsa belasahannya setiap hari itu dengan talak tiga pada penghujung tahun lalu.
Bagaimanapun, bekas suami itu dikatakan terkejut apabila melihat bekas isteri yang dihina dan sering dibelasah sepanjang menjadi suami isteri, tampil dengan susuk tubuh yang sungguh menggiurkan, baru-baru ini.Malah, lelaki terbabit juga tidak menyangka bekas isteri yang dihina dengan menyamakan wanita itu dengan status ‘ikan’ yang tidak akan dijamah kucing, akhirnya menjilat semula kata-kata penghinaan itu sehingga sanggup melutut untuk kembali kepada wanita terbabit.
Kejadian itu didedahkan Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Permai Kasih, Ara Mohd Raub, yang mengakui wanita yang sudah mempunyai enam anak terbabit menjadi mangsa deraan suami yang mempunyai naluri gemar membelasah isteri.Beliau berkata, wanita itu seperti sudah hilang pedoman hidup ketika ditemui, sebelum dibantu untuk membina kehidupan baru selepas dibelasah seperti haiwan sepanjang berkongsi hidup dengan suami yang juga seorang kaki perempuan dan gemar meneguk minuman keras.“Memang wanita itu seperti tidak siuman apabila diperlakukan seperti haiwan dan diceraikan dengan talak tiga oleh suami yang gemar menghina dan membelasahnya hampir setiap hari. “Bagaimanapun, wanita berpendidikan itu kemudian dibantu sebelum mampu membina diri dan menjaga enam anak selain menjaga penampilan diri sehingga mampu menarik pelbagai lamaran,” katanya, semalam.
Beliau berkata, wanita terbabit kemudian diberikan bantuan kemahiran sebagai seorang pakar kecantikan yang kemudian menggunakan kemahiran yang dimiliki bagi mengubah penampilan dirinya.Tanpa berselindung, Ara berkata, wanita terbabit yang semakin menawan dan menggiurkan itu, kini bukan saja menjadi igauan lelaki, malah bekas suami sudah kembali melutut bagi mendapatkan semula bekas isterinya itu.
BERITA DARI- periukuali...just for sharing...
....padan muka dia...org gini patut kena sumpah aje...jadi katak...ciaow..
9 comments:
ada gak eh lelaki gila talak..kahkahkah..pdn muka dia..
jgn sumpah jadik katak..........
nnti der plak yg deman mintk dio jdik putera katak........sumpah je jdik tong sampah........busuk tp berjasa pd org lain......
sian kat dia kau memang suka tengok orang gila talak nie
hurm..nafsu sja..
haa pdn muka sape suh cerai talak 3...ALLAH swt tu maha kuasa....
mesti bekas bini dia now cantik giler kan....dunia...dunia...
so pada kaum hawa yg kene dera tu bangunler...kita ada undang2....huhuhu
Akak,
Kesian perempuan tu kan...
Menderita sblm tu.
Cekal betul perempuan tu:)
yang peliknya.... sepatutnya dia sentiasa kekalkan kecantikkan diri... huhuhuhhuhu
tapi kesian jugalah sbb dia kena dera oleh laki dia yang tak berhati perut itu... hmmmm
sebenarnya...mcm mana pun...isteri kena jaga penampilan tubuh badan. tak semestinya nak kena bermekap tebal2 kat umah.
Tp..suami pulak yg peliknya naper ramai lelaki susah nak 'nampak' kecantikan asli isteri dia kat umah? Lebih sng memperakui perempuan2 kat luar tu lagi cantik dari isteri dia??
ni la jadinya kalau tak mengahargai isteri sendiri... kenapala ada lelaki enis ni kat dalam dunia ni ha...
Post a Comment