Wednesday, December 16, 2009

JOM MASAK!!


KARI IKAN ASAM PEDAS
BAHAN-BAHAN:
2 ketul ikan tenggiri (goreng)
2 batang serai (hiris nipis)
2 sudu besar serbuk kari
150 gm air asam jawa (pekat)
200 ml santan pekat
2 biji tomato (potong 4)
1 labu bawang besar (potongpanjang)
1 tangkai cili hijau (belah dua)
1 tangkai cili merah (belah dua)
6 biji kacang bendi
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN TUMBUK:
Minyak untuk menumis
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
6 tangkai cili merah
5 gm kunyit hidup
5 gm halia
3 biji buah keras

CARA MENYEDIAKAN:
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumbuk dan serbuk kari hingga naik bau danterbit minyak. Masukkan air asam jawa, santan, ikan serta garam dan guka secukuprasa. Kacau sekali-sekala hingga kuah mendidih. Akhir sekali, masukkan sayur-sayurandan biarkan sebentar hingga sayur empuk dan kuah pekat.
MAKAN MALAM INI...TUNGGU!!!!!!!!!!!!!HEHEHE...SHARE RESIPI UTK KENGKAWAN SEANTERO...