Wednesday, August 19, 2009

SALAH TEKAN

Td aku terbelek2 blog brader ni...ada 1 entry tu pasal salah bersms...salah tuan (penerima) sms...ni cth2 yg aku copy paste dari blog tu...

'Sayang, jadi ke tidak keluar malam ni? Rindulah' - SMS yg sepatutnya dihantar kepada GIRLFREN tetapi tersalah hantar pada isteri..

'Aku keluar kejap, kalau bos tanya,cakap aku pegi klinik. Dia bukan tau pun' - SMS sepetutnya dihantar kepada RAKAN baik bekerja sepejabat tetapi terhantar kepada BOS.

'Lepas hantar Along kesekolah, baru I pergi beli minyak masak. Mama nak minyak berapa kilo punya? Pampers baby nak beli sekali tak? Ilove U' - SMS sepatutnya dihantar suami mengaku bujang kepada ISTERI tetapi terhantar kepada GIRLFREN.

'Ayang, hubby I hari ni out stattion, sebab tu dari...' - SMS sepatutnya dihantar kepada BOYFREN & pagi dah mula terasa gersang tetapi terhantar kepada SUAMI....

HAHAHA.....korang pernah alami ke?...yg buat aku tergelak pasalnya...baru semlm aku terkena dan mengena...

Tgh aku syok tgk tv...1 msj masuk dr no yg tak dikenali...'Syg wat apa tu...mama rindu la..bla nak dtg jumpa mama ni' ...aku tau dah mesti salah no ni...oleh sebab aku pun jahat jugak..aku layan ler...' Mama rindu syg ke..anak kita sihat?'...sekali dia jawap...' Mana nak datang anak syg ni..main2 plk...tu la ajak kawin x nak mula latuh' hehe... alahai...'Abih kalau rindu nak buat macamana...meh sini syg cium pipi'....dia jawap balik...'Sayang datang umh mama ler..' isshhh ini sudah lebey...bila mengingatkan kredit aku dah membazir kat dia kat singgit so aku mati air..' Mama...syg nak kuar ngan gefren sayang ni..mama tunggu kat umh je...karang syg dtg lepas dating'....tak sampai 2 minit terus tepon aku berdering2...hahahaha....aku pulak tensen pasal aku tak angkat...pastu aku shoot sms last...'Awak salah nombor la - makcik Ton'

Berdosakah aku?-Ciaow...

8 comments:

nor64 said...

slm...tergelak akak baca sms yg muu dapat....dlm gelak2 ingat2lh kita semua..betapa dunia sekarang...semoga dijauhkanNya..akak dah link blog mu ni ke satu nostalgia...

♥cybermummy♥ said...

adoiii !!! sue ko ni jahat tau . tak pe bulan pose nak dekat nanti kau doa banyak2 lah . wakakkaa

atty's said...

wakakkaa..kadang suka gak layan sms camnie..ehhehehe

mamai said...

aku juga pernah terhantar salah sms tapi tak kritikal mana...

cuma aku tak layan orang yang salah antar sms...walau dia nak bersms juga..macam ko buang duit ajer

Syima Syaz said...

eeeiii geli lah blum kawin nak panggil2 mama konon!

Dee said...

kahkahkah..penah gak dpt sms tp from my staff lelaki..kul 12 tgh mlm..hi..i demamlah..datanglah rumah..wakaka..esok citer kt opis teruk kena kutuk ngan my ex lady boss mamat tuh..

CINTAMANISZ Lite said...

Huhu..hang memang selamba ler Ila. Bagus hang wat cenggitu kat org yg cenggitu..
Akak ni jenis 'tak sampai hati..'.

J@J@ / Bini The Rock said...

salam kenal & salam ramadhan (utk esok)

Sya pon pnh terhantar kat mamat mana ntah! gara2 antar sms guna henpon org lain lps tu pakai ingat2 lupa je nombor si penerima (kakak saya)

heheheh....kelakar jerk!