Friday, December 11, 2009

AKU TAK MO JD CIKGU

Aku kalau diberi pilihan kerjaya..aku rasa keje yg paling tak sesuai bagi aku ialah cikgu...mungkin aku tak kuat sabar kut...tapi aku salute cikgu2 di mesia dan seantero dunia...diaorg ni sabar...tabah...dan lain2 la yg aku tak mampu nak buat hari2...kalau ada follower ataupun silent reader aku yg bekerjaya sebagai guru ni aku nak ucapkan...syabas cikgu...emm aku nak tanya...wahai cikgu2 sekelian penah jumpa tak anak murid yg buat esei macam ni... TAJUK KARANGAN..TERIMA KASIH DATUK..

KARANGAN PART 1
KARANGAN PART 2
KARANGAN PART 3
KARANGAN PART 4
Kalau aku la jadi cikgu kepada budak ni..mau aku ni kena telan pil penenang tak pun pil darah tinggi setiap hari...



Thursday, December 10, 2009

ENTRY JWP KOMENG

Haa kali ni aku nak jawap komeng2 korang kat entry ALBUM LIMA 09 tu...nasib baik tak banyak komeng...kalau tak jenuh aku nak jawap kat entry nih...


CINTAMANISZ :su..best tul hang dpt peluang gi LIMA tu..Akak jgn harap ler nak gi sana time2 cenggitu. Pasal...kalo gi solo..cik abg mesti tak lepas punya. Kalo gi berdua je ngan dia..tak best lak tinggalkan anak2..hmmEr...kat kapal selam hang tak gi ke?? Dorang kat Awana kan?? Takkan tak gi??Hmm..hang ni mesti dah sangkut ngan abang sukhoi kot?? hehe..
AKU : tengah2 duk update page ni kakcinta bg komeng..kena tambah la entry ni sikit...aku kannn...tak pegi solo...aku pegi macam rombongan haji tu la...sendiri imagine...kapal selam??tak de..tak minat yg selam2..pasal aku tak reti scuba...lom ada lesen lagi...aku pegi tgk kapal layar aku tu je..ada tak org jaga...diaorg ni pinjam rete aku tu nak buat show...tu yg gi tengok tahap kebersihan kapal aku tuh...
Ingat lagi tak aku cakap pasal jet/kapa tebang yang kentut kuar api..kalau tak igt scroll balik kat bawah...ni gambar dia..sekali kentut bunyi POMMM!!!pastu kuar api..bau minyak tanah la...haa tu la korang..aku mana ada cakap ngarut2..kisah benar sumer ni...cakap mesjid tau...siap ada bukti..


AYIN JEMIN : ko cakap..bestnya dapat gi sana...
AKU : apa yg bestnya...aku ni secara berjemaah pegi langkawi ingatkan boleh lupa bumi melaka sekali sepanjang jalan sign board asyik duk tuju " ULU MELAKA"..tak ke bengang rombongan cik kiah!!

MALASZ : ko gelakkan anak ikan kering aku tuh kan..
AKU : ko tgk gambar kat bawah ni..mana aku tak cakap ikan kering sorang2 badan sekeping2..kat situ dah la angin kuat..kalau terbang 1 kes pulak nak gi kutip katun2 kering ni..
Bab ko ambik/curi/cilok..apa2 aje la stetmen...ambik je la aku redha....kalau nak lagi meh kat tempat aku ni...beribu juta ada...
MY HEART : sampai ati ko kan sue kan... haram nak kasitau aku nak ge langkawi.. aku varu verangan nak pesan jet pejuang ngan koe.. ish...ish.. takpe..takpe... (dendam ni dendam ahaks)
AKU : annie...kesian kat ko...takat ko duk putrajaya tuh..mana boleh jet pejuang parking situ...ko tgk tempat parking diaorg...luas 1 tmn perumahan tau...tp kalau takat pesan guna air liur nak beli jet...aku beli cikedis je la kat ko...

IBU EMY EFY EQY : bestnya dapat tengok kapal terbang secara life, dekat2 lagi...sambil pi tengok LIMA boleh shopping pinggan mangkuk..

AKU : aa ye pinggan mangkuk...(kepala aku angguk2 ni)..kat situ bukan aku dapat tengok kapaltebang secara live aje...TAIK GAMAT IN PERSON pun aku leh tgk tau...




MAMAI : aku jeles kau bergambar dengan boot ctrm tu...rasa macam nak kembali semula ke sana....tapi tak mungkin

AKU : ni aku tunjuk lagi gambar boat tuh..kecik yg hamat..muat ko ngan bini ko je bang...anak2 ko harammmm tak muat nak naik...aku rasa la ctrm buat boat ni khas utk org2 badan kecik2 je saiz S gitu..kalau ko bro saiz M,L baik ko tak yah jeles...tp aku muat kut pasal aku ngan sugar daddy aku (OPPSSS) saiz XS...(aku tak tipu)

SI TEDI : kemain banyak bergambo!!!sebbaik x ala pamela endesOon!

AKU : huh ko punya NASIB BAIK tak tahan...terus aje aku search gambo nenek pamela ni....sbb ko bg sample international tu pasal aku teruja...slalu aku pose ala2 retis kampung je...errah pazirah..pasah sanda..siti norhalijah...cuba ko tengok betul2 gambo nenek tu..huyooo...malas la nak sebut kat sini kaannnnn...emm tedi ko penah makan nasi lemak lauk ayam+daging+telurmata+paru goreng+sambal sotong+hati ayam cili api+sambal bilis?


NAQEEB : kenapa pulak heli tu kena tolak dulu,.... aku baru bercita cita nak beli heheheee
AKU : baik tok sah beli...ko tengok la tu...dah barai...

ADIWARNATASYA :Owahhh,Bestnyerrr pi sana akak...Meriah sungguh:)Best kannn...

AKU : meriah..meriah...macam majlis kawin kat kampung aku jek...

HEZESUZE : whoiii smpai ati ko xajak aku yea...uwaaaa!!eh xnmpak pung pompuan tudung merah duk kt jet tu....huhuhuweii bila nk sembah ke klang ni..ahaks

AKU : whoiii ze...nasib baik ko tak de depan aku skang kalau tak masuk sepital ko aku cubit...dah tentu ko pegi mendrift lam utan tuh mggu lepas...ko tu pegi mendrift ko tak ajak tuh..apa cer?!..tapi kan ze...aku lalu gak kut atas udara tu..tinjau2 kut ko tgh mendrift..boleh aku main hon hon...ko tak nampak ke heli aku lintas atas kepala ko?..

ekh ekh...salah tekan brek tu..bukan nak jatuh...

Sorry la ze entry ALBUM tu aku cakap naik sukhoi dari kuala perlis tu..pastu aku duk lam jet tu..ko cari aku kan...aku bohong sikit je ko dah percaya...sayang kat ko.....aku naik heli cabuk ni je....aku beli masa tu second hand...pak lah jual lepas dia resign hari tuh...ni pun bekas drebar dia pakai wat balik kampung...

aku ciaow dulu la sebelum korang sumpah aku jadi.....J Lo..

Tuesday, December 8, 2009

ALBUM LIMA 09

Aku ni balik aje dari LIMA..dah kena pegi mengadap..maklumla banyak urusan seri paduka baginda la katakan..so smlm off keje la...hehe hari ni masuk keje pun perasaan mcm warga PATI yg nak kena hantar balik cara paksa aje..apa pun layan je gambar2 artis top masa kini kat bawah ni..kalau yg dah bosan tgk muka artis ngetop ni ko bukak la web bimbingan solat ke terjemahan alQuran ke...dapat pahala..

tengah tunggu sukhoi datang ambik nak bawak gi pulau...maklum la kitaorg ni tak biasa nak besesak2 ni..uuu pleasseee...
dah landing tu kitaorg terus je pegi tempat company kitaorg ni...mulanya mmg kami tak mo pegi sebab dah hari2 tgk buhsan.. tapi dia siap announce kat terminal building lak.."kepada warga CTRM sila datang kat bola besar ni sekarang..sesapa yg ingkar...gaji bulan ini akan dipotong 50%" maka kami terpaksa berlari2 anak kesana mana la tau kut2 sape yg sampai dulu dapat bonus hujung bulan ni..

dah sampai tu kena la posing gediks ala erra pazirah sikit..tak pun pasah sanda
dah buat bot pulak..baru tau aku...igtkan buat kapa tebang je..lepas ni kena paksa lagi beli bot sorg satu ni kang...kat umh dah byk dah aku bawak balik kapatebang..tak de tempat dah nak parking..ni bot pulak...errkk tapi leh wat gi mancing!!! ok aku oder..masukkan nama aku satu..ujung bulan bayar!!ambik angin jap..panas oo...tak de bangsal nak berteduh..bawah sayap kapal terbang ni pun boleh la...
ni gi sopink ke?
ni kami ada misi khas...tujuan kami ke sini nak check skru2 kat jet2 kapaltebang ni haa..tighten ke tidak...ada pulak nanti barai masa nak terbang...aku tak sanggup tengok...
ini gambar jangan salah paham..ni bukan gambar skandal pasah sanda ngan pelumba kete kat litar hoccay!...ni adalah aku dengan tukang pasang tayar sukhoi..
brader ni tukang lap kipas heli..mula2 tak caya sbb muka dia ada iras aaron aziz takan laaa lap kipas kut...tapi lepas dia sumpah2 dia ni hanya pecacai lap kipas baru la kami setuju nak ambik gambar ngan dia..

ni la bontot sukhoi yg kitaorg naik dr jeti kuala perlis td..bontot tu skali kentut kuar api..aku nampak..tak bohong...
gambar ni aku tak pasti napa aku snap...ooo baru aku igt..ni aku nak nasihat..jgn beli heli kalau ada duit lebey...sbb sebelum nak terbang kita kena tolak dulu..letih tuh...aku penah tolak MAD aku dulu letih...
ni aku geram ni...time aku nak pose siti nohalijah je mesti ada katun yg interprem..
bukan nak eksen la...tapi benar...jet vista ni yg aku beli 2 thn lepas lepas dapat bonus CTRM bagi..saje je hantar kat LIMA ni..diaorg nak save bajet..nak tunjuk barang hak milik bumiputera...
sedang elok aje kipas tu nak cantas aku..
lupa pulak gambar ni nak antar kat majalah mangga...sebab isyarat lucah aku tuh...tak sesuai aku taruk kat blog suci aku ni..
ooppp..korang tgk betul2...ada pompuan tudung merah lam tu kat seat depan..nampak tak?...bukan nak eksen la kan...tak mo citer lebih...

abaikan anak ikan kering aku tuh...



hasil rembatan free...
selesai aku berjemur ala2 Jennifer Aniston kat runway tu...aku pun balik la ke melaka...tak leh lelama nanti org igt aku ni keturunan mahsuri pulak..emmm..apa?tak sopink korang tanya?emm...tak sopink pun..minyak gamat aku beli kat LIMA 07 masih berkepuk lam lemari aku...cokelat tak borong pasal aku kan salah seorang peserta Biggest Loser Asian..pinggan mangkuk vantage tak beli pasal aku guna pinggan pakai buang kat umh...piok belanga tak beli pasal jenama yg sama aku dah beli kat pasar malam...rokok tak beli pasal dah lama aku berenti rokok...ooppss..jadi kali ni pegi hanya utk makan angin aje...heheh..janji koleksi gambar terlampau aku ada beratus ratus ribu...tak leh tepek kat sini..mau muntah togeh korang nak scroll...tgk la yg patut2 je..

cioaw...mana pulak pegi signature aku ni...selalu ilang2..ni nak kena ban nampaknya nih!!

Friday, December 4, 2009

TUT..TUT..TUT....


OFFLINE UTK 3 HARI.....


AKU KENA JALANKAN MISI MISI KHAS NIH!!


ooppss... terselak pulak kain aku nih... ni dah isi minyak dah...semua dah check ke? henjin dah panas?...ni tunggu aku nak buat akrobatik je ni..bismillah..




Thursday, December 3, 2009

SADIS!!

Terkedu kejap bila aku tengok pic ni..kesian nya kat dia...ntah berapa jam flight dia ni...tahan pulak bontot dia duduk kat arm rest tu...kepada sesiapa yg kuat makan dan suka travelling tu ambik la pic ni sebagai amaran...oleh itu kita beramai2 yg mana badan on the way to tong drum size sila insap...

ciaow

Wednesday, December 2, 2009

GILA TALAK

PUTRAJAYA: Kembali tergoda melihat kecantikan bekas isteri yang sudah diceraikan dengan talak tiga menyebabkan seorang lelaki angau sehingga sanggup menghabiskan ribuan ringgit bagi mendapatkan semula wanita itu dengan mencari lelaki jujur yang sanggup berkahwin dan kemudian menceraikan semula wanita berkenaan sebelum dapat bernikah semula dengan bekas isterinya.
Bukan itu saja, lelaki lingkungan 40-an itu dikatakan sanggup ‘bertenggek’ berhampiran kawasan perumahan bekas isterinya itu bagi memastikan wanita terbabit tidak melarikan diri atau menerima sebarang lamaran daripada lelaki yang mahu memperisterikannya.
Sebelum ini, lelaki hidung belang terbabit sudah dua kali menceraikan wanita lingkungan 30-an itu, sebelum mereka rujuk kembali, tetapi kemudian nekad menceraikan isteri yang menjadi mangsa belasahannya setiap hari itu dengan talak tiga pada penghujung tahun lalu.
Bagaimanapun, bekas suami itu dikatakan terkejut apabila melihat bekas isteri yang dihina dan sering dibelasah sepanjang menjadi suami isteri, tampil dengan susuk tubuh yang sungguh menggiurkan, baru-baru ini.Malah, lelaki terbabit juga tidak menyangka bekas isteri yang dihina dengan menyamakan wanita itu dengan status ‘ikan’ yang tidak akan dijamah kucing, akhirnya menjilat semula kata-kata penghinaan itu sehingga sanggup melutut untuk kembali kepada wanita terbabit.
Kejadian itu didedahkan Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Permai Kasih, Ara Mohd Raub, yang mengakui wanita yang sudah mempunyai enam anak terbabit menjadi mangsa deraan suami yang mempunyai naluri gemar membelasah isteri.Beliau berkata, wanita itu seperti sudah hilang pedoman hidup ketika ditemui, sebelum dibantu untuk membina kehidupan baru selepas dibelasah seperti haiwan sepanjang berkongsi hidup dengan suami yang juga seorang kaki perempuan dan gemar meneguk minuman keras.“Memang wanita itu seperti tidak siuman apabila diperlakukan seperti haiwan dan diceraikan dengan talak tiga oleh suami yang gemar menghina dan membelasahnya hampir setiap hari. “Bagaimanapun, wanita berpendidikan itu kemudian dibantu sebelum mampu membina diri dan menjaga enam anak selain menjaga penampilan diri sehingga mampu menarik pelbagai lamaran,” katanya, semalam.
Beliau berkata, wanita terbabit kemudian diberikan bantuan kemahiran sebagai seorang pakar kecantikan yang kemudian menggunakan kemahiran yang dimiliki bagi mengubah penampilan dirinya.Tanpa berselindung, Ara berkata, wanita terbabit yang semakin menawan dan menggiurkan itu, kini bukan saja menjadi igauan lelaki, malah bekas suami sudah kembali melutut bagi mendapatkan semula bekas isterinya itu.
BERITA DARI- periukuali...just for sharing...

....padan muka dia...org gini patut kena sumpah aje...jadi katak...ciaow..

Tuesday, December 1, 2009

JIRAN OO JIRAN 3

Petang semalam lepas balik keje sedang aku duk bersenang lenang melihat video aksi terlampau---> "jilat menjilat" tetiba Ang panggil aku kut sliding door yg bukak separuh..alahai potong stim betul..ni mesti nak ajak aku buat ketupat nih...ketupat cina tak best la..tp aku layan jugak...

Aku : ada apa kak?

Ang : td wa pinjam u punya penyapu..cilaka la ini "toyota" tadi masa wa sapu depan sana dia punya laki senang2 saja buang kotak rokok..wa terus sound la..

"toyota" - jiran tingkat atas umh aku..1 family cina jugak yg pakai keta toyota camry yg memang hobi 1 family suka buang sampah kat bawah..harap kete je besar bagak..tong sampah pun tak mampu beli...balik pada slot ketupat cina..

Aku : u sound apa? (soklan ala2 stone fire)

Ang : hello taukey, sampah tak mau buang bawah la..tak ada org mau kutip. U suruh maid u turun bawah angkat ini kotak rokok. (dia sound dalam bahsa cina la-aku translate)

Aku : hehe..abih tu..

Ang : u tau dia cakap apa?..sorry2..terjatuh la..cilaka itu org..pegi mati la..(marah betul dia)..u nak tau semalam dia perli saya tau..

Aku : dia perli apa?

Ang : wa kan baru angkat ini lavina..dia laki bini mau naik atas tegur sama wa la..." wah..congratulation..at last u dapat beli kereta besar.."....dalam hati wa cakap cilaka 100 kali tapi mulut wa cakap...ta da la besar...

Aku : hah dia cakap macam tu ke???..patut la u marah sangat sekarang ni..hikhikhik...

Kadang2 kita dah biasa duk berjiran ngan sesama melayu selalu jadi macam ni..rupanya kalau kaum lain pun lebih kurang jugak..lagi dasat pun ada...

....ciaow...