Wednesday, February 1, 2012

BEZA AKU NGAN LIS

Salam..selamat petang..petang yang amat kenyang..baru lepas makan nasi berlaukkan ikan parang masak sambal..hehe...ternak lemak dalam badan..
Pagi tadi aku dapat email dari seorang kawan..Z..biasanya Z suka hantar sms..selalunya dia suka tanya itu ini..kadang tu Z akan call aku..dia selalu baca page aku tapi sebagai silent reader yang setia je..tapi tak pernah komen apa2..kalau dia nak komen pasti dia hantar sms..hehe..kalau aku update time aku keluar daerah pasti dia cakap.."apasal tak ajak saya?"...jawapan biasa aku jawap.."aku pun orang ajak dow"..aku memang suka berkasar dengan dia..tapi dia tetap supan bila berkomunikasi dengan aku..hehhe..tapi hari ni dia tak msj aku seperti biasa..tapi emel pulak yang muncul..maklum la dia sekarang ni tengah bekerja di luar malaysia..baru 3 hari beliau disana..sedikit sebanyak isi kandungan emelnya..
1. "kenapa pegi AJL tak bagi tau?"
2. "kenapa sekarang makin sihat?"
3. "kenapa sekarang kurang masak?"
4. "kenapa tak balas sms saya masa kat klia tu?"
5. "balik kampung tak beli apa2 kat saya?"
6. "orang kat kampung tak de tanya apa2 pasal saya?"
7. "nanti bila saya balik kita makan asam pedas power boleh tak?"

Z..aku tak sempat balas emel ko..aku balas soalan ni kat page aku bleh?..hehe..tapi aku takut ko kecik ati pulak..ok la aku balas esok pagi ok!apa pun aku jawap soalan ko ni dulu..
1. Aku lupa nak bagi tau ko aku pegi AJL tu pasal mulanya aku tak kompom sangat nak pegi..tp bila miss S dah letak pisau kat leher aku terpaksa la aku ikut...
2. Aku makin sihat sebab aku makan banyak la beb..lagi satu..sebab aku dah rindu nak pakai baju saiz XXL aku..aku belum sedekah kat sesapa lagi..
3. Aku kurang masak sebab aku selalu masak "mi sedap"..betul2 sedap dow..amik yang perisa soto tu..takan masak mi sedap pun nak tepek kat page..buat orang muntah je nanti..hari2 tepek gambo mi sedap..
4. Aku tak balas sms ko hari tu ekh..pasalnya kredit aku dah expired..maklum la aku kan guna hot tiket je..bukan post paid..hot tiket aku tu kredit melambak lagi..tp boleh guna seminggu je..ko bayar la post paid kat aku..bleh aku msj ko setiap jam stiap hari...
5. Aku ada beli kopok lekor kat ko..tapi ko dah pegi China ni kan..jadi kopok tu aku dah makan abih dah..next time aku balik aku ganti la balik..
6. Ornag kampung aku tak kenal ko canner nak tanya pasal ko..
7. Aku boleh je teman ko makan asam pedas power tu..tp td masa soklan ke-2 kemain tak de perasaan mulut ko kata aku sehattt..pastu ko ajak aku makan yg power2..ko ni menganjing ke ikhlas nih!!!
Aku rasa jawapan aku tu dapat memuaskan hati ko..nanti ko balik dr China tu ko jangan lupa beli kat aku FM..FM aku tu dah lama tak bertambah..nak harap aku gi obesi ni haram la tak de...harap kengkawan yang budiman je yang beli@bagi free@hadiah...huhuhu..


Tetiba plak aku tepek pic aku ngan Lisda ni kan..bukan nak berlagak tau..cuma lepas aku kaji gambo ni aku rasa nak share ada ke tak apa2 persamaan antara aku ngan lisda ..
1. Lisda - pesen rambut nya..warna plak putih kuning gitu.
Aku - pesen karina kapor iklan headnshoulder..warna itam la
2. Lisda - kening halus bertrim
Aku - halus jugak tapi tak yah trim (semulajadi gitu)
3. Lisda - Hidung halus mancung
Aku - Hidung jambu air..
4. Lisda - Leher 4inci setengah
Aku - 3 inci je
5. Lisda - Tulang selangka jelas kelihatan
Aku - aku rasa aku tak de tulang selangka..tak penah nampak pun..
6. Lisda - Dada XS
Aku - XL
7. Lisda - Lengan atas dia sebesar tangan aku je..
Aku - Lengan aku sebesar peha dia..
8. Lisda - Perut dia leper macam kuali roti canai
Aku - Perut aku macam kawah gulai kambing..

Memang sah tak de persamaan...nanti aku skodeng ngan orang lain la pulak..mungkin ada persamaan kut...Siti Norhaliza mungkin??!!!!!

Nota kaki makcik : kalau aku nak ikut spec Lisda aku kena puasa setahun ataupun 2 tahun kut...

3 comments:

Uncle Jonni said...

wah... fesyen rambut si lisda... ekekekkekeke

rumah kuning said...

takpe...asal bahagia. hehehe

Datin Terseksa said...

lubang hidung korang sama...hehehe