Wednesday, September 7, 2011

AKU RASA PELIK!!

Salam dan selamat pagi..pagi jugak bersiaran ni yep..tak de keje gaknya aku ni..hehehe..sebabkan pagi ni sisa2 mengantuk masih berbaki..semalam terlebih overnight..hehe..buat apa?..ada lah projek sikit...kol 2 lebih baru terlelap...4.45am jam loceng dari kolumpo berbunyi...dari kolumpo? dah aku bangun ler kacau milo secawan...nak sambung tido dah tak leh..2 jam lebih aje tido semalam...harus la hari ni jadi burung hantu kat ofis..hehehe..
Pepagi ni mata coklat dah ngadap berita di Harian Metro..terpegun tgk iklan diharian metro ada video Lisa Surihani..cantik sungguh dia..kalau lah dia berdiri sebelah aku..pasti org tanya dia..Lisa tu bibik baru u ke (tetiba lak prasangka buruk aku ni buat hati aku panas)..
Tetiba mata terpandang berita ni..

KUALA TERENGGANU: Gara-gara tidak berpuas hati enam cucunya hanya mendapat duit raya RM1 daripada ibunya, seorang warga emas berusia 60 tahun gagal mengawal diri apabila menyerang dua adik perempuannya dengan merosakkan harta benda serta menghamburkan kata-kata kesat berbaur ugutan dalam kejadian Jumaat lalu.

Difahamkan kejadian berlaku selepas lelaki terbabit yang berlainan bapa dengan mangsa naik berang apabila enam cucunya hanya memperoleh duit raya RM1 daripada ibunya berusia 84 tahun sebelum menuduh kononnya dua adiknya itu mengawal duit ibunya yang sudah uzur.

Kejadian berlaku pada jam 10.30 malam di rumah seorang adik berkenaan, Noleha Sulong, 42, di Kampung Pengadang Baru, di sini, menyebabkan dia dan dan adiknya, Rokiah, 37, trauma serta hidup dalam ketakutan.

Noleha berkata, dia tidak sangka abangnya itu tergamak menyerang dia dan adiknya semata-mata kerana tidak berpuas hati dengan jumlah duit raya diberikan ibu mereka.

“Hairan juga saya dengan sikap abang yang tidak pernah berpuas hati dan berprasangka buruk terhadap kami adik-beradik, padahal bukan cucunya saja mendapat RM1, tetapi anak bongsu saya dan semua cucu lain turut mendapat jumlah yang sama.

Boleh pulak perangai cam gitu...macam2 jenis manusia...macam tu pun nak berkira...

Nota kaki makcik : Nasib baik nenek tu bagi duit raya walaupun singgit...ada orang tu langsung tak penah dapat duit raya dari seorang nenek...orang itu adalah makcik la..pasal nenek makcik dah lama meninggal dunia..

No comments: