Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Tuesday, August 14, 2012

KISAH RAMADHAN

Salam..selamat pagi..dah makan?hehhe...aku? dah...sebelum subuh tadi, itu pun makan kuey batang buruk + coke..hahaha..sahur la katakan...jgn tak caye menu sahur aku tu..aku kan tak makan nasik pepagi..ok la tu batang buruk..pre raya la katakan..testing tu..kalau sedap bleh buat beli lagi..
Pepagi ni bos gi meeting..so aku jadi pekerja contoh bos la jap..assignment ni la aku duk settlekan..huhu...apa lagi nak buat bukan bleh makan pun..pose...
Aku ni setiap hari dikelilingi oleh macam2 rupa bentuk orang..peel pun pelik2..aku pun kadang tu giler pelik gak..tapi tak la nak show sangat pun..cover ko...

1.Kisah awal Ramadhan
Manusia A : sue ko gi pasar ramadhan mana ptg ni?
Aku : masak la dulu bro..awal2 ni semangat nak masak lain macam skit..
Manusia A : rajin ko yep..aku ptg ni nak gi Peringgit la..
Aku : tak la rajin sgt pun..org ramai..aku malas..oghang umah ko tak masak ke? (adrenaline bizi bodi aku meningkat)
Manusia A : ala aku tak bagi dia masak la..beli je..senang...
Aku : oo..
- UNTUNG BINI DIA-

2. Kisah minggu kedua Ramadhan
 Manusia B : ekh su..jom join i buka pose..
Aku : kat mana?
Manusia B : otel philea..
Aku : mahal tu..tak mo la..
Manusia B : ala sekali skala spend duit tuk makan apasalahnya..
Aku : tak pe la..lenkali..sape lagi pegi?
Manusia B : stakat ni i sorang je la..
ESOKNYA
Aku : canner best smlm?
Manusia B : huh best giler..kambing panggang..nasi beriani..kek yg u suka tu tak yah citer la..melambak..bla bla bla..beratus menu dia..tak rugi la..
Aku : heheh..tak pe la..lagi pun mahal nau..tak mampoo saya (telan air liur dgr kambing panggang!)
Manusia B : laaa..kita gi dua org je..i nak belanja u..itu pun tak nak..
GULPPPP!! - telan air liur aku..

3. Kisah ketiga Ramadhan
Dalam perjalanan ke Sungai Putat. Berkata-kata dalam hati.."apa citer orang tua tu 2 orang..cukup ke kuey aku beli untuk diaorg ni?aish..bulan pose ni aku tak penah gi jenguk dia.."
Kat tangan aku ada murtabak,kuih serimuka n air soya..
Aku : assalamualaikum...makcik!!makcik!!-dialog tu aku ulang kat sploh kali....
Manusia C (jiran seblah umah) : makcik Memun tak de..pakcik salim masuk spital..semput..
Aku : hah ye ke..bila?wad berapa?-aku tgk jam dah 6.30pm-tak sempat nak gi spital dah ni..esok je la..
-KESIAN PULAK KAT COUPLE NI-

4. Kisah ke-4 Ramadhan
Manusia D : sue..ko dah beli baju?
Aku : lom.(tgn tgh serius giler buat keje)
Manusia D : ko nak beli mana?biasa ko beli kat melaka ke?
Aku : haah.(dahi aku berkerut serius buat keje)
Manusia D : ariani ada buat sales tau...jom kita gi nak..kat situ pun banyak jual baju kurung siap..kita gi malam ni nak..
Aku : tengok lah. (mata tepat pada monitor pc+dahi berkerut+jari tak tentu harah menaip sesuatu)
Manusia D : ko nih..bizi nau..ekh dengar la ni..baru ni aku tengok baju kurung tu penuh batu ngan labuci baru 150++..jom la kita gi..mana tau kut skang dah dekat nak raya ni  lagi murah..jom ah (sambil dia duk gegar2kan tangan aku )
Aku : -pandang tepat mata dia- "xx, aku tahun ni tak beli baju raya..aku pakai tahun lepas punya"
Manusia D : eleh..tipu..malas la nak layan ko (sambil angkat ponggong dia yang lebo tu berlalu)
Aku : - huh- SITUASI TENANG-

Itu la serba sedikit perkara2 yang simple berlaku pada aku sepanjang ramadhan ni...tapi yang paling perkara tak bleh blah dan aku tak sanggup nak cerita kat sini ada lah....
Setiap hari bos kat depan mata aku ni duk cerita pasal makanan!!!!!Terliur siot!!!hehehhh...
Soklan sensitip buat masa skang :
1) berapa hari ko cuti sue?
2) berapa lai dah baju raya?
3) banyak kuih beli thn ni?
4) boleh siap ke projek ni sebelum raya?
5) BILA KO BALIK KAMPUNG???? aarrrghhhhhhh jgn tanya!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, August 2, 2012

TERAWIH 100 RAKAAT


BERPUASA pada siang hari dan beribadat sebelah malamnya dengan mengerjakan solat tarawih sepanjang bulan Ramadan merupakan dua amalan yang penuh dengan keistimewaan serta keberkatan. Kedua-duanya begitu sinonim dan sukar dipisahkan kerana ia memberi manfaat tersendiri kepada umat Islam dalam melaksanakan ibadah tersebut. Jika tertinggal atau tidak mengerjakan salah satunya, maka puasa atau solat tarawih yang dilakukan bukan sahaja terasa kosong, malah sia-sia.

Sebaliknya, seseorang itu hanya mendapat kepenatan. Bagi Haniff Abu Talib, 23, pelajar jurusan Ijazah Takhassus Qiraat Shoubra di Maahad Qiraat Al-Azhar, Mesir, ketibaan Ramadan amat ditunggu-tunggu walaupun beliau berada di perantauan. Bagi masyarakat Asia Barat, Ramadan begitu istimewa terutama dalam mengerjakan ibadah tarawih. "Sepanjang menuntut di Mesir sejak dua tahun lalu, saya berpeluang mengunjungi daerah Tarim di Hadramaut, Yemen. Pengalaman pertama kali berada di Masjid Tarim sangat mengujakan kerana kami langsung tidak tidur malam. "Masyarakat Yemen melaksanakan ibadah sebanyak-banyaknya pada malam-malam bulan Ramadan.

Selepas solat Maghrib, mereka terus melakukan solat tasbih beramai-ramai. Kemudian, selepas Isyak, solat tarawih dilakukan sebanyak 100 rakaat. "Mereka seolah-olah mengqada semua solat-solat sunat yang ditinggalkan dahulu bagi merebut pahala ibadah berlipat kali ganda yang dijanjikan Allah pada bulan ini. Bayangkan hebatnya masyarakat Islam di Hadramaut menunaikan ibadah," jelas Haniff yang berjaya khatam al-Quran Riwayat Imam Qolun dan Imam Abu Ja'far secara talaqqi di hadapan Sheikh Waeel Hajjaj di Mesir. Haniff juga pernah berkunjung ke Masjid Ba'alawi dan tidak melepaskan peluang mengerjakan solat tarawih bersama ulama terkemuka Yemen, Habib Umar bin Hafidz di Darul Mustofa, Tarim, Hadramaut. Tarim merupakan sebuah kota kecil yang terletak kira-kira 500 kilometer dari ibu kota Yemen, Sana'a. Menurut Ensiklopedia Islam, ia turut disebut sebagai kota Seribu Wali dan terkenal sebagai pusat ilmu dan penyebaran Islam ke seluruh dunia.

Di Yemen, terdapat 365 buah masjid. Setiap kali Ramadan, solat tarawih akan dikerjakan sepanjang malam hingga solat Subuh. Keadaan itu membolehkan para jemaah memilih masa yang diinginkan untuk menunaikan solat tarawih di mana-mana masjid yang ada. Menurut anak kelahiran Port Dickson, Negeri Sembilan itu, di Malaysia lain pula ceritanya. Apabila Ramadan menjengah, kehangatan Aidilfitri sudah dirasai. Namun, di Mesir, bulan Ramadan dirasakan seolah-olah hari raya. "Di Mesir, Ramadan disambut meriah seperti hari raya. Kebanyakan penduduk akan memasang pelita besar yang dikenali sebagai fanus. Ia akan ditulis dengan kalimah Allah atau perkataan Ramadan Kareem. Setiap masjid pula biasanya akan menyediakan makanan untuk berbuka puasa yang dinamakan maidatur rohman," terangnya lanjut.

kredit+ kosmo


Tahun ni aku berkesempatan berterawih 20 rakaat..kebiasaannya masjid yang selalu aku pegi ni hanya buat 8 rakaat saja setiap thn tp tahun ni diaorg dah upgrade ke 20 rakaat..malam pertama n kedua mmg terasa pelbagai "rasa"..tapi bila dah masuk malam ke-3 dan seterusnya dah makin berkurang terasa lama,penat,panas,haus,dan segala bisikan2 malas..20 rakaat tu terasa mudah aje...syukur alhamdullillah...agaknya kalau 100 rakaat mcmana yep..bestnya..tips aku cipta sendiri untuk menghindarkan jadi malas dan cepat letih..caranya kawalan minda...hahhaha..jangan kira berapa rakaat yang telah anda buat,,,ikut je imam..jangan duk kira berapa dah..berapa dah..baru kusyuk dan ikhlas..tetiba je imam sebut witir..kan cepat rasanya..hehhee....

Tuesday, July 31, 2012

HAL BULAN POSE

Salam...
Hari ni dah genap 11 Ramadhan..insyaAllah akan complete 11 hari kita berpuasa.. selama 10 hari ni aku masih lagi berpegang pada janji seperti tahun2 lepas untuk tidak mengunjungi pasar Ramadhan...setakat ni Alhamdullillah..belum sampai lagi mana2 pasar ramadhan di mesia ni..ayat aku seperti tahun2 lepas "bukan aku tak nak support orang2 kita berniaga cuma aku lebih suka masak sendiri.." atau lebih jelas kenapa :
1. Aku suka masak sendiri walaupun kekadang tu hanya lauk sayur air saja plus nasik putih..much more better untuk bodi aku yang bolat ni..kalau nak lauk yang lain dr yang lain,gugel aje resipi2 dr blog..melambak lambak yang best..especially lauk2 kampungan la..antara jadi ngan tak jadik aje..kalau tak kompiden sila la mula dengan bismillah and tawakal kat ati aje sebelum masak  hokay! aku ni tak de la bagus sangat dalam bidang masterchef ni..so bedal aje la..masuk lam perut tahu la dia proses..janji halal..kalau di pasar ramadhan dah tentu kita belum tahu lagi pemprosesannya mcmanakan..lagi pun bila dah banyak nasik2 yang best maka akan beli banyak..so makan pun banyak..kolesterol pun banyak..lemak tepu dalam badan pun akan banyak..dan kekadang yang paling memedihkan ulu hati aku ni..bila dah berbuka juadah yang kita beli tu ala2 nak basi aje..drpd aku duk hamun penjual tu..baik aku hindarikan..
2. Bila masak sendiri maka ada la jugak stok untuk sahur..walaupun aku ni jarang bersahur yang berat2..bangun sahur biasanya telan kurma ngan air masak yang banyak..nasi berlauk ni agak jarang(kalau aku dimelaka la) kalau di kampung pasti kena makan..ibarat 1 kewajipan pulak..kalau ada leftover berbuka biasanya lauk aje..so aku cicah roti - done!
3. Aku kurang makan kuih2 manis..@ aku tak minat..kalau nak makan manis waktu berbuka memadai aku telan kurma..kuih ni kalau ada orang bagi, aku makan la..nak harap aku beli sendiri payah la sikit..pernah jugak ramadhan sebelum2 ni aku teringin nak makan kuih..pastinya aku berenti aje tepi2 jalan yg byk gerai jual kuih..itu terjadi hanya sekali dua aje sepanjang ramadhan..
4. Sebab aku masak sendiri lagi kerana aku yakin aku sempat untuk masak juadah berbuka walaupun aku seorang yang bekerjaya @ bekerja..aku akan pastikan aku balik sharp 5pm..perjalanan kerumah lebih kurang setengah jam aje..kalau aku nak singgah ke mini market nak beli apa2 pun sempat lagi..masak pun bukan lama sangat..sempat lagi nak bukak pesbuk petang2 utk say hello to frens..sempat lagi nak hadap slot akasia (skang ni aku tgh mabok dejavu di kinabalu - like 10X to Nazim a.k.a Bazli! - tak sangka Nazim XX pun tgh mabok sekali-sehati sejiwa plak!) huhuhu..
5. Sebab aku suka jugak masak waktu bulan puasa ni pasalnya aku boleh asah skill masak aku ni..hehe..kalau bukan bulan puasa aku kurang sikit masak sebabnya dah makan kenyang2 waktu bekerja ni..masak pun hanya hari minggu...masak pun menu yang sama aje, sehingga aku muak menu yg sama tu baru aku tukar menu lain..pesen aku ni pelik sikt..hohohoho...

Apa pun alasannya..aku mmg suka makan makanan yang aku masak..cuma kekadang kalau orang nak belanja bukak pose kat warung ke restoran ke hotel ke..aku pegi aje lah..hehhehe..rezeki jangan di tolak kan..bala jgn di cari..tak gitewww???





*Miss S pose tak hari ni?

Monday, July 30, 2012

PASIF

Salam semua...oleh sebab lama tak menjenguk rumah ni..sebelum aku menceceh,mungkin sebelum ni tak sempat nak wish, aku nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua yang sudi datang ke rumah aku ni...blog ni masih active cuma aku aje yang pasif..hehe..tengah banyak dugaan ni..betambah lagi sekarang ni bulan Ramadhan so waktu malam agak busy..siang hari lagi la, tgh2 malam aku nak tido pulak...maklum la pagi2 sepe'i nak bangun lagi..so untuk tidak jadikan diri aku ni terlalu busy dan letih..aku kena la berehat lebih awal..so secara tak langsung blog aku ni pun sunyi sepi..huhu...
Itu alasan utama aku la kenapa blog aku sepi...alasan lain..aku masih tak sihat untuk menghadap pc lama2..shoulder pain makin menjadi2..kat rumah pulak meja pc agak kurang ergonomik..perlu ditukarkan meja pc dan kerusi diruang opis rumah aku tu..so bila badan tak sihat maka semua idea terbantut dan kadang tak de langsung..
Alasan ketiga..terlalu banyak cerita nak dipaparkan tapi tak tahu mana nak mula...heheh..boleh gitewww?


Selamat Berbuka semua petang nanti...

Thursday, August 25, 2011

25 RAMADHAN 1432H - LAST WITH BUNCIS 3 MINIT

Salam 25 Ramadhan...hari ni merupakan hari terakhir makcik bersiaran dari ofis(hari last mengular) utk page makcik..malam ni makcik dah start packing dan pepagi selepas subuh besok makcik akan balik ke pangkal jalan la...lepas ni kalau ada bersiaran lagi, mungkin dari kampung yg permai dan tercinta sanun...tp tidak la setiap hari kerana memandangkan belum sampai lagi ke tanah tumpah darah sudah siap tersenarai dalam SMS keje2 buruh @ hamba abdi(keji sikit ayat ni) yang wajib makcik lakukan sebaik sahaja lepas berbuka esok..sungguh kijam..tp makcik redha sebab makcik sahaja yg menjalankan tugas2 tersebut semenjak 24 tahun yang lepas..
Dan lastly nak say yeay!!esok makcik start berbuka pose secara melantak hehe...25 hari berpuasa dan berbuka cara berhemah...bila balik kepangkal jalan tak de makna lagi aku nak berhemah lagi walaupun hanya berlauk singgang!! I missed singgang so much!!..kat melaka aku tak buat singgang ikan...ada sebabnya..hehehe...


SAYUR BUNCIS 3 MINIT


Kacang Buncis

Cendawan (tak tahu nama dlm ICnya apa)..cendawan jenis lain pun boleh

Soo Hoon (rendam dulu bagi lembut)

Bawang merah - hiris

Bawang putih - hiris

Cili Merah - hiris

Garam

EVOO atau minyak biasa pun ok


Cara2 pembikinan :

1) Tumis bawang putih & merah sehingga cantik macam rupa paras korang..

2)Masukkan kacang & cendawan & ah soo hoon..godak 3-4 kali

3) Perasakan garam

4) Masukkan cili merah godak 2 kali..then angkat..

Memang tak lebih dari 3 minit engko!!


Biasanya makcik buat sayur ni sekiranya makcik diberi masa 15 min utk menyediakan lauk pauk utk dimakan...ataupun penambah selera anak tekak...


Nota kaki makcik : kepada kengkawan di Melaka..makcik pulang dulu yep..kepada sesiapa yang masih wajib dan gigih kena pegi keje besok pagi..kalau kita selisih kat jalan..makcik akan pon pon oren makcik dengan alunan lagu...

Indah nya sungguh diraya

Ramainya orang bersuka ria

Adikku manis cantik bergaya

Boleh kah abang ikut bersama...

Jangan korang calar oren makcik pulak yep...dah takdir korang kena keja lagi sebab kampung korang memang kat MELAKA...hahahaha...

Wednesday, August 24, 2011

24 RAMADHAN 1432H - KARI JENAK

KARI JENAK SPESEL..

Bahan2 :
Sekor ikan Jenak
Rempah kari (taruk air-kasi paste)
Halba Campur
Air asam java..
Daun kari
Santan pekat (aku masuk secawan je tak mo pakai banyak2)
Bendi
Tomato
Terung pipit (kalau nak la)
Bawang merah (kisar /chop)
Bawang putih (kisar / chop)
Halia (kisar / chop)
Cili kering (kisar) - kalau nak pedas taruk ler lebih
Garam + Aji

Cara pembikinannya :
1) Tumis semua bahan kisar dan daun kari sehingga wangi...
2) Masukkan rempah kari dan halba campur..tumis sampai naik minyak-marah...
3) Dah cantik rupa parasnya..masukkan air asam java...
4) Masukkan santan
5) Masukkan garam & aji & tomato
6) Masukkan ikan & bendi & terung pipit & belen tomato..
7) Biarkan ia mendidih..pastikan ikan bebetul masak....kemudian hangkat!!
Ada apa2 yang tertinggal ke...kalau tertinggal pandai2 ler korang ok hehehehe.....

Hidangkan dengan telur asin pun ok...kari ni nak cicah roti pun walla jugak...

Nota kaki makcik : ni salah satu lauk peberet aku so aku tak leh makan lauk ni slalu nanti pipi jadi kuey pau!!...

Tuesday, August 23, 2011

23 RAMADHAN 1432H - DAGING LADA HITAM

Semalam adalah hari yang panjang untuk aku...tak sabar nak balik rumah...ni dah tak de mood sangat nak pegi keje hehe...tinggal 3 hari lagi aku nak ulang alik ke tempat cari makan aku ni..bila tepat jam 5 je..aku kalut capai beg nak balik..smlm dalam kekalutan mmg sengaja aku buat tu,dugaan melanda hehe..balik keje aku singgah seperti biasa ke mini market...sopink la sikit barang dapur yg kurang tu..bila dah sampai turn aku nak membayar setelah hampir 15 minit beratur panjang,aku kalut pulak mencari2 beg duit aku dalam henbeg...Ya Allah..purse tertinggal lam drawer kat opis!!..cemas seketika..siap kuar dialog yg spontan" Ya Allah duit tertinggal lam kete"...hehe..nak cover the story..bukan lam kete..lam drawer dol...cashier cakap "tak pe..awak gi amik dulu"...cess..nak balik opis makan masa dlm 15-20 min gak ni...aku pun berlakun macam nak ambik duit kat kete.."emm..awak tunggu kejap ye..saya nak ke kete..barang tu tinggal dulu..berapa tu yep?" time tu muka aku senyum je kat cashier tu..tak berani pandang belakang yg dah aku buat traffic jem tu..sampai je kat oren aku selongkar dashbod..segala mak nenek tok wan aki sume kluar(surat beranak oren pun ada lagi dlm desbod tu rupanya)..mana la tau kut2 ada terselit wang2 rupiah ke dollar amarikano ke...Alhamdullillah...yes!!akhirnya...rm20 ditemui setelah sumer barang dlm desbod aku selongkar..tepi2 pintu dah bersih aku kerjakan...ternyata dlm oren mmg TAK ADA duit rupiah dollar amarikano ataupun RM..nak tau mana aku jumpa?...dalam celah poket henbeg aku...cilakioo la...kluar peluh jantan jap...

DAGING BLACK PEPPER

Cara pembikinannya :

1) Rebus daging-makesure empuk yer...pastu potong la sesedap rasa anda...jgn kecik2 sgt..nanti koreh...

2) Lepas itu panaskan minyak..gorengkan daging yg dah dihiris td...tak yah lelama..dagingkan dah empuk..jangan ler garing sangat nanti koreh..

3) Tumis bawang merah + bawang putih + halia (sumer ni kasi tumbuk hancur) bersama daging td..

4) Tumisan dah cantik..tambah air kalau nak ianya berkuah..

5) Masukkan kicap pekat + sos tiram + serbuk lada hitam (sukatan ikut selera anda la)

6) Bila dah mesra alam sikit..tambah la garam & pak aji @ gula...

7) Masukkan hirisan bawang besar + daun bawang + cili merah sebagai hiasan penaik nafsu makan...


Nota kaki makcik : sekarang ni makcik rasa nak balik umah!!!

Monday, August 22, 2011

22 RAMADHAN 1432H

Buat apa tu....kat bumi melaka tat kala ni tgh hujan lebat..tido pun sodap!!hehe...kenapa ye bila time kat opis..sebut je tido mmg macam best giler..tapi bila masa duk kat umh..ujan lebat sampai banjir pun mata tak leh lelap..ada aje kejean nak buat...tak gitu...hehe..aku kalau kat umh agak jarang tido..nak ngantuk pun susah...kalau paksa tido pun dalam sejam dah jaga balik...
Aku hari ni masih lagi sihat sejahtera...2 hari lepas..hari sabtu..aku di landa gastrik atau cramp perut ni...pasalnya perut tgh kosong giler(hari jumaat hanya berbuka mee hoon sup pasar ramadhan)...terus tak makan apa2 lagi lepas tu..sahur pagi sabtu tu dah terlambat bangun..aku hanya telan segelas susu...apa lagi tak sampai sejam..acid perut + susu = gastrik!!
Kena pulak hari sabtu aku terpaksa meredah orang ramai di pasar ramadhan jalan TAR..mau tak sawan aku rasa...dah buka pose..perut masih sakit...nak tido malam tu masih sakit lagi..bangun sahur hari ahad pun ada lagi sakitnya...nak buat canner dah tau penyakitnya aku telan jugak susu tu..ini la hasilnya..tapi..walaupun sakit2 tu...aku tetap berpose...alhamdullillah...

Haa...apa ni??...White Crunchy Nut Flakes..giler babun nama mat saleh tu biskut raya aku...seperti biasa caranya agak mudah...budak 10 thn pun boleh buat kuey ni..hikhikhik...

Ni plak...Fairy Black Choc...babun tak namanya?hahahhaha...vangang!! rupanya mmg sama ngan kat atas tu...tapi kembo tak seiras!!
Ni apa plak?...lebihan hiasan yang boleh dmakan begitu saja...



White Crunchy Nut Flakes


1) Cornflakes ( di ramas2 gitu) + kacang tanah (digoreng dan di tumbuk separuh halus)
2) Cairkan white chocolate kemudian campur dengan bahan no 1 td..

3) Gaul sampai semua bahan no 1 td sebati ngan chocolate td..

4) Masukkan dalam cup..taburkan hiasan(hiasan tu ikut suka la nak rupa mcmana..apa2 pun boleh...)

5) Masukkan dalam peti ajaib(kalau kat umh aku) kalau kat umh korang peti ais ok!!

6) Bila dah chocolate tu keras..masukkan kuey td dalam balang...kemudian sembunyikan balang itu dari pandangan ramai..kalau didedahkan di atas kabinet..pasti hari raya nanti tinggal cup kosong aje...

Nota kaki makcik : belajar dari yang mudah dahulu...hikhikhik...

Friday, August 19, 2011

19 RAMADHAN 1432H

Salam petang Jumaat...hari ni hati makcik dah berkobar kobar nak balik ke kampung makcik yang permai itu..tahun ni balik nak naik apa yep...



Tahun lepas sempat makcik tumpang cikaro makcik ni...tahun ni dia tak pat balik kampung..kena bertugas katanya...kesian...tak pat makan nasi dagang...
Naik private jet(dapat tiket free)...masa melambai tu..makcik sempat ucap selamat hari raya pada kawan2 lain kat epot Batu Berendam....

Tahun ni nak naik plane lagi ke?..huh nanti sampai sana tak leh jalan2..

Takan nak sewa beca pakcik ni...bayangkan kalau naik beca ni sampai ke kampung aku...mau hilang salah satu anggota penting pengayuh beca ni kan...kesian dia...so reject..

Ataupun nak naik kapal...ekh tak leh..lambat sampai..nanti sampai kampung aku dah raya ke-3..apa ke giler! Penat jahit baju raya..Tiada pilihan yang berkenan dihati..kecuali yang ini...YES!!my oren..hehehe...


Nota kaki makcik : Jom ikut makcik balik kampung!!!

Wednesday, August 17, 2011

16 & 17 RAMADHAN 1432H

(cilok dari mr goggle)



Mood raya dah datang belom kengkawan??..sesiapa kat rumah dah start buat kuih raya tu..pastinya mood raya dah menerjah bertimpa timpa kan...hehe..nasib baik aku tak buat kuih raya..buat secara tunjuk aje..kalau buat sendiri..pasti hati ni mengelonjak dah nak raya dan tak sabo nak balik ke pangkal jalan...

Cerita pasal kuey raya ni..teringat zaman first time aku buat sendiri kuey raya hasil air tangan tembun aku ni...cerita nya begini..

Masa omo aku lebih kurang 24thn(buat pengetahuan semua..walaupun omo aku dah banyak masa tu tapi aku mmg tak pernah masak satu apa pun..waemah nasi sekalipun..kecuali air dan megi) masa tu aku masih bergelar student...balik kampung pun dah ujung2 puasa...aku maklumkan pada kakak aku..yang aku nak buat biskut almond coklat(my peberet la)..siap dengan resepi ditangan...aku pun mula la dengan 100% ikut cara2 yang disuruh...kakak aku hanya perati dari jauh dengan hati yang panas..kenapa hati dia panas? sebabnya..

1) aku tak reti guna mixer(kakak aku hanya tunjuk dr jauh aje)..tp last2nya ok la jugak..tapi tepung yg disukat secawan dah jadi 1/2 cawan..hehe tepung dah terbang!!

2) process mencairkan coklat menyebabkan periuk belanga tunggang langgang..

3) oleh sebab aku ni giler coklat maka aku masukkan coklat tak ikut sukatan dan coklat chip hampir sebungkus..aku ikut nafsu aje..(boleh agak kan hasilnya mcmana..) tapi sebenarnya..sukatan aku tu sumer terlebih terkurang..satu pun tak ikut resepi...
4) cara menguli aku macam uli tanah liat masa main "mak-mak"...tepung everywhere..

Last skali doh nya dah siap..kakak aku masih perati dari jauh..apa bentuk aku nak buat..so dia bg la jugak acuan2 dia..tp aku agak berlagak la...tak mo pakai..pasalnya acuannya kecik2..aku kalau boleh nak biskut aku tu sebesar chipsmore!!

Memang aku bentukkan sebijik macam chipsmore..kaler agak itam..hehehe...siap sedulang dibentuk so aku pun bako la....10 minit berlalu..baunya mmg best...boleh buat aku nak berbuka pose dengan kembo chipsmore ni!!...masa pembakaran dah pun cukup aku pun keluarkan la dulang kembo chipsmore tu...jeng jeng!!!

Korang mesti pernah tengok biskut oreo kan....hehe....sama kalernya...sebijik ngko..tp saiznya..mak aih kemain besor dari saiz asal dan meleper macam biskut mary...kenapa ekh!!!!!!hahahahha..dimanakah silapku diwaktu itu!!!

Bila dah sejuk sikit..aku pun nak rasa la kembo chipsmore yg dah jadi kembo oreo-mary ni(sah sah aku tak puasa hari tu kan!!)...mak datok...pait bona raso ekh!!!ni mau setawon aku sembelit!!dan yang paling aku tak leh terima biskut tu kalau baling kat didnding pun tak pecah!!kakak aku mula la berlagak...senaraikan apa kesalahan aku masa proses membuat tadi...hantu raya..td ko tak nak tunjuk(tp td aku gak yg kata jangan kacau aku)...coklat chip dan jadi sebesar duit 5sen...ko bygkan kalau dah byk duit 5sen...

Walaupun aku menemui kegagalan pada dulang pertama..aku tetap teruskan bako baki adunan tu sampai habis...hehehe...siap taruk dalam balang...

Waktu berbuka pose tiba...kakak aku pun nak rasa la biskut aku tu..mampus dia gelakkan aku...masa tu aku hanya doakan dia tercekik aje masa tu...tp mak aku steady...dia makan aje..tanpa komen..abih je sekeping..dia kata "terlebih coklat je ni...biar mak makan.."..aku tak tau tu stetment ikhlas ke tak..samada mak aku sayang kat aku atau sayang kat biskut tu takut aku buang sbb beli bahan guna duit dia!!


Nota kaki makcik : makcik nak nasihat pada diri makcik...kalau ko haram tak pandai..bodoh..bongok..bangang.. jangan sesekali ko berlagak MACAM BAGUS!!

Monday, August 15, 2011

15 RAMADHAN 1432H

Salam 15 Ramadhan...hari ni makcik ngantuk betul...kat ofis ni ekon macam kat atlantik..keje banyak tapi mata separuh je bukak..dah puas makcik buat akrobatik..mata tetap macam tu jugak..kat luar dengar ceritanya cocer panas giler..nanti petang la makcik redah panas tu..heheh..
Sahur pagi tadi first time makcik makan nasik...tp lauk lebihan berbuka..cuma tambah telur dadar aje..tp makcik makan nasik sikit aje..sebab makcik bersahur nasik pagi tadi??...hehe..sebab buka semalam makcik makan naik setengah senduk je..makcik makan murtabak daging..so tali perut dah penuh...
Lauk semalam...UDANG MASAK LEMAK..ni pun masakan cincai...sume main lebur aje...makcik rasa jarang ada org masak lemak cara makcik ni..hehe..meh kita share..tapi jangan gelak kat aku tau..

1) Kunyit idup+lengkuas+cili api merah+serai+bawang merah(sume ni ditumbuk halus)
2) Masukkan bahan tumbuk dalam santan + 2-3 sudu EVOO (api kecik je)
3) Masukkan ubi kentang+garam+pak aji....kacau sehingga mendidih..pastikan ubi empuk..
4) Lepas santan tadi mendidih..masukkan udang...rasa dan pastikan udang jangan masak lecur sangat..then tutup api..siap...hehehe...ni masakan 15-20 je..

Makcik terpaksa buat lauk segera ni smlm sebab makcik dah tertido petang..makcik terlelap sambil tengok tv lebih kurang 3pm..dah terjaga tgk jam dah 6.45pm..dengan asar pun belum..selepas solat dengar org bagi salam..rupanya ada insan "kamil" datang bagi murtabak kat makcik..nak balas tapewer katanya..terima kasih..tau2 je makcik terlambat masak..dalam masa 20 min makcik hanya berjaya masak lauk diatas ngan nasik aje..huhuhu...sedey...nasib baik makcik mmg ada stok sambal kering..boleh ler lawan ngan udang tu..

Nota kaki makcik : bila dah ngadap entry..tetiba mata tak kuyu lagi..

Sunday, August 14, 2011

14 RAMADHAN 1432H

Salam hari minggu yang dah tengahari..hehe...hari ni kita bercuti cakap bab2 lauk pauk makcik yang tak seberapa..hari ni makcik nak buat citer bab2 info sihat pulak...hari ni makcik nak ngomel pasal kelebihan Minyak Zaitun..makcik mula2 mengetahui kelebihan menggunakan minyak zaitun sejak 2 tahun lepas..seorang kawan bagi hadiah sebagai buah tangan dari obesi utk makcik..mula2 makcik tak tau macamana nak guna..so terperap la hampir 3-4 bulan..suatu hari makcik google la kat internet apa kelebihan olive oil ni..ternyata byk cara boleh digunakan..
Minyak Zaitun ni ada 3 jenis :
1. Extra Virgin Olive Oil (EVOO)
Merupakan myk zaitun paling murni dgn kadar keasidan 0.5-1%.Warnanya kehijau-hijauan dan sesuai untuk dijadikan sos salah atau ditelan begitu sahaja(nanti makcik citer mcmana cara makcik menelan nya)
2. Virgin Olive Oil
Kandungan asidnya sekitar 4%. Ia berwarna hijau kekuningan dan biasa digunakan sbg campuran masakan atau hidangan tumisan.
3. Olive Oil
Minyak zaitun jenis ni mengandungi tahap keasidan melebihi 4%. Berwarna kekuning-kuningan dan biasanya digunakan sebagai penganti minyak utk menggoreng dalam masakan Italy.
Masa makcik dapat hadiah dr kawan tu..yang jenis EV Olive Oil tu..sebabkan botolnya kecik je..so makcik guna untuk telan begitu sahaja..
Caranya membuat dia lebih berselera utk di telan :
1) Ambil 2 sudu makan EVOO campurkan dengan 1-2 sudu madu...telannya diwaktu pagi dan sebelum tido..

Kelebihannya?
Pakar sains mengatakan bahawa myk zaitun merupakan sejenis antioksida yang diperlukan untuk memerangi LDL kolesterol (kolesterol jahat) yg menyumbat arteri jantung, penyebab utama serangan jantung.
Pakar kecantikkan juga mengatakan myk zaitun ni amat berguna utk kecantikkan. Vitamin E yang terkandung dalamnya dikatakan dapat meremajakan kulit,menjaga kelembapan dan kekenyalan kulit.

1) "makan minyak zaitu dan urutlah dengannya keseluruh badan kerana ia adalah dari pohon yang suci", diriwayatkan oleh hazrat Sayyed Al-Ansari
2) "Ada minyak zaitun,makanlah,urut seluruh badan kerana ia berkesan untuk buasir", diriwayatkan oleh hazrat Al-Qama bin Amir.

Dan banyak lagi kelebihan nya...boleh google la..
Dulu aku guna habis je sebotol terus stop..nak beli kat tesco harganya agak mahal..asyik tertangguh aje...
So tahun ni..makcikkan dah ada azam pose yang baru...nak berpose dan berbuka dengan cara yang sihat..cikaro makcik yg lain pulak bg EVOO kat makcik..sebotol besar..so sempat la guna sepanjang bulan pose ni...thank you cikaro..nanti habis,cikaro beli lagi yep...kalau lambat balik mesia..cikaro guna "pos laju it"!!!!!!!
Kali ni berbagai cara makcik boleh guna :
1. Ambil secawan EVOO masukkan dalam periuk..masukkan perahan lemon..makcik perah dan letak 2 hirisan lemon dalam tu...then didihkan..bila dah mendidih..masukkan dalam bekas/tapewer kedap udara utk disimpan..caramakannya:
a) ambil 1 sudu setiap pagi dan malam..
b) masukkan dalam mangkuk hayun dan cicah/sapu ngan roti..
c) campur dalam salad(dia ada rasa masam2 gitu..best!)
d) cicah ngan pancake!
contoh rendaman seperti gambar dibawah...
2. Gunakan 2 sudu makan EVOO dalam masakan berminyak, bersantan, berlemak/kolesterol tinggi cthnya kambing,lembu,kerbau,udang etc..,semua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dlm badan, juga boleh menghilangkan perut buncit, lemak2 dan masalah berat badan..

3. Campurkan 3 sudu teh EVOO dengan 1 sudu teh myk habbatus sauda pada muka, biarkan selama 3 jam kemudian cuci..boleh menghilangkan parut bekas jerawat dimuka..

4. Campurkan 6 sudu teh EVOO ngan 2 sudu teh myk habbatus sauda anggota badan yang berparut selama 2 jam kemudian cuci..insyaAlah parut akan pudar dan lama2 ilang!

Banyakkan kelebihan nya...ada banyak lagi tapi itu aje yang makcik amalkan setakat ini...korang cuba la..paling berguna utk yg ada penyakit jantung dan bakal pesakit jantung!..


Nota kaki makcik : selama makcik mengamalkan sahur dengan roti cicah EVOO lemon ni..berat badan makcik sudah turun sebanyak 3 kg..alhamdullillah...

Saturday, August 13, 2011

13 RAMADHAN 1432H

Salam...menu atas menu ulangan..AYAM BERLADA..oleh sebab lauk tu kegemaran makcik..so kena masak 2-3 kali...pernah dalam sejarah hari2 makcik masak selama seminggu..lepas tu tak masak lagi lauk tu selama berbulan2..hehhe...
Ni sayur Goreng Kobis Campak2...caranya amat mudah..penyediaan hanya memerlukan masa lebih kurang 5 minit sahaja...
1) Panaskan 3-4 sudu Extra Virgin Olive Oil (boleh guna minyak masak biasa)
2) Tumis kan 2 ulas bawang putih..kasi hentam sikit..(tgk kuantiti kobis..kalau banyak lebihkan bawang putih) - bawang putih tu biar jadi kekuningan..jangan sampai bertukar kaler itam ok..nanti rasa lain..
3) Masukkan udang..balik2 kan..biar dia separa merah-jangan terlalu masak..
4) Masukkan kobis..cili padi/cili merah(kalau nak pedas la)..pastu masukkan kicap masin...gaulkan bagi mesra alam..jangan lama2...nanti kobis lecur pulak..sedang2 gitu...
5) Tutup api ler..angkat...makan ngan nasik...

Lorat kan makcik ni..masak bodo2 pun nak gempak2 lam blog..hehe...saje je..menu2 makcik ni khas utk:
1) org2 bujang yang begitu malas nak masak gempak2..sekadar nak tambah lauk dengan menu dr bazar ramadhan..
2) para isteri yang kekurangan masa nak masak gempak2 sbb balik kerja dah lambat..pastu anak ramai yang tak boleh kontrol dan mungkin yang baru nak belajar masak..
3) para suami yang ditinggalkan isteri sebab mungkin balik kampung awal..dalam pantang..isteri balik keje lambat...isteri makan ngan rakan sekerja kat hotel..isteri boikot masak..
4) orang2 spesis makcik, yang tak makan lauk banyak2..1 lauk pun sudah cukup..hehehe..dan bercampur gak kes2 TAK BERAPA NAK RAJIN NAK MASAK BANYAK2....

Nota kaki makcik : kat opis makcik dah start orang pasang lagu raya..makcik TENSEN!!!!

Friday, August 12, 2011

11&12 RAMADHAN 1432H

Salam!!..hehe..semalam entry tercuti pulak...makcik emergency leave update..boleh gitu pulak..dah 12 hari kita berpuasa yep..kejap aje kan..semalam makcik ada buat lawatan ke klinik sekejap..macam2 jenis orang ada..so macam jenis penyakit yang ada..makcik??makcik sakit biasa2 je..sakit salah makan..so ceri berry la..kita skip citer makcik..tak penting..
Sepanjang makcik menunggu giliran makcik dipanggil(lepas register terus makcik lepak kat tempat menunggu giliran)..sempat jugak makcik bergossip sorang diri dalam hati melihat gelagat orang yg sakit yg sedang menunggu lebih awal dr makcik kat ruangan yg sama..
1) Orang pertama makcik scan : seorang lelaki..cina..muka boleh tahan..gayanya mmg gagah perkasa(maklum la tak puasa kan)..berkasut kulit..berpakaian kemas..berkaca mata..gaya macam executive je..dalam hati makcik berkata2..mcm ni bergaya pun ada sakit..apa sakit nya yep..habis aje ayat tu dalam hati makcik..tetiba pekerja klinik panggil nama lelaki ni dari kaunter ubat...cheh..dia bukan sakit..dia supplier barang kat klinik ni..patut la muka segar je!
2) Orang kedua makcik scan : seorang lelaki juga..melayu..4++series..demam agaknya..muka merah aje..batuk sekali sekala..tp bunyi batuk tu tak kritikal sangat..bunyi mcm batuk org kaya2 aje..berpakaian sempoi...bukan gaya datang dr tempat keje..dan plan utama dia datang mesti nak mintak MC(Mintak Cuti)...
3) Orang ketiga makcik scan : seorang wanita..awal 4series..baru kluar dari bilik doktor tp kena tunggu lagi pasal nak masuk kali kedua..mukanya agak ketat..sesekali duk tengok henpun dia..muka agak pucat..sesekali dia menarik hingus nak keluar..dan makcik tengok dia macam baru lepas menangis aje..dan ketika makcik duk scan dia pun..dia tgh menangis dalam hati..korang tau tak canner menangis dalam hati?mata dia bertakung air mata tp tak menitis..tp kandungan hingus dalam hidung sama mcm menangis biasa..itu la dia menangis dalam hati namanya...tetiba datang ibunya..ibunya bertanya..macamana?..wanita ni jawap..kena inject hpv cost dalam rm200..mata dia still berkaca2...sah penyakit dia ada kaitan denagn cancer servik...nak buat mcmana kan..rezeki masing2..makcik pun seram dengar mende2 gitu..
4) Orang keempat makcik scan : seorang lelaki..80+++++...tercungap2 di sofa...seskali mulut dia ternganga2..makcik rasa nak bg tau doktor..tolong la dulu kan pakcik ni..dah macam nyawa2 ikan dah..taruk la tabung oksigen tu cepat kat idong dia..kang gol pulak depan aku ni kang!!
5) Orang ke-5 dan terakhir makcik scan : pekerja klinik tu..seorang wanita awal 3 series..hitam manis kurus kering..bermata kero(dah nasib dia..bukan makcik mengata ok..)..masam ketat mukanya..kalau senyum sikit mungkin cun 20% kut...walhal pesakit tak ramai pun..semua barang2 dikaunter ubat dia ala2 hempas..stapler..kad pesakit..pen..makcik andaikan memang cara keje nya kena hempas2 kut..lalu datang seorang wanita ni nak ambik ubat..wanita tu terangkan kat dia nama ubat dan bila date dia datang ambik last skali..haram perempuan ni tak pandang patient tu..dia tunduk je dengan muka ketat..lepas tu cakap..tunggu jap..sambil bangun masuk kebilik doktor...disudut hati makcik masa tu terkeluar perkataan..HARAM JADAH..
Banyak jugak agaknya dosa2 makcik dapat kat klinik semalam..nak buat canner kan..hati ni suka beno berkata2...citer2 jugak..masak apa semalam makcik??...ASAM PEDAS DAGING..katanya ceri berry..makan mende pedas tak ke melingkop perut ko...tak pe..obat ada...bedal je la..


Caranya :


1) Rebus daging kasi empuk..


2) Tumis bawang merah+halia+lengkuas+kunyit idup+serai +cili kering+cili api(sume tu kasi blend yer)...taruk sesudu lada itam tumbuk(makcik pakai yg dah kisar tu)..


3) Masukkan 1 cawan air asam jawa...dan tuangkan rebusan daging and daging2 skali..renehkan sekejap..


4) Masukkan brendi..ekh bendi..dan daun kesum..garam + aji...


5) Dah ok..boleh hidang dengan nasik panas2..jangan lupa rebus telur masin!! dan jugak kacang botor sebagai ulamannya!!!




Nota kaki makcik : raya tahun ni makcik akan pakai sepasang baju kebaya yg dijahit pada 10 tahun lepas..baju tu makcik tak pernah pakai sekali pun atas sebab2 yang makcik tak boleh elak langsung..hanya terperap simpan di dalam almari sebagai hiasan...hehe..APA MAKNA TUH??!!!

Wednesday, August 10, 2011

10 RAMADHAN 1432H

Makin hari makin malas pulak nak masak..hehe..ayat2 sengal tu..tapi wajib jugak kena makan kan..tapi bila dah berbuka sorang2 ni..simple2 pun ok..tak de orang komplen..sedap ke..tak sedap ke..kena masuk mulut jugak..bro mamai cakap 30 hari pose 30 menu ada..ko tengok la nanti lepas sploh hari pose ada la repeat menu..hehe..
Balik keje semalam makcik dapat semangkuk bubur lambuk..igtkan nak buka dengan tu je..tp rasa macam makcik ni tahap pemalas nak mampos pulak kan...so makcik goreng la sekuali mee goreng..ok la tu dr tak de...

Nak cara2 nya?.. Mee Goreng Makcik Sengal tajuknya :

1) Tumis bawang putih(yg dihentak separuh hancur-suka hati nak hentak ngan apa). Masukkan bawang merah kisar + cili bohsia...ekh boh..bukan teh boh yer..tumis sampai wangi baunya(tahap wangi bergantung pada individu-ada org bila dah hangit tu wangi lagi bg dia..lantak la)..makcik tumiskan sekali cilipadi tumbuk dlm 10 bijik..

2)Masukkan secawan air(tgk keadaan byk mana mee nak goreng tu dan jugak kadar kebasahan mee yg diinginkan)...bila dah mendidih..masukkan sotong/udang/ayam/daging-makcik smlm masuk sotong je..masukkan kicap pekat(sukahati nak taruk banyak mana) + sedikit sos tiram + sedikit cuka + 2 sudu EV Olive oil(tak letak pun tak pe). Bila dah mendidih kali ke-2 masukkan sebijik telur ayam...gaul perlahan2 sampai la telur tersebut masak(smlm aku terlupa taruk telur sebab sebok duk main sms). Jangan lupa taruk garam n Pak aji selepas telur masak..

3) Bila dah animal2 yg diletakkan td agak2 dah masak cun..masukkan mee kuning yg dah siap di cuci(jgn korang tak cuci plak-pedau rasanya)..gaul sebatikan dia..biar mesra2 alam gitu...

4) Masukkan sayur2an - sawi ataupun lain2 sayur yg korang suker la..ada orang masukkan terus tomato..tp aku lebih suka makan tomato mentah..

5) Gaul rata(makcik kebiasaannya bila dah masuk sayur tak biar lama2..makcik tak minat sayur yg terlalu masak)..kalau tak pose..time ni korang rasa tahap masinnya..kalau dah ok..angkat la..taruk lam mangkuk hayun..hiaskan dengan daun bawang..timun ke..cili merah/cili api..limau buat penambah semangat...sekian..hidangan ini boleh siap dalam masa 15-20min(tgk pada kuantiti dan tahap ketangkasan dan kelembapan tukang masak itu)

Bila makan dengan kadar sederhana ni perut makcik agak tenang suasananya...harus diamalkan selalu...
Semalam makcik off pegi tarawih..ada orang datang nak betulkan lighting(mcm konsert siol) kat umah makcik..bayangkan selama ni makcik biarkan aje lampu2 tu mampos tanpa maintenance..semalam aje..5-6 butir lampu kena tukar..makcik boleh buat sendiri..tapi bab nak panjat tangga tu yg tak berapa minat...boleh beralih tali pusat makcik sebabkan gayat..hehe..so kena call helper la..terima kasih brader Sheh..i lap u..(nasib baik brader Sheh tolong perabiskan mee goreng sekuali tu)..gaya brader sheh mkn macam tak bukak pose lagi walaupun dah kol 9 mlm(nasib baik brader sheh tak tau blog makcik).

Pagi td makcik sahur hanya dengan segelas susu rendah lemak + bun kentang jenama Giant 2 ketul..itu sudah mencukupi...

So hari ni dah masuk hari ke-10..mudah mudahan segalanya perfect!!

Nota kakimakcik : makcik masak ringkas2 pasal tak mo ambik masa yg lama kat dapur..makcik nak bersantai bersama Tot dibalkoni..Tot suka dengar nyanyian makcik(silap haribulan boleh buat ribut petir) bersama alunan tali gitar kapok makcik(makcik tau Tot suka dengar..bila makcik start nyanyi je..Tot terus TIDO...)

Tuesday, August 9, 2011

9 RAMADHAN 1432H

Salam hari Selasa..hari ni makcik ngantuk sungguh kat meja ni..rasanya nak buat2 pengsan pun ada..pastu kawan2 mesti angkat(kalau larat la) bawak gi sick bay kat klinik..pastu makcik pun boleh la tido dengan aman..ekh tak leh..hari ni visit doctor ada..nanti dia cocok montot makcik kang...naye..heheh...
Kawan2 sihat semua?alhamdullillah...apa kat bawah tu yep..

Sambal Ayam Berlada untuk buka pose semalam..tu main campak2 aje..resepinya pun mmg ringkas sangat..budak 15 thn pun pandai buat(kalau ada yg omo 35 thn tak tau..sila la tgk cara2 kat bawah ok..ampun..)

Cara2nya..

1) Cuci bersih ayam..dan toskan..

2) Tumiskan bawang putih+bawang merah+halia+cili boh(semua kisar halus)..dah naik minyak sikit..masukkan ayam..campurkan 2 sudu besar EV Olive Oil(tak masuk pun tak pe)

3)Masukkan air asam jawa kalau pekat sangat..masuk air biar paras2 ayam yg ada...

4) Masukkan sedikit kicap pekat(tak mo taruk pun tak pe)

5) Biarkan dia mendidih (masuk garam n pak Aji) dan kuah menjadi pekat sikit..

6) Dah rupa pun ok..rasa pun ok..tutup ler api..kang terbako lak sambal ayam tu...


Kang senang je tu..tak sampai 30min dah siap..kat bawah ni mende plak..

Ala ni bendi goreng je..goreng ngan bawang putih n telor je..ni budak omo 12 thn pun buat hehehe...tak yah taruk la caranya..segan pasal main campak je...

Makcik kena kan pulak ngan jus apple pekat..semalam baru insaf nak minum Jus n makan sayur..pasal perjalanan BO tak berapa baik..hehehe...

Time2 puasa ni teringat aku zaman kekanak..omo aku time tu dalam 8-9 thn...pertengahan bulan puasa kakak aku tak puasa(time tu..kakak aku omo 18-19thn gitu la)..bila aku ngadu ngan mak aku..bahwa aku nampak kakak aku makan megi kul 11pg..dia jawab "biar la dia"..aku sangat tak puas ati dengan jawapan selamba mak aku tu..bila time aku tak nak pose..kemain mak n kakak aku ugut aku..tak leh raya la..tak de baju raya la..tak leh duit raya la..bila time kakak aku-biar la-je jawapan dia..


Nota kaki makcik : Bila dah tua2 ni..makcik tersenyum sorang2..masa kakak aku tak pose..pasti ada adik2 dia yg 4 orang lagi ikut tak pose tanpa reason dan tanpa pengetahuan mak aku..kami berbuka hanya dengan megi dan berbuka pada waktu sebenar ibarat tak makan sploh hari gayanya..

Monday, August 8, 2011

8 RAMADHAN 1432H

Salam semua...hari ni makcik bangun sahur agak awal..4.30 dah celik bijik mata..cuba lelapkan balik tapi dah tak leh..mungkin nak cover kes lambat semalam..hehe...bangun awal pun bukannya aku masak pun utk sahur...just bako roti..igtkan nak buat roti john..tapi cancel..pasalnya tak nak kenyang2 sangat dipagi hari ni...nanti tak habis menbazir aje..aku bako roti gardenia 3 keping..taruk ler peanut butter dan segelas susu rendah lemak..dan beberapa gelas air suam..
Ok kita cerita kes semalam jap..smlm aku tahap malas nak masak..hehe..sbb otak aku kan dah set nak gi Bazar Ramadhan awal2 lagi...target utama ada lah NASI AMBENG!...nak buat sendiri boleh..tp lauknya agak banyak..kalau ramai kat rumah tu pasti aku buat sendiri...kali ni aku ke pasar ramadhan berjalan kaki aje lebih kurang 15++min(jalan ala itik)..saje je jalan kaki dapat la kuarkan peluh..penat??tak de lah...jangan terlalu manjakan diri kita...bayangkan org yg tak de kenderaan tu..berjalan kaki kemana sahaja..tunggu bas yg tak datang2..itu lagi penat..aku pernah rasa semua tu dulu..apasalah nya bila kita dah ada kenderaan ni sekali sekala back to basic ye dok?
Sesampai je ke tapak lokasi tujuan...orang punya la ramai...seperti biasa aku jalan ala2 tarian poco2 la..akhirnya selamat jugak aku sampai ke gerai yang diidamkan..tetiba disebelah kanan aku datang segerombolan orang yg pakai baju warna merah..pastu ada cameraman 2-3 org bagai..ekh2 apa ni(kata makcik)hehe..ingatkan nak ambik gambo makcik..skali makcik nampak ghuper bekas sugar daddy makcik(ssyyy-rahsia ni)..Datuk Wira Ali Rustam tgh duk bagi baju kat peniaga2 pasar ramadhan..sampai kat gerai nasi ambeng..dia pandang makcik sambil tersinyum sinyum..makcik sinyum gak la..takan makcik nak peluk dia kut...hahahha...lagi pun dia dah tua..nanti dapat hat etek kang...makcik gak disalahkan...

Ini la rupa Nasi Ambeng ku..ternyata air tangan pakcik & makcik tu best..org2 veteran masak mmg best kut...quantity nya agak banyak sampai tak leh nak bungkus..harga RM5 sebungkus..ok la..makcik berjaya jugak habiskan sebungkus tu..alhamdullillah..



Ni Cucur Udang Alor Gajah namanya..mulanya tak mo la beli..takut membazir tak makan..tp anak tekak ni menggelitik pulak...lagi pun dah lama tak makan..cucur udang alor gajah ni mmg glemer sekitar melaka ni..kedai utamanya pasti la kat alor gajah..nak pegi makan kat sana selalu tak leh..jauh la jugak..lagi pun kalau dah petang2 tu dah abes...aku makan ni lepas balik tarawih..maklum la pegi balik jalan kaki...balik umh mula nak kunyah sesuatu..nasib baik ada beli cucur udang..hehehe...


Nota kaki makcik : makcik teringat dulu2 makcik ada sorang kawan yg kurus kering melayang..tiap kali buka pose..makan 2 pinggan nasik..kuih muih 3-4 jenis..air manis 2-3 gelas..sahur mesti wajib makan nasi..biasanya siap bertambah lagi..tapi dia tetap kurus kering macam olive bini popeye..(tetiba makcik teringat kat ppuan ni..sebenarnya makcik jeles yang amat kat dia dalam bab2 makan-bagaimana rupanya sekarang agaknya..)

Sunday, August 7, 2011

7 RAMADHAN 1432H

Selamat berhujung minggu yer kengkawan..so hari ni pasti ada yang sedang sibuk2 duk bersih2 umah..duk kemas2 pasu..duk cat2 dinding..duk buat tempahan kuey raya..huh macam2 kerjaan lagi la..tp jangan minum air celah peti sejuk yep...makcik??makcik tgh buat keje kat opis ni...sedey kan..tapi tak pe la nak buat canner..
So puasa hari ni Alhamdullillah..sihat tubuh badan..so tak de alasan nak buat muka letih2 muka biru2 yer makcik..hehehhh...pagi tadi di Melaka hujan agak lebat..so cocer cool aje...kat dalam opis lagi cool sebab ada 2-3 orang aje..
Semalam makcik ke Bazar Ramadhan Peringgit Melaka..orang tok sah citer...kemain ramai orang..tangan kena buat gaya poco2 baru boleh jalan..kalau tak asyik kena langgar aje...yang langgar aku tu plak kebanyakan pompuan2 kurus..kecik lagi dari saiz aku..kuang asam tol..nasib baik tahap kesabaran makcik semalam berada dilevel 2..kalau kat level 8 mau makcik terajang betis dia(rindu nak buat camtu)...
Semalam juadah berbuka makcik simple lagi...ROTI BOM + KACANG PHOOL...


Resepi Kacang Phool ni makcik ambik dari blog DTS..sebijik makcik tiru hehe..rasanya sangat khaw...tp bezanya daging cincang tu makcik lebihkan tp baked bean kurang..bukan apa..kalau baked bean byk sangat nanti daging makcik tu tak spesel pulak hehe...dalam resepi DTS..kena taruk minyak sapi..tapi makcik gantikan kan dengan 3 sudu EV olive oil la..mmg walla... Di Bazar Ramadhan..makcik beli Roti Boom utk makcik makan dengan kacang phool makcik ni..
Kononnya makcik tak nak makan nasi...bukan sebab takut gemok ke apa..tapi sebab jemu dah hari2 makan nasik...kita tukar selera la pulak...2 keping roti boom pun dah penuh tali perut aku...
Kurma + Roti Boom + Kacang Phool + Telur Mata + Jagung Bakar (XL) + Air Limau Ais + Air Masak....
Mau tak santak tali perut aku...



Sahur pagi tadi..makcik hanya minum segelas susu bersama 2 gelas air masak..kacang phool semalam masih ada..tp makcik tak makan pulak..sebenarnya makcik terlambat bangun pagi tadi..lagi 10 minit nak azan subuh heheheh.....


Ni makcik tetiba sambung plak entry ni..tetiba rasa rindu nak nyanyi lagu..hehe..jam menunjukkan kol 3.11 ptg...mata dah penat ngadap pc...jom layan lagu ngan makcik..lama tak layan tali kapok...rehat jap ok..


Menatap indahnya senyuman diwajahmu..

Membuatku terdiam dan terpaku

mengerti akan hadirnya cinta terindah

Saat kau peluk mesra tubuhku


Banyak kata

Yang tak Mampu kuungkapkan

kepada dirimu


Aku ingin engkau selalu

Hadir dan temani aku

disetiap langkah

yang menyakiniku

Kau tercipta untukku

sepanjang hidupku


Tercipta Untukku - Ungu... i love this song!

Nota kaki makcik : apa kes makcik bangun lambat sahur pagi td...sebabnya semalam makcik duk layan citer Smallville season 10 sampai kul 2pagi..(kalau buat qiamulai pun byk pahla kan..)

Saturday, August 6, 2011

6 RAMADHAN 1432H

Tetiba kerja boss bagi kat makcik bertambah2 pulak..kasar gurauan boss ni..boss nak kena ciom ngan makcik ni..ish bulan pose makcik..tak baik kacau boss!!..sorry boss..makcik ni kadang tu mulut je bunyik tapi perbuatan tak buat pun jangan ler boss risau yep..boss tetap suci selagi berapa disisi makcik..ahaks!!
Oleh kerana banyak benda nak submit by next week..hari ni makcik bekerja keras..mungkin esok juga..tgk jam dah kol 4pm dah...rest sekejap..buat apa lagi..tulis blog ni ler..masuk ler menu semalam yg tak seberapa tu..
Pagi semalam kerja makcik mengadap pc aje..sebelah petang makcik buat kerja "haram" jap..huis..jgn buruk sangka kat makcik..ada la keje personal makcik kena settlekan sebelum balik..terasa kol 5 tu sekejap sangat...kerana leka "berbincang" dengan rakan sekerja dgn topik yang sungguh menarik.. makcik terlupa nak survey apa nak makcik masak utk berbuka..dalam perjalanan balik..makcik terasa jemu dah nak makan nasik...tp rasanya kena makan nasik jugak pasalnya..perut dah berdenyut tahap gaban...hari2 duk makan nasik..nanti pipi jadi apam gebu pulak..tak pe hari je..esok makcik tak mo makan nasik dah(@hari ni la-heheh)..
Sampai rumah bukak peti ajaib..menu yang terlintas hanya la...KARI AYAM+BELEN TERUNG PIPIT ...

Menu ni agak ringkas...nak share ke resepi ringkas aku ni?...ok la aku tepek sikit..resepi aku ni banyak yg kurang hehe..nama pun ringkaskan..
Caranya :

1) Tumis bawang putih+merah+cili boh+ 2 biji kuah keras(kisar kasi lumat sumenya)+halia+rempah kari daging+ 2-3 helai daun kari+ 2 sudu besar EV olive oil(ni option sahaja)..tumis sampai naik minyak dan bau wangi(bukan hangit ok)..aku tak de masuk rempah2 lain pasalnya rempah kari yang aku guna dah complete dan amat khaw..

2) Masukkan air asam jawa(jgn banyak sangat nanti terlebih masam pulak)..masukkan ayam..biarkan seketika..biar dia kecut..kacau sekali skala..jangan malas..pastu masukkan kentang..masukkan air(jangan byk sgt..agak2 la)..biarkan ayam dan kentang empuk macam korang..pastu masukkan terung kepipit..hehe

3) Masukkan santan pekat..aku masukkan sikit aje..buat cukup syarat aje..masuk garam and Mr Aji..biar kan kejap..then siap..


Hidangan ni boleh siap lebih kurang dalam 30 min aje...so boleh la masak mende lain pulak kalau nak tambah lauk pauk nya..senangkan..aku pluskan kari aku ni dengan ikan kembung goreng lembab dan sebelah telur masin..sungguh terharu masa makan tu huhuhu..pasalnya..best!!


Sahur pagi td aku hanya makan roti bersama kari ayam ni..kalau korang ada mengikuti kisah ramadhan aku selama ni..perasan tak aku tak pernah makan nasi time sahur...hehe..so ni adalah salah 1 azam puasa tahun ini..karbo dari nasi aku hanya gantikan dengan roti aje..aku pluskan dengan 2 gelas barli panas..gigih aku rebus biji barli semalam..



Nota kaki makcik : semoga usaha gigih makcik ni nak turunkan berat sebanyak 4 kilo semasa bulan ramadhan kali ini berjaya...InsyaAllah..disebabkan makcik tak leh pegi jogging di hutan lagi selama sebulan..senaman utama diwaktu bulan Ramadhan adalah berjalan kaki ke surau utk berterawih sudah memadai..

Friday, August 5, 2011

5 RAMADHAN 1432H

Salam..sihat semua?...alhamdullillah..boleh cukupkan hari ke-5 ni?..insyaAllah..
Pagi2 aku sampai ke ofis...dah ada org offer tgk katalog kuih raya...macam2 rupa..macam2 bentuk kuih yang ada..kalau ikutkan nafsu setan mau diborong semuanya..apakan daya kan harganya kemain mahal..tiap2 tahun asyik meningkat aje..so cancel la..tapi makcik tak sangat teruja tengok kuih2 raya ni..bila orang bagi je katalog/sample..terus je mengucap n istigfar dalam hati...insyaAllah..nafsu membeli akan terbendung(huh macam setazah bunyik kan..makcik kalau bukan pose lain macam sikit..cuba bulan tak pose..tanduk ada 3..)
Sebonar ekh..Makcik dah order dah kuih raya utk tahun ni..mesti la kat pengedar yg sama tiap2 thn..bukan apa..yg dah serasi dengan tekak...so kalau ada lagi lepas org offer kat makcik ni paham2 je la yep..makcik cuci mata aje..jangan la kecik ati kalau makcik tak order...beli banyak2 bukan abis pun..bawak balik kampung tp..raya haji ada balance lagi...so jawapan makcik lepas ni kepada si pemberi katalog..sori la yep,start tahun ni makcik tak hidang biskut raya byk2 lagi dah kat meja..makcik taruk kek cekelat 2 kilo atas meja..buatan air tangan makcik yg tembun ni..semekut raya byk2 ni pesen lama la..(ok tak jawapan tu?..ke dosa?) mau lepas tu aku di banned n labelled penyapu buruk...whatever...
Semalam aku balik keje dengan tak de plan nak masak apa..dan jiwa raga aku pun tak de teringin nak makan apa2 yg berlainan...bukak je peti ajaib,baru pikir nak masak apa..lagi pun semalam perut makcik tak berapa ngam macam ada bom nak meletup..so makan yg simple as gula kapas je la...hehe..giler..
Tgk apa stok yg paling ringkas yang ada...yer itu la dia...Sambal Ikan Bilis plus Terung Pipit..kalau kat White House menu ni namanya...Sparrow Brinjal with Anchovy Samble...kelasss makcik..westeng gitu...Barack Obama suka makan ni..dia kata dia makan ngan bubur kosong je..


Cara membuatnya :

1 ) Goreng ikan bilis tu garing2..makcik suka guna ikan bilis yg besar2 @ sederhana besar..jangan lupa goreng jugak terung kepipit tu..makcik suka taruk terung pipit ni banyak2..bila time makan nanti dia letup2 dalam molot..besh!..


2) Tumiskan bawang putih+bawang merah+cili boh(cia hehe)...sehingga garing dan naik minyak..bukan sampai hangit ok..rajin2 la godak...


3) Pastu masukkan cuka sesudu(ikut suka hati nak banyak mana)..jangan sebotol..nanti gastrik kawan..masuk garam...masuk gula..kacau la rata2...


4) Bila dah naik minyak dan garing..bau pun boleh bikin perut bergulung...masukkan ikan bilis dan terung pipit yang telah digoreng tadi....gaulkan biar mesra alam antara sambal terung pipit dan ikan bilis tadi..


5) Hidang la dengan nasi panas2...semalam makcik plus kan dengan telur dadar cili padi..begitu khaw skali...


Makcik kalau bab berbuka puasa memang tak banyak lauk pun makan..1 lauk pun sudah memadai bersama 2-3 butir kurma..air pun biasanya air masak sahaja..makcik tak minat air2 manis..tapi kalau dah ada org hidang tu makcik bedal aje..tp kena bilas dgn air kosong jugak..kalau ada org datang nak berbuka puasa dgn makcik kat rumah mau benak jugak pikir nak masak apa..hehe..


Sahur pagi tadi pun simple as gula kapas..hehe...makcik makan roti gardenia 2-3 keping cicah EV olive oil with lemon(menu White Haus gak nih!) bersama dengan segelas milo dan 3 gelas air suam..macam tong air dah perut makcik ni..telongkop makcik..


Nota kaki makcik : Dah 4 hari Ramadhan berlalu dan makcik berjaya TIDAK mengunjungi bazar Ramadhan hehehe...tp hari Sabtu ni makcik plan nak gi Bazar Ramadhan Besar Punya!!Mampos aku kali ni..ranap!!