Showing posts with label tanaman ku. Show all posts
Showing posts with label tanaman ku. Show all posts

Saturday, May 11, 2013

SENDIRI PUNYA - PUDINA

Salam..pagi td dah post opening utk hari ni kan..sebelum buat opening tu dah telan sebijik pil selsema..lepas tu terus tido..opening tak sempat nak citer panjang..ok kita tinggalkan cerita 4 jam yang lepas..
Sebenarnya td tak la mengantuk sangat pun..memang aku mintak ngan Doc Nazim yg spesel punya ubat supaya aku tak la tido 24jam..hehehhh..cuma aku rasa aku perlu rest..baring2 pemalas gitu..on tv..cucuk hd..layan RM..gelak2..then terlelap..hihi..pastu RM tgk aku pulok...osem!!
Tersedar aje td bila jiran tetangga yg memang dah lama nak kena penampar ngan aku duk main hon kete..bini ko tu pekak badak ok..tak yah la ko duk test2 hon..ish..maroh beno bunyi kan..hihih..tak la maroh sangat pownnn...nasib baik jugak aku terjaga..boleh la aku update belog aku yg hangat2 taik kuba ni..hah?tak tahu kuba tu apa?..kuba adalah sejenis serangga yang boleh memberikan aroma lavender..serangga ni la yang terkandung dalam Shieldtox tin warna pepel tu..huhu..terbaikkk!! - (kesan pil)
Tetiba pulak hari ni aku ada mood nak berada dialam maya kan..biasanya kalau weekend gini aku buat keje2 yang lebih berpekdah dan mendatangkan hasil...aku tak bermaksud menulis belog ni tak berpekdah, jgn sentap ok..maksud aku, untuk diri aku aje..dr aku ngadap pc dr pagi sampai petang baik aku uruskan hal aku yg lain..hihi..hari ni badan agak lemau so aktiviti berlari di Taman Botanikal tergendala..tgk keadaan petang ini atau esok pagi aje - takan lari beruk dikejar...
Memandangkan saat ini aku belom makan apa2 yg mabeles selain butterscotch sekeping cicah anlene coklat secawe selepas subuh td, perut duk main gendang dgn jayanya..apa nak masak yer..nasi?tak nak la..no mood..lain tawon mkn nasik..nanti akan dipikirkan kemudian lah..kita minum quakeroats dulu!!!
 
Entry kali ni aku nak citer la sikit pasal hasil tanaman aku..tanaman aku ada banyak jenis jugak, sume yang simple2 aje..tp tak de la aku lorat nak citer satu2 kat sini semuakan..ok aku "petik" pudina dulu la..
Kenapa aku tanam pudina?..sebab utama- sebelum ni aku sangat rajin beli daun pudina..boleh katakan setiap kali gi pasar mesti cekau bawak balik seikat..nak rondam dlm teh la..sirap la..barli la..guna buat nasik beriani la..mcm2 akal la..tak masuk akal pun ada..kat pasar muroh je daun pudina seikat ni..singgit kalau tak silap..walaupun kat pasar bersepah dan murah tapi aku nak tanam jugok..degil pailang la katakan..1 day tu aku beli seikat..pakai sekali je sebab nak buat nasi beryani gam uhu..kemudian campak dalam esbok 3-4 hari..bila tiba hari minggu-hari 5S sedonia- aku masuk acara gali dan menang n jumpa la seikat yang dah nak itam2 tu..ting!!!-lampu otak nya..
Aku rendam yang batang masih ijau2 dalam gelas berisi air bersih..parking dia tepi tingkap sinki..duduk ko seminggu kat situ..dengan harapan menggunung dia akan kuar akar..
Dengan pencahayaan yang baik kat tepi tingkap dapur aku..udara pusat bandar melaka yang segar giler..angin sepoi2..maka akar halus2 tumbuh dalam masa 3 hari..tak snap-lorat bebeno rasanya..activity yg tak sengaja ni membuahkan hasil selepas seminggu..
Aku pun pindahkan batang pudina ni ke tanah organik dlm pasu kecik..dalam bahasa pertanian-tuai dalam keratan vatang..kakak aku cakap nak tuai terus batang pudina tanpa akar kat tanah organik pun boleh..pasu tu aku letak kan ditempat yang teduh..hari2 nak gi keje aku siram ram suriram..dari hari ke hari pudina aku menunjukkan percambahan dan terus membesar bagai johan melalui tunas yang baru..masa tengah dia duk rancak membesar, aku tak petik pun, bukan apa nak bagi dia betul2 kuat-so tahap gelojoh harus dihilangkan ok..
Sekarang pudina aku dah memasukki alam dewasa..dan dari pasu kecik dah kena pindah pasu besar..dan aku pindah dia ketempat lain yang ada lebih sinaran cahaya matahari tp masih terlindung..kalau korang nak cuba tanam jugak, jgn pulak bawah matahari terik korang parking dia..mampos kawan tu gaknya.. setiap 2 minggu aku tabur baja organik tahi ayam(pallet punya bukan real tau) dan juga baja untuk tumbuhan hijau..tak la tabur byk sangat..padan2 patut la ngan pudina aku tu..nanti obesiti plak..huhuhu..air mesti cukup..siram pagi dan petang..
 

So inilah dia pudina hasil tangan aku..gemok2 sume..pokok pudina ni agak menjalar meleret..so aku kena taruk dia tinggi sikit..walaupun dah category dewasa tp dia masih dalam proses nak merimbun jadi hutan pudina kalau aku tak petik makan sendiri or bagi kat orang..
Tp bila dah ada pokok pudina sendiri ni..tak de la pulak aku lorat nak buat teh pudina bagai - teh kena hindarkan buat sementara waktu sekarang ni...celop dalam air sirap pun tak de..errmmm...buat nasi beriani pun tak aaa...errmmm...taruk lam nasik putih pun tak aaaa jugak...so?
POKOK PUDINA AKU BAKAL MENJADI HUTAN SIMPAN DIRUMAH AKU..HAK HAK HAK..
Kepada jiran2 aku, aku dah pesan roger aku kalau korang nak, aku boleh tolong sembelihkan utk korang..or kalau aku out stesen pun datang la amik sendiri tapi jangan lupa tolong siram tanaman2 ku iteww..hahahaha...
Out-azan zohor berkumandang..

Friday, October 12, 2012

MAIN TANAM-TANAM


 
As-salam...terima kasih kerana page ini jadi pilihan anda hari ini..wah-wah macam iklan tb..hehehe..apa khabar semua?aku ok-ok je..baru baik sakit gigi seperti yg aku duk gung gang kat entry sebelum ni..bila dah sihat ni boleh la beriadah sikit..sikit-sikit je secara aman..balik kerja petang tadi mood nak kemas kini tanaman @ semak samun seperti "tora datang lagi!!" begitu meluap2..bukan apa depan umah aku ni bersepah ngan pasu2 pokok..sebelum jadi macam "rumah tinggal" baik aku susun2 apa yang patut..
Sebelum ni mungkin aku tak pernah update entry perihal pokok2 ku..dengar mcm bykkan tp sebenarnya tak byk pun..maklum la umah bertanah simen ni susah la nak bercucuk tanam, kalau ada tanah luas pasti dah ku tanam durian,rambutan,duku dan sewaktu dengannya..
Sebelum ni aku minat "bercucuk tanam" pokok2 yang kurang perlu nak siram tiap2 hari..contohnya..kaktus (pelbagai jenis), aloevera (2-3 spesis)..bukan apa, akukan bz mcm rosmah mansor..so kena tanam pokok yang perlu siram seminggu skali jew..senang keje kan(org ada penyakit malas mcm mcm ni)!...tp bila lama2 duk hadap kaktus je..jemu la pulak..aku pun merajinkan diri tanam pokok yang ada bunga pulak..dimulakan dengan Pokok Bunga Kembang Pagi..
 
 Gambar ni pun gambar lama tau..huhuhu...masa ni semangat jaga pokok ni...sebab bunga dia cantik bila dah keluar banyak2 mcm ni..terhibur rasa hati..
 
 
Penuh balkoni umah aku dengan pokok ni..cuma yang aku rasa tak puas hati sikit bila nak cuci mata ngan bunga ni hanya hari minggu aje tau pun public holiday atau pun hari aku MC atau ponteng kerja..sebabnya bunga hanya kembang waktu pagi..bila aku balik keje petang atau malam dia dah kuncup..huhu..
 
Disamping tu jugak aku ada jugak tanam spesis2 puding ni..puding ke ni? kalau bukan..bukan la..hahaha..aku main redah je tanam..sempat jugak la aku tengok dia beranak pinak..tp sekarang byk jugak yang mati dah..sbb aku byk duk sebok "outstation" so dia kekurangan zat2 dan kasih sayang..
 
Starting tahun 2012 ni, aku mula tanam pokok2 yang boleh dimakan pulak..aku mula tanam pokok kari..ambik anak pokok kat kg Jengka 18..jauh tak...apa pun tak boleh..kebetulan je tu..sempat juga merasa hasilnya berpuluh kali..tapi last skali pokoknya mati sebab kes aku outstation jugak..berbelas hari tak siram..maka terkulai layu la ia..pokok kari aku ni tak tahan lama mungkin disebabkan aku tanam hanya lah dalam pasu..huhuhu...nanti yer pokok kari, mak beli tanah 2 ekar tanam ko yep...gambar tak sempat snap sbb tak duga pun nak enterperem pokok dlm page mak ni...selain dari tu aku ada jugak cuba tanam halia..huhuhu..tak menjadi ok...lain tahun cuba..
Sebenarnya pengalaman aku bercucuk tanam ni zero hahaha...biasa aku tanam pokok besar2 je..jati..cengal..-tipoo-
 

 
Ni pulak Pokok Selasih atau omputih duk panggil dia Basil..aku baru tanam dalam 3-4 mggu gitu la..cepat gak dia membesar bagai johan..hari2 aku hadap..bila la nak tumbuh bunga..tak sabar nak tgk bunga warna purple tu..kalau bau daun selasih ni pasti aku teringat sesuatu..LAKSA TERENGGANU!!! hahahha..aku tanam pokok ni bukan aku nak buat laksa tp saje2 je..banyak kegunaan daun selasih ni..setahu aku la selepas dicampur2 info dr pakcik gugel..
1) boleh dibuat ulam..makan dengan nasik panas2..walla..
2) jus daun selasih boleh menjadi penawar kala jengking dan patukan ular, meredakan sakit perut dan mengurangkan tahap gula di dalam darah.
3) air rebusan daun selasih boleh digunakan untuk berkumur bagi mengurangkan sakit gigi.
4) daun selasih dimakan atau air rebusannya diminum untuk mengurangkan batuk
5) jika demam, daun selasih yang ditumbuk lumat perlu ditampal ke dahi untuk mengurangkan panas dan sakit kepala,
6) pantun2 melayu banyak kaitkan "selasih" dengan kasih sayang...
Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan;
Hilang emak hilang saudara,
Kerana kasih hamba turutkan.
Batang selasih permainan budak,
Daun sehelai dimakan kuda;
Bercerai kasih bertalak tidak,
Seribu tahun kembali juga.

 hahaha cemas jap bila baca pantun...

Ni pulak Pokok Limau Purut...dah sebulan aku beli anaknya tapi baru hari ni dia dapat rumah baru..kesian dia..semoga panjang jodohnya dengan aku..limau purut ni aku tanam sebab aku rasa kadang2 aku sgt memerlukannya..bila beli kat supermarket 3-4 helai dah 50-80sen..aku rasa mahal sgt tapi kalau aku tanam pasti lepas ni aku bleh export daun limau purut ni pulak hahahahah...aku bukan la tanam pokok limau purut ni pasal nak buat tomyam aje..banyak lagi menu2 lain aku guna daun limau purut ni...contohnya bhun goreng tomyam..daging masak kicap..ayam sambal..kerabu..apa lagi yep..lupa la..oo yer..masak lemak ikan keli pun aku penah lempar hirisan daun limau purut kat dalam tuh..huhuhu..hentam saje lah labuuu...

Itu aje la buat kali ni..mungkin akan menyusul lagi dimasa2 akan datang koleksi pokok2 ku ini..semoga semua2nya sihat2 belaka..InsyaAllah...bye!