Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Sunday, August 14, 2011

14 RAMADHAN 1432H

Salam hari minggu yang dah tengahari..hehe...hari ni kita bercuti cakap bab2 lauk pauk makcik yang tak seberapa..hari ni makcik nak buat citer bab2 info sihat pulak...hari ni makcik nak ngomel pasal kelebihan Minyak Zaitun..makcik mula2 mengetahui kelebihan menggunakan minyak zaitun sejak 2 tahun lepas..seorang kawan bagi hadiah sebagai buah tangan dari obesi utk makcik..mula2 makcik tak tau macamana nak guna..so terperap la hampir 3-4 bulan..suatu hari makcik google la kat internet apa kelebihan olive oil ni..ternyata byk cara boleh digunakan..
Minyak Zaitun ni ada 3 jenis :
1. Extra Virgin Olive Oil (EVOO)
Merupakan myk zaitun paling murni dgn kadar keasidan 0.5-1%.Warnanya kehijau-hijauan dan sesuai untuk dijadikan sos salah atau ditelan begitu sahaja(nanti makcik citer mcmana cara makcik menelan nya)
2. Virgin Olive Oil
Kandungan asidnya sekitar 4%. Ia berwarna hijau kekuningan dan biasa digunakan sbg campuran masakan atau hidangan tumisan.
3. Olive Oil
Minyak zaitun jenis ni mengandungi tahap keasidan melebihi 4%. Berwarna kekuning-kuningan dan biasanya digunakan sebagai penganti minyak utk menggoreng dalam masakan Italy.
Masa makcik dapat hadiah dr kawan tu..yang jenis EV Olive Oil tu..sebabkan botolnya kecik je..so makcik guna untuk telan begitu sahaja..
Caranya membuat dia lebih berselera utk di telan :
1) Ambil 2 sudu makan EVOO campurkan dengan 1-2 sudu madu...telannya diwaktu pagi dan sebelum tido..

Kelebihannya?
Pakar sains mengatakan bahawa myk zaitun merupakan sejenis antioksida yang diperlukan untuk memerangi LDL kolesterol (kolesterol jahat) yg menyumbat arteri jantung, penyebab utama serangan jantung.
Pakar kecantikkan juga mengatakan myk zaitun ni amat berguna utk kecantikkan. Vitamin E yang terkandung dalamnya dikatakan dapat meremajakan kulit,menjaga kelembapan dan kekenyalan kulit.

1) "makan minyak zaitu dan urutlah dengannya keseluruh badan kerana ia adalah dari pohon yang suci", diriwayatkan oleh hazrat Sayyed Al-Ansari
2) "Ada minyak zaitun,makanlah,urut seluruh badan kerana ia berkesan untuk buasir", diriwayatkan oleh hazrat Al-Qama bin Amir.

Dan banyak lagi kelebihan nya...boleh google la..
Dulu aku guna habis je sebotol terus stop..nak beli kat tesco harganya agak mahal..asyik tertangguh aje...
So tahun ni..makcikkan dah ada azam pose yang baru...nak berpose dan berbuka dengan cara yang sihat..cikaro makcik yg lain pulak bg EVOO kat makcik..sebotol besar..so sempat la guna sepanjang bulan pose ni...thank you cikaro..nanti habis,cikaro beli lagi yep...kalau lambat balik mesia..cikaro guna "pos laju it"!!!!!!!
Kali ni berbagai cara makcik boleh guna :
1. Ambil secawan EVOO masukkan dalam periuk..masukkan perahan lemon..makcik perah dan letak 2 hirisan lemon dalam tu...then didihkan..bila dah mendidih..masukkan dalam bekas/tapewer kedap udara utk disimpan..caramakannya:
a) ambil 1 sudu setiap pagi dan malam..
b) masukkan dalam mangkuk hayun dan cicah/sapu ngan roti..
c) campur dalam salad(dia ada rasa masam2 gitu..best!)
d) cicah ngan pancake!
contoh rendaman seperti gambar dibawah...
2. Gunakan 2 sudu makan EVOO dalam masakan berminyak, bersantan, berlemak/kolesterol tinggi cthnya kambing,lembu,kerbau,udang etc..,semua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dlm badan, juga boleh menghilangkan perut buncit, lemak2 dan masalah berat badan..

3. Campurkan 3 sudu teh EVOO dengan 1 sudu teh myk habbatus sauda pada muka, biarkan selama 3 jam kemudian cuci..boleh menghilangkan parut bekas jerawat dimuka..

4. Campurkan 6 sudu teh EVOO ngan 2 sudu teh myk habbatus sauda anggota badan yang berparut selama 2 jam kemudian cuci..insyaAlah parut akan pudar dan lama2 ilang!

Banyakkan kelebihan nya...ada banyak lagi tapi itu aje yang makcik amalkan setakat ini...korang cuba la..paling berguna utk yg ada penyakit jantung dan bakal pesakit jantung!..


Nota kaki makcik : selama makcik mengamalkan sahur dengan roti cicah EVOO lemon ni..berat badan makcik sudah turun sebanyak 3 kg..alhamdullillah...

Friday, October 2, 2009

KAMBING

Tahukah anda masakan kambing adalah menu kegemaran rasullullah SAW , kenapa kita harus takut makan daging kambing ada setengah berpendapat daging itu berbau ada pula takut tekanan darah tinggi. Sebenar ada cara yang baik untuk menghidang masakan daging kambing . Untuk menghilang bau pada masakan daging kambing tipsnya memasukan bahan -bahan yang beraroma kedalam masakan daging kambing seperti serbuk jintan manis, daun pudina, daun ketumbar, halia, bawang putih, air limau nipis, tomato dan ubi kentang, Manakala sesudah masak daging kambing di hidang pulak dengan salad timun, tomato, bawang dan ke tumbar dan untuk mencair lemak semasa menjamah masakan daging kambing , hendaklah amalkan minum Teh o" Pudina panas-panas Insyallah,,,,alamatnya berpeluhlah badan kita..
Aku kongsikan petua makan daging kambing ni sebab aku ni peminat setia daging kambing bakar,sup kambing,sate kambing,kari kambing dan anak kambing...hehehe....
Hari ni aku ni duk kemas2 file dalam pc aku ni...jumpa la petua2 dan pemuda2 yg boleh kita harapkan...kalau ikutkan masih banyak lagi dalam simpanan aku ni petua2 yg logik dan jugak tak logik...tp aku filter la dulu la supaya ianya kategori U bukan 18SX.... nanti kalau aku kelapangan aku kongsi la lagi...ni aku tgh isi masa lapang mengutip gambo gempa bumi kat Indon...huh sadis...

Chiaow dulu..

Thursday, October 1, 2009

LOBAK PUTIH

Semalam hampir migrain mokcik pikir apa nak makan masa berbuka pose....kalau ikut tekak mokcik ni...mokcik nak makan roti iran atau nasi telongkop kaum badwi buat...terliur mokcik tengok kat tv...rancangan spice route tu...
Tp aku masih dalam sedar diri ...aku ni ada kat melaka je..so aku plan nak buat sayur lobak putih lada itam...baik utk kesihatan...khasiatnya lagi baik dr lobak merah yg arnab dan tuan2 puan2 makan itu...walaupun rasanya agak pahit payau dan tak berapa best tp aku telan jua....tanpa nasi aku telan semangkuk dan pencuci molotnya ada lah kuih raya yg ditapau oleh tuan punya kebunpokleh blogspot...hanya itu yg mampu aku sediakan juadah berbuka utk perut aku...nasi2 ni aku tinggalkan dulu..bg can beras tu beranak dulu dalam tong.... KHASIAT LOBAK PUTIH


Ni bukan muka lepas makan lobak putih...ni muka lepas makan ikan celup tepung + sotong celup tepung + kopok lekor di Pantai Rhu Sepuluh Penarik Terengganu......

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

PETUA DI DAPUR...
1. KUPAS BAWANG
untuk elakkan mata berair semasa kupas bawang,rendam bawang didalam bekas berair.
2. MEMILIH IKAN SEGAR
Pastikan mata yang jernih,tidak berbau,warna kulit yg bersinar,insang berwarna merah jambu, isi yang kejal.
3. ATASI MASAKAN TERLALU MASIN.
Masukan Ubi kentang yang dipotong dadu atau buah pisang mudah yang di hiris.
4. MENGHILANG BAU HANYIR IKAN PATIN
Basuh denga air beras yang telah dicampur dengan asam jawan kemudian di bilas dengan air mengalir.
5. MEMUTIHKAN NASI
Masukan satu sudu kecil air limau nipis semasa masak nasi.
6. ELAK PEMBIAKAN KUTU BERAS
letakkan cili kering didalam bekas beras dan gaul.
7. MAKANAN SIHAT LAGI BERKAT
Sebelum mula memasak pasti niat yang ikhlas berserta doa yang baik-baik , kemudian setiap bahan-bahan mestilah di basuh dengan air yang mengalir dan selawat, selepas siap semua masakan mestilah ditutup .

Sekadar berkongsi...


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Mengurangkan makan itu menyihat badan dan menolakan segala penyakit. Kebanyakan penyakit adalah berpunca daripada makanan. Antara penyakit akibat daripada pemakanan ialah menegah daripada berbuat ibadat,menyusahkan hati,mencegah memperbanyakkan zikir dan mencegah fikir untuk makrifat dengan Allah ( jalan akhirat )
Resipi menu sihat:
IKAN KUKUS HALIA
1 ekor Ikan Siakap - di bersih
2 sudu makan Halia - di hiris halus
1 sudu makan Bawang merah - di hiris halus
1 sudu kecil Bawang putih - di hiris halus
4 biji Cili Padi - di titik
1 sudu makan Daun ketumbar
2 sudu makan Lobak merah - di hiris halus
2 sudu makan Cendawan shitake - di hiris halus
1 biji Air limau nipis
2 sudu besar Sos Tiram
1 sudu besar Kicap Cair
1 sudu kecil Gula
4 sudu makan Air
Cara:
1. Bersihkan ikan dan letak ikan di atas pingan bujur.
2. Masukan semua bahan lain mangkuk dan gaul hingga rata.
3. Tuang di atas permukaan ikan dan kukus selama 20-25 minit.
4. Siap untuk di hidang hias dengan daun bawang dan cili merah.

Aku ciaow dulu...