Saturday, January 5, 2013

PULAU SIBU 5

 
Prev --> Kisah Pulau Sibu 1  Sibu 2   Sibu 3  Sibu 4
 
 
Salam semua, selamat berhujung minggu..Hari ni awak semua masak apa?Aku ni breakfast td makan nasik hahaha korang boleh? Balik joging terus rasa lapo..
 
Sambungan dari Pulau Sibu 4 setelah break tetiba 2 hari..hari kedua kami dipulau, pepagi hari hujan turun dengan lebat..bilik pulak makin sejuk..tido pun sodap..tapi tak leh buang masa..perut perlu diisi..(itu aje yang tahu)..hujan turun tak lama, jam 8 lebih dah berenti..terus matahari menyinar..
 
 
Kami terus berdesup pegi breakfast dulu..

Hari kedua aku lebih kepada explore seluruh pulau dan mandi manda..kat sini aku tepek gambo je la yep..tetiba memory terganggu plak skang ni..kenyang kut hihihi...

 Cantik kan..abaikan koliti gambo..henpun ciken bertugas.
 
 
Abaikan kaki jiran sebelah umah tu..masa aku nak amik gambo, time tu la nak julur kaki..katok kang!
 
 
Lagi 5 tahun umah aku kat melaka akan ngadap laut gini la..
 
Umah kecik senang nak kemas hahaha..pang!
 
Pejam mata jap..time ni aku tgh baring kat gazebo tu angin tiup sepoi2 2-3 jenis bahasa..
 

Disini banyak aktiviti yang disediakan seperti Flying fox, deer feeding, moonlight walking, indoor games, round2 pulau, fishing-ada port yang dibawak(bayar), hiking, sauna, gym,spa(bayar), archery  dan ada byk lagi tapi aku lupa..aku tak pegi semua..kalau pegi sume program yang diorg aturkan tu pasti penat terjelir aku..aku pegi nak relaxkan diri dan otak..beach ada 4..beach no 4 tu agak adventure, staff SIR akan bawak kesana..kena hiking sikit katanya..kalau pegi grouping ni pasti lagi best..ala2 team bulding gitu..bila CTRM nak buat team buli-ding kat sana..mohon pertimbangan pihak HR..(phtuii HR kata)
Sauna ni pastinya masuk..ala2 sauna jepun gitu..pic dalam sona ni aku tak amik..Miss S ada kut..pitca aku bersona kurang sesuai untuk dipaparkan kerana blog aku ni kategori "U"

Mamat ni la yang menghiburkan kami masa mula2 datang..dan jugak di cafe setiap malam (live band) masa aku jumpa dia ni tgh duk keliling tempat ni sambil nyanyi..nape ekh..mulanya kau nak interview dia..tp bila dia selisih ngan aku, dia senyum dan hi kat aku, terus tak jadi nak tanya..nape ntah, mungkin aku rasa dah tak perlu tanya lagi hahahaha..
 
Spekulasi + soalan + berbau fitnah = korang rasa Fazura penah duk sini tak? (iklan jap)

Ke Beach 2.

Kalu kitaorg duk kat area ni pasti terjelir gak lidah setiap kai nak ulang alik ke cafe..pool and beach..


Pasti korang tgk gamba2 aku ni korang tertanya2..mana org lain??tak ada org kah kat pulau ni selain kami berdua??..hihi..ramai la cik jah cik kiah..diaorg sume buat aktiviti masing2..pulau ni besar jugak..boleh katakan pulau ni memang hak milik Sibu Island Resort ni..jadinya banyak tempat nak teroka dan bersembunyi hik hik hik..kalau korang jalan sorang kat tepi pantai ni ibarat resort ni korang yang punya..suka hati korang la nak buat apa..tp kalau petang2 baru la ramai yang bertumpu kat area beach sebab ada org main volleyball dan dugong pakai spender bergolek2 atas pasir..

Jom kita minum dulu!!
 
Bersambung...