Saturday, January 5, 2013

PATIN ASAM TEMPOYAK

Hi, jumpa lagi..hari ni aku lepak je kat umah, hajat dihati semalam, hari ni nak pegi ke Dataran Pahlawan nak cari sandal sepasang..maklum la yang ada tu dah putus..huhu kesian kat aku asyik pakai selipar jamban aje pegi mana2..tapi bila tengok keadaan langit mendung aje..tetiba hasrat tu macam terkubo pulak..termain masak2 kat umah takdirnya..harus kena makan la kalau gitu..


Kisahnya pepagi selepas subuh tadi aku keluar umah untuk berlari2 anak di taman...pusing lebih kurang 5km..aku pun balik la..jam lebih kurang 8.30am..ermm nak breakfast apa yep..bengong kejap..jenguk lam esbok..ada patin..ulala..ting!tetiba lampu nyala..
Aku pun masak nasik..prepare punya prepare dalam setengah jam dah siap Patin Asam Tempoyak + Telur dadar kosong. Buat pengetahuan semua nama Patin Asam Tempoyak ni aku reka je..sebab cara2 buat lauk ni aku campur adukkan resipi Singgang Pedas ngan Gulai Tempoyak..alhamdulillah rasanya very the very ok.

Bahan2 Patin Asam Tempoyak :

1) Ikan Patin 5 kerat.

Kisar semua bahan dibawah:
2) 2 biji cili merah hidup.
3) 10 bijik cili padi (kalau nak pedas lagi tambah la)
4) Kunyit sebesar ibu jari
5) Lengkuas sebesar ibu jari
6) Bawang merah 5 ulas
7) Bawang puti 2-3 ulas(tak masuk tak pe-aku campak je)
8) Cili boh 2 sudu (tak masuk pun tak pe-lebihkan cii hidup)

8) Tempoyak (5-6 sudu)
9) Daun kunyit
10) 2 keping asam keping

Cara :
1. Masukkan bahan kisar tambahkan 2 cawan air dan didihkan dan masukkan tempoyak.
2. Selepas kuah mendidih, masukkan ikan (pastikan kuah melebihi paras ikan) dan asam keping.
3. Garam + perisa/gula
4. Masukkan daun kunyit..pastikan ikan dah masak pastu siap..

Hidangan ni boleh siap dalam masa 15 min aje..sebab tu aku suka!!!

Ok bye!