Sunday, June 5, 2011

KU BASUH LUKA DENGAN AIR MATA

Selama 4 bulan aku menjadikan aktiviti berlari dan jalan laju sebagai aktiviti wajib 4 kali seminggu...kalau tak sempat 4 kali..aku buat 3 kali..kalau tak sempat 3 aku buat 2 kali..paling bangang pun sekali seminggu...perubahan ketara kalau jadikan ia aktiviti wajib dalam diari seharian ada lah...ia boleh buat kita enjoy...dapat berkenalan ngan kawan baru...korang nak tau macamana kita boleh dapat kawan baru di kawasan public gitu?..meh aku citer...
Hampir setiap minggu aku pegi dlm hutan kat ayer keroh..dan setiap kali berlari mesti jumpa orang ni...dia pun minat berlari macam aku jugak..tp larian dia macam kena kejar anjing...larian aku biasa2 je macam jalan2 ngan kerbau...setiap kali bertembung hanya senyum2 kelat je..tak leh senyum lebih2..tgh penat semput nyawa sekerat mana boleh senyum lebih2...cuma angguk je la...bila dah hampir berpuluh kali bertembung..baru hari ni orang ni bukak mulut nak tegur...

Orang : hai..awal hari ni
Aku : tak de la...mmg waktu gini2 sampai
Orang : datang sorang je ke..
Aku : haah mmg sorang je slalu..
Orang : ye tak ye gak kan..
Aku : dah berapa ratus round dah lari ni
Orang : dan 8 round ni...
Aku : wah best nya...
Orang : boleh tau nama?
Aku : Umie Aida..panggil Umie je..

Tapi dialog diatas BUKAN dialog sebenar..tu rekaan aku je..ada ke tgh berlari nak tanya soalan banyak gitu..dialog gitu tak leh tanya masa berlari..tu kena tanya time duk kat meja minum air sirap limau, tak pun paling bodoh bangang masa tengok citer hantu kak limah kat GSC...
Dialog sebenarnya adalah gini (selepas bertembung beberapa kali)...

Orang : jangan lalu sini...(sambil tangan tunjuk2 kat atas)
Aku : (tak jawap apa2...kepala terus dongak ke atas) - rupanya ada dahan besar hampir2 nak jatuh kebawah laluan aku berlari..kalau ada monyet kuang hajar berlari kejar2 atas dahan tu...aku yg kat bawah pasti terus berkejaran ke hospital pulak...

Tu je la dialog nye..hahahah...tu kira dialog gak kan..walaupun 1 ayat je...pastu kami ada bertembung aje...tapi tak de la berdialog..hanya berbalas senyum aje...ok la tu...sedekah di pagi nan hari...

(Tolong jangan mengeji aku utk kisah kali ini)

Hari ni aku layan lagu Success yg sekarang dah tak success lagi...sambil tangan mencapai tuala buat sebagai tudung ala yuna...aku nyanyi sambil jari menari ditali gitar...


Sekian lama kita menjalinkan cinta

Akhirnya tak ke mana

Hanyalah diriku saja yang setia

Dalam perhubungan kita

Andainya engkau buat bermacam alasan

Setelah ku membenci

Diri kau pandangku samanya indah

Kini semuanya tak kena

Mengapa tidak kau berterus terang

Bahwa engkau ada yang lain

Aku doa akan agar kau tak menyesal

Biarkan diriku

Menanggung duka lara sendiri

Susah payah tak sorang pun tahu

Terasa hinanya bila kau menyingkir diriku

Ku ucap selamat tinggal cinta & selamat tinggal kekasih

Biar pun sukarnya untuk melupakanmu& tak perlu lagi kau bertanya

Tentang diri ini

Biarlah ku sendiri hidup dalam sepi

Ku basuh luka dihatiku dengan airmata

Betapa pedih tak terkata

Lalu ku terkulai didalam sangkar rindu

1 comment:

mamai said...

la kenapa tak bukak sangkar tu lepaskan diri