Saturday, June 4, 2011

TAHNIAH SAYANG

KUALA LUMPUR: Penyanyi Anuar Zain, 40 dipilih menerima anugerah khas sempena pencapaiannya dalam bidang muzik dari Oxford Centre for Leadership (OXCEL) pada Majlis Anugerah Oxford di London pada 6 Jun ini.Penyanyi yang kini sedang popular menerusi lagu Sedetik Lebih itu berkata, anugerah Khas itu diberikan selepas menilai kredibiliti Anuar kerana pencapaian yang mengagumkan sepanjang 28 tahun dalam bidang seni.
"Saya menerima surat daripada OXCELl sebulan lalu dan secara jujurnya saya terkejut kerana ada pihak luar yang begitu prihatin terhadap sumbangan yang saya berikan sepanjang hampir tiga dekad dalam bidang seni."Mereka membuat penyelidikan mengenai kerjaya seni saya yang bermula sejak saya kecil sehinggalah sekarang."Walaupun tidak mempunyai pendidikan yang tinggi namun saya terharu kerana ada pihak yang mengiktiraf sumbangan saya. Saya menyifatkan anugerah ini adalah pengiktirafan paling tinggi yang pernah saya peroleh," katanya ketika ditemui pada majlis sidang media konsert Up, Close and Personal With Anuar Zain yang diadakan di Menara Kuala Lumpur, di sini petang tadi.Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Zuraidah Mohd Said.Kata Anuar lagi, beliau akan terbang ke London pada 5 Jun ini bersama pihak pengurusannya dan akan berada di sana selama dua hari bagi menghadiri acara rasmi yang sudah pun diatur oleh pihak OXCEL.


Konsert Up, Close and Personel with AZ di Menara KL...aku pasti duduk depan skali...tiket berharga rm600 bang nuar bagi free je..bang nuar antar kut pos laju(tak sempat jumpa pasal dia sibuk nak gi london)..bersama sekeping card bertulis.."sue sayang jangan lupa datang jumpa abg pada 15 july ni yer..jangan tak jadi pulak tau..abg tunggu!"...jangan jeles senah!!!


Profile abang sayang kalau nak kenal :

Nama : Shahrul Anuar Bin Zain

Tarikh Lahir : 15 Februari 1970

Anak Ke : 2 Dari 5 Beradik

Bintang Zodiak : Aquarius

Kerjaya : Penyanyi & Berlakon

Makanan Kegemaran : Berubah-ubah mengikut selera(ikut sue masak la katanya)

Minuman Kegemaran : Teh Tarik

Warna kesukaan: Perang, biru, kelabu & merah

Penyanyi Kegemaran: Ziana Zain, Dayang, Siti Nurhaliza, Whitney Houston & ramai lagi (sama la kita)

Pelakon Kegemaran: Julia Roberts, Amy Mastura, Elly Suriati, Ruth Sahanaya

Wanita Pilihan: Seseorang yang menerima dirinya sebagai Shahrul Anuar bukan Anuar Zain..(yes i know...)

2 comments:

zino said...

bila mamat tu nak kawin??

aku dan rojak petis said...

nak muntah aku... hahahahahaha...