SETIU: Geram dengan kejelitaan anak jiran yang berusia belasantahun, seorang lelaki gila seks sanggup memanjat tingkap rumah mangsadengan hanya memakai seluar panjang sebelum bertindak merogol gadismalang itu, Rabu lalu. Mangsa, pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di sini, ketika itu sedang menonton televisyen bersendirian di ruang tamu rumah diJalan Kubur Penarik Baru, dekat sini, apabila suspek yang tidak memakai baju menekup mulutnya dari belakang sebelum menarik mangsa ke bilik tidurnya.
Mangsa kemudian dirogol sebelum ditinggalkan bersendirian dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu.Ketika kejadian, dua adik mangsa yang masih kecil sedang tidur di bilikbersebelahan manakala bapa mangsa, seorang nelayan keluar ke laut. Ibu mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai makan pula berada di tempat kerja tidak jauh dari kampung terbabit.Mangsa yang ketakutan tidak memberitahu cerita sebenar kepada ibunya pada malam kejadian, sebaliknya hanya menceritakan kejadian itu pada keesokan hari.
Ketua Polis daerah, Superintendan Shaik Othman Abdul Hamid berkata,mangsa yang tertekan dengan kejadian itu kemudian membuat laporan diBalai Polis Penarik pada jam 4.30 petang hari berikutnya.Selepas membuat laporan, mangsa dihantar untuk pemeriksaan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu."Kami sedang menunggu laporan perubatan sebelum menyiapkan laporan penuh kes terbabit," katanya.Beliau berkata, suspek berjaya dicekup di rumahnya pada Jumaat lalu danditahan untuk siasatan lanjut di Balai Polis Permaisuri mengikutSeksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Dubuk - hyena
Asyik duk belek citer ni je...sila tengok sini lagi up-to-date dan byk kisah2 menarik...