Thursday, August 4, 2011

4 RAMADHAN 1432H

Semalam makcik keluar office tepat2 5pm..sikit pun tak kurang tak lebih hehehe...ini lah dinamakan punctuality..patut bagi tau bos perkara ni masa dia tgh buat appraisal makcik..balik cepat2 bukan apa..nak singgah mini market..nak tengok2 apa yang perlu dirembat..
Masa tengah2 duk belek2 ubi kentang di satu lorong tetiba makcik disapa...anjat gegel..ekh makcik..kawan lama makcik masa keje dolu2 dizaman remaja sunti..mula2 makcik begitu blank skali apa namanya..bedah..senah..joyah..mary..fasha(jauh skali)..bila dah makcik terkedu nak recall nama dia..buat2 la makcik buat terperanjat beso sbb terjumpa dia yg tak disangka2 itew..dia begitu lancar sekali menyebut penuh nama makcik yg rasanya macam glemer penah masuk sok kabar..biasala skrip kawan lama bila jumpa mesti la..ekh lama tak jumpa..keje mana..jadi apa skang(kalau soklan ni mesti yg bertanya tu jawatan dia dah beso sbb dia nak suruh kita tanya dia balik jadi apa dah)..dah kawin lom(opsss)..anak berapa..laki keje mana..duk mana..kawan A,B,C pegi mana dah..umah kat mana(nak datang la tu nak tgk umh sapa lebih beso-jahat makcik ni kan..kena tgk gak stail kawan lama tu jenis suka perbandingan atau pun tak..)..selepas soalan yg berbalas2 bertubi2 macam ala2 wartawan melodi tu..makcik masih mengukirkan senyuman lebo dan gelak2 sederhana bila ada jawapan yg memang tak perlu dijawap di paksa jawap jugak..hampir 30 minit gak la kami berbalas2 soklan dengan jawapan makcik pilih paling ringkas tp padat..tp bila soklan makcik untuk dia..jawapan kemain lebo dan adakalanya jawapan terkeluar dari soalan..bila ada kes macam tu makcik terus cut aje..hehe
Bayangkan hampir 30 minit sembang..makcik masih cemas kerana makcik masih lupa namanya..lebih cemas lagi bila sidia mintak bertukar no tipun..aku dengan pantas bagi dulu no tipun aku..suro dia miskol aku la...tapi yang jadi masalahnya...apa aku nak taruk nama pompuan ni dalam henpun cap ayam aku ni...sampai saat ni aku letak namanya PPUAN JUMPA KT MN MART..


Ni juadah berbuka makcik yg simple semalam..Ayam goreng kunyit+mangga muda...
Nasi Goreng Nampla..resepinya ada di sini...aku ciplak 100%..hehehe...



Nota kaki makcik : bagaimana cara kita nak tanya org yg kita tak igt nama tu..makcik malu nak tanya sebab dia begitu igt skali nama makcik yg indah ini...

2 comments:

TuYa said...

salam Ramadhan kak..
tak leh blah ngan nama akk save kat henpon tu..
POMPUAN JUMPA KAT MN MART!!!hehheheh

sue-ab said...

to tuya : salam..hehe..nama tu tersemat sampai sekarang...