Wednesday, February 20, 2013

SELAMAT TINGGAL MoF!!

Assalamualaikum...wartawan Sue-AB melaporkan dari tempat kejadian, CTRMAC Melaka..


Pemilikan 96.87 peratus pegangan babit kos RM298.30 jutaDRB-HICOM Bhd akan membeli 96.87 peratus ekuiti dalam Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM) daripada Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc), sekali gus mengembangkan kegiatannya ke dalam industri aeroangkasa.
Pembelian tunai pada harga RM298.30 juta itu akan dibuat oleh konglomerat itu menerusi anak syarikat milik penuhnya yang terbabit dalam industri ketenteraan, DRB-Hicom Defence Technologies Sdn Bhd (Deftech).
MoF Inc kini menguasai 96.87 peratus dalam CTRM manakala baki 3.2 peratus lagi oleh PETRONAS.

DRB-Hicom dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia semalam berkata, pembelian yang membabitkan 466.778 juta saham dalam CTRM itu diputuskan selepas ia menerima tawaran daripada MoF Inc.

Nilai saham RM1 seunit

“Kami ingin mengumumkan bahawa Deftech pada 19 Februari 2013 menerima tawaran daripada MoF Inc bagi membeli 466.778 juta saham biasa bernilai RM1 seunit dalam CTRM.
“Ia mewakili 96.87 peratus pegangan ekuiti dalam CTRM yang dimiliki MoF Inc pada harga tunai RM298.30 juta,” katanya.

CTRM, pengeluar komponen komposit untuk pesawat Airbus dan Boeing yang ditubuhkan pada 1990 di Melaka adalah syarikat perintis dalam industri aeroangkasa.

Ia terbabit dalam pembangunan dan pengeluaran komponen komposit pesawat, manakala anak syarikatnya pula menjalankan aktiviti reka bentuk, membangun dan membuat komponen komposit aeroangkasa serta aplikasi bukan aeroangkasa, merangkumi aplikasi untuk industri pertahanan dan automotif.

Bina pesawat ringan

CTRM juga mengeluarkan pesawat ringan dua tempat duduk, Eagle 150B serta pesawat tanpa juruterbang (UAV).

Syarikat itu turut membangunkan teknologi komposit untuk memenuhi keperluan ketenteraan dan pertahanan tempatan serta luar negara.

Ia termasuk agensi penguat kuasa seperti polis dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM).

Pembelian tertakluk audit

DRB-Hicom dalam kenyataannya itu berkata, urus niaga bagi memuktamadkan pembelian ekuiti milik MoF Inc dalam CTRM berkenaan tertakluk kepada audit kajian daya maju dan syarat perjanjian jual beli (SPA) yang akan dirundingkan antara MoF dan Deftech.

“Apabila kumpulan berpuas hati dengan perkara di atas, Deftech akan memuktamadkan pemeteraian SPA dengan MOF,” katanya.

Justeru, DRB-Hicom berkata, pengumuman lanjut berhubung pembelian itu akan dibuatnya kepada Bursa Malaysia apabila tiba masanya selaras keperluan penyenaraian Pasaran Utama Bursa Securities.

Difahamkan, langkah MoF Inc melupuskan pegangan mereka dalam CTRM itu dibuat sejajar dengan strategi kerajaan.

Ia beransur-ansur bagi mengurangkan pembabitannya dalam aktiviti perniagaan yang membabitkan persaingan secara langsung dengan sektor swasta.

Kredit to BH Online 20.02.2013

Tak puas hati lagi lapor kisah kat atas tu..aku lapor melalui Utusan pulak..

KUALA LUMPUR 19 Feb. - DRB-Hicom Defence Technologies Sdn. Bhd. (Deftech) bersetuju untuk menerima tawaran daripada Menteri Kewangan (MoF) untuk memiliki kepentingan dalam Composites Technology Research Malaysia Sdn. Bhd. (CTRM) dengan nilai RM298.3 juta.
Menurut kenyataan DRB-Hicom Bhd. (DRB-Hicom) kepada Bursa Malaysia, tawaran tersebut melibatkan pemilikan keseluruhan 466,778,067 saham biasa CTRM dengan harga RM1 sesaham.
Pemilikan keseluruhan saham itu akan membolehkan Deftech menguasai 96.87 kepentingan CTRM.
Bagaimanapun menurut DRB-Hicom, nilai pemilikan sebanyak RM298.3 juta itu akan dibayar kepada MoF tertakluk kepada keputusan penilaian yang akan dilakukan oleh pihak CTRM.
Deftech merupakan anak syarikat milik penuh DRB-Hicom.
Selain itu, pembelian tersebut masih bergantung kepada terma dan syarat di dalam perjanjian jualan dan belian (SPA) yang akan dibincangkan antara Deftech bersama kementerian.
Jika memuaskan hati kedua-dua pihak, Deftech akan memuktamadkan SPA dengan MoF
CTRM terlibat di dalam pembangunan dan pengeluaran komponen komposit pesawat.
Sementara itu, anak syarikat CTRM pula melakukan rekaan, pembangunan dan pengeluaran komponen komposit aeroangkasa dan aplikasi bukan aeroangkasa kepada industri pertahanan dan automotif.
Deftech menjalankan urus niaga pertahanan di bawah kumpulan DRB-Hicom.

Ternyata 2013 bakal berlaku perubahan dalam org. chart..wallaweyyy..next week dapat new bossy boss..harus berlaku reshuffle lagi..kasi kikis semua virus2..no komen..
*yang nyata dan pasti aku bekerja seperti biasa..muka toye ibarat tiada apa yang berlaku..apa pun tak boleh!!! la la la la la la...

"sayang jgn risau,i sentiasa berada disamping u, walau apa jua yang berlaku" msj dennis di viber ku..sayang 100X