Friday, May 25, 2012

PARIS-Musée du Louvre

Salam..selamat tengahari..tp pada yang ada di Uganda mungkin ni lain waktunya...errmmm...selamat la apa pun...dah lunch kengkawan?..nak jawap pun tak leh kan..blog aku ni dah mengong..viewer dah tak leh komen..tak tau nape..so aku buat keputusan muktamad aku hide je tempat komen tu..ada 2-3 org telah menghamun aku pasal dia tak leh nak ngejek aku kat tempat komen tu..macam kena block gitu..aku tak reti nak betulkan atau kata lain aku malas nak siasat macamana nak ejas..hehe..so supaya aku tak di fitnah macam2 baik aku buang terus ruangan komen tu..
Hari ni nak tepek gambaran di Musee du Louvre iaitu muzium yang agak besar di kota paris..kali ni aku ambik dibahagian luaran aje..sebab time ni hari minggu dan masuk pun free so orang yang nak masuk ke muzium ni terlalu la ramai..so aku and team decide tak nak masuk lagi..lain kali mungkin boleh masuk on weekday aje..tak pe la bayar pun...asalkan kepala tak serabut beratur panjang dan berebut masuk dalam muzium tu..

So bersnapping di luar aje...





Ni pintu masuknya..merata2 ada patung...
Dah bleh bayang kalau aku masuk dalam Du Louvre ni..jalan dari hujung ke hujung pasti skru kaki aku ni bleh tercabut...besar tu...


Kat sini pun ramai orang jogging..kalau aku jogging sini pasti tak berpeluh langsung..sejuk "tiler tiler" time nih..maklum la orang kampung cam aku ni tak biasa sejuk2 ni..
Baru perasan..time ni baru 2 hari datang situ..muka lom ada jerawat..nanti aku upload saat hari2 terakhir aku di Paris ni..jerawat tumbuh bagai cendawan kat muka aku..ni penangan cocer yang aku sejuk dan humidity yang agak rendah..huhu nasib baik kat Melaka tak cocer mcm kat Paree ni..Alhamdullillah..i like hot!!!

huh "air pecem"..terliur..tapi time ni tak lalu nak beli pasal sejuk tiler...

Harap maaf...gambar tak di sensored...kalau ada kanak2 bertanya katakan patung je yer..bukan orang betul yg duk tergedik kat atas tu..yang org kat bawah tu je tergedik sikit nak tiru aksi tp tak jadi...hehehhh
Nanti nak buat laman umah aku macam ni la..tu pun kalau MBMB luluskan...
Upah 1000k kalau sape yang sudi berenang lam pool tu..celup kaki 20rm heheh...beku darah ko dow..





Korang igt kat kampung kita je ke ada orang buang sampah merata..kat sini pun bersepah sampah...
Kete yang lalu time ni mesti igt aku ni tugu baru bina kat situ kan...





Ini tempat nak posing amik gambo bleh..tp nak sopink tak bleh..aku tak mamfoo..pegi menjamu mata aje...
opppsss terlebih plak taruk gambo..nanti ada yang tersentap kuasa 5 pulak (sabar Miss S)..esok kita jumpa yer...