Tuesday, December 6, 2011

KISAH CINTA

FA : hello sayang....sayang dah "jalan" belum?
Aku : hello...(dalam hati aku-sayang otak ko)...belum la...malam ni la bertolak..i keje lagi pagi ni..u kat mana ni?
FA : i kat sini dah..dah sampai..naik feri kul 9 tadi...
Aku : ooo ye ke...jangan lupa beli tiket utk i ye...kul 6.30 pagi esok..so hari ni u buat apa i tak de?
FA : i buat bangang je kat sini...i rindu u ni..cepat la datang...
Aku : u tak yah la buat bangang...i mmg tau dah...u tak yah la cakap rindu2 bagai ni sbb perbualan kita ni dirakam nanti 1 donia tahu kisah kita ni...
FA : alamak ye ke...errmmm tapi i tak kisah la 1 donia tahu hal kita..tp 1 je i risau...kalau nuar zen tahu canner? u boleh handle ke?
Aku : eerrrrmmmmmmm......
tut...tut...tut...
Bateri henpun cap hayam aku pulak habih...tp soalan FA td masih berlegar dalam kepala hotak aku...

Nota kaki makcik : kalau nak tahu lebih lanjut kisah cinta diatas..sila PM aku ok...

Monday, December 5, 2011

NAK CHECK IN

Salam nak malam...1 hari 3 kali masuk entry..bukan apa cover story esok2 la..hehehe..esok2 dah tercuti 2-3 hari..tu esok-esok..tp esok pagi ada lagi hehehe...dengan boss2 skali ada agaknya..hari ni boss tak de..monteng la boss aku ni..
Perut pun agak lapo..barang2 belum pack lagi..baju yang kotor belum basuh lagi..beg yg sesuai belum cari lagi..masa ada 2 jam lagi nak settle sebelum mata nak pejam..cinderella kena tido kul 12..heheh..baju-check,sluar-check,bikini-check,goggle-check,berus gigi-check,shampoo-check,telekung-check,topi siti nohaliza-check,spek itam-check,sandal-check,bermuda short-check..snicker-check,sunburn lotion-check....apa lagi yep...aku rasa tu aje kut...tak pe la..nanti dah sampai sana baru la ingat apa yang tinggal...

(Pic: bibik! pegi pack barang aku jap!!snap gambo sendiri je tau..buat keje malas!!)

Nota kaki makcik : ooooo yang patut skali aku ingat...aku kena ingat nak balik melaka balik...

MENU : KUEY TIAW GORENG CINCAI

Salam petang pulok....hehehhe...amboi2 makcik...indahnya donia ko hari yep...pagi ngadap sorat kabo..petang adengan makan2 pulok..ni kalau boss tengok..mesti ko yang kena buang ni..
Dari pagi tadi adengan makan tak putus...bahagian pertama..nasi goreng cili padi + drumstick goreng rangup...selang beberapa minit..pinggan dihulur pengganti diri untuk spegeti daging...tak beberapa minit lepas tu..bahagian nak rasa megi goreng pulak..huh...terus aku berbadan 3...
Tengahari td nasib baik tak terpengaruh lagi dengan anasir2 hasutan ataupun halusinasi pegi makan tengahari pulak..kalau tak tambah lagi badan aku yang dah tak de rupa bentuk lagi ni...kalau berdiri sebelah almari baju pun orang tak berapa perasan aku yang mana satu...sadis...seddey!!!

Kuey Tiaw Goreng Cincai

Kuey Tiau
Cili Kering (kisar)
Bawang merah (kisar)
Bawang putih (kisar)
Cili padi (kisar)
Daging @ayam@sotong@udang (tp dlm pic aku guna daging)
Sawi@Taugeh@kucai (tp dlm pic aku guna sawi je)
Kicap pekat
Telur sebijik

Cara :
1. Tumis semua bahan tumis hingga naik bau...
2. Masukkan daging@ayam@sotong@udang..pastikan betul2 masak@empuk..
3. Masukkan telur...pastikan jugak telur betul2 garing sikit...
4. Masukkan kicap pekat jgn byk beno nanti legam pulak
5. Masukkan garam + aji
6. Masukkan kuey tiaw + sayur2an...
kacau rata...then hidang....taburkan daun bawang n bawang goreng...perahkan sedikit limau kasturi keatas kuey tiaw sebelum cedok ke dalam mulut...

Kali ni aku gandingkan kuey tiaw aku dengan kopok lekor dr terengganu...pastinya selaju 4G gitu masuk kedalam mulut...

Bila perut dah kenyang gini la gaya nya...gaya terlampau Abg Atan jadi klip 3gp..abg atan?ekh ni bukan wajah sebenar abg atan...aku cuma berangan nak make over abg atan jadi macam dia...ni bro mana ntah...kalau dia ada kat umah aku, dah lama aku jadikan dia bantal tido...

Nota kaki makcik : Penah tengok tak kucing paw besar tampar orang?

DERA ROGOL BUANG!!!

Salam..selamat tengahari...selamat makan..makan jangan gelojoh2..mulakan dengan bismillah...doa makan..pastu jangan lupa jemput/pelawa makan kat orang yang berada disebelah menyebelah..jangan sombong..kalau sombong2 tak kemana pun..lagi pun dia org paham korang ajak2 hayam je...tak de ler diaorg muka tak malu datang betul2 makan apa dlm pinggan korang...kalau ada kes macam tu..please pm aku segera..aku nak interview org tu...
Hari Isnin ni biasa la..sumpahan hari minggu belum habis...so kerja pun bermula dengan ambik tahu hal2 negara,hal2 dunia...hari ni aku lebih fokus kisah insan2 kecik ni..bukan orang kerdil..tapi bebudak kecik..aku bermula dengan kisah dari obesi dulu-sebab tu la gambo budak obesi...hehe..ada sesapa nak bagi aku budak muka macam ni tak?hehehe...ikuti berita dibawah..

(muka budak ni ada iras muka aku masa kecik dulu-aku rasa mak aku ada cakap gitu la)

LONDON: Polis semalam cuba menyekat orang ramai daripada cubaan mengadakan perhimpunan sepanjang malam yang boleh mencetuskan kekacauan selepas seorang bayi berusia sebulan dilapor dirogol dan dipukul sehingga hampir mati.
Mesej dalam Facebook mendedahkan rancangan untuk mengadakan upacara sepanjang malam bagi berdoa untuk keselamatan bayi berkenaan berhampiran kediamannya, yang dipercayai mangsa paling teruk kes penderaan kanak-kanak di Britain.
Bayi itu mengalami kecederaan teruk termasuk patah tangan, patah tulang selangka, kecederaan paru-paru dan lebam di seluruh tubuh. Menurut laporan lagi, semua tulang rusuknya patah.
Lebih memeranjatkan, terdapat laporan menyatakan bayi itu turut mengalami kecederaan dalam kemaluan, dipercayai akibat dirogol.
Seorang lelaki dan seorang wanita dari Gravesend, Kent, ditangkap berhubung kejadian itu.
Mereka bagaimanapun dibebaskan atas ikat jamin polis sementara menunggu siasatan lanjut.
Satu kumpulan menulis dalam Facebook: “Penjarakan penjahat yang merogol dan memukul bayi berusia sebulan di Gravesend.”
Ia juga mendesak supaya nama pasangan berkenaan didedahkan.
Seorang pengunjung lain menulis: “Pasangan itu perlu dipenjara dan tidak dibenarkan diikat jamin, Mereka adalah penjahat.”
Seorang wanita menambah: “Kami terkejut dengan kejadian ini dan mahu menyuarakan ”sokongan kami terhadap kanak-kanak itu dengan mengadakan upacara khas untuknya malam ini.”
Bayi itu yang namanya tidak disiarkan, berada dalam keadaan tenat ketika dihantar ke hospital, Khamis lalu.
Bagaimanapun, malam tadi, dia menunjukkan tanda-tanda semakin pulih selepas dipindahkan ke sebuah hospital di London.
Polis turut menghantar pakar forensik untuk memeriksa sebuah rumah di Gravesend.
Jiran berkata, seorang lelaki dan seorang wanita tinggal di rumah berkenaan bersama-sama seorang bayi yang baru lahir.Mereka disifatkan sebagai peramah.
Seorang jiran bagaimanapun berkata, dia terdengar bunyi orang bergaduh di rumah berkenaan, Khamis lalu.

Kisah kat Penang dibawah lebih kurang sama aje ngan kat London tu..cuma bezanya bapak budak tu tak rogol anaknya...dan bezanya ada lagi..baca dulu..

Georgetown
: Hanya disebabkan tidak tahan mendengar tangisan bayinya berusia sembilan bulan yang kelaparan susu, seorang bapa tergamak menendang dan menghempas bayi malang itu hingga menyebabkannya cedera pada muka dan belakang badan.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi kelmarin di rumah keluarga terbabit, bayi perempuan malang itu dikatakan ditinggalkan bersama bapanya berusia 26 tahun yang sedang tidur dalam bilik ketika ibunya pergi ke dapur untuk membancuh susu.
Disebabkan lapar, bayi itu kemudian menangis dan ia mengejutkan bapanya daripada tidur, sebelum lelaki itu bangun dan terus menengking serta memarahi anaknya.
Menurut sumber, apabila bayi berkenaan terus menangis, bapa yang tidak bertindak seperti hilang akal itu kemudian menendang dan menghempas bayi terbabit ke tilam.
“Ketika itu isterinya cuba masuk campur untuk mententeramkan keadaan, namun dia turut ditendang suaminya,” katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, keadaan hanya reda selepas ibu lelaki terbabit yang turut berada di rumah berkenaan mengambil cucunya itu dan membawanya ke Hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.
“Bayi berkenaan mengalami lebam di muka serta calar di belakang badan, dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut,” katanya.
Isteri beliau yang tidak tahan dengan nafsu suaminya yang kuat seks dan mendatangi dari belakang telah membawa bayi tersebut dan kemudian membuat laporan berhubung kejadian itu. polis sudah mengambil keterangan daripadanya.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis , Superintendan Ahmad Bakhtiar Kassim mengesahkan kes itu dan ia disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Katanya, siasatan awal mendapati bayi itu tidak mengalami kesan kecederaan serius dan bapanya bertindak sedemikian kerana tidak tahan mendengar tangisan yang mengganggu tidurnya.
“Setakat ini tidak tangkapan dibuat kerana lelaki terbabit tiada di rumah dan kita masih mengesannya bagi membantu siasatan," katanya.

Kalau berita kat London tu..rakyatnya sungguh sensitif bab2 budak kena dera/rogol ni..sampai buat bantahan..perhimpunan sume..tapi kat negara kita macam dah biasa dengar..tak pernah aku dengar lagi kes budak kena rogol sampai mati ada org buat pehimpunan gitu..kalau ada mungkin masa tu aku duk lam gua tgh menuntu ilmu terbang...atau pun kita dah memang lali dengan kes budak kecik yg tak berdaya nak melawan ni kena dera rogol bunuh bagai...dan kalau baca kes budak kecik mati derita gitu ibarat kita baca "Sebatang pokok sena berusia 100 tahun ditebang"...biasa je...kurang2 pun mulut mesti cakap...kesian dia...

KUALA LUMPUR: Langkah pihak berkuasa menetapkan kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh sejak tahun lalu, masih belum dapat membendung jenayah itu apabila 73 kes buang bayi, termasuk yang dibunuh kejam, dicatatkan di seluruh negara sepanjang lapan bulan tahun ini.
Jumlah itu menjadikan keseluruhan 571 kes pembuangan serta ‘pembunuhan bayi’ direkodkan di seluruh negara sepanjang lima tahun lalu dengan 318 bayi disahkan mati, manakala 253 pula ditemui masih hidup.
Secara keseluruhannya, PDRM terbabit dari sudut penyiasatan yang kini dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atau Seksyen 307 kanun sama, iaitu cubaan membunuh, namun usaha membendung gejala itu dari terus berlaku perlu membabitkan pelbagai pihak. - Mohd Bakri Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman
Perangkaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hingga Ogos lalu itu bagaimanapun tidak termasuk kes pembunuhan kejam membabitkan bayi perempuan yang mati dikelar di asrama sebuah sekolah di Betong, Sarawak serta seorang bayi perempuan ditemui mati dalam longkang selepas dicampak dari tingkat dua flet di Selayang, bulan lalu.
Malah, semakan Berita Harian mendapati, sekurang-kurangnya 10 lagi kes pembuangan bayi dilaporkan sepanjang dua bulan lalu menjadikan jumlah keseluruhan kes tahun ini hampir menyamai 91 kes sepanjang 2010.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin, berkata daripada 73 kes buang bayi sejak Januari hingga Ogos lalu, 44 bayi ditemui mati, manakala 29 masih hidup.
Beliau berkata, daripada keseluruhan kes pembuangan bayi tahun ini, 26 daripadanya adalah lelaki, 30 perempuan selain 17 lagi tidak dapat dikenal pasti jantinanya kerana sudah reput.
“Secara keseluruhannya, PDRM terbabit dari sudut penyiasatan yang kini dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atau Seksyen 307 kanun sama, iaitu cubaan membunuh, namun usaha membendung gejala itu dari terus berlaku perlu membabitkan pelbagai pihak,” katanya kepada Berita Harian.
Tahun lalu, Kabinet memutuskan kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati manakala kes cubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, dalam usaha menimbulkan rasa gerun di kalangan pihak terbabit.
Sejak 2007 hingga 2010, perangkaan kes pembuangan bayi menunjukkan graf secara turun naik, iaitu pada 2007 sebanyak 76 kes dicatatkan, namun ia meningkat secara mendadak pada 2008 dengan 102 kes, tetapi menurun semula kepada 79 kes tahun berikutnya, manakala 91 kes dicatatkan tahun lalu.
Sepanjang lapan bulan pertama tahun ini, Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu 20 kes, diikuti Johor dan Sabah masing-masing 12, Kuala Lumpur serta Perak dengan sembilan dan tujuh kes, manakala tiada sebarang kes direkodkan di Perlis, Pahang dan Terengganu.

Kalau kes buang anak ni tak yah la cakap kan..macam buang anak kucing kat pasor(macam pernah aku buatkan-buang kucing-...sumpah tak pernah!) tp tgk la..kalau orang buang anak kucing/bapak kucing mesti kat pasar..restoran..warung..belakang giant..tesco..mydin..ada tak korang jumpa/nampak org buang anak kucing lam longkang?dalam tong sampah?dr tingkap umah pangsa tingkat 6?dlm semak tempat org tak lalu lalang..itu bg kaum yg mmg tak tahu la kata makhluk jenis apa yang buat..yg pasti bukan binatang..sebab binatang tak buang anak..
kalau makhluk ni yang rasa macam kerjaan dia ni mulia sikit martabatnya..dia letak budak kecik yang kadang tu bernyawa lagi ni kat surau...tak pun depan umah orang..tinggal kat wad sepital...vongok!!aduh..
Manusia mmg suka activity buang membuang kut...buang kucing..buang anjing..buang hamster..buang sampah merata2...buang bini..buang laki..buang bopren..buang gepren...buang kerja..buang anak..buang air merata2..sebelum aku melalut lagi dasat...baik aku berenti jap...

Nota kaki makcik : Buang Boss boleh tak?

Saturday, December 3, 2011

BANJIR DLM PANGGUNG!!

Salam...selamat pagi...dah nak melangkah ke tengahari dah ni..org2 kajang apa khabar? air dah surut?..kemain lagi kan banjir kat Kajang..kereta dah jadi speed boat...mudah2an tak la semakin teruk..cuaca di Melaka pagi ni panas terik..kalau berdiri tengah panas tu dalam 15minit..muka ala Nora Danish pun boleh bertukar jadi Dayang Senandung CTRM...hehhe..pepagi dah perli kutuk org aku ni...biasa la...rimas kalau sehari tak mengutuk org..tu pasal la org suka kutuk aku hari2....hahhahah..tp kat Melaka ni petang pasti hujan..malam pastinya sejukkk aje...kalau sejuk2 tu terasa nak makan capati pakcik misai...

Gambar diatas bukan pakcik misai...ni Mr AA..ada sape tak kenal ke? bagus ler kalau korang tak kenal..sebab dia dah jadi laki org..yang aku nak sembang ni kisah semalam, akhirnya aku dapat jugak nak gi tengok movie Ombak Rindu yang mana bukunya aku dah 3-4 kali katam..tak kisah lah heroinnya aku tak minat - Maya Kering..aku tak minat sebabnya lakonan dia agak kekayuan dan bercakap ala2 hindon gitu...so aku mmg menjangkakan Ombak Rindu(OR) pasti nasib nya sama seperti Lagenda Budak Setan..Nur Kasih the Movie..yang mana cerita2 yang aku harap sangat best itu rupanya seperti hampas2 kelapa kering..so aku tak la target bahawa OR pun boleh jadi mantop...
So semalam aku pegi tengok dengan Asz Zain n makcik nya dengan jayanya...orang ramai tok sah la nak citer..first time aku tengok wayang satu seat pun tak de kosong..penuh panggung..aku berkata2 dalam hati..ni kalau tak best ni mau aku tabur popcorn kat lantai...hehhehe...kali ni aku tak de la duk membandingkan movie ngan kisah dalam buku..sebabnya sudah pasti ianya tak sama..
Starting je..aku ok lagi..belum bosan la...hehhe...makin ke tengah cerita emosi aku kurang nak stabil pulak..sebelah kiri aku seorang mamat dengan aweknya..aweknya lagi kurang stabil emosi..tp mamat tu cool aje tak la gelakkan aweknya tuh hehehhe...tetiba sampai part yang tak menahan akhir aku tewas jugak..shilaka ini celita..bikin gua susah ati!!mamat sebelah aku dah tak tentu harah..duk paling kiri kanan..dua2 eko pempuan sebelah dia duk melalak...shilaka kan...habis macho aku...kalau kat umah 5 minit pertama pasti empangan aku dah pecah sampai aboih citer la...tp ni kat panggung..so kena tahan sikit..tapi tewas jugak..hehehhe...puas lap ayor mate ngan tudung...tisu tak de la...hahhahahha...
Oleh kerana Aaron berjaya buat aku menangis depan orang ramai...maka aku bagi 4*/5 to this movie..overall..movie terbaik sepanjang 2011 bagi aku...orang yang baru putus cinta dilarang sama skali menonton kat panggung..tgk kat umh je hasil donlod or vcd haram..sebab nanti ko akan bayangkan diri ko tu macam Maya Kering hahahhaha....jauhkan diri dari perasan berlebihan...lupa nak cakap..Maya Kering dlm OR langsung tak kayu...terbaeekkk!!!

Nota kaki makcik : Makcik memang lemah tengok lelaki hensem gagah perkasa menangis kerana kesalahan dia sendiri...tetiba jatuh cinta kali ke banyak kali kepada watak Hariz...huhuhu

Thursday, December 1, 2011

MENU : BUBUR AYAM BANJIR

Salam...hari ni 1 december dah..selamat hari jadi kepada sesiapa yang menyambutnya hari ni..31 hari lagi kita akan melangkah ke tahun 2012...pastikan kita sentiasa muda jelita...huahuahauhau...nak sedapkan hati sendiri la nih...hehhe..sempena cuti sekolah akhir tahun ni, ramai kawan2 blogger pergi bercuti..macam2 destinasi dikunjungi...dalam malaysia ada..luar malaysia pun ada..selamat bercuti...aku?..huhu tak kemana pun..harus bertugas kerana cuti sakit hampir seminggu dah aku ambik minggu lepas...bercuti dirumah aje..sambil kuak lentang ngadap tv aje..hehehh..so minggu ni onwards kena la ngadap muka bos kat ofis pulak...
Kepada yang ingin bercuti ke pantai timur..hati2 ye dikala musim hujan ni..nanti kereta kesayangan anda akan jadi tongkang peribadi pulak..
Kalau musim2 sejuk gini teringat aku zaman aku remaja sunti atau bebudak dulu..tatkala hujan lebat dari pagi hingga ke pagi lagi..lebat aje tak menunjukkan nak reda...angin tak usah nak cerita boleh membuat kita demam serta merta...walaupun hujan tp aku bukan jenis budak yang suka bermandi hujan atau mengharung air paras keting depan rumah macam bebudak pendek akal yang lain...aku lebih suka kalau waktu sejuk2 atau hujan2 lebat gitu berhibernasi dalam rumah..atau kata lain..tido sambil berselimut mayat...
Rumah papan kat kampung tu kalau hujan lebat bukan boleh buat apa pun..nak bukak tv pun tak berani..takut tv kena sambar petir...dari pagi mak dah bagi makan kenyang2 @ makan nasi la...so mata pun cepat mengantuk...budak2 lain keluar rumah mandi hujan pasal nak save bil air mak bapak...tp aku mesti sambung tido..aku tak suka main hujan pasal yg utamanya aku takut ada lintah..ntah kenapa aku nyampah betul dengan lintah ni..so aku lebih rela berjaket tebal..berstokin..dan akhirnya berselimut mayat dalam rumah...mimpi lagi indah...tapi ada 1 perkara yang boleh membuatkan aku naik angin kalau tido dimusim hujan lebat ni ni...tengah2 syok tido...kalau tetiba aku bermimpi aku bermandi hujan sambil berenang renang di dalam banjir maknanya muka aku dah lencun la tu...lencun dengan air hujan hasil dari atap rumah yang bocor...chess kes salah parking la ni!!!!
Kalau hujan2 gini pastinya bubur ayam panas2 pasti syok utk dihadap...

Bahan2 :
Aku guna tulang ayam (dinasor tu) potong kecil2 + isi ayam potong kecil2..
Isi ayam (perap garam+kunyit-goreng garing)
Beras
Bawang merah hiris
Bawang putih hiris
Halia hiris
Rempah 4 beradik (buah pelaga+cengkih+bunga lawang+kayu manis)
Serbuk lada hitam
Cili api kisarkan
daun sup+bawang - hiasan
bawang goreng - hiasan

Cara2 :
1. Masak beras/rebus sehingga hancur - macam buat bubur kosong..
2. Masukkan tulang2 ayam dan isi ayam yg telah dipotong..masak hingga empuk..
3. Tumis berasingan...bahan hiris+rempah 4 beradik+lada hitam...dah naik bau...tuang hasil tumisan tu ke dalam periuk bubur...
4. Masukkan cili api kisar td..kalau nak pedas..lebihkan la..
5. Masukkan garam n aji (kalau guna la)...
Semasa nak hidang tu taburkan daun sup n bawang..bawang goreng dan hirisan ayam goreng rangup tadi tu....
Makan sampai kenyang....

Nota kaki makcik : Untuk makluman...blog makcik ni bukan blog masakan tau..huhu..resepi ntah apa2 dari aku ni belum sampai tahap nak jadikan blog aku sebagai blog masakan yep...ini sekadar berkongsi resipi mudah untuk org bujang mahupun org yg hidup simple seperti aku..sebab tu la resipi yang aku share kat sini,org sengal2 ubi pun boleh buat..budak 10 thn pun champion..kalau tak sedap tu sorry la..mungkin hanya ok kat tekak aku aje...

Wednesday, November 30, 2011

ABG ATAN & FAMILY

Salam...selamat petang...dah minum petang?..pekena kuih koci ngan teh O pun best jugak kan!..langit pun gelap aje kat Melaka..nak hujan lagi nampaknya petang ni...hari nak ujan ni teringat pulak kat Abg Atan anak beranak...
Siapa Abg Atan?..jom aku mulakan cerita...
Setahun lepas Abg Atan bawak isteri tinggal kat area rumah aku...hidup diaorg memang gelandangan..makan pun mintak simpati jiran tetangga...tp Abg Atan silap..dia pindah salah tempat..kebanyakan dikawasan kejiranan tu tak suka keluarga Abg Atan ni..isteri Abg Atan selalu kena sesah...isteri Abg Atan nama Kak Tot..cantik orang nya..sekali pandang macam orang atasan tp sebabkan kawin ngan Abg Atan..rupa pun dah macam orang kebanyakkan...masa mula2 Abg Atan dan isteri pindah, Kak Tot agak debab sikit..aku yakin Kak Tot mesti datang dari keluarga yang berada...agaknya dah berkasih dengan Abg Atan, Kak Tot lari dari rumah ikut Abg Atan..kiranya kawin lari la ni kut..masa awal2 aku kenal Abg Atan dan Kak Tot, aku igtkan diaorg ni hidup tak la susah..makan cukup sebabkan bodi Kak Tot power..cuma bodi Abg Atan je agak kurus tp badan nya tetap tegap sasa...mungkin hasil kerja kuat nak menyara Kak Tot. Aku kengkadang tu hulur jugak makanan kat pasangan ni...bila dah selalu hulur maka setiap hari pulak pasangan ni datang bertandang kat rumah aku...sekali sekala tu..bila masa aku bercuti hanya melepak kat rumah..aku ajak jugak pasangan ni bersembang tentang hal ehwal semasa...dan kadang tu mintak Abg Atan bg idea mcmana nak settle kan masalah aku..hehe..Abg Atan memang power...
2-3 bulan selepas mereka tinggal di sebelah koridor rumah aku...Kak Tot pun mengandung..bunting pelamin kut...tapi badan Kak Tot makin kurus..mungkin tak cukup makan..Abg Atan pun satu hal..akhir2 ni malas bekerja..kerjanya asyik makan tido aje...aku keluar pegi keje nampak dia tido terkangkang...aku balik keje pun nampak dia tengah kangkang lagi...kesian Kak Tot kena cari makan sendiri dengan perut yg terboyot2...aku kesian tengok Kak Tot, aku hulur jugak makanan yang berkasiat kat dia..tapi aku geram jugak Abg Atan mesti makan lebih dari Kak Tot..Kak Tot kadang tu mengalah aje..biarkan Abg Atan makan dulu..aku hanya pandang aje dari dalam rumah dgn hati geram rasa macam nak pegi terajang Abg Atan..tp aku sabar aje sebab aku rasa Abg Atan pun memang perlu makan jugak...suatu pagi tu..aku dapati Kak Tot dah bersalin...tapi aku tak tahu la kembar ke apa..boy or girl...bila Kak Tot datang umah tgk sangat muka nya agak letih dan badannya mmg susut...kemana Kak Tot pegi mesti Abg Atan ikut kat belakang...bukannya dia tahu nak gi jaga anak ke time Kak Tot nak gi cari makan...dalam pantang pun Kak Tot kena cari makan sendiri..Abg Atan ni mmg tak bertanggungjawap la orangnya....
Seminggu selepas Kak Tot bersalin baru aku dapat tahu..anak Abg Atan n Kak Tot ni kembar...sungguh comey...macam Kak Tot ngan Abg Atan jugak..TAPI....

ABG ATAN

KAK TOT

PASANGAN ROMANTIS!!

TAPI NI ANAK ABG ATAN N KAK TOT!!! ADAKAH KAK TOT CURANG DENGAN ABG ATAN???!!!!!


Nota kaki makcik : makcik kalau jadi Abg Atan makcik sumpah Kak Tot jadi timau!!!