Hari Isnin ni biasa la..sumpahan hari minggu belum habis...so kerja pun bermula dengan ambik tahu hal2 negara,hal2 dunia...hari ni aku lebih fokus kisah insan2 kecik ni..bukan orang kerdil..tapi bebudak kecik..aku bermula dengan kisah dari obesi dulu-sebab tu la gambo budak obesi...hehe..ada sesapa nak bagi aku budak muka macam ni tak?hehehe...ikuti berita dibawah..
LONDON: Polis semalam cuba menyekat orang ramai daripada cubaan mengadakan perhimpunan sepanjang malam yang boleh mencetuskan kekacauan selepas seorang bayi berusia sebulan dilapor dirogol dan dipukul sehingga hampir mati.
Mesej dalam Facebook mendedahkan rancangan untuk mengadakan upacara sepanjang malam bagi berdoa untuk keselamatan bayi berkenaan berhampiran kediamannya, yang dipercayai mangsa paling teruk kes penderaan kanak-kanak di Britain.
Bayi itu mengalami kecederaan teruk termasuk patah tangan, patah tulang selangka, kecederaan paru-paru dan lebam di seluruh tubuh. Menurut laporan lagi, semua tulang rusuknya patah.
Lebih memeranjatkan, terdapat laporan menyatakan bayi itu turut mengalami kecederaan dalam kemaluan, dipercayai akibat dirogol.
Seorang lelaki dan seorang wanita dari Gravesend, Kent, ditangkap berhubung kejadian itu.
Satu kumpulan menulis dalam Facebook: “Penjarakan penjahat yang merogol dan memukul bayi berusia sebulan di Gravesend.”
Ia juga mendesak supaya nama pasangan berkenaan didedahkan.
Seorang pengunjung lain menulis: “Pasangan itu perlu dipenjara dan tidak dibenarkan diikat jamin, Mereka adalah penjahat.”
Seorang wanita menambah: “Kami terkejut dengan kejadian ini dan mahu menyuarakan ”sokongan kami terhadap kanak-kanak itu dengan mengadakan upacara khas untuknya malam ini.”
Bayi itu yang namanya tidak disiarkan, berada dalam keadaan tenat ketika dihantar ke hospital, Khamis lalu.
Bagaimanapun, malam tadi, dia menunjukkan tanda-tanda semakin pulih selepas dipindahkan ke sebuah hospital di London.
Polis turut menghantar pakar forensik untuk memeriksa sebuah rumah di Gravesend.
Jiran berkata, seorang lelaki dan seorang wanita tinggal di rumah berkenaan bersama-sama seorang bayi yang baru lahir.Mereka disifatkan sebagai peramah.
Seorang jiran bagaimanapun berkata, dia terdengar bunyi orang bergaduh di rumah berkenaan, Khamis lalu.
Kisah kat Penang dibawah lebih kurang sama aje ngan kat London tu..cuma bezanya bapak budak tu tak rogol anaknya...dan bezanya ada lagi..baca dulu..
Georgetown: Hanya disebabkan tidak tahan mendengar tangisan bayinya berusia sembilan bulan yang kelaparan susu, seorang bapa tergamak menendang dan menghempas bayi malang itu hingga menyebabkannya cedera pada muka dan belakang badan.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi kelmarin di rumah keluarga terbabit, bayi perempuan malang itu dikatakan ditinggalkan bersama bapanya berusia 26 tahun yang sedang tidur dalam bilik ketika ibunya pergi ke dapur untuk membancuh susu.
Disebabkan lapar, bayi itu kemudian menangis dan ia mengejutkan bapanya daripada tidur, sebelum lelaki itu bangun dan terus menengking serta memarahi anaknya.
Menurut sumber, apabila bayi berkenaan terus menangis, bapa yang tidak bertindak seperti hilang akal itu kemudian menendang dan menghempas bayi terbabit ke tilam.
“Ketika itu isterinya cuba masuk campur untuk mententeramkan keadaan, namun dia turut ditendang suaminya,” katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, keadaan hanya reda selepas ibu lelaki terbabit yang turut berada di rumah berkenaan mengambil cucunya itu dan membawanya ke Hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.
“Bayi berkenaan mengalami lebam di muka serta calar di belakang badan, dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut,” katanya.
Isteri beliau yang tidak tahan dengan nafsu suaminya yang kuat seks dan mendatangi dari belakang telah membawa bayi tersebut dan kemudian membuat laporan berhubung kejadian itu. polis sudah mengambil keterangan daripadanya.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis , Superintendan Ahmad Bakhtiar Kassim mengesahkan kes itu dan ia disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Katanya, siasatan awal mendapati bayi itu tidak mengalami kesan kecederaan serius dan bapanya bertindak sedemikian kerana tidak tahan mendengar tangisan yang mengganggu tidurnya.
“Setakat ini tidak tangkapan dibuat kerana lelaki terbabit tiada di rumah dan kita masih mengesannya bagi membantu siasatan," katanya.
Kalau berita kat London tu..rakyatnya sungguh sensitif bab2 budak kena dera/rogol ni..sampai buat bantahan..perhimpunan sume..tapi kat negara kita macam dah biasa dengar..tak pernah aku dengar lagi kes budak kena rogol sampai mati ada org buat pehimpunan gitu..kalau ada mungkin masa tu aku duk lam gua tgh menuntu ilmu terbang...atau pun kita dah memang lali dengan kes budak kecik yg tak berdaya nak melawan ni kena dera rogol bunuh bagai...dan kalau baca kes budak kecik mati derita gitu ibarat kita baca "Sebatang pokok sena berusia 100 tahun ditebang"...biasa je...kurang2 pun mulut mesti cakap...kesian dia...
KUALA LUMPUR: Langkah pihak berkuasa menetapkan kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh sejak tahun lalu, masih belum dapat membendung jenayah itu apabila 73 kes buang bayi, termasuk yang dibunuh kejam, dicatatkan di seluruh negara sepanjang lapan bulan tahun ini.
Jumlah itu menjadikan keseluruhan 571 kes pembuangan serta ‘pembunuhan bayi’ direkodkan di seluruh negara sepanjang lima tahun lalu dengan 318 bayi disahkan mati, manakala 253 pula ditemui masih hidup.
Secara keseluruhannya, PDRM terbabit dari sudut penyiasatan yang kini dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atau Seksyen 307 kanun sama, iaitu cubaan membunuh, namun usaha membendung gejala itu dari terus berlaku perlu membabitkan pelbagai pihak. - Mohd Bakri Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman
Perangkaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hingga Ogos lalu itu bagaimanapun tidak termasuk kes pembunuhan kejam membabitkan bayi perempuan yang mati dikelar di asrama sebuah sekolah di Betong, Sarawak serta seorang bayi perempuan ditemui mati dalam longkang selepas dicampak dari tingkat dua flet di Selayang, bulan lalu.
Malah, semakan Berita Harian mendapati, sekurang-kurangnya 10 lagi kes pembuangan bayi dilaporkan sepanjang dua bulan lalu menjadikan jumlah keseluruhan kes tahun ini hampir menyamai 91 kes sepanjang 2010.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin, berkata daripada 73 kes buang bayi sejak Januari hingga Ogos lalu, 44 bayi ditemui mati, manakala 29 masih hidup.
Beliau berkata, daripada keseluruhan kes pembuangan bayi tahun ini, 26 daripadanya adalah lelaki, 30 perempuan selain 17 lagi tidak dapat dikenal pasti jantinanya kerana sudah reput.
“Secara keseluruhannya, PDRM terbabit dari sudut penyiasatan yang kini dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atau Seksyen 307 kanun sama, iaitu cubaan membunuh, namun usaha membendung gejala itu dari terus berlaku perlu membabitkan pelbagai pihak,” katanya kepada Berita Harian.
Tahun lalu, Kabinet memutuskan kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati manakala kes cubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, dalam usaha menimbulkan rasa gerun di kalangan pihak terbabit.
Sejak 2007 hingga 2010, perangkaan kes pembuangan bayi menunjukkan graf secara turun naik, iaitu pada 2007 sebanyak 76 kes dicatatkan, namun ia meningkat secara mendadak pada 2008 dengan 102 kes, tetapi menurun semula kepada 79 kes tahun berikutnya, manakala 91 kes dicatatkan tahun lalu.
Sepanjang lapan bulan pertama tahun ini, Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu 20 kes, diikuti Johor dan Sabah masing-masing 12, Kuala Lumpur serta Perak dengan sembilan dan tujuh kes, manakala tiada sebarang kes direkodkan di Perlis, Pahang dan Terengganu.
Kalau kes buang anak ni tak yah la cakap kan..macam buang anak kucing kat pasor(macam pernah aku buatkan-buang kucing-...sumpah tak pernah!) tp tgk la..kalau orang buang anak kucing/bapak kucing mesti kat pasar..restoran..warung..belakang giant..tesco..mydin..ada tak korang jumpa/nampak org buang anak kucing lam longkang?dalam tong sampah?dr tingkap umah pangsa tingkat 6?dlm semak tempat org tak lalu lalang..itu bg kaum yg mmg tak tahu la kata makhluk jenis apa yang buat..yg pasti bukan binatang..sebab binatang tak buang anak..
kalau makhluk ni yang rasa macam kerjaan dia ni mulia sikit martabatnya..dia letak budak kecik yang kadang tu bernyawa lagi ni kat surau...tak pun depan umah orang..tinggal kat wad sepital...vongok!!aduh..
Manusia mmg suka activity buang membuang kut...buang kucing..buang anjing..buang hamster..buang sampah merata2...buang bini..buang laki..buang bopren..buang gepren...buang kerja..buang anak..buang air merata2..sebelum aku melalut lagi dasat...baik aku berenti jap...
Nota kaki makcik : Buang Boss boleh tak?
No comments:
Post a Comment