Monday, August 13, 2012

APA PUN TAK BOLEH!!

Salam...apa khabar semua?..aku sihat2 aje..tak sihat pun buat2 la sihat..yang penting tak ponteng lagi puasa..yeay!! Lama tak bukak pintu rumah..alhamdulillah pengunjung tetap datang...tapi mungkin hampa sikit sebab tuan rumah tak update apa2...tapi ok la tu korang jalan2 sebelum raya ni kan..ada seminggu lagi aku bekerja ni..pastu cuti sakan..pasti akan ada yang rindu huhuhu...sape tu?-ntah-

Korang pernah tak lalui kes2 terpencil macam aku ni - situasi berlaku antara 2 orang manusia..bila setiap hari kita layan dia..buat apa yang dia nak..kita patuh pada arahan dia..dia gembira dengan kerja kita..dia puji kita..kita bersembang dengan dia..kekadang tu bergurau senda dangan kita..bergaduh dengan dia..bergossip dengan dia..kekadang tu mengumpat jugak..mengadu domba dengan dia..berkaunseling dengan dia...itu semua yang kita lalui hari2 dengan dia..tiba2 suatu hari datang orang baru menggantikan apa yang kita buat selama ini dengan dia dan kita tak ada kaitan lagi dengan dia..TAPI APA YG TERJADI..tak sampai 1/2 jam - "sue, u tolong review report ni.." - aduh!!!
Dimanakah kepercayaan mu??

Kisah nak raya...


KUALA LUMPUR: Enggan membeli baju raya, seorang lelaki berusia 40-an cedera di kepala selepas dihentak dengan anak lesung batu oleh isterinya dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Baru, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, wanita berusia lewat 20-an terbabit dilaporkan hilang pertimbangan sebelum menyerang suaminya selepas pasangan itu bertengkar lebih 10 minit.

Menurut sumber, semuanya bermula apabila wanita berkenaan mengajak suaminya untuk membeli baju raya.

  “Bagaimanapun, suaminya meminta wanita itu supaya berjimat dan memakai pakaian sedia ada kerana tidak mahu membazir,”
katanya.

Sumber berkata, wanita itu tidak berputus asa sebaliknya terus memujuk suaminya itu untuk membawanya ke pusat beli-belah.

Ganas2 sungguh bini2 zaman sekarang...macam bagus..ini kes2 akal tak matang tp dah nak berlaki..

Friday, August 3, 2012

WANG KERTAS BARU



 


 Dikhabarkan pihak Bank Negara akan mula mengeluarkan siri wang kertas baru pada tahun ini..wang kertas ini dijangkakan akan dikeluarkan oleh Bank Negara  mulai 17 Julai 2012..sempena nak raya la nih..Siri wang kertas baru ni menggabungkan ciri2 keselamatan yang seiring dengan teknologi terkini termasuk imej bayang-bayang, tetingkap jernih, potret tera air berpiksel dengan nombor yang jelas, benang keselamatan yang berubah warna dan benang kanta mikro.
Untuk hari raya nanti sila pilih warna apa nak taruk dalam sampul duit..hahahaha...bebudak mesti tak nak kaler merah dah..mesti nak paling minimum keorenan tu..aihhh...

CUPCAKE CANTIK


 PETANG-PETANG YANG MULIA NI KITA TGK CUPCAKES JE LA..NI BUKAN AKU BUAT..GAMBO CILOK..TP ONE DAY AKU AKAN TEPEK YANG AKU BUAT SENDIRI PULOK...HOK HOK HOK..TUNGGU LA KALAU ADA REZEKI YEP..RUPA LAGI CANGGIH DR YANG KAT ATAS2 TU..TGK AJE DAH JULING..BELUM MAKAN LAGI..TENGOKKK LAAAA..(ayat tak leh blah..memang tak de la jawapnya)

Thursday, August 2, 2012

TERAWIH 100 RAKAAT


BERPUASA pada siang hari dan beribadat sebelah malamnya dengan mengerjakan solat tarawih sepanjang bulan Ramadan merupakan dua amalan yang penuh dengan keistimewaan serta keberkatan. Kedua-duanya begitu sinonim dan sukar dipisahkan kerana ia memberi manfaat tersendiri kepada umat Islam dalam melaksanakan ibadah tersebut. Jika tertinggal atau tidak mengerjakan salah satunya, maka puasa atau solat tarawih yang dilakukan bukan sahaja terasa kosong, malah sia-sia.

Sebaliknya, seseorang itu hanya mendapat kepenatan. Bagi Haniff Abu Talib, 23, pelajar jurusan Ijazah Takhassus Qiraat Shoubra di Maahad Qiraat Al-Azhar, Mesir, ketibaan Ramadan amat ditunggu-tunggu walaupun beliau berada di perantauan. Bagi masyarakat Asia Barat, Ramadan begitu istimewa terutama dalam mengerjakan ibadah tarawih. "Sepanjang menuntut di Mesir sejak dua tahun lalu, saya berpeluang mengunjungi daerah Tarim di Hadramaut, Yemen. Pengalaman pertama kali berada di Masjid Tarim sangat mengujakan kerana kami langsung tidak tidur malam. "Masyarakat Yemen melaksanakan ibadah sebanyak-banyaknya pada malam-malam bulan Ramadan.

Selepas solat Maghrib, mereka terus melakukan solat tasbih beramai-ramai. Kemudian, selepas Isyak, solat tarawih dilakukan sebanyak 100 rakaat. "Mereka seolah-olah mengqada semua solat-solat sunat yang ditinggalkan dahulu bagi merebut pahala ibadah berlipat kali ganda yang dijanjikan Allah pada bulan ini. Bayangkan hebatnya masyarakat Islam di Hadramaut menunaikan ibadah," jelas Haniff yang berjaya khatam al-Quran Riwayat Imam Qolun dan Imam Abu Ja'far secara talaqqi di hadapan Sheikh Waeel Hajjaj di Mesir. Haniff juga pernah berkunjung ke Masjid Ba'alawi dan tidak melepaskan peluang mengerjakan solat tarawih bersama ulama terkemuka Yemen, Habib Umar bin Hafidz di Darul Mustofa, Tarim, Hadramaut. Tarim merupakan sebuah kota kecil yang terletak kira-kira 500 kilometer dari ibu kota Yemen, Sana'a. Menurut Ensiklopedia Islam, ia turut disebut sebagai kota Seribu Wali dan terkenal sebagai pusat ilmu dan penyebaran Islam ke seluruh dunia.

Di Yemen, terdapat 365 buah masjid. Setiap kali Ramadan, solat tarawih akan dikerjakan sepanjang malam hingga solat Subuh. Keadaan itu membolehkan para jemaah memilih masa yang diinginkan untuk menunaikan solat tarawih di mana-mana masjid yang ada. Menurut anak kelahiran Port Dickson, Negeri Sembilan itu, di Malaysia lain pula ceritanya. Apabila Ramadan menjengah, kehangatan Aidilfitri sudah dirasai. Namun, di Mesir, bulan Ramadan dirasakan seolah-olah hari raya. "Di Mesir, Ramadan disambut meriah seperti hari raya. Kebanyakan penduduk akan memasang pelita besar yang dikenali sebagai fanus. Ia akan ditulis dengan kalimah Allah atau perkataan Ramadan Kareem. Setiap masjid pula biasanya akan menyediakan makanan untuk berbuka puasa yang dinamakan maidatur rohman," terangnya lanjut.

kredit+ kosmo


Tahun ni aku berkesempatan berterawih 20 rakaat..kebiasaannya masjid yang selalu aku pegi ni hanya buat 8 rakaat saja setiap thn tp tahun ni diaorg dah upgrade ke 20 rakaat..malam pertama n kedua mmg terasa pelbagai "rasa"..tapi bila dah masuk malam ke-3 dan seterusnya dah makin berkurang terasa lama,penat,panas,haus,dan segala bisikan2 malas..20 rakaat tu terasa mudah aje...syukur alhamdullillah...agaknya kalau 100 rakaat mcmana yep..bestnya..tips aku cipta sendiri untuk menghindarkan jadi malas dan cepat letih..caranya kawalan minda...hahhaha..jangan kira berapa rakaat yang telah anda buat,,,ikut je imam..jangan duk kira berapa dah..berapa dah..baru kusyuk dan ikhlas..tetiba je imam sebut witir..kan cepat rasanya..hehhee....

THAILAND - CHIANG MAI

Aman sikit rasanya pejuang2 iraq kat luar sana dah tido..nasib baik aku tak call polis..tetiba je polis peronda lalu td..pandai pulak diaorg senyap..agaknya dia dah tahu dah time polis peronda nak meronda..huhu..kalau kena tangkap tadi kan best..baru la aman sampai habis ramadhan..
KIta pusing2 bandar diraja Chiang Mai ni dulu sebelom kita tido yep..

 Kota lama - lupa dah nama area ni - tetiba malas nak gugel..

 Kota lama ni ada disekeliling bandar CM ini..

 Dan juga dikelilingi oleh terusan...pemandangan nya amat menarik dan cantik..bersih jugak!

 Kalau anda ke thailand ni..jangan muak tgk gambar pakcik yang dekat pintu gerbang tu...serata ceruk ada aje gambar pakcik tu..dia dah tua tp rakyat thailand tampal gambar dia time muda2 je...hik hik hik
Suka beno snap menatang merah ni..naik dok setahrang!ooppss speaking plok..

 Dah nama pun thailand..pastinya tokong ada sana sini..tika ni kami menghala kekawasan bertanah tinggi...sejuk sikit..

Stop kejap nak tengok suasana..akak dalam van tu jual khinzir ball..ho ho ho

 Dapat lihat selruh bandar CM dari sini..



Jam menunjukkan pukul 12 tghr masa gambar ni diambil..panas terik..yang nyata aku belum lagi mandi masa ni...tapi wangi lagi...hahhaha...to be continue.

Seperti biasa la..dah tgh2 malam ni mata belum nak lelap...setiap malam tido hanya 3-4 jam..ada kawan2 cakap.."canner ko nak tido..ngadap fb je"...mana ada aku hadap fb..aku bukak sekali dua je..tu pun tak lebih dr 5 min..biasanya depan pc ni aku layan online movie je..habis 1 movie baru aku bukak fb..bukak blog..blog walking..youtube..then tutup..tido..biasanya cecah 2am jugak..apapun selamat pagi semua...aku tido dulu..bye..

Wednesday, August 1, 2012

THAILAND - CHIANG MAI

Salam..kepada sesiapa yang baru usai solat terawih tu jom kita pakat mamam kuih lebihan buka pose tadi hehehhe...malam ni sekitar rumah aku agak meriah bercampur memekak..budak melayu + cina + nepal berlawan2 main mercun..mencik betul aku..aku mmg tak suka main mercun,bunga api dan sewaktu dengannya..dlm hidup aku pernah main 1 jenis je..bunga api yang salut kertas merah tu..bunga api cap kucing ke rimau ke singa ke tak pernah..aku tak suka..aku berhenti main bunga api batang merah tu berpuluh tahun yang lepas selepas batang bunga api tu meletup masa aku tgh pusing2..huh nasib baik tak masuk sok kabar..

Ok jom kita sambung citer semalam..tuan empunya teksi yg dibooking tu bernama Ahmad..seorang muslim..so senang la kalau nak request pegi ke tampat makanan yang halal..(makan dulu yang igt)

So sebelum gi makan..Ahmad bawak pusing2 dulu..


Kemana arah nak tuju pun aku tak tahu..kalau dia bawak lari pun aku pasrah je..


Ok la tu kena saman..
Teringain nak naik mende merah tu..

Suasananya agak sama seperti di melaka..hehheh..dan aku masih mamai mana en.ahmad ni nak tuju..

oooo kedai makan rupanya...heheh..dah tahu dah tadi..aku jugak yang request nak mencekik..ok pegi brunch dulu la..

Huh...banyak menu ni..nak makan apa yep...

Akhirnya...balik balik nasi goreng cili padi..pegi mana2 pun ini lah menu aku..tak jelak ke kiah?

Ni mee goreng..macam megi goreng kan..rasanya boleh tahan sedap..

Ni best..tauhu masak apa ntah..pedas menyengat...

Akhirnya aku kenyang...

Aduh memekak betul kat luar sana..mcm berada kat negara iraq pulak!! woiiii boleh korang berenti main tak???aku tipon polis kang!!!- status - emosi!

THAILAND - CHIANG MAI

Salam..pasti ramai dah yang tido waktu ni kan..esokkan nak bangun pagi..aku?tak rasa nak tido pun lagi..lepas tengok Keluarga Iskandar tadi..terus keras je mata aku..


Jom jalan2 ngan aku dulu..ok ni travel aku pada bulan lepas..sekembali dari France aku ada tugasan lain yang perlu dijalankan..kita terbang ke utara Thailand pulak..destinasi pertama adalah Chiang Mai..sawadikappp..


Perjalanan dari KUL LCCT ke Chiang Mai airport lebih kurang 2 jam 45 minit..sempat jugak aku terlelap dan mimpi berada di Hong Kong...maklum la dari Melaka jam 3.30am..sampai ke LCCT dalam 5 lebih..mana tak letih cik kiah..


Sesampai aje langit dah terang benderang..


Airport ni tak la busy sangat..orang pun tak ramai..


Cuaca agak panas..macam KL jugak..abaikan gambar tegak aku kat atas..



Aku tunggu teksi yang telah dibooking...hajat nak naik tuk tuk aje..tapi tak pe..nanti aku naik jugak..


Akhirnya sampai jugak teksi..hai ahmad..muka aku sah2 baru bangun tido..gosok gigi pun belum..apatah lagi mandi..

To be continue sbb hati aku dah panas ni..internet macam pun***..tido dulu..esok2 sambung ok!!