Monday, August 13, 2012

APA PUN TAK BOLEH!!

Salam...apa khabar semua?..aku sihat2 aje..tak sihat pun buat2 la sihat..yang penting tak ponteng lagi puasa..yeay!! Lama tak bukak pintu rumah..alhamdulillah pengunjung tetap datang...tapi mungkin hampa sikit sebab tuan rumah tak update apa2...tapi ok la tu korang jalan2 sebelum raya ni kan..ada seminggu lagi aku bekerja ni..pastu cuti sakan..pasti akan ada yang rindu huhuhu...sape tu?-ntah-

Korang pernah tak lalui kes2 terpencil macam aku ni - situasi berlaku antara 2 orang manusia..bila setiap hari kita layan dia..buat apa yang dia nak..kita patuh pada arahan dia..dia gembira dengan kerja kita..dia puji kita..kita bersembang dengan dia..kekadang tu bergurau senda dangan kita..bergaduh dengan dia..bergossip dengan dia..kekadang tu mengumpat jugak..mengadu domba dengan dia..berkaunseling dengan dia...itu semua yang kita lalui hari2 dengan dia..tiba2 suatu hari datang orang baru menggantikan apa yang kita buat selama ini dengan dia dan kita tak ada kaitan lagi dengan dia..TAPI APA YG TERJADI..tak sampai 1/2 jam - "sue, u tolong review report ni.." - aduh!!!
Dimanakah kepercayaan mu??

Kisah nak raya...


KUALA LUMPUR: Enggan membeli baju raya, seorang lelaki berusia 40-an cedera di kepala selepas dihentak dengan anak lesung batu oleh isterinya dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Baru, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, wanita berusia lewat 20-an terbabit dilaporkan hilang pertimbangan sebelum menyerang suaminya selepas pasangan itu bertengkar lebih 10 minit.

Menurut sumber, semuanya bermula apabila wanita berkenaan mengajak suaminya untuk membeli baju raya.

  “Bagaimanapun, suaminya meminta wanita itu supaya berjimat dan memakai pakaian sedia ada kerana tidak mahu membazir,”
katanya.

Sumber berkata, wanita itu tidak berputus asa sebaliknya terus memujuk suaminya itu untuk membawanya ke pusat beli-belah.

Ganas2 sungguh bini2 zaman sekarang...macam bagus..ini kes2 akal tak matang tp dah nak berlaki..