Monday, December 12, 2011

GELOMBANG KEDUA

Salam...selamat hari Isnin...minggu2 terakhir untuk tahun 2011 ni aku agak busy..aktiviti luar yang happening dari biasa hehehe...dari minggu lepas sehingga semalam agenda agak penuh..hampir setiap malam mata lelap dinihari...
Weekend lepas aku bersama adik2 pegi tengok AA and MK..Ombak Rindu ler apa lagi..untuk aku ini kali kedua la aku hadap Ombak Rindu (tetap jugak berderai..aku pun tak tau nape la sensitip bebenor) mungkin sebab aku pernah tolak cinta AA kut hahahha-giler! tapi suspect utama aku yg menyebabkan aku hujan lebat dalam panggung banyak kali bila tengok Ombak Rindu ni pasal lagu ni kut..
Untuk Kamu-Hafiz
Raut Wajah
Mendamaikan
Dan sesuci selembut hatimu
Sinar Mata
Mempersona
Bagai gugur seluruh jantung ku
Aku ingin engkau tahu
Cinta agung satu
Tercipta buat dirimu
Hanya untuk kamu.....

Lepas penat2 aku hujan lebat dlm panggung kami (Miss S and Miss F) ke Jonker Walk..bagi aku bagai exercise jugak pegi sana..sebab nak meredah orang ramai tu ibarat jogging jugak...
Aku n Miss S selalu jugak kesini
Sebenarnya tiada apa sangat kat sini..kalau kesini nak beli accesories wanita boleh la..kalau nak makan2 baik pendam saja niat tu...kalau kesini ibarat pegi ke Hong Kong...kalau korang makan makanan made in khinzir..boleh je lepak makan2 kat sini...Kalau lalu kut gerai2 tu sila tahan napas..hehe..menusuk idung doww...

Yang ni bau dia ok-sotong bakar-sebab aku penah makan..heheh..bukan beli kat sini..tp kat trg..kalau yang kat sini..cari le sue lain makan...Sue Lau Meng ke...

Kalau time nak raya boleh la datang sini...macam2 accesories ada...murah2 gak harganya..
Tapi yang tak tahan nak meredah orang ramai tu la...90% kaum Cina..
Biasa la aku akan bawak pelancong kat sini hehehhe....Miss F dari Perlis..jauhkan...hehehe
Miss S dari Yugoslavia...(abaikan muka aku yg dah penat giler-dah macam muka Erra Pazira pulak aku kan..tu pasal aku tak sker penat2 ni..sila muntah di tong sampah ok)
Ni makan malam kami...terliur makanan2 kat Jonker td..so kami belasah cukup2 kat Izzat Cafe ni..sambil tengok live band...

Nota kaki makcik : status makcik hari ni...bahu makcik kembali menyeksakan..sesiapa yang kenal tukang urut untuk urat yang handal sila PM makcik di email makcik yg tertera diatas sanun-statement serius ni...bukan gurauan manja seperti selalu...

No comments: