Thursday, May 26, 2011

SAYANG RETE..

Sekarang kaki2 drama tv sibuk duk citer pasal Drama Nora Elena..oleh sebab aku ni seorang yg bekerjaya, kaki rayau dan aktif dalam kes kecerdasan pada waktu petang maka tak sempat aku nak menonton drama ni bersiaran pada setiap isnin..selasa dan rabu..jam 6.30pm diTV3..bila dah tak dapat tengok kat tv tu dah semestinya aku gigih menyiasat(lebih baik dr mengumpat) di forum apa kisah cerita ni...

Bila disiasat rupanya cerita ni di ambil dari novel..tajuk asal novel tu Kasih Yang Suci hasil tulisan Meen Zulaikha..so aku buat la pencarian novel ni dikedai buku sekitar bandaraya membangun melaka ni 2 minggu lepas..tapi hasilnya hampa...buku ni dah macam nak pupus dipasaran..buku ni dah lama terbit..sekitar tahun 2007...


gambar dr en gugel


Bila dah tak dapat..aku cuba la merisik risik kat seseorang ni (1 tempat cari rezeki ngan aku). Aku tahu di company aku ni hanya dia kaki novel tegar...aku tegar juga tapi ada kala tu kena stop pasal stok banyak lom baca..so yg terbaru tu byk dah yang tertinggal..berbalik pada sidia ni..beliau ni seorang jejaka (jangan tak percaya senah..mungkin banyak stok kat dia kan)...so aku cuba la tebal muka tanya dia semalam..dia ada tak buku ni..aku nak pinjam je...bukan nak rembat ok..ini la kali pertama aku pinjam dengan sidia ni..sebab segan nak pinjam2 selalu ngan org ni (actually aku pun tak minat sangat org pinjam buku aku..pasal dah banyak kena rembat..diaorg ingat aku kutip kat tepi jalan gaknya novel2 ni...hampes$%#%^&& - tetiba aku emo). Berbalik kisah sidia...sidia cakap..ok su nanti aku balik umah aku check ok...kalau ada aku bawak (aku tak menaruh harapan sangat)...Pagi tadi..sesampai je aku kat meja carik makan aku..telefon bunyi...sidia telefon..huh dengar suara dia je aku dah happy..macam dgr suara Anuar Zeng masa dia call aku minggu lepas rasanya(lupa la bila dia cal..pasal selalu sangat)...su buku tu ada ni..datang la ambik kat opis aku ni..sepantas kilat sabung menyabung aku berlari ala Jamaica Usain pegi memeluk..ekh..mengambik buku sidia ni...bila buku dah berpindah tangan...aku sedikit terperanjat dan terpegun dengan karektor sidia ni...


Sepanjang hayat aku membeli dan memiliki novel tak pernah aku balut(wrap) novel aku..tapi buku mamat ni dah dicover cantik dengan plastic wrapper...dan pages masih keras walaupun dah dibeli pada 10/02/2007...sesungguhnya dia menyayangi buku2 dia..aku plak terlebih impress kat mamat ni..aku last skali wrap buku (buku teks) masa umur 14 thn...masuk 15 thn dah tak perlu nak wrap2 lagi..buang masa buang duit katanya(aku yang kata-org lain sume tak kata)...rupanya "walaupun aku suka buku itu tapi aku masih belum menyayanginya" ..adakah perlu balik umh nanti aku fikir balik apa ygg perlu aku buat dengan collection aku tu?..nak wrap jugak ke utk menunjukkan aku ni penyayang pada buku aku?...ada 346 bijik buku semuanya...4 tingkat rack..nonononono....tak perlu aku rasa...buku aku tu tak kecik ati aku rasa...sebabnya..


Buku buku tu mesti appreciate dan sangat gembira gak ngan aku sebabnya dah la aku sorang je yang baca diaorg..dah tu aku bagi sebuah bilik kat diaorg...dalam bilik buku tu siap ada sofa 1 set lagi...siap ada tv...siap ada threadmill lagi...kipas meja & kaki (dulu plan nak taruk ekon tak jadik)..lampu gantung2..begitu romantik bilik tu..apa lagi buku2 aku nak...so tak yah wrapper ok...dia tau aku sayang diaorg...


gambo dr mr gugel gakk...gambo sendiri tak de aksi gitu...

1 comment:

zino said...

kat rumah ni ada dua orang suka sangat membaca.. lemari dah tak muat...