Wednesday, January 2, 2013

PULAU SIBU 3

Kisah Pulau Sibu 1  Pulau Sibu 2

Salam..selamat petang semua..hari pertama bekerja pada tahun 2013..mood stabil je..semoga tahun baru ni aku lebih kuat bekerja..hooray!.kepada anak2 yang baru masuk sekolah..belajar bebaik yer..dah besar senang hidup..jangan bergantung hidup dengan org lain..tak dapat kecapi kepuasan dalam hidup nanti tau...nasihat pendek seketot dari aku...


Kita sambung balik album kisah Pulau Sibu..


Pemandangan dari bilik kami..hari pertama jejak kaki..aku tengok kiri kanan ada jiran tak..boleh tegur2..tp hampeh tak de..maknanya kami berdua aje dikejiranan ini..ada pun 1 family dihujung terrace ni..

 Sementara nak tunggu luggage kami sampai..aku test camera henpun ciken dulu..

 Bilik yang agak besar sesuai untuk kami berdua yang membesar bagai johan ni..

 Suasana yang sunyi aman damai..

Selesa...aku ni jenis tak kisah bilik canner rupa pun..janji boleh tido..boleh mandi dengan aman...itu sudah cukup..

Ekh apa ni?kedai runcit mana plak nih?...haha...siap bawak piok belanga...ko ada?tak de kan..siap ada cooler ice box..ko ada?tak de...hahaha..percutian kali ni yang pertama bagi aku dan Miss S bawak bekalan main masak2..sebelum ni kalau kami kemana2, hanya makan kat kedai aje..kalau aku travel sorang ataupun group lain pun asyik makan luar aje..bekalan roti aje yang ada..tapi kali ni lain dari yang lain..kami nak main masak-masak dalam bilik!!!! Tapi aku nak buat pembetulan sikit...dulu masa ke Pulau Tioman pun aku ada bwk bekalan..udang 1 tong utk bbq..lupa pulakkk...tapi tu ramai2..kalau kami berdua lom penah..hikhikhik..


Selepas penat punggah beg dan lunch nasik berlauk ikan +sambal petai tapau kat jeti tg leman tadi, aku pun keluar sedut udara nyaman dan explore apa yang ada kat pulau ni..berdekatan ngan bilik aku ada tennis court ni..teringat masa zaman2 main tennis ngan nicole kidman david dulu..kesian dia selalu kalah ngan aku..pang!!!rudolf lempang aku tetiba..

 Relax arrr...aku baru nak berangan..ko sorang seko je ke?..mana geng lain?

 Wey aku cakap ngan ko ni? apasal sombong sangat..tampau kang!

 Berlagak gak muka ko ni kan?  aku nak tanya sikit...ko ni rusa ke kambinnn?-rusa: sengal!- oo rusa..kalu aku potong kepala ko..bodi dah jadi kambinnnn jantan..kental badan ko ni..main besi ke?

Hey manusia..ko jangan ganggu ketenteraman aku boleh tak? .. boley je...aku ni jakun skit tengok ko ni..boley arr aku lepak sini jap..teman ko makan..aku tak penah duk dekat2 ngan ghuse sebelum ni..1st time jumpa kaum ko kat Pahang dulu...tapi tu diaorg duk lam kandang..ko best kan duk sini..bebas je..

 Boley arr best sini..bini aku pun ada..awek pun ramai..nama aku seman the rudolf..ko nama apa? aku erra pajirah..panggil aku erra pun boleh..

 Eh erra..kenalkan ni bini aku..amilia emelda...awek2 aku kat sana..nanti karang2 ko kenal la.
Seman ko nak gi mana? Ko nak balik dah ke?

Bini aku amilia dah jeles la ko ada sini, nanti seminggu dia tak layan aku..aku blah dulu lah.. Elleh itu pun nak jeles..pi telongkop lah..

Bersambung...

100 TIPS DIET

Salam...errmmm hamek ngko tajuk entry hari ni..tak menahan ok!!haha..aku nak fefeling pakar diet kejap ..jangan gelak tampa kang..siapa cakap orang gemok tak leh kurus..cer citer sini nape tak leh kurus? kalau aku cakap boleh korang nak kata apa?..tiada faktor apa2 yang boleh menghalang kecuali korang TIADA nekad dan disiplin..
Dengan ketinggian aku 164cm, aku pernah berada di tahap kurus agak kering iaitu berat 50kg-masa muda belia omo 27thn kebawah..kemudian bila menceburi bidang masakan dirumah berat bertambah ke 58kg...beberapa tahun kemudian terus meningkat ke 62kg..seterusnya dengan jayanya membesar bagai johan mencecah 65kg..perasaan ketika itu biasa2 aje..tiada kesedaran sivik langsung..kegiatan memasak secara pro dan menjadi tester sendiri makin berteruskan sehinggalah berat ku mencecah 78kg...korang tengok la dalam beberapa tahun (lebih kurang 6 tahun berkecimpung dlm bidang menternak lemak) aku berjaya menaikkan berat badan sebanyak 28kg..jaya sungguh kan?...daripada seorang yang tinggi lampai  sehingga la jadi gemok pendek-secara visual 3D. Apabila berat dah cecah 78kg aku mengidapi penyakit backpain yang serius sehingga dimasukkan ke hospital..dari analisa doktor, otot tulang belakang aku mengalami kebengkakkan..puncanya banyak faktor..dan salah satu yang utama adalah overweight..overweight yer..tetiba kesedaran sivik datang...aku jumpa doktor peribadi pulak bincang pemasalahan aku..terus doc bg spesel treatment selama 6 bulan keatas aku..selepas nasihat tunjuk ajar dan arahan doc..selama 3 bulan aku berjaya menurunkan berat badan sebanyak 17kg. Aku happy sebab 61kg dah tergolong dalam berat ideal..aku rasa tak perlu aku nak turunkan lagi berat ke tahap kering sebab muka dah cengkung V ala2 K-pop..penurunan berat ini tak de kaitan langsung dengan apa2 product kurus atau slimming centre memana..cuma aku mengamalkan beberapa dari tip2 ini..

Apakah yang boleh dilakukan jika saya boleh menerima 1 perubahan diet sahaja?

1. Tambahkan hanya 1 sajian buah atau sayuran sehari. Sesuaikan dahulu penerimaan tubuh, kemudian tambahkan lagi sehingga mencapai 8 hingga 10 sajian sehari.

2. Ambil sekurang-kurangnya 2 sajian buah atau sayuran setiap kali waktu makan.

3. Tanamkan tekad. Anda tidak mahu 'membesarkan' saiz makanan.

4. Jadikan waktu makan 1 tujuan utk menyihatkan badan.

5. Mula amalkan sarapan pagi yang lengkap.

6. Pastikan pinggan anda diisi dgn separuh sajian sayuran dan/atau buah-buahan setiap kali waktu makan tengahari dan malam.

Adakah sebarang tip mudah untuk mengurangkan kalori?

7. ketika makan di luar, makan hanya setengah dan setengah lagi bungkus bawa balik.

8. Pesan 1 saja pemanis mulut utk dikongsi bersama.

9. Gunakan pinggan salad.

10. Letakkan makanan di atas pinggan. Jangan makan terus dari balang.

11. Isikan pinggan dgn sayuran dahulu. Kemudian barulah letakkan daging dan nasi.

12. Sekiranya anda minum 8 auns susu rendah lemak sehari, berat badan anda boleh berkurang kira2 2.5 kg setahun.

13. Jus buah-buahan juga tinggi kalori. Bataskan kepada 8 auns sehari.

14. Dapatkan kalori drpd makanan bukannya minuman.

15. Simpan jurnal makanan.

16. "Makan semasa lapar, berhenti sebelum kenyang"

17. Gunakan sos biji sawi (mustard) berbanding mayonis.

18. Lebihkan sup. Sup jernih lebih rendah kalori.

19. Kurangkan atau elakkan terus minuman berkalori seperti soda atau teh manis.

20. Bawa bekal makanan sendiri.

21. Duduk tertib semasa makan.

22. Campurkan jus dengan air.

23. Banyakkan makan sayur-sayuran semasa makan tengahari.

24. Makan masakan sendiri di rumah.

25. Hadkan pengambilan alkohol. <---non muslim

Bagaimana caranya untuk menikmati sayur-sayuran?

26. Ambil jus tomato semasa minum petang.

27. jadikan hidangan sayuran lebih menarik dan sedap.

28. Campurkan 3 jenis kekacang di dalam salad.

29. Anda perlu ingat bahawa sup sayur itu sebenarnya adalah sayur.

30. keledek juga adalah sayur.

31. Campurkan bayam ke dalam sandwich, sup, pasta dan salad.

32. Jangan lokek untuk membeli sayur yang telah sedia untuk dimakan.

33. Anda benar2 bencikan sayur?Lebihkan buah-buahan.

34. Simpan 7 jenis sayuran yg anda paling suka. Campur, hangatkan dan tambahkan sos kegemaran anda. Mudah kan!

Apakah jampi untuk kekal dgn diet yg diamalkan?

35. "Sajian terbaik makanan tinggi kalori yang jumlahnya sedikit. Sajian terbaik sayur-sayuran yang jumlahnya banyak".

36. "Nafsu makanku hanya sementara apabila tumpuanku pada perkara yg lain".

37. "Saya mahu nikmati hidup lebih lama".

38. "Saya sedang bekerja keras sekarang ini".

39. "Adalah lebih menyakitkan menjadi gemuk berbanding berhenti makan sekarang".

Saya ambil makanan berkhasiat tetapi masih gemuk. Apakah silap saya?

40. Elak waktu makan.(Jangan elak waktu makan)

41. Tidak menganggap diri gemuk. (Diri sendri x kisah susah la beb)

42. Makan terlalu banyak. Bukanlah apa yg anda makan tetapi berapa banyak yg anda makan. (Kalau berkhasiat tapi makan banyak2 camne nak kurus beb)

43. Makan terlalu banyak biskut sebagai snek.

44. Tidak memperdulikan 'saiz sajian' di panel fakta nutrisi.

45. Mengunyah 1 mangkuk penuh kacang sebagai snek.

46. Mengaggap 'energy bar' dan 'fruit smoothie' rendah kalori. (Tinggi kalori ni kalau makan byk2)

Apakah yang boleh saya makan sekiranya saya malas memasak?

47. 'Smoothie' yang dibuat drpd susu rendah lemak, buah-buahan beku dan germa gandum.

48. Burger segera paling kecil(dgn sos biji sawi dan sos tomato, bukannya mayonis) dan tanpa minuman berkalori.

49. Sandwich mentega kacang di atas roti gandum penuh bersama satu gelas susu rendah lemak dan sebiji epal.

50. Kepingan ayam dan brokoli beku (hangatkan di dalam ketuhar gelombang mikro) bersama keju parmesan.

51. Salad ayam bersama segelas susu rendah lemak.

52. Telur hancur (masak di atas kuali tidak melekat)

53. Sayur beku dihangatkan di dalam ketuhar gelombang mikro, tambahkan keju parmesan dan 2 sudu besar hirisan kacang.

54. Salad tuna, tomato ceri, hirisan keju rendah lemak dan sos itali rendah kalori.

55. Roti gandum penuh bersama hirisan salami, keju rendah lemak, tomato, sos biji sawi bersama lobak putih.

56. Panaskan 1 tin sup.

57. Bijirin, buah dan susu tanpa lemak.

58. Sandwich sayuran.

59. Hirisan buah-buahan bersama yogurt rendah lemak.

Apakah nasihat terbaik utk elak berat badan naik ketika bercuti?

60. Elakkan kata2 "saya sedang bercuti"

61. Makan sedikit sebelum jamuan bermula.

62. Di dalam restoran, jangan duduk dekat dgn makanan.

63. Nikmati makanan tinggi kalori di akhir sekali.

64. Sepanjang percutian, pakai baju yg agak ketat utk mengelakkan ruang pembesaran badan.

65. Jangan kasihan pada makanan.

66. Berjalan2 di sekitar pusat membeli belah sebelum mula membeli.

67. Jadikan senaman 1 keutamaan yg tidak boleh dikompromi.

68. Menari. Inilah aktiviti pembakar lemak yg paling mudah dilakukan.

Saya suka makanan manis, bagaimana hendak mengelakkannya?

69. Sekali sekala, ambil salad kosong utk makan tengahari dan makan malam untuk menikmati pemanis mulut sepenuhnya.

70. Tetapkan hati (memang sukar tetapi berbaloi)

71. Pilihlah aiskrim rendah lemak bersama buah-buahan.

72. Elakkan pemanis mulut selama 2 minggu.

73. Makan lebih banyak buah-buahan (manis juga kan)

74. Nikmati pemanis mulut tetapi hadkan pengambilannya kepada 150 kalori sehari.

75. Cuba pemanis mulut yg kurang manis ini. Koko panas tanpa gula, buah anggur beku, gula2 getah tanpa gula dan aiskrim rendah lemak.

Bagaimana untuk elakkan mengunyah di tengah malam?

76. Ambil sarapan, makan tengahari dan makan malam.

77. Makan di atas meja makan dengan tertib.

78. Nikmati teh perasa raspberi sejuk tanpa gula.

79. Penuhi waktu mlam dgn aktiviti berfaedah selain makan.

80. Sekiranya anda makan malam kerana emosi, jauhi balang makanan.

81. Letakkan papan tanda ini di dapur atau peti sejuk "Tutup selepas makan malam"

82. Berus gigi selepas makan.

83. Jangan makan sambil membaca atau menonton tv.

84. Makan malam bukanlah penyebab berat badan naik tetapi berapa banyak jumlah kalori yg masuk pada waktu itu.

Apakah faedah lain yang boleh didapati drpd berdiet?

85. Bebas lemak bukanlah selalunya yg terbaik tetapi ia membantu mengurangkan kalori yg diambil.

86. Mengelak sarapan boleh membuatkan anda mengidam makanan lain. Jadi jangan tinggalkan sarapan.

87. Sekiranya anda terasa lapar pada waktu petang, nikmati segenggam kacang.

88. Belum kenyang? Nikmati secawan yogurt rendah lemak. Perut lapar menyebabkan glukos menurun. Mengambil sedikit makanan berkhasiat merangsang otak dan tubuh anda.

89. Membuat sedikit perubahan pada tabiat makan dan jenis makanan boleh mengurangkan berat badan dgn lebih cepat.

90. Sayuran dan buah-buahan beku adalah lebih baik kerana selalunya ia dibekukan sebaik sahaja dituai, ia menyimpan segala zat nutrien di dalamnya.

91. Bimbang tentang kandungan lemak trans di dalam mentega kacang? Kebanyakan mentega kacang mengandungi kurang drpd 0.5gm lemak trans.

Apakah tip senaman yang boleh membantu?

92. Sebarang jenis senaman membantu menyekat selera makan.

93. Apabila anda bersenam, minum air sekerap mungkin.

94. Pasangkan muzik semasa berjalan atau berjoging, ia akan melekakan anda supaya berjalan atau berjoging lebih jauh.

95. Lakukan yoga. Ia membakar antara 250-350 kalori selama 1 jam.

96. Dehidrasi melambatkan kadar metaboliesme sebanyak 3%.Namun, kuncinya bukanlah berapa banyak anda minum tetapi berapa kerap anda minum.

Bagaimana mengendalikan makan kerana emosi?97. Dapatkan khidmat nasihat pakar diet atau pemakanan.

98. Carilah teman untuk berbual.

99. Sertai kumpulan sokongan yg boleh membantu anda mengurangkan berat badan.

100. Melayari internet juga boleh membantu. Layari laman web yg menawarkan program diet. Anda juga boleh bersoal jawab dgn pakar atau kaunselor melaui emel.


Tips ni aku ambik dari internet aje..web mana dah lupa sebab aku copy paste aje masuk dlm Mword..tapi dalam aktiviti menurunkan berat badan perkara utama yang korang kena buat adalah SENAMAN! diet makan tanpa senaman korang akan mudah putus asa dan fail..kurus kerana tak makan akan mudah gemok tapi kurus kerana senaman agak lambat untuk berat naik kembali..berat ideal aku maintain selama 4 thn walaupun nasfu serakah makan aku pecah rekod. Tp lately ni aku stop exercise @ jarang2 2-3bulan sekali aja joging, itu semua atas sebab kes tiada disiplin dan malas..aktiviti masak dan rasa sendiri masih diteruskan..perkara ini telah menyebabkan berat badan ku bertambah sebanyak 8-9kg tanpa disangka..wow..kesedaran sivik kembali ke tahap banjingan..ini kerana kenaikan yang tak perasan sangat..sbb jeans 32 masih boleh dipakai tapi baju nampak fit..berat hanya naik bahagian lengan @ abdomen atas tahap melampau..menurut doc, kalau aku makan macam resaksa pun tp aku masih kekal aktiviti exercise aku setiap hari, pasti perkara ini tidak berlaku..errmm tersedar sekejap + baju banyak tak muat..dan sekarang aku dalam proses kembali ke keadaan asal aku..harus turunkan berat sebanyak 10kg..harap2 ianya berjaya pada bulan March-April nanti...insyaAllah..jom kongsi resipi diet..

Menu Seminggu Untuk Penurunan Berat Badan



Isnin
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 mangkuk kecil oat & susu rendah lemak + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi + 1 ketul ikan pari bakar dan air asam + 1 cawan ulam + 1 potong betik + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1/2 potong jagung rebus
Makan Malam: 1 keping roti nan + 1/2 ketul ayam tandoori + 4 sudu kuah dhal + 1/2 biji jambu batu + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong

Selasa
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 keping thosai & dal + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi + 1 mangkuk tomyam campur + 1/2 cawan sayur campur + 1 biji pisang emas + 1 gelas air sirap limau
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 ketul tauhu sumbat
Makan Malam: 1 mangkuk salad + 1 potong tembikai + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong


Rabu
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 mangkuk kecil bijirin sarapan pagi & susu rendah lemak + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi + 1 ekor ikan masak pindang & kuah + 1/2 cawan tauhu goreng + 1/2 biji buah jambu batu + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 biji pisang emas
Makan Malam: 1 keping capati + 2 ketul daging + 1/2 cawan dhal + 1 biji belimbing + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong + 1/2 biji buah jambu batu

Khamis
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 keping thosai & dhal + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 mangkuk mi sup-lebihkan sayur + 1 potong betik + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 ketul pulut panggang
Makan Malam: 1 mangkuk yong tau foo-lebihkan sayur + 1/2 biji mangga + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong + 1 potong tembikai

Jumaat
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 gelas minuman bijirin oat (4 sudu) & susu rendah lemak + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi + 3 ketul daging masak kari + 1 cawan sayur campur + 6 biji anggur merah + 1 gelas air sirap limau
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 biji epal
Makan Malam: 1 mangkuk sup sayur-tambahkan perencah seperti udang atau ayam + 1 biji mempelam + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong


Sabtu
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 mangkuk soto ayam + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 set sandwich-roti mil penuh & tanpa mayonis + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 potong tembikai
Makan Malam: 1 cawan mi hailam-lebihkan sayur + 1 biji pisang emas + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong + 1 cawan salad


Ahad
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 cawan mihun goreng + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi ayam + 1 ketul ayam + 1/2 cawan salad/timun + 1 potong nanas + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 cawan jagung
Makan Malam: 1 mangkuk sup sayur + 1 biji pear + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong + 1 biji oren

Panduan:
-kurangkan atau elakkan mengambil nasi pada waktu malam
-elakkan dari makan malam selepas pukul 8.00-8.30 malam
-pilih bijirin sarapan pagi yang tinggi fiber
-campurkan sayur-sayuran dan buah-buahan kegemaran dalam salad
-susu yang digunakan adalah susu rendah lemak atau susu skim
-pilih kari tanpa santan atau jika kari bersantan, kurangkan pengambilan kuah
-nasi/mi goreng/hailam/sup/tomyam perlu dilebihkan sayur
-1 ketul ayam atau daging atau ikan merujuk kepada saiz 1 kotak mancis
-amalkan pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari, aku ambik lebih dr 8 gelas lebih kurang 3 lit sehari..ini kerana air bukan saje boleh nyah toksin dalam badan, mengelakkan sembelit dan yang utamanya boleh meningkatkan kadar metabolisme...

-selalu2 lah baca tips kurus kat internet dan jugak dalam majalah Rapi..sure akan meningkat semangat korang untuk kurus..

* bila cabaran kurus datang balik..perkara utama yang perlu aku banteras adalah MILO!!!!!aku penagih milo tegar..canner nak hidup pagi2 tanpa milo???? pang!!!!!! 

Gud luck!Cuba jangan tak cuba...ok bye!

Tuesday, January 1, 2013

PULAU SIBU 2

Kisah Pulau Sibu 1

Salam...bertemu kembali lewat 01.01.2013...hari ni cuaca di melaka bandaraya bersejarah agak basah lembab..petang tadi hujan lebat..aku suka hujan..terus keluarkan pokok langsuir aku...hah??langsuir?...seram pulok nama pokok belaan aku ni..pemberian kakak aku dr Trg dan aku bawak ke melaka dengan jayanya..saje je hari ni aku bagi pokok langsuir aku mandi hujan...hujan lebat giler td..kalau 3 hari 3 malam tu mau melaka pulok yang banjir...
Kita tinggalkan kisah langsuir..nanti aku ambik gambonya..segak bergaya dia tergantung di beranda aku..jom aku nak sambung kisah Sibu..imbas sikit entry sebelum ni..

Perjalanan ke Jeti Tg Leman..jalan yang lurus dan benar ni di hutan simpan kat Kahang-Jemaluang tu..seram gak nih kalau lalu memalam..kuar pontianak jibam-jibam..ayukkktaktauuuu...

 Jalan agak teruk sikit,mungkin jalan ni favorite drebar2 lori aje..kereta aku yang comel itu boleh bertukar jadi kereta kuda..

Kereta lalulalang tak de sangat...masa aku lalu sini..boleh kira je berapa kereta yang selisih..nasib baik selisih bebetul kete manusia..kalau kete bunian? kalau selisih ngan cik ponti terbang?..selisish malaikat 44 la nampaknya..motor? harem tak de nampak..agaknya tempat ni bebetul ada mistik dan paranormal kut..sbb nampak lain macam..2-3 kali melalui satu2 kawasan tetiba je bulu roma aku berdiri..aku baca ayat kursi aje....aku malas nak meluahkan pendapat dan perasaan kat Miss S pasal mistik dan paranormal ni..sbb aku dah kenal dia ni "penakut pait"..

Selepas perjalanan yang gerun dan mencabar jiwa hampir sejam...akhirnya kami jumpa papan tanda ni..alhamdulillah..memang kami melalui jalan yang benar...

Papan tanda ni menyambut ketibaan kami..

 Jam 11am..kami dah berada dalm feri..luggage? jangan risau..pihak resort akan uruskan segalanya..korang bawak diri aje ke pulau..

 Masa kat dalam feri ni nampak ramai juga satu tujuan dengan kami..errmmm maknanya ramai jugak la kejiranan kami nanti..

 Sepanjang perjalanan air kami selama 30 min ++ tu..aku seperti berada dalam sauna kat Osaka pulak..mende alah ni malu2 nak sejuk kan kami..stress 30 min..

Sampai aje di Jeti Pulau Sibu..kelihatan tokey pekerja resort dah sedia menanti kedatangan kami..
Hwan-yeong!!!! ekh salah...welkam...


Pulau ni agak privasi..tak ade resort lain disini melainkan Sibu Island Resort (SIR) ini saja..maknanya kami-kami je yang ada kat resort ni..huhuh..

 Kedatangan kami disambut mesra oleh alunan suara penyanyi dari hawaii ni...SIR pinjam dr hawaii la ni..

Dan jugak segelas fresh orange sejuk..hilang stress sauna dalam feri tadi.. 

Akhirnya sampai jugak setelah 2-3 minggu plan...syabas beteii..


Sejuk anak mata memandang..tetiba terasa dejavu maldives..kepala hangguk ko maldives!dushh 2x!


Selain dari penyanyi hawaii yang sambut kami..ada makhluk lain jugak yang sambut..abg & kak rusa...errmmm panggang pon sodap...aku dah usulkan idea aku nak jadikan salah seko tu dinner kami malam karang kat Miss S..Miss S angguk laju tanda setuju sangat.


Selepas check-in..kami menuju ke Deluxe Terrace Chalet No 1014..nasib baik dekat je..

 Cafe nya..lupa plak nama apa..


 Untuk kebilik kami kena rentas desa dan kolam..


Kalau rasa panas badan..boleh menyelam dulu sebelum sampai..

Burung sape terlepas ni..

Selesai merentas desa..akhirnya sampai ke pondok kami..


Assalamualaikum.....annyeonghaseyo...anybody home????....

Bersambung...

GULAI AYAM/DAGING

Salam..hari ni bersiaran lewat tengahari 01.01.13..sambil menungggu seseorang, baik aku share ngan korang Gulai Ayam hentam saja la aku ni..ni kiranya kesinambungan entry masak-masak nasi briyani tuari lah ni..ada yang duk call tanya nak buat gulai tu macamana (perasan mcm pandai masak sgt2)..chewahhhh...rasa macam cepwan woman edition pun ada jugokk...ok kita refresh skit ropa Gulai Ayam hentam pucat lesi aku ni..hihihi..
 
Wajahnya agak pucat tak taruk mekap sebab dah tak sabar nak makan ngan nasik katanya..lupa la nak main tabur2 bawang goreng..baru berseri skit..tak pe..pucat pun pucat la janji ok bila melalui saluran tekak..walla..ok jom aku share skit cara2 nya..

Bahan2 :
1. Daging atau ayam atau kambing
2. Bawang goreng segenggam atau lebih skit
3. Rempah gulai (aku punya spesel skit,rempah gulai yang diadun oleh pakcik rempah berkaliber kat pasar besar melaka, korang nak guna rempah kari+kurma pun boleh)
4. Bawang kisar 5-6 sudu besar
5. Sos tomato dalam 5-6 sudu besar
6. Susu cair 1/2 tin - aku pun main taruk aje..lebihan guna kat nasi briyani..abih 1 tin aku guna
7. Rempah ratus 4 beradik - cengkih, bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga-siapa tak kenal sila gugel..
8. Halia 1" tumbuk.

Cara2nya :
1. Potong daging @ ayam basuh bersih dan toskan..
2. Masukkan ayam dalam periuk, ramaskan bawang goreng , masukkan bawang kisar, halia, rempah gulai, sos tomato dan susu cair.
3. Gaulkan semua bahan2 tadi dan perap sekejap..sambil tu korang buat la apa2 yang patut..akrobatik ke..lari dalam guni berganti-ganti ke..taichi hayunan ribut salji ke..jangan sampai tercedera sudah nanti tak de sape nak sambung buat gulai korang tu..
4. panaskan minyak diperiuk lain..tumis rempah 4 beradik tadi. Kemudian masukkan bahan perap dan 2 cawan air...tunggu hingga mendidih..
5. Kacau sekejap2..tunggu la sehingga ayam @ daging @ kambing korang empuk...oo lupa plak aku ada masukkan kentang..tu pun kalau korang suka la..aku suka!
6. Masukkan garam & aji (kalau suka)..kalau dah ok..boleh la angkat hidang ngan nasik putih atau briyani atau nasi minyak atau roti canai segera..tak pun cicah roti gardenia aje pun boleh..


Ok sekian sahaja adegan makan2 untuk hari ini..entry Sibu Island akan bersambung selepas ini..ok bye!

Monday, December 31, 2012

PULAU SIBU 1

Salam..mlm tahun baru ni tak kuar kemana2 ke?aku tak kemana pownnnn..duk umah je..tengok bunga api meletop dr umah..khelass gitu umah kiah tgh town..ahahahah...minggu ni aku duk diam2 je kat umah sbb minggu2 sudah berdarah kiah berjalan2 hihihi..
Ok la..dalam byk2 program minggu2 lepas aku nak kabor kisah aku gi Pulau Sibu la sikit (makan 7-8 entry gak-plan-...sila jangan muak hokay!)..yang tempat2 lain tu akan aku selit2 kan je sikit2..memandangkan pegi pun balik hari jewww...tapi kat Sibu Island ni aku pegi 3h2m..lama sikit la..cari jadah apa kat sana?haaa...cari pasal la..mulanya begini..

Diskas ngan Miss S mana nak pegi dah hujung2 tahun ni kan..byk tempat tersenarai..parit semak samun sumer dah tersenarai..last skali kami pilih Pulau Sibu..Miss S dah penah kesana cuma aku je yang paling jakun tak penah pegi..ini bermakna kali ke-3 aku ke pulau di mesia ini...pulau didarat byk la..kali ni kami pilih tema "cuti bajet"..hahaha boley gitu..aku je yang bajet..Miss S kayo..

Miss S usaha dengan gigih untuk mendapatkan pakej terbaik untuk kami..akhirnya berjaya..aku on saje..

 
Hasil dr siasatan, aku baru tahu untuk ke pulau ni tak perlu ke jeti di bandar Mersing..tapi ke Jeti Tg Leman melalui Jemaluang Johor..ok no prob..cuma menunggu hari aje..tak sabar ni nak naik feri hahaha..
Sehari sebelum bertolak aku prepare apa yang patut..
 
 Apa ni?ntah..

Gigihnya bawak bekal..abaikan sosej yg bergigi2 tu..hasil kerakusan aku..ok tak?hihihi...rasa2 korang aku nak buat apa ni?hahah..BUAT HAL...
Setelah gigih jugak apply cuti..akhirnya aku dan Miss S bertolak jua pepagi buta ke Tg Leman..dimana tu? sila tengok map.. 
 
 
Mulanya aku agak cemas sbb time tu hujan je area Johor, pulak tu Kluang ke Jemaluang selalu banjir..malas nak pusing jauh2..so tawakkal aje..alhamdulillah..selamat sampai Ke Jeti Tg Leman tepat jam 9.30am..semangatkan..feri korang nak tau kul brape? kul 11am senahhhh....tak pe sampai awal lebih baik dari sampai lewat..boleh relax kan kaki kalau lenguh2 tekan minyak..boleh makan2 apa yang patut..tengok sana tgk sini..betul tak senah?
 


Sambil tu kami round2 kawasan ni buat macam umah kami sendiri..

 Masa aku kesana org tak la ramai sangat..so kami plan nak buat pulau tu macam bapak kami punya la..

 Cuaca time ni agak panas..so aku dah sedia untuk cokelatkan kulit aku yg karats ni..

 Sabar tunggu feri..bukan feri yang lambat aku yang awal...

Kat sini ada beberapa kedai makan, senang jugak la untuk aku tapau makan tengahari..sampai pulau nanti tak perlu nak pikir bab2 perut lagi..

bola!bola!beli satu dapat satu!...baju2 pun ada dijual..petik je nak berapa..pasti dapat..

 Kepada sesiapa yang tekak mat saleh tu..tak bleh nak makan nasik sambal petai..sila ke KFC berdekatan..

Kami santai kat sini jap tengok org sementara feri sampai..
 
Mana2 pitca yang quality nya kurang memberangsangkan tu bermakna guna hp ciken aku la tuh..jgn komplen arrr..

 Sini air agak keruh..sebab laut agak bergelora..huh seram nak naik feri ni..jeng..jeng..
 Feri dah sampai..jom kita naik..

 babai momok..ekh comot...

babai oyen...duk diam2 ok...nanti omak datang balik k..omak gi berpoya kejap je...

 boarding pass ngko..hikhikhik..kalau cicir ni kena berenang sendiri gi pulau..




Kalau korang bawak beg besar2 bagak,jgn risau Abang-la ada tolong angkatkan dr check-in hingga la ke bilik..yang baju biru bajet macho tu nakhoda feri ..kiah nak kabokan je..

 
Jom berambus kita ke pulau!!

Bersambung...