Ok berbalik ke tajuk asal..melawat che jah..siapa tu...hehe..che jah la..jauh duduk kawan ni..ok meh kita zoom2 sikit..
Lokasinya di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah Pahang..berfungsi sebagai tempat sementara untuk gajah2 liar sebelum ke Taman Negara..pusat ni adalah ibu pejabat Pasukan Pemindahan semula gajah yang dah ada sejak tahun 1974..lama dah tu..errrmmm..aku je baru tau..ada beberapa aktiviti yang diadakan bersama che jah ni..biasanya pelawat datang pada jam 2pm..aktiviti pun bermula selepas jam 2 ptg..
Antara aktivitinya spt :
Bermain dengan gajah - main golek2 ngan kak jah...kak jah pijak kita..kita pijak gajah...huiss..biasanya permainan atau gurauan ni untuk kaum lelaki je..hehehhe...kalau untuk kaum wanita tu biasa nya xtvt bermesra mesraan je..manjakan...
Memberi gajah makan - ni kiranya macam latihan kejiwaan jugak utk kita..boleh belajar ngan kak jah tahap kesabaran kita kalau ada orang main acah2 hulur makanan kat kak jah ataupun kita..agak2 la nak main kapalterbang masuk mulut pun..sekali gajah sedut ko kut belalai dia..dah selamat ko menginap dalam perut kak jah!
Menunggang gajah - kepada sesiapa yang tak biasa tunggang menunggang ni sila guna anak gajah je ok..kalu dah biasa tunggang kuda cthnya kuda Arab ke..Quarter Horse ke..sila naik bapak gajah..tak pun mak jah..
Mandi bersama gajah - ni xtvt manja2...sesapa yang selalu mandi sorang2 tu mungkin malu2 nak mandi ngan abg@kak jah ni..ala apa nak malu sgt...mandi je la..abg jah siram kita..kita siram abg jah...abg jah baling kita lam air..kita baling abg jah dalam air..macam tu je la..sampai lemas...
(*sila take note..xtvt diatas adalah benar cuma huraian aktiviti aja yang patut korang ragui sebab huraian itu hanyalah imaginasi penulis sahaja)





