Monday, November 9, 2009

PERGI BERTAPA

Lama jugak aku tak jengah n update page aku ni...bukan apa...hampir seminggu aku bertapa di GUA MENAWOK...lokasi nun jauh disana....tiap2 hari langit mendung aje...itu sumer rahmat dari Ilahi...
Sepanjang perjalanan jumpa perkampungan yang cantik...

dan bersih...ada bunian ke kat sini?....

tak siapa yang tahu...

erkk...ni bukan bunian...ni aku...yang agak letih...maklum lah perjalanan yang jauh...

ini salah satu hasil pertapaan...mistik...cuba tengok betul betul...
tengok lagi....kalau duit ni tersalah cop nombornya..kenapa jauh sgt bezanya...hampir bernilai 2 juta lebih...dan kenapa no siri diatasnya lebih terang dari no siri dibawah..seakan baru dicop..sedangkan duit ini telah lama digunakan hampir lusuh dan koyak...kenapa org sebelumnya tak nampak keganjilannya..atau adakah duit ini khas utk org yg tertentu sahaja..dalam erti kata lain tuan empunyanya sekarang...
Pegi ambik duit rm10 korang cuba bandingkan apa yang berbeza..

Kesimpulan nya...semua makhluk dan kejadian dialam fana ini..yang nyata mahupun yang ghaib ada lah milik Allah swt...

Entry yang pernah aku paparkan dulu http://sabngomel.blogspot.com/2009/06/duit-bunian-season-2.html

Sebelum terlupa...nantikan entry aku selepas ini berkenaan mistik SIRIH KEMBAR..

Ciaow dulu...

NAK DUIT LEBIH TAK?

Aku masuk dalam sistem perkongsian modal ini secara tak sengaja...hanya berbekalkan modal RM55 (SEKALI BAYAR SHJ) semenjak bulan Julai 2009 hingga lah ke hari ini...aku telah mendapat hasil perkongsian sebanyak RM 120 pada 20 Sept 2009 (kira duit raya la)...dan pada 24 October 2009 sebanyak RM150 dalam bentuk Wang Pos diatas nama aku sendiri...tanpa perlu aku melakukan apa2...tanpa perlu mencari orang bawahan...aku hanya submit form utk register dan aku akan menunggu giliran utk mendapat hasil perkongsian modal tersebut...alhamdullillah.....ini kira macam sistem kita main kutu la..akan datang aku akan dapat lagi wang pos ini sehingga la pada limitnya iaitu berjumlah RM12,715....hanya memerlukan kesabaran dan sambil menolong orang2 lain yg dalam kesusahan dari hasil perkongsian modal ini...kepada kengkawan yg berminat...addprivate message aku pada YM aku atau tinggalkan email address diruangan komeng utk aku emailkan latarbelakang system PDI ini dan form dan juga penerangan....dan aku akan tolong korang utk beri keterangan secara percuma dan macamana nak menyertai Perkongsian modal...aku akan berikan alamat PDI ini dan form registration berserta step2 yg telah diaturkan dalam sistem PDI ini...PERKONGSIAN MODAL PENGURUSAN DARUL IKHLAS....maaf ye..system ini terbuka kepada yang beragama Islam sahaja.

Ciaow : Boleh email terus pertanyaan diemail sab5976@yahoo.com.my

Friday, October 30, 2009

SELAGI ADA AKAL..

Nak lepaskan diri la tuh..cett!!

MONTHLY SICK!!!

+
+
= MONTHLY SYNDROME...
aku bawak bawak berehat...

Thursday, October 29, 2009

JIRAN OO JIRAN...

gambar hiasan aje..
Kalau duduk di rumah berbentuk seperti diatas kena la sabar dengan risiko2 jiran2 yg tak guna dan amat berguna...masalahnya..disekeliling aku yg tak berguna lagi ramai dari yang berguna...atas tepi kiri kanan...bawah tak de sebab aku duk bawah skali....

Jiran sebelah KIRI aku boleh tahan la bergunanya..very caring....kekadang tu terlebih caring pulak...aku beli barang apa pun dia nak check dalam plastik sopink aku...bila aku balik kampung...dia offer nak jaga rumah aku..mintak nak jemur baju dia kat balcony aku..bukan apa nanti dapat kaburi mata pencuri,rumah aku tu ada org time cuti panjang...katanya la...aku sabar je....tapi dia ni selama aku kenal hampir 3 tahun...dia ni jenis TAK BERTANDING punya orang la(yg penah aku citer bg jeruk kat aku tu la..)...hidup dia bersederhana aje macam aku...bila setiap kali aku basuh kete yg 1st time aku beli tu..tiap2 kali la dia tanya berapa ringgit aku beli mendaalah tu...mulah aje la....sekali petang semalam...aku nak masuk parking aje...mata aku silau ngan kewujudan mende oren ni depan umh dia...GRAND LAVINA TUH!!!!!

Jiran KANAN aku pulak..aku tak berapa kenal..pasalnya bebudak bujang yg tinggal...tak banyak kerenah diaorg ni cuma yang buat aku bengang...hampir setiap malam dalam pukul 2-3 pagi..diaorang start mengetuk..macam buat keje2 haram aje lagaknya..oleh sebab aku sudah tak tahan kena kejut setiap jam2-3 pagi maka aku nekad nak tanya sendiri apa diaorang buat malam2 tu..pada suatu petang aku baru sampai rumah..diorang tgh melepak kat parking motor.."dik korang siang hari keje %^&^&**(((bla bla......kenapa malam2 selalu dengar bunyi ketuk2?..kat dalam bilik tgh akak tu clear dengar macam korang ketuk telinga akak ni tau.." "ekh ye ke kak...kita org tido la..mana ada ketuk2 kita orang tak dengar la"....ting tong...apa aku nak buat dengan manusia2 ni..terpaksa la aku tido secara kaum badwi di rumah aku sendiri..

Jiran ATAS aku pulak..keje dia asyik la duk buang sampah kat umh aku...mangkuk punya cina..macam2 barang dia suka bagi kat umh aku..antaranya...puntung rokok...cotton bud...raket patah...piring cawan mainan yg pecah..hanger..baju yg diterbang angin jatuh dlm longkang(bila aku suruh dia ambik..dia jawap.."haya..sulah jatuh ka..tak pa la..wa tak mo pakai lagi..sudah kotor lor"..cilanat punya cina ko tak nak lagi baju ni abih ko tak reti nak pungut balik pegi buang sendiri ke ko nak suro nenek ko yg duduk kat umh aku ni ke yg buang ??

Nasib baik aku tak de Jiran BAWAH tau..

Aku kekadang tu terpikir kenapa jiran aku ni suka memberi masalah kepada aku..adakah aku juga bermasalah pada dia orang?..atau diaorang tak sedar akan kewujudan aku @ benda hidup dalam umah beralamat C-14 tu...tp kalau diaorang tak sedar kewujudan aku mungkin jugak..sebab pintu rumah aku tertutup 24 jam... Ciaow..

Wednesday, October 28, 2009

SIAPA MAN DOL NIH??

*PART I*
Che'gu Berahim sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Che'gu Berahim akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Che'gu Berahim asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Che'gu Berahim menyergah muridnya yang bernama Man Dol. "Woiiii Man, apa sebab kau berhenti ni hah". "Oh Che'gu Berahim, basikal saya tengah turun bukit Che'gu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak.

*PART II*
Waktu sekolah telah tamat,sebelum keluar kelas, Che'gu Berahim telah bertanya kpd murid²nya.
Che'gu : Siapa nak masuk/pergi syurga?
Semua murid mengangkat tangan kecuali Man Dol..lalu Che'gu Berahim pun bertanya, Che'gu : Man, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Man : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah..jangan pergi mana-mana.

*PART III*
Che'gu Berahim sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...
Che'gu : Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?
Man : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek didapur.
Che'gu : Mana tepungnya??
Man : Tepong kan ke dalam kek tu.... Che'gu nie tak sekolah ke hape??

*PART IV*
Seperti biasa, Che'gu Berahim nie mengajar pelajar di Sekolah Agama.Che'gu Berahim mengajar budak tahun satu.Pada hari tersebut, beliau mengajar bab"cara berwudhuk".Selepas mengajar, beliau (Che'gu) selalu meminta muridnya bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan.
Che'gu : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan?
Tiba² seorang anak muridnye mengangkat tangan, nama murid tu adalah Man Dol
Man : Ada Che'gu. saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil wudhuk dua kali? Che'gu : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?
Man : Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu tu boleh buat spare part!
Che'gu : Allahhuakbarr!!!

*PART V*
Che'gu Berahim: Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
Joe : Untuk mencari makanan, che'gu
Che'gu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang? Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, che'gu
Che'gu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Man Dol pula. Apakah tugas daun pisang?
Man Dol :untuk membungkus nasi lemak, che'gu...
Che'gu Berahim: uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas..

SAPA LA BUDAK YG BERNAMA MAN DOL INI..MAU AKU PIJAKKAN RASANYA...KESIAN CHE'GU BERAHIM NGOK NGEK TU TAU..DAH TAU BUDAK TU BEDOL..JGN LER TANYA!!!..

Tuesday, October 27, 2009

HARI INI DALAM SEJARAH














Kalau sekarang suasana kl sebegini..aku sanggup pegi bekerja di tempat yang bernama kuala lumpur itu..kalau macam skang..upah nenek aku sorg lagi pun aku tak hingin...