Assalamualaikum!! Selamat petang...hari minggu yg panas di negeri melaka..alhamdulillah..aku kalau duk umah aje time2 panas mesti perintah berkurung aje..tutup pintu dan tingkap..on ekon tp jarang la aku on pun sbb aku kurang suka berada dlm ekon ni..aku bukak kipas kuat2 dah kira sejuk dah..umh aku ni ok siang x la panas sgt tp kalau bukak pintu bahang panas berebut masuk..bawak abuk skali..gggrrrrr...
Hari ni korang masak apa? Jom jengah dapo aku yg berasap skali skala ni hihihi..gaya biar pro ngkooo..hahaha..vengong...
Hari dapo berasap Ayam Masak Lemak Cili Berapi..sila sediakan tisu untuk lap air mata kegembiraan mkn lauk pedas2
Bahan-bahan :
Ayam, dipotong suka hati korang, cuci bersih dan toskan
3-4 biji kentang, kupas, dan belah 2 setiap 1-aku terbeli kentang kecik pulak
2 batang serai, diketuk
sehelai daun kunyit, dipotong/mayang halus
sekeping asam gelugor
Santan sebijik kelapa-aku x tau nk bgtau sukatan byk mana sbb aku hentam..setengah santan cair dan setengah lg pati santan
Air jikalau emergency hihi
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR:
20 biji cili padi berapi kampung
Kunyit hidup besar ibu jari
Halia pun sebesar ibu jari
5-6 biji bawang kecik
3 ulas bawang putih
Blend semua tu..
CARA-CARANYA:
1. Masukkan ayam ke dalam periuk bersama serai dan bahan kisar kisar td.
2. Gaul rata dan masak sekejap hingga ayam kecut.
3. Masukkan kentang dan santan cair. Masak hingga kentang empuk.
4.Masukkan asam gelugor. Kalau korang nampak kuah tu macam kureng je..tambah air
5. Biarkan mendidih. Masukkan pati santan, kacau rata dan masukkan garam dan sedikit gula.
6. Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit. Kacau dan biar mendidih dengan api kecil dan kacau selalu supaya dia x *berkepalerr* pulak..jika semua rasa dah ok..jom mkn nasik!!!!
Aku matchkan dia dgn telur dadar plus sayur ccampur.aaauummmm...
Selamat mencuba!!!