Saturday, October 19, 2013

MENU : LAKSA PENANG

Assalam..selamat petang dan selamat berhujung minggu..aku weekend ni tak kemana..perlu prepare apa yang patut, maklum la nak naik keje ni..hehehhh..baru 2 hari balik dr kampung ku yang terchenta..so skang fikiran aman sikit..tenang gitu..so pleaseee jangan cross line otak aku yang dah format baekk ni..
Hari ni aku nak share 1 lagi menu simple dr dapur aku..biasalah aku ni tahu buat yang simple aje..jadi sila faham lah..tu pun nasib baik buat..hahha...memandangkan ada tetamu nak datang so apasalahnya aku masak sikit..takkan nak hidang biskut kering je..(oopppss biskut kering tak de kat umah aku..aku bukan peminat biskut kering..hehehhh)
 
 
LAKSA PENANG
 
1kg ikan sadin/selayang (biasa aku guna ikan kembong tp disebabkan tetamu aku tak makan ikan kembong..sebab takut perut dia kembong hihi so aku guna selayang lah..)
 
5 sudu besar cili boh
 
5 sudu besar bawang merah kisar
 
1sudu besar bawang putih kisar
 
5keping asam keping/gelugor
 
1 kiub ikan bilis
 
secekak daun kesom
 
Sebungkus laksa kering
 
salad..timun..bunga kantan..cili padi..limau kasturi..telur rebus (semua dihiris)
 
Cara :
 
 
1) Rebus ikan. Kemudian asingkan isi dan tulang. Isi ikan di blend hancur dan tulang tu aku blend kasar dan tapis ambik airnya. Aku gunakan air rebusan untuk aktviti blend ni..

 
2) Satukan hasil blend seperti gambar diatas. Pastikan masa tapis tulang ikan blend td tiada tulang yang menyeludup masuk dlm periuk..bahya untuk kesihatan nanti..tercekik bleh bawak maut.

 
3) Masukkan bahan kisar..bawang putih..bawang merah..cili boh..dan asam keping..dan kiub ikan dan jangan lupa tambah air..pastikan jangan terlalu pekat dan terlalu cair..gunakan mata anda sebaik mungkin..biasanya ada org suka masukkan belacan..aku gantikan dengan kiub ikan bilis jer..aku tak guna belacan sebab aku tak suka bau belacan dalam kuah laksa aku ni..kepada yang suka, masukkan sedikit belacan..
 
4) Perasakan garam. Masukkan gula kepada sesiapa yang tak guna pak aji..Kuah ni kena balance masam dan masin nya..sila rasa sendiri..
 
5) Masukkan daun kesom..
 
 
6) Laksa kering dicuci dan rebus sehingga lembut. Biasa org rendam dulu..tapi aku kan main hentam je..so terus rebus je..kena lama sikit lah..bila dah lembut toskan..bilaskan laksa dengan air paip untuk menanggalkan sisa2 kanji yang melekat pada laksa supaya laksa tahan lama..tak la kejapan basi dik non.. 

 
7) Hiriskan ulam ulaman..

 
Taraaa dah siap...

 
Jangan lupa bagi jiran sikit..bau kuah kuat tu..

Standard la mangkok aku haruslah penuh..

Choww...selamat mencuba resipi hentam aku...