Monday, March 15, 2010

JJCM IN MUO

Aktiviti weekend aku Sabtu n Ahad lepas adalah merehatkan diri ke suatu tempat berhampiran hutan..aku sebut "hutan" pasal coverage celcom berukben mmg macam beruk mat yeh...(jgn marah tuan tanah hikhikhik)..aku ke MUAR JOHOR...melawat tapak cili padi fertigasi..hak milik penuh Pok Leh yang hensem sekeluarga...tujuan pegi adalah nak tengok mcmana pengusahaannya..keadaan kebun...menimba ilmu...melihat kampung org..dan yang utamanya bawak balik barang free dari kebun tersebut...

Ni pompuan salah sorang pengusaha kebun bertaraf pro..tersenyum penyu disamping pokok cilinya..

Sebelum ke tapak projek..mesti shooting utk slot Jalan Jalan Cari Makan minggu ini dulu...kami ke Beriani Kambing Tanam di Restoran Mohd Shah Batu Pahat....jauh JJCM pegi mencekik kan kan kan...jangan tak caya..very the...(bab2 makan utk slot JJCM ni korang baca ala Maria Tunku Sabri pasal aku kalau cakap n makan lebih kurang dia aje)

Ni dalam nasi ada tanam kambing...berharga..(org belanja tak tau harga)

Kuah nya aku tunjukkan kepada sape yg tak kenal keh keh...overall aku bagi comment Nasi Beriani ni sedap sgt2 sehingga menjilat sudu...(canner terliur tak?)

Bila dah kenyang radak kekdahnya...kami meneruskan perjalanan ke kebun.. Ini lah banglo cantik a.k.a homestay milik Kebun Pok Leh ni..sepetang tu aku hanya lepak aje..macam pelancong dari Great Britain..

Pada sebelah malam nya pula JJCM seterusnya ke tempat pemes ikan bakar Muo...Sabak Awor..tempatnya menarik dan cantik (awas ada muntah dimana2...sebab org yg datang makan terlalu byk sehingga muntah - ayat ni tiada dalam skrip)

Berbagai2 makanan laut disediakan pilih aje yg mana anda mengidam...sebelum pilih aku dari JJCM menasihatkan supaya anda kaji harga dulu...tapi jangan risau harga2 yg dipamirkan sumernya boleh "didengari"

Kangkung Goreng Belacan (kalau tak kenal baik terjun bangunan aje)

Sotong Goreng Tepung

Pari Bakar Bersambal rasanya mmg best..pedas menyengat..harganya juga boleh "dengar"...

Ni selebriti jemputan aku utk slot JJCM kali ni...anak tokey kebun...

Terima kasih kepada pemilik Medan ikan bakar ini kerana bagi peluang aku n krew JJCM makan hingga full tank dengan harga yg berpatutan...sempat juga aku dan selebriti jemputan bg ucapan di menara Medan tersebut kepada semua pengunjung yg hadir..
*malam ni beta belanja..makan la sepuas2nya wahai rakyat sekelian*
- aku akan ingat ucapan ni..hikhikhik

Inilah kebun Pok Leh dipagi nan hari...

Pagi yang ceria...Pemilik kebun Pok Leh bagi green light kat aku utk buat kebun milik mereka kepada milik aku sepenuhnya...apalagi..serbuuuuu...

Hasil rembatan...
Cukup ler masak utk stok seminggu...hajat nak ambik utk stok sebulan..tp sifat kemanusiaan aku masih tebal...
Sebelum pulang JJCM sempat singgah ke kediaman Pok Leh dimana tuan rumah menyediakan Mee Bandung spesel...sorry gambar tak ambil kerana kerakusan utk menikmati hidangan membataskan segalanya..
Aku pulang ke Melaka setelah bersalaman sebagai tanda TERIMA KASIH kepada keluarga Pok leh dari Kelab JJCM minggu ini...
Utk gambar2 lain sila layari
http://kebunpokleh.blogspot.com/

aku ciaow dulu...

Friday, March 12, 2010

KAWAN SUDAH SEMBUH

Salam...baru tghri ni aku bersama rombongan cik kiah pergi melawat kawan sekerja kami yg mengalami sawan semasa mengandung dan telah koma dan kini telah pun pulih sediakala...kisah nya ada di entry aku yang lepas http://sabngomel.blogspot.com/2010/01/kisah-sawan.html
Intan dah kembali pulih cuma sekarang dia perlu berehat dari segi mental dan fizikal utk 150% pulih. Babynya Yasmin Nuriman (sorry gambarnya tak dapat ditepekkan kerana masa ke gumah dia td henpon cap ayam kepala 2 aku ni abih bateri pulak..) pun sihat sejahtera...tp badannya masih kecil (2kg lebih je) dan baby tu tetap cun dan comey seperti mak n bapaknya....
Alhamdullillah...


Ciaow dulu -- cocer redup tapi bahangnya bisa membakar kulit aku yg mulus bak karina kapoor ni....

Thursday, March 11, 2010

GEGAR

KUALA LUMPUR 11 Mac — Gegaran lemah mungkin dirasai di sekitar Tasik Kenyir apabila satu gempa bumi lemah berukuran 2.6 pada skala Richter berlaku pada pukul 11.10 malam tadi.
Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan berkata gempa bumi itu berpusat di 43 kilometer barat daya Kuala Terengganu dan 22 kilometer barat Kuala Berang, Terengganu.
"Terdapat kemungkinan gegaran lemah dirasai di sekitar Tasik Kenyir,” kata kenyataan itu.
Kredit to Surat Kabo..

Ciaow- Ada naga ke? macam citer org dolu2 bergossip dlm tasik kenyir ada naga...kuang kuang kuang...kalau la empangan tu pecah..maka umh aku akan jadi kelong tempat org memancing kekdahnya....makanya skang aku kena kumpul duit nak beli bot henjen 400hp...keh keh keh...

Tuesday, March 9, 2010

PUNCA CERAI?

(gambar diatas mewakili lelaki dan wanita hoccay...)

KUALA LUMPUR 8 Mac - Tubuh badan yang gemuk dan berbau busuk serta tidak menjaga keterampilan diri semasa hendak melakukan hubungan seks merupakan antara faktor yang menyebabkan berlaku penceraian di negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah.
Beliau memberitahu, kajian rambang yang dilakukan oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) terhadap suami atau isteri yang bercerai mendapati faktor tersebut merupakan perkara utama mengapa mereka bercerai selain daripada masalah kewangan dan sikap pasangan masing-masing.
''Masalah ini bukan sahaja tertumpu kepada wanita tetapi juga kepada lelaki yang dilihat tidak menjaga diri seperti buncit, tidak memberus gigi, mulut berbau busuk dan pelbagai lagi kekurangan dari segi fizikal yang menyebabkan isteri tidak tahan atau tidak dapat menerima." Peratus penceraian di Malaysia mencecah 22 peratus sejak beberapa tahun lalu dan dijangka terus meningkat dan antara penyumbang kepada kes-kes tersebut adalah masalah hubungan di antara suami dan isteri yang tidak diselesaikan,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Kempen Wanita Sempurna anjuran Brandout sebuah syarikat perunding imej di sini hari ini.Murugiah memberitahu, cara terbaik untuk mengurangkan kes-kes penceraian ialah dengan mengadakan kursus-kursus menjadi wanita atau lelaki sempurna dengan mementingkan penjagaan kesihatan diri.

Chiaow dulu la..nak gi buat tarian zapin jap...

Monday, March 8, 2010

JENAYAH SEKS DIMANA2

Salam...hari ni aku melangkah pegi keje dengan kepala tak berserabut...tenang aje...sampai ditempat keje..oleh sebab masih awal..sempat juga aku membaca kisah2 isu semasa di mesia melalui internet...

Kisah 1 :
Kes safiah yg kena bunuh dengan bopren mak dia tuh....masih lagi org duk bercerita...sedih aku membacanya

Kisah 2 :
Kes budak lelaki India yg namanya aku lupa lak...mati jugak kena bunuh ngan laki pengasuhnya...sedih aku membacanya..

Kisah 3 ;
Kes surirumah yg kena rogol ngan 8 perompak..laki dia kena ikat...kejadian di JB..sedih dan seram aku membacanya..

Kisah 4 ;
Kes baru berlaku budak perempuan 8 thn dirogol oleh sepupunya yg berumur 11 dan 12 thn selepas diaorg tengok video lucah...sedih aku membacanya..

Kisah 5 ;
Kes ibu tak mengaku anak berumur 6 thn disbbkan takut rahsianya sebagai isteri org terbongkar...perempuan tu mempunyai ramai teman lelaki dan bekerja di pusat urutan refleksologi..risau aku membacanya..takut anak itu jadi seperti safiah..

Kisah 6 :
Pelatih jururawat terjun dari tingkap hotel separuh bogel..lari dari pencegah maksiat...seram aku membacanya..

Kisah 7 :
Kisah ibu yg mencari anak perempuannya yg berumur 11 thn yg hilang beberapa hari dibawa oleh suaminya utk dikahwinkan dengan lelaki berusia 42 thn...ikut sunnah nabi katanya...pening kepala aku membacanya...

Kisah 8 :
Kisah yg masih dibualkan berkenaan seorg ustazah yg telah bersuami telah terlanjur beberapakali dengan boprennya..sehinggala dicekup....tarik nafas panjang aku membacanya...

Kisah yg ke 9 : Tetiba aku berhenti membaca sebab kisah2 begini yg boleh menyebabkan produktiviti keje aku DOWN hari ni!!!

Thursday, March 4, 2010

KISAH BAHASA TRANUNG LAGI

Minggu lepas hari Khamis 12.30 tghri tegak aku menekan pedal minyak balik ke kampung halaman ku TRG....oleh sebab adanya agenda balik kampung ni makanya aku bukak entry sebelum dah selepas bercuti berkenaan negeri aku...mood balik kampung mesti ada..sebelum ni entry kisah lucu ber"kecek luo" dan utk entry ni aku sambung sikit lagi...pengalaman member sekampung dan kisah aku sendiri hikhikhik...
Kepada sesiapa yg nak belajar bahasa Pantai Timur (TRG + KLTN) ni boleh la rujuk entry aku ni kut..hehe..bak kata org Melaka bahasa "kahau" aje yg diajar tiada dalam mana2 kamus dewan atau campuran bahasa sanskrit.....tapi ingat jangan melakukan kesalahan2 tatabahasa seperti mereka2 ini..kita ikuti kisah kali ini...

Cth 1 :
Dalam sebuah komuter...abang boleh KENSOT sikit tak?saya nk duduk RETEP.

Cth 2 :
Mak aku lak bila datang perak sembang ngan mak mertua aku...tetiba kaki kejang(cramp)....di katenye '' huh kaki saya SETOK KARONG''

Cth 3 :
Ada org dari KL dtg ke kampung...org kmpung tu dah tau dia org luar.. so nak kecek luar gak laa....org KL tu tanya budak2 tu... ' mak ada tak? ' .. budak2 tu jawab.. " TAKDI mak ada di TANAH .. dia cakap nak gi ke TEMBAK beli lauk..... "

Cth 4 :
Sayo dulu masa memula duk KL..kalu nak gi isi minyak kat stesen minyak selalu bimbang kalu boleh pam no 8..sebab masa nak bg tau ke cashier selalu salah sebut RM30 PAN LAPAM.. patuttnya RM30 pam lapan...

Cth 5 :
Sessi suaikenal disebuah maktab.."saya berasal dari KELANTAM cik"...

Cth 6 :
kawan adik saya ... gi interbiu 2-3 hari lepas...oleh krn semua peng-interbiu tu org luar... trpksa la kontrol...kena ckp luar...dia kata..."debor dok soh kate aaa"...kena tnya... soalannya.. siapa ahli sukan malaysia yg menang pingat di sukan olimpik sebelum ni...?dia jawab.... "CHUNG HWA WEI SENG".... <===kan ni nama sekolah dgn konfiden nya...

Cth 7 :
aritu aku tgk Mesia hari ini..die wat lintas langsung dr primula..jemput la tokey atikah songket..pokcik tokey tu pesan"KAING SONKET NI KITE KENA SIMPAN DLM GHOBAK LA" tercengang2 2 org pengacara tu..

Cth 8 :
ada oghe kelate tepon saya, bila tanya duk mana ni? dia jawab dlm bhs stdandard - 'aku duk atas kereta..' tak leh nak bayang dia dok atas bumbung kete sambil berbual guna hp.perasan tak, org kelantan ni w/pun lidah tak pekat - bila cakap bhs standard, kita leh perasan juga thru perkataan yg ditranslate ke dlm bhs melayu. Penggunaannya masih ikut laras loghat kelate. Cuma sebutan aje baku.

Cth 9 :
cerita ini berlaku di sebuah institusi pengajian tinggi di ibu kota kuala lumpur le..satu petang, mek kiah yang berasal dari kg. nneting, tumpat berbual2 dengan Sally, peranakan kuala lumpur dalam bahasa kl..
Mek Kiah: Sally, nak ke awak kenal boyfren saya yang baru..
Sally: oo boleh..mana dia?Sambil menudingkan tangannya kepada sekumpulan lelaki tampan..Dalam kumpulan lelaki tersebut seorang lelaki berambut lurus dan 3 orang lelaki berambut kerinting..
Mek Kiah: Tu yang rambut betul2 tu.. (rambut lurus le)..tu le boyfren saya..
Sally: Ooo yang itu..hensem jugak ye..Jadi mamat yang lain2 tu pakai rambut palsu lah ye?
Maka,susah jugalah kiranya orang luar untuk menguasai bahasa ni dengan jayanya.

Cth 10 :
aku ada ank sedara yg dok JB so mmg kecek lua la..msa raya bdk2 tu blk kg..dia xknl kabo(kumbang)dia tny aku benda ape tu..dgn cptnya aku gi jwb KAMBO...waa malunya aku..semua pakat gelak kat aku..ank sedara aku je terpinga-pinga..

Cth 11 :
dj radio: assalamualaikum
pendengar: waalaikum salan....
dj radio: bagai mana keadaan cuaca di tanah merah skg?
pendengar: hujan berek-berek.....

Cth 12 :
Teringat cikgu aku pernah mark paper penulisan..
'ayah saya adalah seorang pemandu kereta gala..'

Cth 13 :
Last sekali pengalaman aku sendiri..berlaku 10 thn dulu di bumi hang tuah :huahuahauahawau...
Aku sedang melayan anak kawan aku bermain di taman permainan...bebudak tu tengah berlari berkejar kejaran...tetiba aku cemas melihat larian 100meter mereka..dengan pantas aku melarang.. "Naqib jangan lari laju2..nanti REBAS!!!" Nasib baik tak sesiapa pun yg mendengar kecuali aku....

So canner kengkawan?...ada yg masih berminat pada awek/mamat TRG/KELATE?...kepada yg bakal menjadi org Pantai Timur...hayati la bahasa yg mereka gunakan...walaupun kaum mereka aje yg paham..tapi mereka tetap menggunakannya walau dimana mereka berada....



Tuesday, February 23, 2010

PENGALAMAN LUCU ORG TERENGGANU

Seperti yang sedia maklum aku memang berasal dari negeri trg..hanya cari makan aje di bumi hang tuah ini...kepada kengkawan aku anak jati trg/kelantan jom kita baca pengalaman2 klako berkecek luo ni dan kepada member yg selain dr negeri itu pun leh baca jugak..tp sure korang akan kurang paham...tp tak pe..boleh tanya aku..hikhikhik...

Pengalaman2 ni diceritakan oleh anak2 jati trg yg berkahwin dgn org luar dr trg atau yg pernah belajar diluar negeri trg..AKU didlm cerita2 dibawah ada pengalaman2 diaorg...

KES 1 :
Si A seorang pekerja hotal,dia sepatutnya anta guest pegi airpot tapi hujan pulok,dia tunggu la sampai ujan berenti baru dia bagi tau pada guest,dia bagi tau gini "mari kita pergi encik,hujan sudah SERIK ni...

KES 2 :
Sorang kawan aku bg tau ngan sorang pakcik berkenaan kempen denggi "pakcik,dalam air ni ade UGAK-UGAK la"

KES 3 :
kisah ni terjadi masa aku sek men dulu....ikut rombongan sek round semenanjung 3 buah bas....& mlm tu dinner kt bgunan DBKL...time smpai kt bangunan DBKL Jln Raja Laut....time tu baru lps hujan...kebetulan bas plak park jauh skit & ada lopak2 air...time kitaorg nk turun...ada ler geng2 dbkl gi ler sambut dgn payung....dgn selamber jer....drebar bas kata... "jalan baik2 yer adik2 sekalian.....kawasan ni LECOH DONNO POR sket".....(intro baek jer...tp ending failed..) org dbkl terpingga2 keharainan.......kah kah kah......satu bas dok pakat gelak kat drebar bas.....

KES 4 :
pengalaman mase belajar kt Uni dulu..biase awal bulan 4 kitorg dpt junior2 baru dtg dr seantero malaysia so sume excited bgai buat mkn2,and tido same2 ala2 mixer katanya pastuh ade junior2 baru nieh sorang dr kelate so time nak tido bagai tuh, dia pun dgn konfidennye berkata....''camana nak tido nie,LEMBEK takde'' bebudak lain sume rolled their eyes,apekemende la budak nih ckp haku yg satu2nye org trg jer yg tergelak...

KES 5 :
kwn aku... nak bayar harge pulut panggang kat cafe....dia sebut "pulut LEMPA satu"

KES 6:
dulu masa belajo kat U dulu, ade gak kawan aku ni sorang, dia ni orang kelate tapi selalu nak cakap bahasa mesia yg jayanya..nak jadi ke cerita ada la sehari tu masa kami kuar jalan ramai-ramai. boleh dia g sound budak2 pompuan yg tak bertudung (selalunya diaorg pakai tudung). "hoii tudung korang tu dah PEKONG ke mane!!"

KES 7 :
aku g kedai fotostat..bnyk nak fotostat sijil2 nak apply keje lepas tu bila budak potostet tu dah abih fotostat..aku pong bagi tau gini kat budok tu.." adik, KACIP semua kertas tu ye.."

KES 8 :
seorang lelaki yg bertandang ke rumah MILnya di perak bertanya kepada isterinya.."Yang, mane pisau nak KOYAK buah durian nih?"...muahahahah..penin bininya pahtu baghu la dia ingat..."nok kopek durian"..

KES 9 :
cikgu: kenapa baju sekolah awak ade bintik2 hitam?
murid: Baju saya kena PERTIK SAWA cikgu..

KES 10 :
Kawan dr Johor : kenapa tangan u merah2 tu..?
Awek Trg : tu la..gatal gatal ni kena KENTIK nyamuk..

KES 11 :
dulu masa sekolah, masa assembly, guru disiplin sekolah aku ni dalam duk berucap di atas pentas, boleh dia kata "saya dapati ada pelajar-pelajar kat sini yang menghisap ROKAK"..apa lagi sume pakat gelak la, pengetua pun tak leh tahan gelak tu..

KES 12 :
Semalam aku cek kertas periksa anak aku tahun 1.... aku buka kertas bahase melayu..... mukasurat 1 arahan bergambar tulis balik apa gambar tu... Gambar Cermin mata anak aku tulih "SEPEK MATA" .... adoiiii salah..Gambar Buah oren anak tulih "ORENG"..... gi tambah "g" kat belakang...emmm tak pasal2 kena tolak markah... aku ngan hubby gelak tak hengat kesian anak aku....

KES 13 :
ada cikgu kat skolah aku, bukan main lagi berhati2 masa buat pengumuman, maklumlah sukan sekolah2 malaysia. satu hari tu ada pengumuman utk pserta2 pingpong, boleh dia kata ' Kepada semua peserta2 PIN PON, sila turun ke GELANGGAN SEKARAN'. abih brsorak budak2...

KES 14 :
kemarin dulu anak aku muntah atas katil, abih aa kena dkt cadar ngan toto..smlm kitaorg tengah masukkan toto ngn cadar dlm mesin basuh..pastu, aku cakap gini dkt hb aku .." bang, lupa la nak ambik SAMPUL BANTAL sama.."

KES 15 :
Ini kisah my mother in law dgn maid Indon:
MIL: Nanti mung koyok bawang, lepah tu siang ikang
Maid: Apa Buk? Apa perlu saya lakukan?
MIL: Koyok bawang, siang ikang
Maid: (masih terpinga2....)
Adik ipar datang menyelamatkan keadaan...
Adik ipar: Tuti, Tuti kupas bawang kemudian Tuti buat macam ini pada ikan (sambil menunjukkan cara2 `menyiang' ikan)

KES 16 :
Semalam perbualan ris dengan mak kat tepon, antara perbualan dia:
Mak: anok poksu mung tuh duk suku doh dengan bini dia
Ris: ye ke
Lepas tu dengan excitednya ris beritahu kat suaminya
Ris: Bang................ anak paksu tu duk SUKU dah dengan bini dia..............
HUbby: Haaaaaaaaaa...... suku........ apa suku tuhhh (dia bantai gelak........... adoiiiiiii tak faham rupernya)

KES 17 :
Boleh saya pinjam KALANG PETEK awak jap?...

KES 18 :
ni perbualan member aku(org kelantan)....:
wey zamani kenapa buku tu BERCERETEK EREK jer kat atas meja tu....malula pada member kita nih.......nak pecah perut aku.....

KES 19 :
peristiwa kat bandar jengka...member kelantan aku gak.....'BANG MINTAK SUPIK SATU'.....wakakaka.....bercakap luar tuh....

KES 20 :
masa aku study kat UM sewa umah kat bangsar...ada housemate budak kedah nak pinjam motor...dia tanya mana kunci motor aku...dengan macho nya aku jawab...'kunci motor ada dalam SORAK meja aku tu..'

KES 21 :
Cik, tali TENGKOK yang kaler ni berapo satu?

KES 22 :
di majlis kenduri
tuan umah : ayah mane?
member : oo ayah tak MARI, dia tak sihat

KES 23 :
teringat plok time matriks dulu... ada la classmate eda ni masuk intake lmbt.. muko dia cam org tua skit la.. pastu ado la mamat ni.. 1 batch kitorg gak la..dio kait buah mempelam tepi pagar asrama puteri... pastu takde bekas nak letak buah tu...ngan konfiden nye mamat tu tanya.... "kak, kak ada SUMPIT x??? kwn eda x tahan nak gelak...terus nama timangannya SUPIK..

KES 24 :
si A nampak ular lalu menjerit pada kawannya...." ular.....ular.....cepat KATAK...KATAK!..."

KES 25 :
ade sorang awek ni kije receptionist kat hotel kawan aku kije...aritu hotel xdak api,blackout, so guest kol la hotel ,dia yg cakap guest tanye " nape takde api ni" awek ni " maaf cik,black out.api berJENTAP"

KES 26 :
didi gi kl umah abg dia...abg dia suruh gi kedai beli gayung...so dia pon gi kedai..smpai kedai dia tanya tokey..."BANG, ADA JUAL CENTONG TAK?"...

KES 27:
ina baru balik dari shopping...rosnah tegur ina "WAH INA BARU BALIK? BALIK DARI MANA? BANYAK NYA JABIR KAT TANGAN TU...aku yang kbetulan tgh jln nak g toilet terus ketawa non stop..

KES 28 :
Nasihat utk anak buah yg anak jati Selangor.
adik jangan lari laju2...nanti NUNGENG KELAPA

KES 29 :
ni cerito saing kawe..ado salesman dtg drumoh dio, nak jual set beg tangan tino ko gapo, kawe dok igt sgt..awal2 tu ok lagi.. "kak, ini semua beg2 design terbaru.. ada yang buatan luar negara bla2.."pastu last2, "ok, akak nak kaler ape akak boleh pilih, nak kaler KOKO ke, kaler INTAM ke.."

ciaow dulu la..kalau sesapa nak suro aku sambung aku leh sambung..hehe...