Monday, June 20, 2011

1 MELAKA SAMBUT NGKO!!

Sempena 19 June - hari mak aku berhempas pulas meneran utk mengeluarkan aku dari perutnya yang besar itu..pasti kalau hayatnya masih ada..dia pasti akan igt saat susah payah dia nak keluarkan aku supaya aku dapat melihat dunia yg fana ini...jam 5 pagi lebih kurang la..maka melalak la aku agaknya(biasakan bayi comel cam akukan melalak bila dah kuar)...maka tertulis la nama aku di surat beranak - Suhaila - sempena nama bini kepada Perdana Menteri ke-3 ketika itu(angkara ayah aku la ni)...ok la kan..kalau aku lahir pada zaman Perdana Menteri ke-4..mungkin nama aku Siti Hasmah kan kan kan.....itu kisah beberapa puluh tahun yg lalu...ni kisah tahun ini..

Pada 18 June-aku bersama teman berjimba (shireen-pomot sikit namanya) pergi la menhabiskan sisa2 gaji 3 bulan lepas(tinggal RM10 aje tak boleh keluar2 sampai hari ni) di Bandaraya Warisan Dunia...tak sangka diaorg sambut hari kelahiran aku rupanya...hahaha...jangan la tak pecaya ngan statement aku yg benar ini...macam2 ada...


Perarakan beca yg penuh flora n fauna...
sambil tu aku n S pegi "alas perut" dulu...
Budak kedai roti tu siap tanya kita org..."kak..order ni utk 3 orang ke?" ..mcm hantu rayakan soklan dia...nasib baik la hari tu order utk makan 3 org..kalau bajet ada lebih aku order utk 5 orang makan...


kami kalau alas perut memang tak agak punya...ini baru kes alas perut...


makan mesti pelbagai perisa...

makan "mentekeda" sambil tengok kesibukan bandaraya...


ni tgh get ready nak menteke dah ni...

wahai pinggan..nasib baik ko tak balik umh aku...

hah ngko...macam tak penah makan kan..kesian aku...darat..


dah melantak byk2 muka ada sinyummmm...

posing di atas pentas nak tgk perarakan...biasa la awal bulan hari tu kekanda mizan...hari ni giliran adinda sue pulak ye bang...

ni sapa pulak??...ni namanya "siti"...nape namanya siti? banyak persamaan ngan siti..cuma bezanya siti jambulnya didepan tapi siti ni jambul nya dibelakang...

gambar ni bukan iklan utk beg No Brand tau...

sungguh tembam pipinya kannn....ada piza lagi la tu simpan celah pipi..

selepas ucapan selamat datang dan selamat harijadi utk aku diucapkan..maka berarak la mereka..

siap ada brassband lagi (sila beri tepukan)...

gemilang sungguh sambutan tahun ni...


penat adik2 kat bawah ni tiup trompet utk aku kannnn...tima kasih la...


abang motor pun..buat susah susah je...

siap ada konsert lagi....

aik...doa selamat de ke??...tak pe la..abg wira ali terlupa la tuh...semoga kawan2 sume doakan kesejahteraan ku...

nak hadiah??...pilih la FM tu sebanyak mana ko nak sue...tapi ko bayar sendiri...



dah penat cinderalla berjalan dan berpesta dan duit pun tinggal duit besi je...hari pun dah tukar hari bulan ke 19 june 2011....semoga jumpa lagi pada tahun hadapan.. InsyaAllah....


***Abg Nuar call wish birthday...sila percaya...

Wednesday, June 15, 2011

NAK JADI PILOT PULOKKK

Hari ni memang hari mengular sedunia...hahaha....dr pagi conteng2 kat kertas...sambil tu study sikit...bila sebut study tu jangan speku aku further study nak ambik PHD pulak...dimana2 saja kita berada kita kena banyak membaca dan belajar...aku study hanya utk persediaan menghadapi in******* je(sila speku bg ctrm silent readers-sapa betul dapat award penampor ngan aku..tak de keje lain...gossiping aje..). Langit di CTRM hari ni cerah terang benderang...so ambik gambar la...ada pulak Piper Tomahawk ngan Piper Warrior duk lalu 5-6 bijik...beratur je macam masa aku belajar kat driving school dulu ngan Abg Salleh ( i miss u abg salehhhh)...aku belajar drive ngan abg saleh yang begitu penyabar orgnya dan wajahnya iras2 Fahrin Ahmad(sila percaya-sebab tu aku lulus dengan cemerlang-sebagai pelajar terbaik JPJ pada thn itu)..dan lepas ni aku nak ambik lesen terbang ngan Mat Saleh pulak(sila percaya jugak-bukan apa senang nak gi jumpa bang Nuar)...


abaikan paip yang lagi lurus dr aku tu...

Ditengah panas merening tu boleh pulak duk sengih2...tak pe..aktiviti sampingan sambil makan di tepi landasan tu...sorry la imej aku dalam kegelapan(biasa la-erra pazira pun ada gambar gelap camni)..sebenarnya nak ambik gambo kapal n landasan je..aku diri kat situ sebagai iklan je..



korang perasan tak? burung terbang lagi laju dr kapal...cancel la nak belajar terbang..buat malu kat burung je...

LLepas aku posing tonggang terbalik meniarap kat tengah panas tu...tiba giliran mamat ni pulak nak posing meniarap ala2 maria ozawati...
sekian..aku nak sambung study(aku kan nak dapat award pelajar cemerlang lagi ni-jangan muntah ok...)

Monday, June 13, 2011

KITA BAKO JE MENU NIH!

Konon nya bila weekend nak puasa(tak kisah la puasa apa pun)..makanya tak de makna..pagi boleh puasa lagi...dah bila masuk tengahari asyik bukak pintu peti sejuk je..apa maknanya..terpandang pulak stok udang yang ada berbaki tu..sapa nak makan tu kawan kalau ko tak masak tu sue...cuba la hidup kau 1 hari tak membazir boleh tak?(ku petik kata2 ostad fadilah kamsah)..maka dengan gigihnya aku buat menu diatas tu...UDANG BERCILI TEBAKO DARAH...kena lak campurkan ngan petai jeruk..huh..mengandung 3 bulan perut mak lepas hadap udang ni ngan nasik panas...

Aku kali ni rajin pulak nak geng kan udang tebako darah tu ngan sayur...aku petik la pucuk paku belakang umah aku tu (tolong la pecaya belakang umh aku ada kebun)...puas gak terpikir2 nak masak apa pucuk paku ni sambil makan pringles 1 tong depan tv...ala masak bodo2 je la...aku pun capai kuali dan tumis kan dia ngan bawang cili api n ikan bilis plus black pepper...so jadi la..PUCUK PAKU BLACK PEPPER...nama ala2 western gitu...aku semenjak jadi warganegara west coast semenjak 13 thn ni gemar makan pucuk paku(tak kira la masak apa pun), daun turi (buat urap-boleh abih nasik sepiok kau) ..pucuk ubi rebus (kena lak cicah budu..perrgghhhh!) dan kenal daun2 ni sume...mula2 tak reti nak telan(kat negara east coast kurang makan daun2 ni)..tapi bila dah banyak kali telan dah jatuh cinta pulak...tak kenal makan tak chinta ye tak?? korang suka tak?

Ada beberapa ulam ulaman yg aku baru kenal dan rasa semenjak jadi chef di west coast ni(dulu mak aku je jadi chef) contohnya :

1) Rebung - yang bukan jeruk la..yg jeruk aku tak leh terima lagi sampai hari ini..tak tau kenapa..kesian rebung jeruk...

2) Cekur manis - penah masak sekali buat masak lemak taruk keledek..

3) Daun kaduk - kat east coast bersepah tepi pagar umh..jeling pun tak..tapi kat sini pulak makan..siap beli lagi seikat singgit...

4) Kerdas - suka gak makan..bau cam petai..tp kepekatan bau dia lagi kuat..kalau nak test boleh guna polis traffic punya alat yg test alkohol tu..mencanak naik meter dia bila ko hembus..silap2 rosak mesin tu..

5) Pegaga - aku biasanya makan mentah ngan nasik..kalau tahap rajin yg maksima aku buat jus...sedap..rasa mcm air tebu..

6) Jantung Pisang - harus la direbus kalau tak rebus aku akan jadi kaum2 selembu makan jantung pisang mentah..pernah makan 2-3 kali cicah ngan budu/cencaluk..sangat la bagus utk minda dan jantung(cuba tanya en google kalau tak caya cakap aku)

7) Terung pipit - aku tak penah masak sendiri tp makan kat kedai 8-10 kali lebih...rasanya boleh tahan..baik utk moral..


Lain2 tu macam pucuk gajus..selom..ulam raja..pena(nama dlm ic dia-Pina Pina)..jeruk maman..dah biasa dah..kat negara asal aku byk...


Tapi ada Ulam yg aku penah dengar namanya tapi tak penah makan : ulam Geli Geli(tolong jgn pesongkan kepala otak pikiran anda kelain ok)..putat...salang..setang..tapak itik...ni masa aku melancong kat daerah alor gajah/masjid tanah mende2 ni ada disebut tapi tak penah jumpa plak kat pasar2 diaorg...korang penah dengar?Aku teringin nak rasa...pahit pun tak pe...dah biasa menelan Mende Menda Yang Pahit ni(ada la tu..)...

Sunday, June 5, 2011

KU BASUH LUKA DENGAN AIR MATA

Selama 4 bulan aku menjadikan aktiviti berlari dan jalan laju sebagai aktiviti wajib 4 kali seminggu...kalau tak sempat 4 kali..aku buat 3 kali..kalau tak sempat 3 aku buat 2 kali..paling bangang pun sekali seminggu...perubahan ketara kalau jadikan ia aktiviti wajib dalam diari seharian ada lah...ia boleh buat kita enjoy...dapat berkenalan ngan kawan baru...korang nak tau macamana kita boleh dapat kawan baru di kawasan public gitu?..meh aku citer...
Hampir setiap minggu aku pegi dlm hutan kat ayer keroh..dan setiap kali berlari mesti jumpa orang ni...dia pun minat berlari macam aku jugak..tp larian dia macam kena kejar anjing...larian aku biasa2 je macam jalan2 ngan kerbau...setiap kali bertembung hanya senyum2 kelat je..tak leh senyum lebih2..tgh penat semput nyawa sekerat mana boleh senyum lebih2...cuma angguk je la...bila dah hampir berpuluh kali bertembung..baru hari ni orang ni bukak mulut nak tegur...

Orang : hai..awal hari ni
Aku : tak de la...mmg waktu gini2 sampai
Orang : datang sorang je ke..
Aku : haah mmg sorang je slalu..
Orang : ye tak ye gak kan..
Aku : dah berapa ratus round dah lari ni
Orang : dan 8 round ni...
Aku : wah best nya...
Orang : boleh tau nama?
Aku : Umie Aida..panggil Umie je..

Tapi dialog diatas BUKAN dialog sebenar..tu rekaan aku je..ada ke tgh berlari nak tanya soalan banyak gitu..dialog gitu tak leh tanya masa berlari..tu kena tanya time duk kat meja minum air sirap limau, tak pun paling bodoh bangang masa tengok citer hantu kak limah kat GSC...
Dialog sebenarnya adalah gini (selepas bertembung beberapa kali)...

Orang : jangan lalu sini...(sambil tangan tunjuk2 kat atas)
Aku : (tak jawap apa2...kepala terus dongak ke atas) - rupanya ada dahan besar hampir2 nak jatuh kebawah laluan aku berlari..kalau ada monyet kuang hajar berlari kejar2 atas dahan tu...aku yg kat bawah pasti terus berkejaran ke hospital pulak...

Tu je la dialog nye..hahahah...tu kira dialog gak kan..walaupun 1 ayat je...pastu kami ada bertembung aje...tapi tak de la berdialog..hanya berbalas senyum aje...ok la tu...sedekah di pagi nan hari...

(Tolong jangan mengeji aku utk kisah kali ini)

Hari ni aku layan lagu Success yg sekarang dah tak success lagi...sambil tangan mencapai tuala buat sebagai tudung ala yuna...aku nyanyi sambil jari menari ditali gitar...


Sekian lama kita menjalinkan cinta

Akhirnya tak ke mana

Hanyalah diriku saja yang setia

Dalam perhubungan kita

Andainya engkau buat bermacam alasan

Setelah ku membenci

Diri kau pandangku samanya indah

Kini semuanya tak kena

Mengapa tidak kau berterus terang

Bahwa engkau ada yang lain

Aku doa akan agar kau tak menyesal

Biarkan diriku

Menanggung duka lara sendiri

Susah payah tak sorang pun tahu

Terasa hinanya bila kau menyingkir diriku

Ku ucap selamat tinggal cinta & selamat tinggal kekasih

Biar pun sukarnya untuk melupakanmu& tak perlu lagi kau bertanya

Tentang diri ini

Biarlah ku sendiri hidup dalam sepi

Ku basuh luka dihatiku dengan airmata

Betapa pedih tak terkata

Lalu ku terkulai didalam sangkar rindu

Saturday, June 4, 2011

TAHNIAH SAYANG

KUALA LUMPUR: Penyanyi Anuar Zain, 40 dipilih menerima anugerah khas sempena pencapaiannya dalam bidang muzik dari Oxford Centre for Leadership (OXCEL) pada Majlis Anugerah Oxford di London pada 6 Jun ini.Penyanyi yang kini sedang popular menerusi lagu Sedetik Lebih itu berkata, anugerah Khas itu diberikan selepas menilai kredibiliti Anuar kerana pencapaian yang mengagumkan sepanjang 28 tahun dalam bidang seni.
"Saya menerima surat daripada OXCELl sebulan lalu dan secara jujurnya saya terkejut kerana ada pihak luar yang begitu prihatin terhadap sumbangan yang saya berikan sepanjang hampir tiga dekad dalam bidang seni."Mereka membuat penyelidikan mengenai kerjaya seni saya yang bermula sejak saya kecil sehinggalah sekarang."Walaupun tidak mempunyai pendidikan yang tinggi namun saya terharu kerana ada pihak yang mengiktiraf sumbangan saya. Saya menyifatkan anugerah ini adalah pengiktirafan paling tinggi yang pernah saya peroleh," katanya ketika ditemui pada majlis sidang media konsert Up, Close and Personal With Anuar Zain yang diadakan di Menara Kuala Lumpur, di sini petang tadi.Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Zuraidah Mohd Said.Kata Anuar lagi, beliau akan terbang ke London pada 5 Jun ini bersama pihak pengurusannya dan akan berada di sana selama dua hari bagi menghadiri acara rasmi yang sudah pun diatur oleh pihak OXCEL.


Konsert Up, Close and Personel with AZ di Menara KL...aku pasti duduk depan skali...tiket berharga rm600 bang nuar bagi free je..bang nuar antar kut pos laju(tak sempat jumpa pasal dia sibuk nak gi london)..bersama sekeping card bertulis.."sue sayang jangan lupa datang jumpa abg pada 15 july ni yer..jangan tak jadi pulak tau..abg tunggu!"...jangan jeles senah!!!


Profile abang sayang kalau nak kenal :

Nama : Shahrul Anuar Bin Zain

Tarikh Lahir : 15 Februari 1970

Anak Ke : 2 Dari 5 Beradik

Bintang Zodiak : Aquarius

Kerjaya : Penyanyi & Berlakon

Makanan Kegemaran : Berubah-ubah mengikut selera(ikut sue masak la katanya)

Minuman Kegemaran : Teh Tarik

Warna kesukaan: Perang, biru, kelabu & merah

Penyanyi Kegemaran: Ziana Zain, Dayang, Siti Nurhaliza, Whitney Houston & ramai lagi (sama la kita)

Pelakon Kegemaran: Julia Roberts, Amy Mastura, Elly Suriati, Ruth Sahanaya

Wanita Pilihan: Seseorang yang menerima dirinya sebagai Shahrul Anuar bukan Anuar Zain..(yes i know...)

KISAH AKU DAN DIA

Boleh tak aku nak wish birthday kat abg angkat aku hari ni???...aku rasa tak kurang ajar la sangat kalau aku wish dah tengahari ni...maklum la pagi td bz...6.30am aku dah terpacak tegak di Hutan Rekreasi Ayer Keroh..nak bagi monyet breakfast kat situ..walaupun ada sign board kata tak leh bagi makan makhluk2 kerdil kat situ...aku tetap jugak nak buat(sila percaya kata2 ku ini)...tghri td tetiba reminder kat Henpun Cap Hayam berbunyi.."sayang baca reminder sekarang..ting tong..." - BIRTHDAY ABG MIZAN HARI INI...

Happy Birthday Abang Mizan..

Chewahhh...ala2 cinderella gitu aku ni pulok..ada abg angkat lagu tu(tolong percaya juga)...dia ni kalau korang nak tau, orang sekampung ngan aku...kami sama2 orang kampungan you..umah dia pun kira dekat2 la jugak...2-3km dah sampai depan umah dia tu...naik kete 10 minit dah sampai..kalau naik kuda tambah lagi 3 minit pasal nak panjat kuda lambat sikit..kena lak bonceng kuda ngan abg mizan huh so romantika di tampoi...banyak jugak persamaan kami ni kalau korang nak tau...kalau ikut kalendar kuda yg ada tulisan cina ngan gambo kuda berlari tu..birthday kami jatuh pada bulan yang sama-JUNE...dia awal bulan(time gaji ada lagi) dan aku pulok tgh bulan(time gaji dah abih)....so kami ni kiranya sama bintang la yep..Gemini...kalau ikut kan horoskop yg ntah apa2 punya ramalan yg boleh membawa ke syirik tu..org2 Gemini seperti berikut :
Gemini lelaki : Selalu lari dlm topik cinta(betul la tu), menolak utk membuat komitmen, pandai,suka berkomunikasi,secara ekstrem berpengetahuan tinggi, tutur bahasa yg lembut boleh mencair kan pasangan, sifat ingin tahu yg tinggi terhadap wanita dan byk lagi..
Gemini wanita pulok : kamu menggoda (ohh yeah..), menarik,menyenangkan,so friendly dan mudah didekati, bukan kekasih yg mudah dibaca dan byk lagi la merapunya kat internet ni..tak kuasa aku nak taip kat sini...

Tapi tu la kan..dulu aku dan dia gitu2...tp dia tak berapa nak pandang pun aku ni..mentang2 la aku ni tak lawa...dia nak cari org yang bukan sekampung katanya..apala nasib aku...tak ada jodoh antara kami...setiap kali birthday abg mizan aku nyanyi sambil petik gitar..

Remember those photographs we took on that boat in Spain
I took 'em down and ripped 'em up and threw them all away
Remember on the back of one you wrote we were meant to be
That doesn't really matter now 'cause you don't mean a thing to me
Baby, you should've told me
Told me from the start
I thought that
I was your only
Till you put me on the shelf and found somebody else
I never thought that you would ever do that
Everything we had is gone
You said you love me, said you'll never leave
Maybe I just heard you wrong
'Cause I'm damaged,
I'm damaged
Don't know what to do
Baby, I'm damaged, so, so damaged
Because of you
Got rid of those clothes you left
Like you got rid of my dreams
I don't wanna be reminded of
All of the memories
Ah yes, still have the tickets
I saved from our very first date
But it don't really matter now'
Cause you threw our love away
It's almost like you would never hear
I almost feel like I don't care, bro
I've almost got here to forget pain
The only thing I've left to say
Is how could you leave me so damaged
Damaged, oh no no no no

Sungguh menyentuh kalbu...Abg Mizan memory antara kita tetap tersemat dihati walaupun penuh luka dan tragedi...(sila la percaya...lepas ni nak nyanyi lagu tragedi oktober plak)..


pssstt : Kepada kawan aku FM..please forgive me(lagu bryan adam)..aku dah terawal hantar email wish birthday untuk mu on 1st June yg lepas..walhal birthday mu 1st July...so sorry(lupa nak set kat henpun cap hayam)..delete je email tu..akan ku resend email yg sama on 1st July ok...

Thursday, June 2, 2011

KELUAR KAWASAN 3

Lama betul nak boleh aku sambung kisah keluar kawasan aku ni...bukan apa..bukan malas..tapi ada benda lain yg perlu aku priority kan untuk update...hari tu aku stop kat pegi bandar PD kan...tak ada apa pun aku cari..sebelum ke bandar PD aku singgah ke pasar malam di Batu 4 tu...bukan main banyak makanan..seram bulu tengkuk aku...macam2 ada..nasik lemak..nasik ayam..nasik beriani...semua2 menu pasar malam la...jagung bakar pun ada (terliur anak tekak)..tapi aku tak beli...bukan apa konon nya takut terlebih makan(loratkan..bukan korang je rasa nyampah..aku sendiri pun nyampah ngan keloratan aku ni...sila kutuk aku)...aku terus round kawasan tu..sekali ternampak..Nasi Ayam Western(Mama kena chop ngan Papa..gitu nama kedainya-forget it)..tak pikir panjang aku pegi singgah kedai tu (masa ni tak pikir langsung terlebih makan-hampas kelapa gak aku ni).
Sedang menikmati Nasi ayam yg diorder(nasi ayam semangkuk hayon+black pepper chicken chop+french kiss ekh bukan fries+sayur sayuran pelbagai jenis tp 1 keping je setiap jenis+sup + air laici+cincau)-canner macam nak rak tak menu?bangsa berlagak..barang pasar malam berkira nak beli..bila tang Mama grill Papa lepas Papa chop Mama nak pulak makan...aku didatangi seorang mamat Thai(dia introducekan diri dia)..
Thai man : Salam DIK(aku ubah sebab dia panggil aku kakak-dont like)
Aku : Salam...ada apa?(tertiba teringat kisah org simbah acid lately ni..seram..tapi ni thai bukan kaum seperti yg diwar2kan tu..)
Thai man : saya ada jual keropok ikan kak 4 bungkus rm10..(muka dia sgt sedih macam baru kena rompak)-aku tgk bungkusan kopok tadi..dalam sebungkus ada dalam 10 keping je..kalau kat kampung aku tu rm10 dapat 10 bungkus...kat rumah aku stok lagi banyak dr quantity dalam beg mamat ni...nak menolak aku rasa kesian pulak...
Aku : em macam ni la..saya ambik 2 bungkus je ok...
Thai man : tolong la saya kak..ambik la 4 ni...(masa dialog ni berlangsung aku ternampak pulak ada budak & perempuan tua bawak beg yg sama jual keropok jugak..aku pasti ni dari kumpulan yg sama)
Aku : ni saya ambik (aku capai 2 bungkus...masuk dalam beg prada cap masjid india aku)
Terus mamat ni blah...
Baru aku suap 3-4 sudu...sekali perempuan tua td bagi salam kat aku...dialog sama mcm mamat td...paksa dengan belas kasihan suro aku beli 4 bungkus..aku capai 2 bungkus gak..biar adil(walaupun harga tak setimpal ngan barang anggap je la aku bersedekah..makcik tu blah....dalam hati aku..kalau datang lagi lepas ni..aku tolong diaorg jual skali)

Perut dah kenyang aku ke bandar PD...sebenarnya plan nak potong rambut...bila hari dah petang manada salon yg bukak...kedai gunting Raja ada lah(penuh lak ngan abangla)

Aku pun pulang ke Palm Spring balik...so malam tu aku just layan YM aje walaupun badan rasa agak penat...plan balik ke melaka esoknya...

So dah complete mission aku jalan2 untuk kali ni...sepatutnya mission aku cuma berada didalam bilik sepanjang masa dan aktiviti tido ada lah agenda utama...tido bg aku activity yg bisa meredakan ketensenan...tapi ok la..at least tgk dunia luar pun boleh meredakan darjah ketensenan tu...

Balik ke melaka..rupa bf orenku sungguh dasat sekali...2 bulan tak mandi..kepam baunya...dalam keadaan penat...aku capai baldi + sabun...mandi manda bersama dihalaman rumah sambil bergurau senda...romantik kan...sampai berkilau aku kerjakan sidia...

Esokkan hari isnin..aku kena kerja...bf oren ku dah hensem...tapi kalau aku kata aku tak nak keje..apa bos nak cakap??...aku kata aku tak nak gi kejeee..tak nak pegi laaaa...jangan paksa aku...apalagi pagi tu aku hangkut 2-3 helai kain baju..aku tekan pedal ke arah Sepang-->Concorde Inn KLIA(seperti yg terancang secara tersusun rapi agendanya)...kau nak lari ke sue??..IYER...apa kau buat kat sana sue?...AKU : tak tau...