Wednesday, January 13, 2010

KISAH BAWANG & ORG MENTAL

Malam semalam oleh kerana stok bawang aku sudah habis...aku ambik keputusan utk makan kat luar aje..tengok..begitu besar peranan bawang didalam rumah...oleh kerana sebab musabab asalnya bawang out of stock..so aku kena pegi sopink bawang la..tempatnya tak lain tak bukan Maidin di belakang umh aku aje..kalau jalan kaki dalm 15min (lalu sot kat)...naik motor 5 minit dan kalau naik kete 15-20 minit jugak pasal parking area tu macam LAHANz...

Dalam list PO (Purchase Order) hanya tercatit bawang merah @ rm5...tp bila nak bayar..terbit pelbagai barang yg nilainya lebih kurang rm70...biasa la..wanita berkaliber macam aku ni bijak mengatur perbelanjaan...

Selesai sopink...tayar terus laju saje pegi ke Izzat Cafe Hang Tuah Mall bukan ke rumah di mukim Bachang itu...dengan alasan aku nak masak pun hari sudah lewat dalam kul 9 gitu..lewat la tuh....makan kat dapur Izzat Cafe aje...barang2 sume ada..termasuk bawang yg dah blend...

Di Izzat Cafe speciality nya adalah live band...boleh menghiburkan diri sambil menjamu selera...nyanyian dari penyanyi otai tu ok la..dari tak de...music pun ok jugak..mampu mengundang hentakan kaki ke lantai...dan yg paling special masa live band ada lah..penari jemputan nya...ada sorg mamat ni dia akan mula menari dari mula music bunyi sampai habis lagu...tarian nya sama aje rancaknya walaupun lagu yg penyanyi otai tu bawak lagu sedey macam Sailing - Rod Steward...tp mamat ni tetap menghiburkan...

Kisah semalam..bila mamat ni dah penat menari berjoget ala aerobik gitu dia sudah haus la...malam semalam dia target pegi meja aku la...
Mamat Penari : kak ada air lebih?
Aku : (menggelabah korek beg duit)..nah..gi beli air pres oren...

Mamat Penari : Bro...ada rokok?
Teman semeja aku : Ada..jap...( teman semeja aku ni gulung rokok sendiri-perisa strawberi)...

Tetiba Mamat tu menjerit : YAHOOO YAHOOO YEEHAAA...yado kibarat....aku terus tak paham dia nyanyi apa...lagu industan la....

Sedey pulak tengok keadaan mamat tuh...siapa dan mana keluarganya...tetiba putus selera aku nak makan..nasib baik lamb chop n kentang goreng large aku dah habis telan...kalau tak...mesti aku order lagi pres oren pasal live band lagunya makin best2...


KISAH HUJUNG MINGGU

Bila hujung minggu..macam ni la gaya nya...berebut2 pikir apa nak buat....sebagai seorg wanita bekerjaya cemerlang gemilang terbilang terkangkang..waktu weekend hanya waktu untuk tido atau pun waktu yg sesuai utk membina otot2 badan dengan mencuba resepi2 terbaru..jumpa lam buku utk ditiru...kalau tak menjadi tu belakang kes...
tapi kali ni tak de hati pulak buat aktiviti kurang pekdah kat umh tuh..aku rasa aku perlu tgk org minggu ni...jom ke.. tempat ni pemes 1 masa dulu..
tempatnya dah boleh tahan bersih dan pembangunan yg begitu pesat sekali...bangunan pencakar langitt selangit.. ada stage show...artis lom datang..
ramai org mandi manda (jaga kaki nanti kena geget boya)

ada ramai org berpiknik...dating lagi ramai....
kedai jual2 barang...itik ayam naga..macam2 ada..
play ground..utk budak bawah omo..tp bila malam utk budak atas omo...
tempat makan makan...
pic atas : tak dapat kenal pasti budak ni makan pesen zaman dinasti apa..
pantai yg tenang...ombak malu2 nak menghempas pantai..
ITU LAH PANTAI TANJUNG BIDARA....

Monday, January 11, 2010

CERITA HANTU

Perhatikan dibulatan merah. Time ni masa Aizat wat show Kau Aku. Ada benda atas scaffolding kat atas pentas. Ada 'orang' yang berbalut serba putih sambil melambai lambai ke arah tukang amik gambo ini.. pastuh menghilang terus! Diaorg igt dancer Faizal Tahir tp dancer dia pakai baju ketat dancer terbang... tp ini kain longgar2 cam terbukak sikit flapping giteww, tak cam baju dancer... erm..setan berada dimana2...


CERITA ROGOL

SETIU: Geram dengan kejelitaan anak jiran yang berusia belasantahun, seorang lelaki gila seks sanggup memanjat tingkap rumah mangsadengan hanya memakai seluar panjang sebelum bertindak merogol gadismalang itu, Rabu lalu. Mangsa, pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di sini, ketika itu sedang menonton televisyen bersendirian di ruang tamu rumah diJalan Kubur Penarik Baru, dekat sini, apabila suspek yang tidak memakai baju menekup mulutnya dari belakang sebelum menarik mangsa ke bilik tidurnya.

Mangsa kemudian dirogol sebelum ditinggalkan bersendirian dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu.Ketika kejadian, dua adik mangsa yang masih kecil sedang tidur di bilikbersebelahan manakala bapa mangsa, seorang nelayan keluar ke laut. Ibu mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai makan pula berada di tempat kerja tidak jauh dari kampung terbabit.Mangsa yang ketakutan tidak memberitahu cerita sebenar kepada ibunya pada malam kejadian, sebaliknya hanya menceritakan kejadian itu pada keesokan hari.

Ketua Polis daerah, Superintendan Shaik Othman Abdul Hamid berkata,mangsa yang tertekan dengan kejadian itu kemudian membuat laporan diBalai Polis Penarik pada jam 4.30 petang hari berikutnya.Selepas membuat laporan, mangsa dihantar untuk pemeriksaan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu."Kami sedang menunggu laporan perubatan sebelum menyiapkan laporan penuh kes terbabit," katanya.Beliau berkata, suspek berjaya dicekup di rumahnya pada Jumaat lalu danditahan untuk siasatan lanjut di Balai Polis Permaisuri mengikutSeksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Dubuk - hyena

Asyik duk belek citer ni je...sila tengok sini lagi up-to-date dan byk kisah2 menarik...

Thursday, January 7, 2010

KISAH BERDARAH

Oleh kerana aku ni sibuk mengalahkan Najib...makanya macam nilah nasib page aku ni..kejap update kejap hanyut...so apa cer hari ni yep..memandangkan keadaan masalah dunia hari ni kurang sikit maka aku pun berkesempatan berkelakuan sumbangan cerita kat sini...KISAH BERDARAH...suspen jek bunyik..kisah benar....Pengunjung ke Pantai Port Dickson di gigit "sesuatu" didalam air....jom kita speku...apa kah binatang @ alien yg telah menggigit mamat ini...kaji jangan tak kaji...



Cerita tuan empunya badan kata nya buaya?..boya...boyo...
Jangan terpanjat pulak boya ada di pantai...buaya air masin ada didunia ini.."salties"...ganas makhluk ini..gugel sendiri kalau tak caya..
Mungkinkah ikan?..ikan yu..jerung...baracuda..ikan sembilang masak lemak?...
Mungkinkah alien?...predator? prudential?..ekh tu insuran...motip sebut insuran?-sebelum gi PD register kat prudential dulu...korang rasa apa dia?
"SEBELUM AKU NAK CIAOW...AKU NAK UCAPKAN TAKZIAH KEPADA RAKAN SEKERJA JUHAIRAH @ http://sayanghaziq.blogspot.com/ KEATAS PEMERGIAN SUAMINYA KERAHMATULLAH KERANA TERLIBAT DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA PADA 6 JAN 2010..AL FATIHAH..SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN DIKALANGAN ORANG2 YG BERIMAN..KEPADA JUE..TABAHLAH MENEMPUH HARI2 MENDATANG...SEGALA GALANYA DIATAS KETENTUAN YG MAHA ESA..."

ciaow dulu...jom speku pasal minatang tu kat komeng aku...

Thursday, December 31, 2009

INGAT AKU LAGI?

Hari ni hari yg ke 14 hari aku tak masuk umh sendiri ni....penuh pulak sarang labah labah....
Ada kelawar bergantungan....mesti korang pun takut nak masuk
Kat luar pun banyak semak samun (sekali ada batu nisan daaa...abaikan) Tapi aku tetap menten ayu...
So sorry salah pic kat atas..tu gambar sebelum makeover hoccay...yg bawah ni baru real..
Ini la bopren gelap ku...
Yang bersembunyi disebalik bunga....
Biasa la busy 14 hari pegi dating la dgn sibopren gelap...
Pegi jalan jalan kat Siam...(abaikan signage tuh...kuang hajar) Baring baring...
Gurau tendang tendang..
Abaikan signage pada baju...ahakss!!!
Main main air....eewww....
Jalan jalan cari pasal...
Bersama superHerot ku...
Yang kuit...Ish ish ish...
Bonet Morris Minor pun aku tak kisah...
PESANAN PENAJA : Kalau korang rasa macam nak pening ke muntah ke...pegi toilet cepat...

SELAMAT TAHUN BARU 2010...KEPADA SUMER KENGKAWAN...I LAP U ALL..

Thursday, December 17, 2009

SALAM MAAL HIJRAH

SELAMAT TAHUN BARU KEPADA SEMUA BLOGGERS..FOLLOWERS..SILENT READER..DAN UMAT ISLAM SELURUH DUNIA...

Maknanya :

Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari keslahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, ya Karim, ya Zaljalali wal ikram.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam…

BACA LAH DOA AKHIR TAHUN INI SETELAH SOLAT ASAR SEBANYAK 3 KALI KAWAN2...

Sesiapa yang membaca doa ini dalam waktu tersebut, maka setan berkata: “kesusahanlah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam (manusia) pada tahun ini”. Maka dibinasakanlah dengan satu saat saja, sebab membaca doa ini. Dan dosa-dosanya diampuni oleh Allah Ta’ala dalam setahun ini.

Maknanya :

Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Alllah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agung dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungandari nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam…

BACALAH DOA AWAL TAHUN INI SELEPAS SOLAT MAGHRIB HARI INI SEBANYAK 3 x DAN ULANG LAGI PADA ESOK HARI 1 MUHARAM...

Barangsiapa membaca doa ini, maka setan berkata: “telah amanlah anak Adam daripadaku pada sisa umurnya pada tahun ini kerana Allah Ta’ala telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnahku.”
Kerana entry aku pepagi butes ini hari ni aku lambat masuk kerja pulak dah kena tulis nama kat pak gad..macam budak sekolah pulak rasanya.....mana tak nya dah la lambat kuar umh...signal minyak pulak kelip2..pegi ler isi minyak pulak..skali pakcik pam minyak pulak salah dengar..aku cakap 20 hinggit..dia sudah bantai 40hinggit...tp aku tetap sabar dan senyum pada pakcik yg telah menyebabkan aku over bajet minggu ini....aku anggap aje pakcik tu tak korek telinga sebulan tak pun dia tergamam pasal J LO datang isi minyak dgn keadaan kelam kabut...