Monday, October 26, 2009

MENCARI PATINAH...

Misi mencari Patinah binti Gulai Tempoyak...



baru tau rasa patin sangkar n patin kolam..memang berbeze..berbaloi2..patin ori sungai yg mahal tu aku lom rasa..terus terang cakap tak mampu nak beli..


RM 25 /person utk round sepanjang sungai...

MISI TAMAT....PERUT KENYANG....
*maaf quality gambar kureng..guna henpong cap ayang katik*

Saturday, October 24, 2009

TAK KENAL TAK TAHU

Kita ni sebagai manusia biasa makin tua makin kita byk belajar...dari akal budak hingga la ke akal tua..tp kalau makin tua makin tak leh pakai otak tu..payah la nak citer...aku ni makin tua makin aku belajar apa yg negatif ..bukan sume aku nak tukar cuma makin hari aku pilih apa yg patut aku tukar...kebelakangan ni aku tukar sifat aku yg 'susah menerima apa yang aku tak suka'...tak semestinya perkara yang kita tak suka itu mendatangkan perkara buruk kepada kita..ada perkara yg paling remeh yg kita tak suka tapi kalau kita cuba menyukainya..hasilnya ok..ada org berpendapat "aku tak suka menda tu..itu prinsip aku"...tapi cuba kita pikir..kalau kita cuba menyukainya..tak mati pun...
Hari ni aku telah hadap 5 movie Harry Potter...selama ni HP sgt glamer..buku HP yg melambak..member2 aku yg tak sabar nak tengok kalau ada movie baru dia..sana sini orang duk citer..tapi masa tu aku kata aku tak minat atas alasan "citer mengarut..magic sana sini..mengarut!" Tapi aku tak pernah nak cuba tengok citer2 HP ni.. apa yg best sangat ye..
So pagi td aku dah siap dengan jajan2 aku..mengadap tv nak tgk Harry Potter yg telah selamat di downloadkan dan telah didvdkan secara haram oleh aku..5 movie sekali gus aku hadap..emmm akhirnya tak mati pun aku..jauh sekali koma..ok la citernya..kalau aku tak bergerak dr tempat duduk aku..habis jajan aku keje kan masa movie 1 aje tu..makanya citer tu aku boleh layan...
Kesimpulannya...aku akan mencuba lagi mencuba perkara2 yang aku tak suka mana tau benda itu baik dan akan jadi favorite aku...hehe...
Ciaow : aku nak cuba hilangkan perasaan syak wasangka....

Thursday, October 22, 2009

BINA BADAN

Petang semalam aku termenung di jendela...opps...jiwangss...tepi sliding door...memikirkan nak masak apa malam ini utk mengalas perut yg tak berapa lapar ni...saja tau napsu makan ini mengada2 tahap cipan..kalau tak masak pun ok lagi pasal siang nya aku dah balun makan macam kat tempat keje sperti..maruku raya deepavali..biskut raya deepavali...twisties..dan jajan lain yang sewaktu dengannya...tetiba lampu dalam kepala hotak menyala macam lampu ambulan..spagetti...hah hah hah..gelak ala ala nenek jin...





chatting dan sambil menyuapkan Spaggeti Udang tu ke dalam mulut yang tak de insuran ini...bersenang lenang macam gaya Puan Sri kannn.....
Korang tau buah ni??
Ini kalau korang bukan kaum Orang Asli kat area Muazam Shah Pahang sana memang la kurang kenal..kepada yang penah makan dan tak penah jumpa..aku perkenalkan..ni la buah Keranji...buah ni banyak jugak jual kat kampung aku...tp bukan Original People yang jual..diterengganu ia dipanggil Buah Kaddeh..hehe sebut biar betul...tetapi saiz buahnya lain..kat trg saiz nya 2kali lebih kecik dari ni...yang Original People kat Pahang ni saiznya besar gedabak..dan rasanya agak masam..sehingga boleh menghodohkan muka orang..kalau orang yg cantik makan aku rasa akan hodoh sikit mukanya...tp kalau org tu dah sedia ada hodoh yg makan..maka akan bertambah2 lagi tahap kehodohannya itewww....hazab...
Ciaow..
p/s: Huh...utk jawapan entry dibawah...tok sah la korang nak pikir berat soal tu....dah tentu nya 27hb aku tunggu gaji...hehehhe....

Wednesday, October 21, 2009

LAMBAT LA...


Lambat nyerrr 27hb....Ko telah meninggalkan aku semenjak 18hb Sept tau..aku rindu la..ahaks!!

Sunday, October 18, 2009

SI SEPIT BIRU

Sempena Hari Deepavali semalam aku telah dijemput utk menghadiri 1 rumah terbuka member kaum India...setelah disahkan oleh JAIM..maka semua menu adalah halal...semua menu ada lah kegamaran aku...seperti tosei + itli...kari kambing..kari ayam kampung + bandar...dan yang paling special yg aku tak penah telan..ayam belanda masak kurma...maruku ori..itu aje yg aku sempat jamah..itu pun kerana seluar sudah beri warning..zip nak tercabut..hehe...oleh kerana rumah terbuka adalah di bahagian tenggara Lubok China Negeri Sembilan..jadi aku telah mengambil peluang utk menyiasat 1 lokasi SEPIT BIRU...apa itu sepit biru..jom tgk gambar...

Di Pengkalan Sungai Timun...daerah Rombau...dah masuk suku..
Jam menunjukkan 11.30am..keadaan agak sunyi... Keter ada byk tapi mana pergi org2nya????ting tong !!!!
Ekh2..hehe ni bukan org2nya..saje interprem..

oooo....org2 nye pegi 'menyangkut' SEPIT BIRU..


Diaorg ni nak pegi la ni...aku hanya mampu tengok aje...belom masa utk turut serta pasal dressing ala2 nak gi sopink...
Kecewa kerana SEPIT BIRU belum sampai dan harga dekat situ agak mahal (RM50/kg) so aku pun plan nak pegi siasat kat tempat lain pulak(bukan apa..saje je..nak perabihkan petrol..maklumla dapat free..shell tu aku punya..korang tak tau ke..)..
aku ke Kuala Rompin...bukan sahaja nak cari SEPIT BIRU...sebenarnya tujuan asalnya nak siasat lokasi utk dapatkan SEPIT BIRU yang free..aku mmg suka benda free..itu aje..
ikut aje jalan yg lurus dan benar ini...
yup aku dah sampai...
huh..lokasi yg sangat cantik...port baik..
sayangnya waktu ni air surut..
port yg baik utk naikkan jenak/kerapu/siakap...dugong..
dan nak naikkan kapal ni pun boleh...byk hasil ni..berat nampak..
apa lagi test tgk...bukan nak cari SEPIT BIRU...
SEPIT BIRU kat sungai...tak sempat pegi..pasalnya jam dah pukol 3-4...
saje je ni...test power...
huh member ni nak cari stok lauk seminggu ni...

aku dapat jugak rezeki tp sori la tak snap pun pasal takat jenak kurang dari 500gram aku segan nak interprem..
kat area ni ada chalet yg disediakan..emmm boleh tahan..
dulu hak milik Al Arqam..skang mungkin penjajah mana ntah yg ambil alih..
oleh sebab Tosei n itli yg aku makan tadi dah hancur dalam perut..aku pun mula buat open house kat tepi laut tu...
Bekal ni aku import dari pasal malam di bandar Muazam Shah..
Not bad...hehe...ini yg aku bedal dulu...
tapi yg aku cari yg mentah bukan yg dah masak ini...makan ngan lemang pun sodap..hehe...
kemain lagi...DAN INI LAH DIA SEPIT BIRU/UDANG GALAH YG TELAH BERJAYA AKU BAWAK BALIK KE MELAKA...COMEY2 SEMUANYA..MURAH AJE...KALAU DI LUBOK CHINA SEKILO RM50 TAPI DI KUALA ROMPIN SELEPAS AKU MEMUJUK DAN BERMANJA2 DENGAN PAKCIK JUAL UDANG GALAH INI...3 KILO HANYA RM65 AJE...HEHE..JANGAN JELES TUK KETUA KAMPUNG PANTAI BERNAS LANJUT KUALA ROMPIN OOIIII....
Selesai Maghrib aku berangkat balik ke Bumi Hang Tuah...mungkin aku akan kemari lagi utk menjenguk udang galah free aku..InsyaAllah...raya Krismas...
Ciaow...

Thursday, October 15, 2009

MARI BELAJAR

Adik adik kakak kakak abang abang mari belajar bahasa kampung aku....tau kampung aku dimana?..hehe TERENGGANU DARUL IMAN. Kepada sesiapa yg bersuami atau beristerikan org terengganu mudah la utk lebih mahir bersembang dengan pihak mertua..dan kepada sesiapa yg berBF atau berGF dengan org Trg..hah ni la masa utk korang lebih disayangi sebab pandai mengambik hati kekasih..barula sidia rasa korang benar2 nak convert lidah korang hikhikhik... Ok aku mulakan dengan bahasa Trg yg tiada kaitan langsung bunyinye dengan bahasa Melayu...

1. Awak = awok
2. Keluar = tubik
3. Buat = wat/wak
4. Gigit = kekoh
5. Pijak = jirik
6. Agak agak = stemek
7. Modal = stemek
8. Buku = bok
9. Pensil = kalang
10. Lampu suluh = lapu pecet
11. Tertido = khelat
12. Plastik beg = supik = plastik sereh
13. Pen = Bopeng
14. Suka = berahi / wahi(ala2 pelat)
15. Tipu = lolok
16. Jambatan kecil = ghetok
17. Buah = woh
18. Mengunyah ngunyah = gonyey
19. Resdung = seduang
20. Kerengga = semuk ketung

* jangan gelak...byk lagi tuh..tak tersenarai aku...

Contoh2 ayat :
1. "Mek bawak keluar pen sebatang" - "Mek wak tubik bopeng se"

2. "Mek, aku suka makan kuih yg kamu buat ni" - "Mek aku wahi makang kue mung wak ning"

3. "Mek, kau jangan tipu aku tau" - "Mek,mung dok soh beng wak lolok ke aku ah"

hehe...kalau pening berenti dulu....bahasa ni mmg agak sukar..aku belajarnya hampir 30 tahun lebih...kalau ada soklan ajukan kat ruangan komeng...

Ciaow...

Tuesday, October 13, 2009

IBU,ANAK N MENANTU

Ibu, Anak Dan Menantu
Suzana (nama sebenar)dan razman(nama sebenar) adalah pasangan yang paling bahagia dari sejak zaman sekolah..mereka sering kelihatan bersama di kantin, di dlm kelas mahupun waktu belajar di luar kelas...
Sesudah tamatnya zaman persekolahan, mereka menyambung pelajaran di sebuah U swasta yg terletak di sekitar kuala lumpur... mereka bagaikan belangkas yang x dapat di pisahkan lagi.........tetapi dalam setiap percintaan mesti ada dugaan nya..
Salmah seorang ibu yg bengis & terlalu mengongkong keluarganya untuk mengikuti sgala kehendak nya.. Salmah adalah ibu kpd Suzana.
Pada suatu hari, Salmah mendapat tahu bahawa anak tunggalnya keluar dgn seorang lelaki iaitu Razman. Dia mendengar khabar itu drpd jiran2 nya. Salmah pun naik berang dan sgt marah terhadap Razman & mnyimpan dendam terhadap Razman..
Salmah sanggup memberhentikan pengajian anaknya dari belajar di U itu........dengan niat utk memisahkan mereka.
Setelah 3 bulan Suzana berhenti, datanglah Razman dgn rombongan meminangnya ke rumah Suzana. Ibu nya terpaksa akur dgn perhubungan percintaan mereka kerana menyedari bahawa jodoh anaknya itu memang kuat untuk Razman.
Setelah setahun berlalu mereka pan diijab qabul kan ...... Mereka berdua bercadang hendak pergi honeymoon ke Pulau Tioman.......tapi malang telah menimpa mereka......
Razman dan Suzana telah mendapat kemalangan semasa dalam perjalanan ke Pulau Tioman. Salmah bertambah marah kerana kemalangan itu menyebabkan muka Suzana mengalami luka yang teruk sehingga kulit muka nya tersiat. Malah meninggalkan kesan yang amat menakutkan......
Sejak kemalangan itu kebencian Salmah terhadap Razman begitu membuak2. Razman berasa kecewa akan sikap Ibu mertuanya......tambahan mengetahui berita tentang wajah isterinya anaknya menjadi cacat seumur hidup.
Razman cuba utk memperbaiki keadaan........Razman bertemu dengan doktor bagi merawat muka isterinya dengan cara mendermakan kulitnya. Perkara ini Razman telah memohon agar doktor berjanji akan tidak menceritakan kepada isteri dan ibu mertuanya.
Setelah seminggu Suzana membuat pembedahan muka, Salmah begitu gembira melihat perkembangan muka anaknya dan memeluk cium muka anaknya. Namun dendamnya terhadap menantu tidak pernah padam. Doktor tersenyum melihat kegembiraan Suzana dan ibunya.
Salmah bertanya kepada doktor dengan penuh harapan siapakah insan yang sanggup mendermakan kulit untuk pembedahan muka anaknya. Doktor terdiam seketika lalu menjawab......penderma tersebut menyuruh saya agar tidak memberitahu akan identitinya kepada puan. Salmah akur dan kecewa dengan jawapan dari doktor tersebut dan mencium muka anaknya berkali-kali.
.........................
Sebenarnya Doktor telah menyimpan rahsia Razman yang mana telah mendermakan kulit punggungnya untuk pembedahan muka isteri kesayangannya. Cuba lah kalau rahsia ini terbongkar dan Salmah (ibu mertuanya) tahu yang pipi anaknya di cium berkali-kali itu adalah kulit punggung menantunya yang dibenci. Macamana erkkk riaksi ibu mertua yg sombong iteewwww.....hikhikhik

Ciaow..