Waktu tghr yg damai ini berbekalkan goreng pisang panas dr kantin aku terpikir2...sampaikah aku kat sini nanti?? tinggal 10 hari lagi...
Segala persediaan kelengkapan sume dah beres..cuma get ready nak packing aje...yg tinggal cuma last minit persediaan fizikal...persediaan mental tu insyaAllah...ALLAHU AKHBAR!!!!Td tengah duk belek paper KOSMO terbaca pulak kesah ni....ish2...ini sume Allah punya kuasa....korang makan rambutan bebaik tau...kalau macan durian lagi kena hati2...silap2 goal terus pulak...
KUALA TERENGGANU - Keriangan menikmati buah rambutan berakhir dengan tragedi buat sebuah keluarga apabila bapa mereka berusia 79 tahun maut tercekik buah tersebut.
Kejadian malang itu berlaku semasa warga emas, Endut Abdullah berkumpul dengan ahli keluarga di rumahnya di Kampung Jeram Manir di sini Khamis lalu.
Menceritakan kejadian itu, anak mangsa, Anita, 45, berkata, salah seorang adiknya datang membawa rambutan untuk dimakan bersama ahli keluarganya pada pukul 5.30 petang.
"Ayah ambil sebiji rambutan dan selepas habis makan, dia ambil sebiji lagi dan ketika makan, tiba-tiba dia tersedak dan tertelan buah yang dikunyahnya," ceritanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Ciaow...