Sunday, July 19, 2009
SAAT YANG KU IDAMKAN
1. Petang semalam aku ke pasar malam Sungai Udang...huh macam2 bentuk rupa ada...pilih aje gerai mana aku nak...dah musim rupanya..patut la kat umh aku tuh menyerang aje baunya...tak pe..sabo...
2. Aku balik umh simpan barang tu bebaik...tak mo bukak lagi..nanti tak surprise..tunggu pagi esok (hari ni ler)...biasanya bau menyerang petang2..kali ni aku serang time pepagi...time diaorg tido...biasanya diaorg kalau weekend ni kol 10 baru bunyi kat dapur...aku tau org yg serang aku hari2 tu duk belakang umh aku je...padan muka...
3.Pepagi td..kol 7..hehe aku mulakan operasi...
4.Adun tepung beras ler...masukkan brg "baik"...hehehehe...jeng jeng!!
Thursday, July 16, 2009
AKU KENA SAMUN
BREAK KEJAP
Wednesday, July 15, 2009
OPSS TAK SENGAJA.....
Bukan sengaja pun dia tuh....hehe...
Pagi buta pulak aku update hari ni...18SX lak tuh...ampun...Ciaow...
Tuesday, July 14, 2009
KISAH JIN
MADINAH - Sebuah keluarga di Arab Saudi mengheret seekor jin ke mahkamah dengan mendakwa makhluk halus itu mencuri dan mengganggu mereka, lapor sebuah akhbar semalam."Kami terdengar bunyi dan suara pelik. Pada mulanya kami tidak mengendahkan perkara itu. Namun, anak-anak kami ketakutan selepas jin itu mula membaling batu," kata keluarga tersebut dari bandar Mahd Al Dahab, dekat sini.
"Kemudian, seorang wanita berkata-kata kepada saya diikuti oleh seorang lelaki. Mereka mahu saya berpindah keluar dari rumah kami," tambahnya.
Menurut lelaki berkenaan, semua gangguan itu berlaku pada waktu malam hari sejak dua tahun lalu.
Ekoran tidak tahan diganggu makhluk halus tersebut, keluarga berkenaan telah berpindah dari kediaman yang dihuni mereka selama 15 tahun yang terletak dekat bandar Madinah itu.
Menurut Al-Watan, sebuah mahkamah tempatan memberitahu pihak berkuasa sedang menyiasat kesahihan dakwaan mereka walaupun menyedari ia sukar dilakukan.
"Apa yang lebih menarik berhubung kes ini ialah aduan itu dibuat oleh setiap ahli keluarga berkenaan," kata ketua mahkamah itu, Sheikh Amr Al Salmi.
heheh....tak sangka...jin pun leh kena dakwa...teringat aku cerita CEPLOSSS!!!!...ciaow...
p/s : Oleh sebab ramai yg bertanya tu gambo apa...tu la gambo...JIN TONCET MATA SATU...hahaha
Monday, July 13, 2009
ALZHEIMER

APABILA memperkatakan mengenai Alzheimer atau nyanyuk, masyarakat seringkali mengaitkan penyakit ini dengan faktor umur. Malah punca yang sering dikaitkan dengan penyakit ini ialah otak pesakit mengecut dan wujudnya abnormal protein dalam otak yang dipanggil amiloid.
Keadaan itu menyebabkan saraf-saraf dalam otak menjadi tidak normal dan keseluruhan saiz otak semakin mengecil yang akhirnya menyebabkan pesakit mengalami masalah lupa yang serius.
Namun, dalam keadaan tertentu, penyakit yang lazimnya dihadapi oleh mereka yang berumur melebihi 60 tahun ke atas, juga boleh dialami golongan lebih muda.
Pakar Runding Geriatrik Hospital Pakar Cheras, Dr. Rajbans Singh, berkata meskipun jarang berlaku, kebarangkalian ia dihidapi oleh mereka yang berumur dalam lingkungan 50-an, tetap ada.
"Simptomnya masih samar namun kecenderungan untuk terlupa adalah sama. Walaupun begitu, antara keterlupaan golongan ini dan Alzheimer adalah jangka waktu memori yang diingati," ujarnya.
Jelas Rajbans, bagi pesakit Alzheimer, mereka masih dapat mengingati perkara lampau yang berlaku 20 hingga 30 tahun lalu dengan baik namun gagal mengingati satu perkara mudah yang dilakukannya beberapa minit lalu.
Bermula dengan keterlupaan jangka pendek, penyakit ini akan berlanjutan hingga membuatkan pesakitnya kehilangan memori secara total.
Tambahnya lagi, keadaan pesakit bertambah serius apabila mereka mula berhalusinasi dan pada tahap ini, potensi mencederakan diri mereka amat tinggi sekiranya tidak dirawat serta diawasi.
"Bertepatan dengan nama lain bagi penyakit ini iaitu The Long Goodbye, penyakit ini lazimnya meliputi tempoh lebih 10 hingga 20 tahun. Jadi, tidak mustahil keadaan mereka akan bertambah buruk," jelasnya.
Antara simptom tingkah laku atau psikologi pesakit Alzheimer termasuklah gemar menjerit, agresif dari segi fizikal, gangguan personaliti, banyak bertanya, kemurungan, kadangkala tidak mahu dibantu, salah sangka dan tidak tidur pada waktu malam.
Rawatan
Menyentuh mengenai jenis rawatan, jelas Rajbans, tiada satu kaedah khusus untuk menyembuhkannya namun apa yang boleh dilakukan ialah melengahkan simptom.
Dalam beberapa kes tertentu, pemberian ubatan untuk meningkatkan kembali sel dan hormon dilakukan dalam bentuk tablet.
"Masalah utama pengambilan ubatan dalam bentuk tablet ialah pesakit kerap terlupa untuk mengambilnya seperti yang diarahkan. Jadi, satu inovasi dilakukan iaitu pesakit dilekat satu tampalan seumpama plaster di lengan.
"Dengan itu, pesakit tidak lagi mempunyai masalah dengan rutin mengambil ubat," jelasnya yang turut menjelaskan antara penyebab utama penyakit ini ialah virus, toksin, kekurangan hormon dan vitamin serta pelbagai lagi.
Tambahnya, penyakit ini bukan sahaja melibatkan pesakit malah seluruh ahli keluarga terdekat yang terpaksa menjaga, merawat dan memantau pesakit.
"Pengetahuan asas mengenai simptom, penjagaan harian serta keperluan pesakit amat penting bagi ahli keluarga. Secara tidak langsung, ia akan membantu ahli keluarga menangani salah faham antara mereka," nasihat Rajbans.
Jangka hayat yang semakin bertambah di Malaysia memberi petunjuk bahawa masyarakat perlu memandang serius penyakit ini.
Ujarnya, ia merupakan fenomena normal di mana-mana negara di dunia apabila taraf hidup semakin meningkat dan keperluan kendiri seperti perubatan mencapai tahap terbaik.
"Sebagai contoh, Jepun. Apabila populasi warga emasnya meningkat mendadak pada 15 tahun lalu, satu pendekatan dilakukan oleh kerajaan mereka agar golongan ini aktif dari aspek minda dan fizikal," jelasnya.
huhu....aku penah tgk movie (true story)...pesakit Alzheimer ni berumur 32 thn...Ciaow...
Sunday, July 12, 2009
MANA SESAT NI??


Baru ciaow betul2...nak tengok Final Mentolll 3...
