Sunday, May 10, 2009

BUAT APA 2 ???

Hari ni bermula pagi ahad yg tenang....hehe...seperti biasa 6.50am aku sarung kasut cokelat dan start berlari....berlari kemana saja...yg pasti aku tak menuju ke kumpulan anjing2 dikawasan depan GIANT...kalau kena kejar anjing aku akan berlari macam gambar kat bawah...aku ni phobia anjing...dan ada pengalaman berkejaran manja dengan anjing....
Balik dari berlari 100m dan berlari anak...aku sampai rumah pukol 8...banyak keje menanti..tulah semalam bersantai aje dengan citer korea...so hari ni kena keje keras sikit...aku mulakan keje tak bergaji ni dengan part basuh baju la....selepas tu vacuum + mop lantai...huh macam maid indon pulak rasa..nasib baik umh aku ni sekelengkang beruk je...makanya tak la letih sangat...apatah lagi aku diiring pemuzik reggae yg amat aku cintai...UB 40...

Aku berjaya mengejutkan jiran tetangga dari tido sebab hari pun dah tengahari...jgn tido lama2...aku hiburkan diaorg dengan latest reggae album dari UB 40...TWENTYFOURSEVEN.. sambil dengar lagu yg diputar putar sampai nak nipis cd tu..aku berjaya menyiapkan keje mengemas dan membasuh aku...siap jemuran diampaian...perut aku pun ber'reggae' sekali...apa nak masak yer.....

Daging masak lada itam...mmg itam...dengan sayur labu...gambar sayur labu aku tak snap pulak pasalnya aku rasa rupa labu tak glemer sangat...sori ler gambo tak cantik pasalnya aku guna henpon aje...henpon cap hayam...

Bila perut dah kenyang...sume dah siap aku pun boley ler duduk berehat2 depan kotak kelabu 4 segi yg ada gambo gerak2 ni...tv la....nak tunggu kol 3 lambat lagi aku pun layan la Melodi...kol 3 aku tgk movie kat tv2..Monster In Law (MIL)...sapa lagi yg berlakon kalau tak pempuan yg aku suka tgk...J LO la ngan Michael Vartan...citer ni first time aku tgk...aku tak sempat lagi nak donload citer ni dah pun siar kat tv..ok la tu...bila dah tgk citer ni...teringat pulak aku ngan cerekarama semalam tajuknya...Restu Mertua (RM)...ceritanya macam lebih kurang..menantu tampar mak mertua...cuma dalam citer MIL mak mertua dia tampar menantu banyak kali...dalam citer RM hanya menantu aje yg bg pelempang sulung kat mak mertua...ish ish...
Skang hari pun dah nak petang...huh esok keje...aku lom bosan lagi ni duduk lam syurga aku ni...opps pokok kat luar lom bersiram...bye2 dulu la...matahari dah nak jatuh...aku nak siram pokok dulu...nak angkat baju...huh keje lom abih rupanya...
Ciaow..


Saturday, May 9, 2009

BUAT APA??

Pagi td pukul 5am aku dah terjaga...hujan lebat..kat luar angin kuat sampai bersiul bunyinya...menakutkan je...'belaan' aku pulak kemain takut...sembunyi dia bawah meja..

Sementara nak tunggu pukol 6 aku terlelap ala ala ayam disofa aje dengan 'belaan' aku yg over tu..pukol 7 hujan dah berenti...aku pun apa lagi sarung kasut dan berlari la...lari aje tak kisah sampai mana....
Tapi aku tak buat camni...giler wooo...

Sampai umh kol 9 aku masak nasi la...tu utk tghri punya...saja je masak awal...dapat rest lebey sikit...usai masak..apalagi layan la citer korea yg aku dah donlod...episod dah nak habis...sedey citernya..
Citer lama yg aku tengok...WINTER SONATA...masa main kat tv aku tak tgk...pasalnya keje la...mana sempat nak layan..ni first time aku tengok...huhuhu...aku layan sampai petang...tak habis2 lagi...

Ni dah malam igtkan nak sambung layan...tp internet slow pulak...so aku update la page aku...walaupun tak de cerita menarik...Mr X pun tak byk citer...

82 days..

Ciaow...

Friday, May 8, 2009

TAHNIAH!!

TAHNIAH 'ai ai chip' (yg kecik tu) dan 2-2 skali lah...sorg tu aku tak kenal..kawannya...akhirnya berjaya mendapat sekeping diploma yg di selit didalam sebuah fail keras....walaupun aku dah diberi amaran utk tidak komen jubahnya...tapi aku nak komen jugak...nape jubah ko macam telekung besarnya...kuang ajar betul la org yg bagi jubah tu kat ko...huahuahaua...sampai tangan pun dah termasuk kedalam...
Yang ni pulak aku nak ucapkan TAHNIAH pada yg besor tu..td kecik ni besor la pulak...juga samalah...dapat sehelai diploma yg diselit dalam fail keras...ni aku nak komen jubah dia jugak..korang tgk ler kemain senteng lagi...mmg betul ler jubah pinjam...si ai ai chip kemain labuh..gebu pulak kemain singkat ...korang bertukar jubah ke?kompius aku ....
* TAHNIAH KEPADA JAMILLUDDIN DAN AHMAD RIDZUAN...SEMOGA LEBIH BERJAYA DALAM APA JUA BIDANG DICEBURI KELAK...
Ciaoww..

Tuesday, May 5, 2009

TAG DARI IBU ARIFA

Hari ni 3 kali pulak 'ter'update...katanya sibuk aku nih...hehehe...biasa la...ini lah namanya rajin terlajak...sebelum nak melangkah balik...settle tag...mana la tau kut esok tak de peluang langsung mencelah...malam2 dah tak leh nak update...busy tgk citer korea...huhuhu

Kali ni tag dari Ibu Arifa..

TAG- CABARAN LANGSING KAH DAKU?

1. Berapa berat dan ketinggian anda sekarang?

Berat yg memberat 65kg dan tinggi aku 164cm


2.Berat yang paling tinggi dalam sejarah anda? Usia anda pada masa itu?

Paling tinggi book of record 78kg...masa tu 2 tahun lepas...


3.Apakah makanan sampingan anda untuk memiliki tubuh langsing? dan kejayaan anda dengan makanan tersebut?

Tiada makanan sampingan yg aku makan....hari2 makan nasi aje...dan yg banyaknya aku buat detox diet aje.


4.Berat yang paling rendah yang pernah anda dapat ? Usia anda pada ketika itu?

Perempuan akan berenti tumbesaran lingkungan omo 15thn so aku berat paling rendah 52kg ...tu masa aku omo 24thn..


5. Anda pernah sertai program pelangsingan? nyata kan kejayaan anda.

Tak pernah ikut apa2 program.. tapi aku berhasil menurunkan berat badan dari dorongan doktor yg bertauliah...disamping melakukan exercise yg begitu 'extreme'.



6.Apakah diet yang anda ambil untuk memiliki berat anda paling terendah?

Masa berat aku 52kg tu...aku hanya makan roti pada waktu pagi 2 keping..itu aje aku makan sehari suntuk..dan air masak yg bertong2...hehe...masa tu aku keje shift...so bila keje malam aku tak makan langsung dan keje aku tu selalu kena berlari kulu kilir dan berpeluh...Dan utk penurunan kali ni aku mengamalkan detox diet.



7. Apakah yang menyebabkan berat anda naik mendadak?

Mungkin faktor omo yg menjangkau 30an dan aku sungguh berselera dengan apa jua makanan..


8. Apakah Target anda untuk kurus selepas ini?

Utk ke berat yg biasa seperti sebelom2 ni 57kg...itu pun dan cukup meberangsangkan..


9. Miliki gambar anda dahulu dan kini?

Ada..segan aku siot!!

10.Sila upload ok?

Ni December 2007
Dan ni February 2009

Dan itu aje....Cabaran aku belum berakhir lagi...target pada August 2009. Semoga aku berjaya...

Ini award dari IBU ARIFA sempena hari IBU...

Kepada semua ibu ibu di luar sana dan diseluruh dunia...aku ucapkan selamat HARI IBU...semoga hidupmu dilimpahi cahaya kebahagian...

Ciaow..

CERITA Mr X - LUPA

Sekarang aku cepat lupa...apa yg berlaku semalam aku lupa...ni mmg menjadi masalah aku sekarang...kadang kala aku terpikir jugak..cepat lupa ni satu penyakit jugak...alzheimer...nauzubillah....Bila Mr X bukak telinga keluhan ku...MrX dah start ceramah la pulak...

Jangan susah hati..banyak2 doa pada Allah...dijauhi dari penyakit2 bahaya...lupa biasa la tuh..

Ada org “Ala, lupa la nama dia,” Mr X kata ..“Tak apa. Bersyukurlah. Itulah manusia normal. Kita boleh lupa” Kenapa sikap lupa seringkali dilihat sebagai satu kekurangan?

Tetapi bayangkan jika kita tidak lupa, otak menyimpan secara kekal maklumat terperinci berhubung setiap peristiwa berlaku sepanjang hayat.Seorang lelaki di Amerika Syarikat mempunyai ‘kelebihan’ itu. Dia tidak boleh lupa. Malah dalam satu demonstrasi, dia mampu mengingat dan menyebut setiap patah perkataan dalam buku pernah dibaca. Pakar mengesahkan otaknya tidak normal, cacat.Jika ‘kelebihan’ itu dimiliki semua, pasti dari beberapa sudut, kehidupan manusia menjadi hura-hara.

Hakikatnya, kita semua pernah berdepan pelbagai peristiwa getir. Saat ditinggalkan insan tersayang, saat berhadapan kemalangan, saat ‘dilukakan’, saat sentiasa menghantui pemikiran, cuba kita lupakan tetapi terpahat kekal di fikiran.

Di kalangan wanita barangkali terdengar rungutan berhubung kejadian lampau.

“Aku dah 10 tahun kahwin dengan suami, dia boyfriend ke dua aku. But the problem is aku masih tak boleh lupa malam tu, malam boyfriend pertama pujuk sampai aku serahkankan kegadisan kepada dia, lelaki tak guna. Jiwa tersiksa, ingatkan dia nak kahwin, jadi suami, akhirnya baru tahu dia tipu aku hidup-hidup. Dia ada perempuan lain. Habis manis sepah dibuang. Dia buang aku macam sampah pulak tu. Aaaargh! Tension! Tension!”

Di satu sudut lain ..

“Aku sedih sangat. Tak boleh lupa masa aku accident moto dilanggar lori dengan tunang aku 15 tahun lepas. Aku cedera sikit, boleh berdiri. Dia tercampak jauh. Cedera parah, pinggang, rusuk patah, buah pinggang dia hancur. Banyak sangat darah. Kulit muka dia tersiat kena batu jalan. Aku sempat pangku dia, peluk dia, renung mata dia, airmata dia mengalir tahan sakit tapi suara tak boleh keluar, masa tu dia dah nyawa-nyawa ikan, menggigil. Lepas tu perlahan mata dia terpejam, dia tinggalkan aku,” mengalir airmata si pengucap.

Ini perbualan antara dua sahabat berusia 50 tahun.“Aduh! Sakit gila ni!,” keluh lelaki gagal memadamkan ingatan sewaktu dikhatankan 43 tahun lalu.“Aku pun sama, takut, pedih, ngilu, sentiasa rasa macam masa mata pisau tu tengah potong hujung ‘anu’, terasa sakit ni,” balas rakannya dengan dahi berkerut.Antara seksa terpaksa dilalui sekiranya manusia tidak mampu untuk lupa.Hikhikhik...

Oleh itu jangan terlalu pikirkan lupa itu satu masalah yg besar...cuba bykkan baca Quran...Quran hari2 baca tak?....aku jawap dengan menelan air liur aje...senyum aje Mr X...jangan tunggu time org mati aje nak bacanya.....Mr X bangun dan 'bongkau'.

*'bongkau*- bahasa org melaka bermaksud pergi,blah...

Ciaow..

85 DAYS

85 days to go = 65


Saje je aku kecikkan pic tu memandangkan perjalanan ke sana masih jauh...mcmana dengan persediaan?...InsyaAllah...sudah bermula hampir 2 mggu...itu pun dah kira terlambat...mggu ni mggu berehat...setiap bulan mesti ada mggu berehat...paham2 ajelah...tak boley training teruk2...hari sabtu ni Insyaallah aku mula balik latihan...

Sekarang mungkin aku kurang sikit aktiviti update blogpage ni...sebabnya masa tak berapa nak izin aku mengadap pc lelama...tp aku cuba juga utk berkongsi dengan kengkawan and family aku yg jauh dimata tu apa yg aku lakukan seharian...TERIMA KASIH kerana sudi selalu mengunjungi 'rumah' aku yg tak seberapa ni...dan aku takkan lupa utk berkunjung kembali kerumah korang yg telah bagi komen2 yg aku suka sgt kepada page aku ni...

Ciaow...

Saturday, May 2, 2009

CERITA Mr X - BONJOL...

Hari ni...aku ada di Batu Pahat...smlm bertolak kesini...bertujuan jalan2 dan pegi rumah kawan yg nak menikah..tu cerita semlam...cerita hari ni nak tgk dia bersanding pulak...tp yg membuatkan jiwa aku berdarah...macamana aku boley terlupa bwk camera aku..aku rasa aku dah masukkan dalam beg...nak buat canner...laptop aku n brdband aje yg boley menemani....

2 hari cuti aku makan aje...training aku terhenti 2 hari besok petang aku kembali latihan...tetiba teringat pulak cerita Mr X bab2 sensitip nih...ceritanya..

Mr X berkata tanpa pikir...

Semua orang tahu..tetapi tidak berminat memperkata dan menyentuh isu ini secara terbuka. Barangkali ramai suami khuatir terpaksa tidur di luar rumah akibat dimarahi isteri.
Isu apa? Isu majoriti wanita Malaysia gemuk selepas berkahwin dan mereka bagai tidak pernah ambil pusing.
“Huh! Dulu sebelum kahwin, seksi. Pinggang ramping, bersolek, stylish. Sekarang ni bonjol sana bonjol sini, hips macam batang balak. Tambah pula sekarang ni dah tak minat nak belai suami, manjakan suami. Bila masuk bilik tidur asyik pakai ‘baju kelawar’ menggelebeh. Manalah berselera nak tengok beb!”Keluhan suami dalam bahasa Melayu tetapi boleh diapplikasikan kepada isteri pelbagai bangsa di negara ini, Cina, India, Kadazan, Iban dan lain-lain.
Alasan isteri ..“Dulu lain, anak tak ada lagi. Banyak masa nak jaga badan. Sekarang anak berderet, so sibuk, nak melawa macamana? Apatah lagi nak keep in shape. Alah! Tapi laki pun sama, asyik salahkan isteri. Walhal perut dia tu boroi tak sedar, lepas tu duduk rumah pakai kain pelikat! Selera ke?”
“Lelaki boroi, ada orang kata seksi, wanita berperut buncit?,” komen suami.

Tu utk wanita yg dah berkahwin..mcmana ngan anak dara yg berimejkan wanita beranak 5? ni contoh aje...Mr X tak kata kat sesapa...cuba renung persoalan ni..adakah salah kata2 Mr X?

Aku : mmg la tak salah kata2 tu MrX....byk btulnya...tp suami pun agak2 ler...nak suro masak sedap2 bila time dapat gaji...mesti nak makan spesel..kat umh tak pun kat luar...mana tak menjadi2 badan naik...patutnya suami jgn tau mengata aja...bg dorongan sikit..ajak exercise jgn suka membuta aje..bg galakan utk sihat badan...
Yg perempuan pulak bila selalu mengadap cermin tu..skali skala cuba la berkata2 dengan cermin tu...bila aku nak jadi mcm J LO?

Apa pun...100 tahun lagi, mungkinkah keadaan masih sama?

Ciaow..