Sunday, February 17, 2013

TEMERLOH BANDAR IKAN PATIN

Salam..apa kabar semua..wah aku bersiaran seminggu skali je skang ni kan..motif sesangat..masa memang tak izinkan aku duk ngadap pc lama2 buat masa sekarang ni..manyak kelije ma...tapi dalam bizi2 kenkonon aku ni..ada la jugak aku luangkan masa untuk cuci mata..asik tengok org melaka je..apa kata tengok orang pahang pulakkk..pagi tadi tetiba terasa nak gi makan masak tempoyak ikan patin..terus berdesup aku ke Temerloh Pahang jap..Bila dah sampai ke"Temerloh Bandar Ikan Patin" aku update la sikit gambonya..kepada sesiapa yang tak pernah ke sana, pegi la sekali..kalau yang tak suka makan hasil2 kampung @ hutan ni, tak yah pegi nanti muka jadi muka itik pulak, korang pegi la beli bahan mentah kat giant tesco sana..tapi kepada sesiapa yang sangat suka made in kampung atau hutan2 macam aku..pasar sehari temerloh ni ada salah satu pasar the best in mesia...
Sesudah subuh aku dah bergerak ke temerloh ditemani oleh seorang bodigad..bodigad ni tugasnya untuk mengawasi tindak tanduk aku yang liar ketika atas boat nak seberang sungai nanti dan juga memerangkap pemandu sebab kali ni tak menggunakan kereta aku yang comey lote tu..boleh la aku save duit minyak dan tenaga..
Kali ni ntah yang ke berapa kali nya aku kesini..dah tak terkira..dulu rasa macam jauh jugak tapi sekarang dah rasa macam kejap je sampai..aku sampai kesini lebih kurang jam 8am..orang pun tak ramai lagi-maksud tak ramai ni adalah bila jalan bahu belum bersentuhan..kalau dah ramai bukan saja bahu yang bersentuh..belakang..lengan..bontot..kepala..lutut..tumit kaki..ehem..dan pelbagai lagi la..tak nak aku melucah kat sini pulak...so untuk mengelakkan perkara2 yang tak diingini berlaku, baik la aku kesana awal2..semua fresh2 dan banyak pilihan..
Aku arahkan bodigad aku cari parking yang terbaik supaya nanti kami tak stuck masa nak balik disebabkan "macet"...alhamdullillah segalanya berjalan lancar..Sebelum melangkah, istigfar dulu 3-4 kali...jauhi diri dari sifat tamak dan membazir..jom tengok gambar..quality gambar mungkin tak menarik sangat sebab guna hp ciken aku je..
 
 Belum apa2 aku dah lepak jap kat tepi ni sambil makan apam balik rangup..2 ringgit selamat ditelan oleh aku..kalau aku kesini memang aku tak mis apam balik rangup yang dijual oleh cik adik manis sorang tu..ada 2-3 org gak yang jual apam balik kat stu tapi cik adik manis tu jugak yg best!

 Masa ni tak la ramai sangat orang..

 Cili ni salah satu bahan belian wajip aku..dia macam cili merah + cili api..pedas jugak ni..buat sambal belacan walla rasanya..yang sebelah tu ikan salai..tak penah beli..sebab tak tau nak masak apa..masak lemak cili padi?-failed.

 Ikan lampam..masak tempoyak pun best ni..masak lemak pun best jugak..pernah makan sekali je..tp bukan aku yang masak..makan kat kedai je..sedap jugak isinya..meleleh airliur..

 Jam 9am..makcik ni punya barang jualan dah terang dah..masa aku sampai kemain banyak lagi..

 Selonggok 2 hinggit..


 Hari ni plan nak naik boat ni dari seberang sana..tak jadi memandangkan arus agak laju aku jadi seram..so terpaksa la aku parking kete sebelah sini jugak..next time la naik boat ni..tambang hanya rm1.50 dr seberang sana..



 Dekat makcik ni aku rembat seketul jantung pisang..murah je..rm2 seketul..dah biasa ngan makcik ni dia bagi diskaun..hik hik hik..



 Teringin nak beli pokok cili ni..tp aku dah 2 kali pengalaman tanam pokok cili..2-2 failed..tangan tak sesuai.
 Tu dia target seterusnya cendawan kukur tu..kali ni beli lebih sikit sebab bleh simpan lama dalam esbok..no worries..
 Hamek ko..potai...1 ikat besar tu rm10..lepas guling2 kat jalan tu aku mintak kurang..hakak baju merah tu bagi la aku rm8..kesian katanya penat duk guling2..dengan jayanya aku bawak balik melaka..


Lepas dah rembat 3 eko patin, baung dan lampam yang banyak2 tadi..aku pun pegi la ke medan selera patin nak makan nasik..kol 10.30 dah makan tengahari ko..
Biasanya kalau aku ke mana2 pasti cooler box ada je dalam bonet..senang kalau nampak ikan atau apa2 bahan mentah yang menarik boleh beli..taruk ais..habis cerita..
 
Balik ler...bye!!